22 April 2010

32. Panglima Salleh

Panglima Salleh bila datang buat kali permulaan, terus mengajar kami mengenai hal-hal agama disebabkan aku memulakan bicara mengenai Tasauf.
Dalam hal mengambil wudhuk, dia menunjukkan caranya sambil membaca bismillahirrahmanirrahim pada setiap ketiga-tiga kali membasuhi bahagian-bahagian anggota wudhuk.Sejak itu aku mulai mengamalkannya dan membiasakan membaca bismillah pada setiap permulaan melakukan perkara-perkara yang baik.
Sebelum ini kami pernah bertanya kepada Panglima Hitam mengenai Panglima Salleh – satu nama yang sangat aku sanjungi oleh kemasyhuran tentera Selendang Merahnya apakah Panglima Salleh juga terkumpul bersama panglima-panglima yang lain.
Tok Itam memberitahu Panglima Salleh sebenarnya tidak pandai bersilat dan tidak juga memiliki ilmu kebatinan sebagaimana panglima-panglima yang lain. Dia bukanlah seorang panglima dalam persilatan Melayu tetapi dia mencapai maqam Tasauf yang tinggi. Memiliki Ilmu Taauf yang tinggi menyebabkan tarafnya hampir menyamai taraf guru. Dengan hanya menggunakan pedangnya dia memiliki keupayaan amuk yang teramat hebat dan dahsyat.
Aku telah mengetahui kesah panglima atau Kiai Salleh ini melalui Pak Abu bin Darasan. Pak Abu yang mendakwa sebagai murid kanannya dan menyimpan sebahagian kitab yang digunakan oleh Panglima Salleh, terlibat sama dalam peristiwa amuk di Batu Pahat pada tahun 1946. Sewaktu berperahu menyeberangi sungai, Pak Abu melihat sendiri Kiai Salleh bagaikan terbang untuk sampai di pengkalan. Belum pun sampai ke pengkalan, Panglima Salleh telah melompat, bagaikan terbang dari perahunya membiarkan anak-anak murid yang bersamanya masih berkayuh di perahu. Ketika Pak Abu dan rakan-rakannya berkejar-kejaran menuju kongsi-kongsi Cina (tempat tinggal beramai-ramai), untuk mengamuk dengan pedang masing-masing, Pak Abu memberitahu semua orang-orang Cina telah bergelempangan mengeletik bagaikan ikan tersadai di daratan. Pak Abu dan anak-anak muridnya bagaikan kempunan untuk membunuh kerana Kiai Salleh telah membunuh semuanya.
`Saya sendiri hairan’, kata Pak Abu.`Bagaimana dia…betapa pantasnya dia mengamuk…’
Pak Abu yang terkilan kerana tidak dapat membunuh walaupun seorang musuh, untuk melepaskan geram dan rasa terkilan, cuma dapat sekadar memenggal leher seorang lelaki Cina yang sedang menggelepar menunggu saat kematian.
Semua orang Melayu pada sekitar lima puluh tahun yang lalu memang mengetahui kesah Panglima Salleh dan rakan-rakanya dalam kebangkitan Melayu tahun 1946 yang terkenal dengan tentera Selendang Merah.
Demikian kehebatan Tasauf pakaian Kiai Salleh.

5 ulasan:

  1. Salam . Boleh saudara ceritakan tentang kisah Tok uban ...

    BalasPadam
  2. Maafkanlah saya. Dalam arkib saya tidak ada nama itu

    BalasPadam
  3. Salam tuan.bleh tuan tolong sya carikan anak murid kiyai salleh brnama karsan..

    BalasPadam
  4. Adakah pak abu darrasan org yg sma.. yg sya sbutkan 'kasan'..sya nak temukan sepeguruannya..jasa baik tuan amat dihargai..tlg beritahu dimana beliau berada.?

    BalasPadam
  5. Di mana panglima2 ini ketika kes Natrah, ya? Just bertanya. Mungkin ada yg luar biasa berlaku ketika itu

    BalasPadam