20 April 2010

31. Kesah Tok Ali Lawak

Nama Tok Ali Lawak yang sebenarnya ialah Panglima Ali. Tapi dia mendapat nama yang lebih serasi dengan perwatakannya yang suka melawak.
Panglima Ali Lawak amat serasi dengan Panglima Ah Chong. Mereka sentiasa berteman baik.Kerana teramat suka melawak, pada suatu hari Tok Ali Lawak melawak dengan puteri yang sedang berada di sungai menyebabkan semua puteri berkeriau dan berlaku keriuhan dan kegemparan oleh sangkaan adanya harimau.
Kegemparan ini sampai ke pengetahuan guru.
Akibat lawaknya itu Tok Ali Lawak bersama Ah Chong telah dihukum berendam selama sekerat hari oleh guru di dalam telaga yang airnya begitu sejuk.
`Yang tok hairan’, Tok Ali bercerita.`Air di dalam telaga itu mengikut tok. Bila tok naik ke atas, air itu naik. Bila tok turun, air pun turun. Air sentiasa di paras leher’
`Tok tak cuba lompat?’, Piei bertanya.
`Tak boleh!’
`Bukankah tok boleh terbang?’
`Tak boleh! Itulah yang tok hairankan.Tak dah cuba berkali-kali. Ajaibnya bila sampai tengah hari iaitu bila habis tempoh hukuman, tiba-tiba mudah sahaja untuk keluar’
Kami mempersilakan Tok Ali Lawak mengambil kueh yang dihidangkan. Biasanya kalau kami akan memanggil panglima, Tok Ali Lawak adalah yang terakhir kerana kalau dia yang terawal, alamat tak ada atau hampir tak ada apa-apa lagi yang tinggal untuk orang yang terkemudian kerana dalam lawaknya dia akan sapu bersih segala yang terhidang. Tentang ini kami memang gagal untuk menyekat lawaknya.
Seronok dan ceria dengan Tok Ali Lawak.
Pada masa berzikir iaitu sewaktu kami diminta berzikir oleh tok, dato-dato panglima berzikir sama di tempat mereka untuk membantu kami supaya segera mencapai taraf-taraf tertentu dalam persilatan.Pada ketika seperti itu tidak ada sesiapa yang mahu duduk berdekatan dengan Panglima Ali Lawak kerana dalam berzikir pun Tok Ali Lawak sempat melawak. Sambil berzikir, Tok Ali Lawak akan mengangkatkan kedua-dua belah tangannya merayakan kemenangan sebagai seorang juara.
`Ali! Aali! Aaalii’, itulah di antara kalimat di antara celah-celah zikirnya.
Ini berpunca apabila Tok Ali Lawak melihat juara tinju heaviweight dunia Muhammad Ali sentiasa meraih kemenangan dalam kejuaraan tinju. Tok Ali Lawak berbangga dengan nama itu yang sama dengan namanya. Lalu sambil berjalan dia akan berjeritan:
`Ali! Ali! Aaaliii!’, sambil kedua-dua belah tangannya mendepang tinggi tanda kejuaraan.Ini terbawa-bawa pula semasa berzikir.
Ada dua panglima yang Tok Ali Lawak tidak berani membuat lawak. Apabila dua orang panglima ini ada dalam suasana bersama, Tok Ali Lawak hanya akan berdiam diri. Dua orang panglima tersebut ialah Hang Jebat dan Wan Ndik. Dengan mereka berdua, Tok Ali Lawak tidak berani melawak kerana belum pun habis lawaknya, kaki Jebat atau Wan Ndik telah pun sampai hampir mencecah pipi.
Hang Jebat dan Wan Ndik adalah dua orang panglima yang terkenal dengan garangnya. Mereka berdua jarang kami panggil kerana kehadiran mereka selalunya akan menghilangkan suasana ceria. Tapi Hang Jebat atas sifatnya sebagai panglima tersohor, tetap juga datang atas sebab-sebab tertentu terutama soal-soal latihan persilatan atau hal-hal yang serius. Bila dia datang, kami biasanya menyusun kata apabila berbicara.

2 ulasan:

  1. saya pernah bawa gerak silat tari kipas nandung satu ketika/ ini adalah gerak silat Maharani Cina / kalau ingat kelakar sungguh - geraknya betul2 macam pondan / dgn gerak kipas ditangan tapi seni lengoknya kalah org perempuan.....tu jadi bahan kenangan dan arkib sejarah ......

    BalasPadam
  2. Tq. Nampaknya bolehlah dibandingkan dengan koleksi arkib saya. Yang ini silatnya nampak macam main-main, banyak kelakar dan suka pukul curi,tapi bila dah naik angin jangan buat main-main.Merbahaya juga...

    BalasPadam