07 April 2010

25. Serban Hijau dan Pulau Serai.

Aku amat memandang tinggi dan menghormati panglima yang dikatakan berjubah ini, kerana jubah bagi ku adalah lambang orang-orang alim. Orang-orang yang memakai jubah menurut hemat ku adalah orang-orang yang penuh dengan ilmu, warak, berakhak mulia, seorang orang soleh dan istiqamah dalam ibadah. Bagi ku,bila seseorang itu mengenakan jubah ertinya, dia bukan sembarangan Demikian juga yang memaki kupiah putih kerana menurut sangkaan ku sekurang-kurang mencapai taraf lebai iaitu orang yang juga berilmu dan alim, boleh memimpin orang ramai dan tempat rujukan masyarakat.Itulah tafsiran ku dulu.
Menurut kata Tok Itam, Panglima Surban Hijau mendapat nama demikian kerana dia memang memakai surban hijau selain jubahnya yang juga hijau.
`Tok boleh baca apa yang ada di dalam hati cucu semua’, itulah di antara kalimat awal yang diucapkan oleh Panglima Surban Hijau apabila beliau sampai. Kalimat itu agak memukau kami.Belum ada para panglima yang datang sebelum ini boleh melakukan demikian.Tok Itam selalunya apabila kami mahu mengetahui mengenai sesuatu permasalahan akan meminta semangkuk air dan melihat ke dalam air. Selepas itu baharulah dia menjawab sebarang permasalahan.Kadang-kadang dengan melalui asap keminyan.Tanyalah mengenai urusan apa atau mengenai sesiapa! Tok kadang-kadang memberikan informasi yang cukup jelas termasuk hal-hal yang melibatkan aspek pensejarahan.
Tok Surban Hijau lantas memandang ku. Kemudian dia pun berkata.
`Cucu ini nampaknya risau megenai buah hati`. Aku lantas tersentak. `Risau... Entahkan jadi entahkan tidak’
Memang aku cukup tersentak dengan pembocoran rahsia hati itu.Pada ketika itu aku sedang dilamun cinta kepada Zaharah Hamid yang berasal dari Karak dan sedang mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Mendi, Triang. Pada minggu yang lalu aku telah pergi ke rumah neneknya bersama Yim kerana – Tok Itam memberitahu - pada waktu cuti penggal dia memang duduk bersama neneknya. Lalu kami ke rumah neneknya untuk bertemu dengannya bagi mengesan sejelasnya apakah dia sudah dimiliki.
Yang pasti dia memberitahu ku sewaktu kunjungan itu `hatinya masih kosong’. Tapi aku tetap dalam kerisauan kerana al maklumlah, gula-gula di dalam mulut pun boleh terjatuh keluar! Inikan pula burung yang sedang terbang!
`Cucu ini pula’, Tok Surban Hijau merujuk kepada Wan.`Risau dan tertanya-tanya bilakah duit gaji yang lama-lama akan dibayar. Kalau dapat, hajat di hati nak beli pula benda yang ada empat roda itu. Bolehlah bergaya sedikit di jalan raya...’.
`Motokar’, Piei menjelaskan.
`Ha!’, tok mengiyakan.
Bila Tok Surban Hijau menyebut mengenai duit tunggakan, tergeraklah di hati kami semua – aku, Piei dan Wan iaitu semua guru-guru muda yang belum lagi mendapat gaji penuh walaupun sudah hampir dua tahun mengajar, ingin meninjau khabar darinya mengenai bilakah akan menerima gaji baru serta gaji kebelakang (arrears).
Begitulah kami dengan dato-dato panglima semua, terutama Tok Itam, bila mereka sampai , kami akan sentiasa mengemukakan apa-apa juga masalah untuk mendapat pandangan, khidmat nasihat bahkan pertolongan.Ini kerana Tok Itam telah berjanji dia dan dato-dato semua akan memberikan apa-apa jua pertolongan, perlindungan dan bantuan kepada kami cucu-cucu mereka.Cucu-cucu yang dididik khas bagi menghadapi suasana pada tahun 1980. Bukan sahaja kepada kami, tetapi bahkan kepada kedua ibu-bapa, keluara dan adik beradik kami semuanya akan mendapat perlindungan.Kami dijanjikan rumah tempat kediaman pun akan ghaib dari pandangan musuh.
`Agak-agak bila tok? Agak-agak bila duit akan sampai?’, Wan pantas memberi reaksi.
Aku dengan Piei juga bagaikan tidak sabar.
`Kalau soal duit...tak sabar-sabar....’, Tok Surban Hijau tiba-tiba bagaikan menyindir. Lalu tok menunjukkan rasa tidak sukanya membicarakan mengenai duit. Tok.mengatakan duit adalah daki dunia. Jadi janganlah asyik dengan duit....
Tapi dia menerangkan juga kemusyikilan yang Wan ajukan iaitu semua proses telah siap. Dia menjangkakan pada bulan hadapan semuanya akan selesai.Kami bersorak riang kerana maklumlah akan dapat gaji penuh dan beberapa ribu duit tunggakan.Bolehlah kaya dan raya sakan sekejap.
`Sewaktu tok mula-mula datang ke Tanah Melayu dahulu, sewaku kapal layar berada di lautan Hindi, tanah daratan yang mula-mula sekali kelihatan ialah Pulau Serai’, tok menceritakan kesah silamnya. Tok menjelaskan bahawa dia memang keturunan Arab tulin.
`Pada waktu itu kebanyakan bumi masih tenggelam’, tok memberikan informasi seterusnya.`Pada masa dahulu kapal-kapal laut boleh berlabuh sejauh di Ulu Dong ini’. Tok merujuk Ulu Dong dan Latar Jarum yang menjadi tempat perkelahan yang cantik di Raub.
`Kalau cucu amati masih ada bekas-bekas dan kesan khazah pinggiran laut di Ulu Dong ini’, tok menerangkan lagi.
`Ada bekas-bekasnya.Bila lautan menjadi kering, bumi perlahan-lahan timbul. Pulau Serai semakin lama menjadi semakin tinggi dan akirnyaa telah menjadi puncak gunung. Sekarang ini dinamakan Gunung Jerai’
`Ha?’,kami terkejut.
Aku tba-tiba teringin untuk mengetahui siapakah nama sebenar Tok Surban Hijau.Tok lantas menjawab.
`Nama tok, Abdul Qadir’
`Abdul Qadir al Jailani?’
`Bukan...Itu Sultan Auliya. Tok tidaklah setinggi itu’
Tok Surban Hijau bersuara merendah diri. Walaupun demikian, tok adalah tergolong juga dari kalangan wali-wali Allah. Tok Itam sebelum ini memberitahu, mereka semua adalah golongan terpilih – dipilih untuk dikumpulkan di situ dengan amanah.Amanah tahun 1980 tentunya.
`Tok tinggal di Pulau Serai dan belayar ke merata-rata tempat di Alam Melayu terutama ke Pulau Besar.Pulau Besar pada waktu itu adalah tempat berkumpulnya ulama-ulama Tasauf’.
Maklumat yang disampaikan menyebabkan aku terfikir sebab itulah Hang Tuah lima bersaudara bertumpu ke Pulau Besar untuk mendalami ilmu persilatan mereka
`Tok meninggal di mana?’
`Di Pulau Serai’
Demikian Tok Surban Hijau mengakhiri kesahnya.

6 ulasan:

  1. salam
    teringat satu waktu dulu : Panglima Serban Hijau nilah yang ambe suka guna untuk melakukan gerak silatnya....geraknya lembut tapi tajam / langkahnya teratur tapi bermakna.....

    BalasPadam
  2. Tq atas kunjungan.
    Boleh jadi kita ada kesah-kesah yang boleh dikongsikan.
    Kesah saya masih panjang lagi...Ini waktu usia 20 an.

    BalasPadam
  3. Tok Haji serban Hijau,Atau Lebih Dikenli Sbgai Sheikh Abdullah,Tlh Mengislamkan Raja Kedah,Maharaja Drebar Raja,Salah Seorang Panglima Kedah Yg Sezaman Panglima Dermang(Zmn Perang Kedah-Siam) Pernh Menuntut Ilmu Dgny,Di Tanah Aceh,Sheikh Abdullah Sudah Meninggal Tetpi Rohnya ia Boleh Mngajar Ilmu Kepada Bujang(Seorang Panglima Kedah) dn Terjadilah Pertikin Di antar Bujang Dan Panglima Dermang kerna Panglima Dermang X percaya Bagaimana Tok Haji Lebai Hijau Boleh Mngajar bujang,Sdgkn Sudah Meninggal,lalu Bujang Pun Mngutkn Hujahnya Dgn Brkta Tok Haji Lebai Hijau Mngajarnya Di alam Ghaib,

    BalasPadam
  4. Dh lme dgr crita dr arwah tok wan sal serban hijau tu,lepas arwah tok wan meninggal ade la,entah atau halusinasi sya Kot,nmpak lelaki tua berserban hijau,kadang dalam mimpi,nasihatkan saya supaya banyakkan beribadat,ringankan bibir mengungkap zikrullah,

    BalasPadam
  5. Nak tanya, sebenarnya sheik andulllah dan abdul qader org yg sama ka. Dah baca tapi kurang faham.

    BalasPadam
  6. Nak tanya, sebenarnya sheik andulllah dan abdul qader org yg sama ka. Dah baca tapi kurang faham.

    BalasPadam