15 April 2010

29. Panglima Nayan Robin Hood Melayu.

Panglima Nayan adalah panglima yang digeruni oleh orang-orang di sekitar negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu pada waktu dahulu terutamanya di Negeri Kedah.Orang-orang kaya yang memperolehi harta kekayaan melalui pemerasan kepada rakyat bawahan atau orang-orang kaya yang tidak bertimbangrasa kepada rakyat yang miskin, mengingati Panglima Nayan dengan ingatan dan igauan yang menakutkan.
Dikatakan Panglima Nayan akan menggunakan kehandalannya dalam pertarungan untuk merampas harta-harta yang tidak bersih dan tidak halal dari orang-orang kaya lintah darat. Orang-orang yang melawan akan mendapat balasan yang dahsyat.Nyawa akan melayang!
Harta-harta yang dirampas ini tidak menjadi milik Panglima Nayan. Dikatakan dia tidak memerlukannya. Sebaliknya beliau membahagi-bahagikannya kepada orang-orang miskin yang hidup melarat dan memerlukan bantuan. Dia sanggup menggalang-ganti nyawanya demi membela keadilan dan mengembalikan hak rakyat yang tertindas.Beliau adalah wira untuk menegakkan keadilan.Beliau sastria bagi rakyat bawahan. Dia menjadi wira orang-orang yang tertindas.
Bila Inggeris datang mereka memperkenalkan sistem kepolisan untuk menegakkan keadilan cara Barat. Melalui undang-undang polis menyebabkan orang-orang seperti Panglima Nayan dianggap sebagai orang yang bersalah dan akan dihukum di bawah undang-undang common law Barat walaupun menjadi wira bagi rakyat jelata
Demikianlah kesah yang diceritakan bukan oleh Yim tetapi oleh Pak Long Awang di Mercong, Pahang – orang Kedah yang mengusahakan padi sawah di sana dan merupakan pakar dalam perubatan tradisional. Pak Long Awang terlibat sama dalam Tragedi 1969.Demikian secebis latar dirinya yang diceritakan kepada ku.

62 ulasan:

  1. pamlima nayan dikianati oleh seorang pengikutnya,yang tamak ganjaran ditawarkan oleh pihak inggeris,pengikutnya yang setia telah gelap mata hatinya,telah mengunakan helah membunuhnya dengan menikam pamlima nayan,ketika sedang solat,dikatakan pamlima nayan melompat melepasi atap rumah kerana terkejut,dia mati akibat kecerderaan terlalu parah,mayatnya di serahkan pada pihak inggris.itu yang diceritakan oleh penduduk yang berdekatan gua tempat pesembunyian pamlima nayan dan pengikutnya dikedah,sayangnya terbiar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf. Saya bertanya sendiri kepada cucu Penghulu yg menangkap Panglima Nayan. Dia cuma dibuat mabuk ubi gadong dan diikat tangan dgn lalang. Dibawa terus dgn sampan ke Alor Setar klu tak silap. Wallahualam

      Padam
  2. nak tau versi panglima nayan di selangor dia di bunuh panglima sabtu kepala dan badan di asingkan..boleh dapatkan info ni?...

    BalasPadam
  3. panglima nayan ditangkap oleh sepupunya sendiri yang merupakan polis. Akhirnya polis tersebut menjadi gila. datuk saya merupakan bapa saudara panglima nayan.Ini menurut penceritaan oleh ibu saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan.. datuk saya juga sepupu panglima nayan.. boleh tahu tak tuan dari jalur mana ?? Dan panglima nayan bin apa??

      Padam
  4. gunung jerai..dan panglima nayan tak dapat dipisahkan...kalau ada sesiapa yang mengetahui ada pertalian darah dengan panglima nayan..boleh kita berkomunikasi lanjut..mungkin ramai lagi susur galurnya yang belum kita ketahui..setakat yang saya tahu ramai lagi ahli keluarganya yg menetap di yan kedah hingga sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam, atok sy mempunyai pertalian darah keturunan panglima nayan..

      Padam
    2. Panglima nayan adalah toknek saya hehe sya cicit panglima nayan

      Padam
    3. Atok saya sepupu panglima nayan.. bleh tahu tuan dari jalur mana ?? Nama panglima nayan bin apa sbnar??

      Padam
  5. Pada sekitar tahun 50an di kampong saya,Bagan Baru,Ijok,dekat Selama,Perak,saya sering melihat seorang wanita tua yang kami panggil Tok Shikin,ketika itu umor nya sudah bongkok tiga tapi masih bolih berjalan bertongkat mengujongi rumah emak sdr saya tempat kami mengaji al koran.Sering Tok Shikin ni mencerita cerita sejarah lama dengan mak saudara saya(maklang Bedah).kami tidak menghiraukan cerita si nenek tua ini.Rupa rupa nya si nenek ini isteri kapada Panglima Nayan.Saya menyedari perkara ini selepas pulohan tahun kemudian.Tadi saya menziarahi rumah maklang Bedah,cerita punya cerita terbiklah cerita pengkisahan 55 tahun yang lalu.Maklang Bedah bercerita dia telah kenal sinenek tua isteri panglima Nayan semenjak hujong tahun 40an semasa dia menatap di Serdang, Kedah.Bila dia berpindah ke Bagan Baru nenek ni selalu bertandang ke rumah nya.Saya pun memang selalu melihat wajah nya.Dan nenek ni ada seorang anak lelaki tunggal. nama Osman Nayan.Kami sekampong mengenali nya dgn panggilan pakcik Man saja.Dan dia ada anak lelaki bernama Ahmad Rabi,kawan sama sekolah saya tapi dia junior saya 4 tahun.Semasa hayat nya Pakcik Man sangat berahsia tentang asal usurnya bahawa dia ada lah waris tuggal panglima Nayan

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam boleh saya tau ahmad rabi masih ada lagi ker?

      Padam
    2. Cerita anda betoi panglima ni ada 3 sahabat. Panglima Arshad dan panglima hitam. Dorang bertapa digunong jerai. Dorang org kuat sultan Kedah..apabila sultan Kedah diracun..anak sultan dibawah lari dan mereka berpecah itu sebab dia ke Selama.

      Padam
    3. Assalam Awanama
      Aku berasal Dari Bukit Selambau
      Tahun 80an sekolah rendah Aku pernah dengar cerita d sekolah tentang Panglima Mayan YG d gelar Di dlm buku teks sekolah sebagai penyamun..namun suatu Hari Aku d Tanya oleh Tok WAN Aku..adalah Aku mengenali Panglima Mayan YG d gelar penyamun itu..kawan Aku tidak..
      Dan Tok WAN memberitahu Panglima Mayan itu siapa Dan APA hubungan nya dgn Tok WAN...kata hubungan itu melalui Nasab sebelah emak iaitu emak Tok WAN adalah sepupu kpd Panglima Mayan..Nama Tok WAN adalah Abdullah bin Ahmed...emaknya Bernam Tok siti..seal 90an barulah Aku Tahu cerita ini Dari mulutnya...

      Padam
  6. Nenek tua ni selalu menceritakan kpd maklang Bedah tentang kehebatan suami nya,panglima Nayan.Antara yang di ceritakan kpd maklang aku tentang satu peristiwa dimana satu ketika pehak berkuasa penjajah Inggeris hendak menculik nya (nenek tua),dengan tidak semene mena Panglima Nayan menjelma, kepala litup dengan kain pelekat menutupi wajah mendukong bawa lari selamatkan dia sepantas kilat.kata nenek tua kpd maklang aku, dia terasa bagaikan di bawa terbang jauh kesatu tempat yang selamat.Dan nenek ni pernah mencerita bagaimana panglima Nayan bolih melompat setinggi bumbong terus tidak kelihatan lagi.

    BalasPadam
  7. kini nenek Ashikin dah lama pergi meniggal dunia dan di semadikan di kampong ku, Bagan Baru,Ijok,membawa lara pergi bersama nya khazanah sejarah kisah riwayat hidup nya sebagai isteri tercinta panglima Nayan.Terkuburlah satu sumber asli sejarah panglima Nayan yang tidak bolih cari ganti.Aku tersangat sedih mengenang hal keadaan hidup nenek ini di penghujong usia nya,serba serbi daifdan terbiar.Tidak ada yang ambil peduli sedangkan suami nya,panglima Nayan banyak menabur jasa terhadap penduduk setempatnya. Dan anak nya,Pakcik Man juga dah meninggal.Dia merahsiakan usul keturunan nya demi keselamatan diri nya dan ingain melupakan sejarah silam sejarah ayahda nya yang di tuduh dgn gelaran yang tidak wajar di sebut lagi.Dari Pakman Ijok.salam.

    BalasPadam
  8. pada tahun 1962,aku pernah membaca sebuah nobel sejarah Panglima Nayan,mungkin penerbitan Percetakan Sinaran Brothers Balik Pulau.sekarang ni buku yang aku baca tu susah di perolihi lagi.kita dapat banyak version tentang bagaimana saat saat akhir riwayat panglima Nayan.Sumber asli dari isteri nya, nenek Ashikin juga sudah tiada.Maklang Bedah hanya sekadar dapat memberitahu aku konon nya manyat panglima ada tersimpang di muzium Taiping.Itu tak pasti lah.Maklang aku pun tak terlintas nak tanya nenek Ashikin tentang scenario peristiwa semasa panglima kena tawan.Aku kira sekira nya maklang aku terlintas di hati nya bertanya sudah pasti aku mendapat cerita nya yang sebenar kerana aku yakin pasti ketika itu nenek Ashikin menyaksi dengan penoh debar detik peristiwa yang menyayat hati menimpa suami kesangan nya.semoga Allah mencucuri rahmat NYA keatas roh mujahid pilihan NYA.

    BalasPadam
  9. salam che'gu Kamal.nampak nya banyak cerita dari pelbagai panglima yang di tulis olih che'gu.sesetengah nya tak berapa jelas cerita sebenar nya.banyak mitos.saya fikir semua nya ada lah jagoh yg di lahirkan era zaman mereka untuk keperluan ketika itu untuk menegak keadilan bagi yang terindas.itulah afaal Allah,maha pengatur setiap kejadian sepanjang zaman.peranan tugas mereka telah berlalu.untuk masa akan datang Allah akan melantik lagi dari generasi kotemporari untuk mengambil peranan yang sama menegakan keadilan di bumi Nya.siapa yang terpilih hanyalah dalam ilmu Allah saja yang tahu.mungkin dari yang beriman dan bertakwa kapada Nya.dengan iradat Nya.dan mungkin segelintir dari hamba nya yg mendapat hidayah dan petunjuk akan terjadi ssuatu.mahluk jin tak tahu rahsia Allah tapi pandai buat spekulasi dan tekaan yg menyesatkan.maka ramai lah kena tipu dgn jin-jin yang menyamar sebagai tuk wali dan keramat.maka ramai lah percaya cerita tahyul puak puak jin ni dan terpesona dengan perkara menyalahi adat dan magis.maka ramai lah terbabas dalam dalam akidah dengan kehebatan lakonan jin jin ini.terima kasih kapada che'gu Kamal yng berkongsi pengelaman yang dilalui nya selama 30 tahun.alhamdullilah dgn hidayah Allah sempat menyedari lakonan palsu dan kembali kepada jalan mengesa Nya secara total.saya pun pernah terjebak dengan hal yang sama.

    BalasPadam
  10. sambung diatas.saya pun pernah pergi jumpa ayah Bidin tapi lepas tu tak pergi lagi.memang betul lah katakata che'gu tu,susah nk cari murshid.melainkan dengan pertolongan hidayah Allah.Lain lah murshid mencari "chela"(murid)sebagaimana avatar Babiji mengundang Lahiri Mahasanya dengan seruan talipathy nya datang menemui nya untuk menerima ajaran ilmu karyayoga.Lahiri tak merasa kepayahan mencari murshid tapi tidak juga bolih menolak.cerita klassik dari Autobiography of A Yogi.sekian. salam.

    BalasPadam
  11. Saya tak pasti, tapi saya dimaklumkan oleh arwah abah saya, saya adalah generasi ke 6 panglima nayan. Seronok kalau dpt hubungkan silaturahim keluarga panglima nayan

    BalasPadam
  12. Salam,

    Saya dimaklumkan oleh mak saya. Saya cicit Panglima Nayan. Tak pasti sejauh mana pertalian tu.

    BalasPadam
  13. panglima nayan anak angkat tok kasim bin abdullah dan isterinya cek dah bin jaafar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bole saya tahu lebih lanjut.. saudara ada ptalian ke dengan panglima nayan??

      Padam
  14. Salam. Saya baru bersembang dengan abah saya tentang panglima Nayan yang dikatakan juga bapa saudara Tok Wan saya (bapa emak saya-orang Jeniang yang merantau ke Selama) yang sudah lama meninggal..Wallahualam..

    BalasPadam
  15. salah satu tinggalan kerisnya ada pada saya.

    BalasPadam
  16. Bole saya tahun Osman bin Nayan kemudiannya berkahwin dengan siapa?
    Adakah keturunan Panglima Nayan berketurunan Aceh?
    Siapa bole tolong jawab...

    BalasPadam
  17. datuk emak saya bernama osman b nayan(telah arwah 1975)...tinggal di melaka

    BalasPadam
  18. Nama nayan sebenarnya tak asing dalam masyarat melayu..senayan bermaksud isnin, nama mengikut hari dilahirkan memang tak asing dalam masyarat melayu..sebenarnya nama pamlima bernama nayan ramai ..dikedah patani kelantan..diantaranya pamlima nayan yg memimpin pasukan gerila menentang penjajahan thai dikedah..yang berwatak robin hood ..terima kasih kepada tuan tanah dan sedara yg beri komen sekurang2 dapat kita menambah pengetahuan..

    BalasPadam
  19. saya pun sedang mengkaji asal keturunan keluarga saya. Saya adalah generasi ke6 panglima nayan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam..

      Kalau ikut susur jalur keturunan, sy juga merupakan piut daripada panglima nayan..panglima nayan ada 5org ank, yakni moyang sy..kalau nk cerita mmg panjang..
      Inn sya Allah pada hari raya haji ketiga yg akan dtg ni kami akan buat reunion seluruh keturunan panglima nayan dan juga lebai teh..perjumpaan ni akan diadakan di bujang kedah..

      Jika tuan ada kelapangan masa, boleh la hadir pada masa tu..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  20. Sekiranya tuan berminat untuk hadir pada majlis reunion cucu cicit panglima nayan tu nanti boleh la hubungi sy..017-3963619

    BalasPadam
  21. Sekiranya tuan2 ingin menjejaki sejarah & susur galur Tuan Panglima Nayan.. Cuba jugak cari maklumat tentang beliau daripada cucu cicit beliau yang berbangsa Siam yang kini masih hidup di Kedah.. Cuba Tanya mereka.. Cerita lagenda tentang kehidupan seorang Siam bernama Nai Ann.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bole saya tahu.. siapa nama sebenar nama panglima nayan..

      Padam
  22. Salam hormat dari saya untuk tuan2 semua . Sebagai Sasterawan Negara yg berasal dari Kedah kisah Panglima Nayan sangat menarik hati saya.

    BalasPadam
  23. Ada sesapa keturunan panglima nayan? Saya baru dpt thu saya keturunan beliau. Blh saya dptkan maklumat lanjut

    BalasPadam
  24. Menurut cerita mak saya .saya berketurunan panglima nayan betul ke tidak allah saja yang tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cucu tok Akob - Cerita Tuan, sahih seperti yg diceritakan oleh ayahanda saya.

      Padam
  25. [3/26, 18:56] ayah: Sikit yg atih blh citer secara ringkas...

    Toh panglima che ha adalah salah sorg hulubalang raja pattani yg mempertahankan Islam semasa budha serang ayuthia. Toh adalah sebutan pelat yg mana perkataan sebenarnya adalah tok atau datuk... iaitu gelaran kehormat.
    Toh panglima che ha ada 2 anak lelaki. Sorg che nayan bin che ha... abg dia che sulaiman bin che ha. Moyang kita adalah che nayan bin che ha. Ini la panglima nayan yg abum sebut. Tok bedah adalah salah sorg anak panglima nayan.
    Panglima nayan adalah sorg petani biasa tapi sangat berjasa pada sultan. Kehebatan panglima nayan sgt digeruni oleh tentera gurkha. Peluru pun tak lut. Walaubagaimanapun, sbg abg, hanya che sulaiman yg tau di mana kelemahan panglima nayan. Che sulaiman bekerja sbg driver org putih masa tu. Diceritakan bahawa che sulaiman sgt iri hati dgn adik dia, panglima nayan. Jd, dia la yg bongkarkan kelemahan panglima nayan pd pihak tentera gurkha....
    [3/26, 18:56] ayah: Anak panglima nayan
    1) tok itam pompuan
    2) tok chah pompuan ( mati awal.. Ada 1anak cikgu jaafar di kelantan guru besar tp dah meninggal)
    3) tok bedah
    4) tok akob
    5) tok su mat
    [3/26, 18:56] ayah: Dipendekkan citer...
    Atas jasa panglima nayan kpd long jaafar, dia dianugerahkan bnyk tanah2... kiranya kaya la dia. Sbb tu abg dia iri hati.
    Abg dia dedahkan rahsia panglima nayan yg hanya boleh mati kalau ditembak dari duburnya... selepas tau rahsia ni tentera gurkha serang panglima nayan dan tembak dari bawah rumah waktu panglima nayan tgh mkn nasi. Dia ditembak di depan tok bedah yg pd masa tu baru berumur 9 tahun.
    Che sulaiman yg bekerja ngan org putih guna hbgan baik dia ngan org putih utk tukarkan nama geran pindah kpd nama dia. Habis tanah2 tok nayan dipindah milik atas nama dia. Jadilah dia org kaya masa tu...


    Mak kepada arwah tok saya adalah che bedah... Itu sumber dari bapa saya.. Xtau betul ke idak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam.. Boleh hubungi achik semula.. Sgt berminat nak mengetahui lanjut.. Tq

      Padam
    2. Salam. Mengikut aliran anak panglima nayan. Sy adalah cucu tok akob. Nasaruddin bin yacob/yaakob (tok akob) bin nayan bin che ha. Itu lah yg di cerita kan kepada sy.

      Padam
  26. assalamualaikum. Lagi bercelakhu. Luaq tajuk.

    BalasPadam
  27. Atok saya adalah anak saudara panglima nayan. Boleh tahu panglima nayan bin siapa ?? Sebab terputus nama. Ada yg kata ada kaitan dgn tok moris dan nai long . benar kah ??

    BalasPadam
  28. Salam, saya orang jeneri. Tahu kisah Panglima Nayan dibunuh.

    BalasPadam
  29. Panglima Nayan kubu dia bukit pinang...senjata mainan dia wali jantan...bertikam dlm sentung Kain...dia jugak ada golok..0163917786...kalau nak bertukar cerita boleh call

    BalasPadam
  30. dari semua yg komen ni 90% kturunan panglima nayan,mcm kbetulan yg baca kbykan kturunan panglima,klu tiada ptalian jng mgaku kturunan panglima,yg mgaku kturunan panglima nayan sila slidik dn kaji ksahihan nya dlu,org yg bernama nayan bka 1 dimlaysia,org yg baca komen anda pun nk trgelak mcm snang ja mgaku kturunan panglima nayan.

    BalasPadam
  31. boleh sya brtanya admin,sya tngah mncari siapa hamba allah yg dipgl tok serban hijau @ panglima serban hijau,yg saya tahu panglima serban hijau adalah panglima sultan kedah,sultan kedah yg mna 1 xtahu,dari mana asal usul nya dan kturunan nya,klau admin dn yg mbaca blog ni tahu siapa panglima serban hijau sila brkongsi dng sya,email sya azribasah2013@gmail.com

    BalasPadam
  32. Saya tertarik dengan kenyataan panglima nayan dan gunung jerai berpisah tiada.Hanya yg faham akan memahami ayat ini..saya yakin ramai dikalangan keturunan panglima nayan ini yang beekebolehan dlm perubatan .Keluarga datuk saya berasal dari yan..dan salah sesorang salasilah panglima nayan ini ada tersimpan gambarnya di muzium kemerdekaan melaka .

    BalasPadam
  33. salam.. adakah panglima nayan ini ada seorang adik bernama panglima anan? abg menjadi lanun di laut ( istilah robin hood la kan) . dan memakai gelaran helang laut.kemudian adiknya panglima anan diarahkan sultan utk memburu abg nya. setelah bersua di laut. mereka saling bertempur bertarung sedaya upaya sehingga salah seorang dari mereka menjerit kepantangan panglima. ( alaaa.. mcm lebih kurang ayat hang tuah. " cis. laksa mana lawan hamba") . jadi depa berdua sedar la adik beradik.

    sng cite. panglima anan minta abg nya ikut bersama. panglima nayan minta ditikam.sejadah yg digunakan beliau utk solat. kalau tembus. beliau ikut panglima ana. sekuat hati panglima anan tikam tapi x tembus. akhirnya panglima anan pulang tgn kosong.

    ni aku x brapa ingat cmne smbungannya. tp yg aku tau ada pengikut panglima nayan pecah rahsia. nak bunuh panglima nayan ni kena pakai pucuk nipah. baru le lut. maaf le kalau aku silap. aku just bertanya betul ke cite ni. ni aku dpt dari mana xyah tya. cuma nak kesahihan sahaja

    BalasPadam
  34. Salam Admin.
    Panglima Awang & Panglima Nayan adalah bersaudara walaupun mendapat gelaran Malay Robin Hood!Lawan British & Siam-Burma,Hebat mereka!

    Saya waris generasi ke-5 Salasilah Keturunan Panglima Awang. Di khabarkan Panglima Awang ini berperang melawan tentera Siam-Burma yg ingin menakluk Kedah ketika itu. Panglima Awang kemudiannya berundur ke Seberang Prai & mencari tempat perlindungan.
    Boleh baca di entry ini:

    http://ishaksenapifamily.blogspot.com/2012/01/sejarah-salasilah-keturunan-ishak-bin.html?m=1

    wiramdmspec@gmail.com

    BalasPadam
  35. Panglima nayan, panglima hitam dan panglima ashad org kuat sultan Kedah yg mati diracun.. pewaris takhta pemilik asal ada diluar sana

    BalasPadam
  36. Panglima nayan di berkas oleh moyang iaitu tokwan mak saya. Nama dia tok Ali. Mak ceritakan y panglima nayan sedang tido & rambut dia yang panjang tu terurau smpai ke bawah. Di sebbkan itu dia berjaya diberkas oleh tok Ali bersama org kampung. Rumah saya adalah saksi tempat dia diberkas.

    BalasPadam
  37. Bertahun2 perbincangan tentang Panglima Nayan sejak 2010-2019. Begitu hebat kehandalan Panglima Nayan & sejarahnya bak kata Hang Tuah "Tak Akan Hilang Melayu di Dunia"

    BalasPadam
  38. Arwah bapa saya dibesarkan oleh tok puteh(adik panglima nayan) adik bapa saya masih ada menceritakan kisah ni.

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum. Siapa ads maklumat, apa Nama bapa panglima Nayan. Tolong tuliskan do ruangan ini untuk perkongsian...

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum.. baru" nii ibu Ada laa sembang pasal keturunan kita Ada darah panglima nayan.. pstu dyaa kata kita keturunan penjenayah.. betul kee tidak xtahulahh.. ibu n kakak cakap Masa arwah nenek saya Ada dialah cerita.. xtahulahh.. panglima nayan kawasan kubang pasu??..

    BalasPadam
  41. Al-Kisah di ceritakan dari generasi ke generasi melalui cerita lisan orang-orang tua terdahulu.Di ceritakan pada zaman dahulu pada abad ke19 yakni pada tahun 1817,lebih kurang 195tahun yang lalu,
    Kerajaan siam di bawah pemerintahan Raja Ligor telah menyerang Pulau Langkawi & Seluruh Negeri Kedah.Pada masa itu,Kedah,Perlis,Terengganu,Kelantan & Selatan Siam(Pattani,Narattiwat) berada di bawah jajahan takluk Siam.Ketika itu Kedah di perintah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Sultan Ahmad Tajuddin enggan menghantar bunga emas ke Siam,menyebabkan rakyat Negeri Kedah berada dalam keadaan tidak selamat.Siam juga memaksa Kedah bersama-sama menentang Burma,tapi Kedah tidak berbuat demikaian.Bertambah marah Raja Ligor terhadap Sultan Ahmad Tajuddin.Keadaan di Pulau Langkawi tidak begitu aman & tidak stabil kerana sering berlaku peperangan di antara Kedah,Siam,&Burma(Myammar).Oleh demikian atas faktor itu, Panglima Awang telah membawa 2beradik iaitu Mek Tam (adik) & Sabariah (kakak) ke Seberang Prai (Kampung Belah Dua). Pada masa itu Seberang Prai & Pulau Pinang di bawah kekuasaan British.

    Sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang,Kedah yang menggunakan nama Panglima Awang.Adakah berkaitan dengan salasilah keluarga kita?

    Mek Tam telah berkahwin dengan Senapi Bin Haji Muhammad dan telah melahirkan generasi terdahulu hingga kini beranak-pinak hingga ke cicit-piut sekarang ini.Sabariah berkahwin dengan Hashim dan menetap di Kampung Belah Dua.Mereka tidak di kurniakan cahaya mata & mereka telah mengambil anak saudara mereka iaitu Ishak Bin Senapi.Selepas Ishak di ganti pula anak-anak Ishak iaitu Aminah(Tok Wa) sehinggalah Aminah berkahwin dengan Abdullah.Sabariah & Hashim mengambil anak Ishak yang kedua iaitu Abdul Rahman( Pak Ngah Dahaman).Dari situlah keluarga ini membesar beranak pinak sampai sekarang.Setakat blog ini di tulis keluarga besar ini telah sampai ke generasi ke-4 seramai 136orang, & generasi ke-5 seramai 20orang.Anak Cucu-Cicit Ishak Bin Senapi telah berjaya melahirkan insan-insan yang berjaya menjadi ahli akedemik,guru,jurutera,peguam, peniaga,tentera,polis,ahli politik,ahli perniagaan,juru ukur bahan,pengaturcaraan komputer,pereka hiasan dalaman,jurufoto & sebagainya.Kesinambungan ini lah akan mewarisi generasi yang akan datang."Air di cincang tidak akan putus" begitulah di ibaratkan keluarga besar ini.
    Carian di google search mendapati sebuah sekolah rendah yang telah mengabadikan nama Panglima Awang di sekolah tersebut.Adakah kebetulan @ ada perkaitan dengan salasilah keluarga ini? Seribu pertanyaan bermain di fikiran,nampaknya untuk menyelesaikan persoalan ini wajarlah pihak Seketeriat Ishak Senapi Family turun ke sana untuk mencari jawapannya.

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum, hebat sungguh pahlawan melayu. Inzinkan saya pembuka kalam untuk tahun 2022 ini. Saya antara seorang piut Arwah panglima Nayan. Beliau merupakan moyang kepada ayahanda saya. Ayah saya Hassan b. Shariff pada awalnya menetap di Pulau Pinang dan berhijrah ke Perak dan meninggal di sana. Sejak arwah tiada lama sudah tidak kedengaran cerita Panglima Nayan. Mudah-mudahan ruangan ini dapat kembali mengigati sejarah kegimilangan panglima yang lama terpahat didada sejarah tanah air wassalam

    BalasPadam
  43. Saya pun orang daerah Yan kedah adakah NAYAN itu onyang saya

    BalasPadam