02 September 2009

19.
BERTEMU SULTANUL AULIYA.

Tok Penghulu Malim bersama Arbab memberitahuku bahawa mereka akan pergi ke Tanah Merah untuk bertemu dengan Tok Ayah Sohor. Maklumat ini diberikan kepadaku sewaktu aku bersama isteri dan anak-anak menghadiri majlis menyambut menantu anak Tok Penghulu Malim di rumahnya. Itulah kesempatan pertama aku mengenali adik ipar Tok Penghulu Malim. Seorang anak muda yang usianya tua setahun dariku.Aku menyatakan hasrat kepada Tok Penghulu Malim, kalau tidak menjadi keberatan kepada mereka berdua, aku ingin untuk ikut bersama mereka ke rumah Tok Ayah Sohor. Alhamdulillah, mereka nampaknya tidak ada apa-apa halangan.
Itulah pertama kali aku menaiki kereta yang tak pernah termimpi menaikinya – BMW720i. Di Kuala Berang, kami berhenti sebentar kerana Tok Penghulu Malim dan adik iparnya mahu membawa ole-ole untuk Tok Ayah Sohor. Baharulah aku mengerti, bahawa bila berkunjung ke rumah tok guru – Tok Ayah Sohor umpamanya, elok di bawa sedikit buah tangan. Selama ini, kunjungan pertamaku ke rumah Tok Ayah Sohor, Tok Lat dan Ayah La, aku tak pernah membawa apa-apa buah tangan. Tak terfikir pun. Selepas itu baharulah aku sedar bahawa kepada orang-orang sedemikianlah, anak-anak murid perlu berkorban.
Kami sebenarnya sampai sudah agak lewat di balaisah Tok Ayah Sohor, tapi rupa-rupanya bila sampai, solat Isya berjumaah sedang dijalankan. Tok Penghulu Malim memberitahu, Tok Ayah Sohor kadang-kadang memberi kuliah dan ceramah agak panjang kepada para jumaah, sebab itulah mereka lambat mendirikan solat Isya. Bila selesai solat berjumaah, Tok Penghulu Malim mendahului kami pergi dengan penuh hormat dan takzim kepada Tok Ayah Sohor sambil memberikan sembah salam. Aku melihat satu cara kesopanan yang belum lagi aku ketahui iaitu mencium dari pergelangan tangan sampai ke hujung jari.

Tok Ayah Sohor masih dalam jubah tebalnya dan tidak dalam keadaan rasminya seperti selalu atau sepertiku lihat dahulu – berkain pelikat tidak berbaju. Kepalanya ditutup oleh kupiah berwarna hijau.
`Ayah ke Washington DC malam tadi’, Tok Ayah Sohor membuka bicara. Maklumat itu membuatkanku sedikit tersentak. Tapi Tok Penghulu Malim dan Arbab tidak terkejut.Mereka rupanya sudah biasa dengan maklumat sedemikian.
`Urusan apa Ayah?’, Tok Penghulu Malim ingin tahu rahsianya.
`Tak ada apa-apa. Cuma jumpa orang ghaib di sana, bincang sikit-sikit’.
`Sudah sampaikah masa untuk ajar Amerika?’
`Belum!’, tegas suara Tok Ayah Sohor. `Ayah tak boleh buat pandai-pandai macam dulu. Masa Saddam Hussin dulu, ayah buat keputusan sendiri. Ayah tak tunggu perintah ghaib. Lambat sangat menanti, ayah tak sabar. Ingat? Apa berlaku pada Ayah?’
Aku tidak tahu apa yang terjadi kepada Tok Ayah Sohor.Untuk bertanya, aku merasakan aku tak berapa layak mencampuri urusan mereka. Aku simpan sahaja hasrat tersebut untuk bertanya kepada Tok Penghulu Malim dalam perjalanan balik nanti.
`Di sebalik kezaliman Amerika itu, yang sebenarnya ada rahmat. Ada hikmah. Inilah rahsia Allah Taala. Jadi Ayah sudah serik! Ayah tak mahu buat pandai-pandai lagi’, dan Tok Ayah Sohor ketawa dengan suara halus nyaringnya mengenangkan peristiwa yang pernah dialaminya itu sambil matanya memandang tepat kepadaku. Aku tersenyum sambil membalas senyumannya.
Bila aku tanya Tok Penghulu Malim dalam perjalanan pulang, Tok Penghulu Malim menerangkan Tok Ayah Sohor agak gopoh untuk bertindak menghancurkan armada laut Amerika dalam perang Amerika-Irak dahulu. Tok Ayah Sohor tidak dapat bersabar kerana keputusan dari langit terlalu lambat. Lalu dia bertindak sendirian memerintahkan Raja Jin, iaitu Raja Yusuf, untuk bertindak sebelum mendapat arahan orang ghaib. Akibatnya Tok Ayah Sohor sendiri yang mendapat bencana. Dia terkena bedilan Amerika. Tok Ayah Sohor tidak cedera tetapi dia pengsan lebih setengah hari.
`Tapi jaga-jaga, dunia makin karam nampaknya. Ayah pergi ke Kutub Utara malam sebelumnya. Ayah nampak air batu di sana semakin cair. Ayah rasa tak lama lagi ada muka bumi yang rendah akan tenggelam’.
Arbab memandang kepadaku. Dia memperkatakan perkara yang sama dalam sembang-sembang perjalanan tadi.
Memang ahli-ahli sains pun telah membuat ramalan mengenai kemungkinan itu.
Apakah geografi dunia akan berubah dalam tempoh tak berapa lama lagi? Peta dunia memang sentiasa berubah. Aku teringat sewaktu di Raub dahulu. Atuk memberikan maklumat bahawa pada masa dahulu sebahagian besar daratan Tanah Melayu ini adalah lautan. Dia mengatakan pada masa dahulu kapal-kapal boleh masuk sampai ke Ulu Dong. Ulu Dong pada masa dahulu adalah sebuah pelabuhan. Dia mengatakan kalau diamati dengan teliti masih ada bekas-bekas pinggiran laut seperti kulit siput dan karangan laut di kawasan Ulu Dong, Raub.
Para pelayar pada zaman dahulu bila berlayar dari Lautan Hindi untuk ke Tanah Melayu, daratan yang mula-mula kelihatan ialah Pulau Serai. Pulau itu menjadi perhentian para pelaut dan alim ulama dari Tanah Arab untuk sampai ke Alam Melayu. Bila air semakin surut Pulau Serai akhirnya menjadi banjaran Gunung Jerai dan ini dibuktikan apabila ditemui oleh ahli arkeologi satu batu nesan seorang ulama di puncak Gunung Jerai yang tertulis nama Syeikh Ab.Kadir. Syeikh Abdul Kadir terkenal sebagai Panglima Hijau atau Panglima Surban Hijau oleh penduduk tempatan pada zaman yang lampau kerana memakai jubah dan surban keseluruhannya berwarna hijau.Demikian juga Batu Cave yang pernah dikaitkan dengan kesah Si Tanggang kerana pada ketika itu kawasan di sekitarnya adalah lautan.
`Tapi malam ini Tok Malek tak boleh lama. Ayah ada mesyuarat jam 11.00 malam’
Tok Ayah Sohor tiba-tiba memberikan peringatan. Bila mendengar maklumat itu Tok Penghulu Malim tiba-tiba terkejut.
Baharulah dia sedar kami hanya mempunyai masa yang agak terhad. Jam sekarang telah menunjukkan 10.45 minit malam. Tok Penghulu Malim dan Arbab tiba-tiba menjadi sedikit kalut kerana masa yang berlalu selama ini hanya berisi dengan perbualan dan informasi yang tidak menyentuh mengenai maksud kunjungan.
Tok Penghulu Malim segera pergi kepada maksudnya. Dia dan Arbab yang duduk bagaikan bertemu lutut dengan Tok Ayah Sohor mula bercakap dengan agak perlahan dan bagaikan berbisik. Aku tidak dapat mengikuti dengan jelas apa yang mereka bualkan. Aku pun sedar kedudukanku. Aku sekadar penumpang dan tidak pula ada apa-apa urusan dengan Tok Ayah Sohor, sekadar buat sibuk aje. Duduk pun sedikit meminggir.
Namun apa yang dapat aku fahami, Arbab berhadapan dengan sedikit masalah. Ada sesuatu yang tidak kena mengenai proses jual beli dan penetapan harga sesuatu yang aku tidak pasti apa urusniaganya. Urusniaga tersebut membabitkan orang Indonesia di Jakarta. Ada juga unsur mistik dalam urusan itu, sehingga Arbab bagaikan telah ditipu. Ada sesuatu yang dikeluarkan oleh Arbab dari satu bekas berbalut kain kuning lalu diunjukkan kepada Tok Ayah Sohor. Tok Ayah Sohor memberikan beberapa informasi mengenai benda tersebut dan beberapa garis panduan. Aku mendapati garis panduan yang diberikan oleh Tok Ayah Sohor ada sedikit kekeliruan dengan apa yang Arbab telah alami. Tapi sesungguhnya aku tidak mengerti samasekali mengenai isu apakah sebenarnya kerana tidak mengetahui latar belakangnya.
Tepat jam11.00 malam Tok Ayah Sohor mengingatkan masa telah cukup.
Tapi aku nampak Tok Penghulu Malim masih sangat memerlukan masa tambahan. Sedang mereka bertiga leka dalam urusan itu jam telah mendekati 11.20 malam. Aku telah sedar sejak 20 minit yang lalu, bahawa masa yang ditetapkan telah diengkari oleh hal-hal yang tidak beres sehingga terlajak 20 minit.
Tok Ayah Sohor tiba-tiba bersuara.
`Ayah tak boleh nanti lagi. Ayah ada mesyuarat. Sudah 11.20!’, dan bila dia berkata begitu, aku tiba-tiba menyaksikan wajah Tok Ayah Sohor seakan-akan berubah.

Sebenarnya sejak sedari tadi lagi aku telah dapat mengesan perubahan yang berangsur-angsur itu. Aku melihat pipinya bagaikan mengecil sehingga hidungnya kelihatan semakia mancung. Tok Penghulu Malim dan Arbab yang selama ini banyak merunduk baru menyedari perubahan itu dan oleh kerana itu, mereka cepat-cepat membungkus kembali artifek klasik yang telah dikeluarkan tadi.
Cepat-cepat kami memberikan sembah salam dan meninggalkan Tok Ayah Sohor. Bila kereta telah mula keluar dari simpang, Tok Penghulu Malim lalu bersuara.
`Awak nampak wajah dia tadi?’, soalan itu ditujukan kepadaku.
`Nampak! Hidungnya semakin mancung’, aku berkata.
`Kulitnya pun semakin putih’, Arbab pula berkata.
`Ha! Itulah. Dia sudah mula bertukar wajah’, Tok Penghulu Malim menjelaskan.
`Kenapa?’, aku bertanya dengan rasa hairan.
`Bertukar kepada wajah asalnya!’
`Wajah asal?’, aku kian terkejut.
`Awak tahu siapa Tok Ayah Sohor?’,aku pula yang ditanya. Arbab diam sahaja sambil tekun memandu di lebuh Jeli - Jerteh.
Aku tidak ada jawapan.
`Dia jenis macam Tok Lat juga’
`Ha? Zahir kembali?’
`Dia adalah Sultanul Aulia.Awak tahu siapa Sultanul Auliya?’
`Sheikh Abdul Qadir Jailani!’
`Ha! Saya pun mengesyaki, barangkali Tok Ayah Sohor adalah Syeikh Abdul Qadir Jailani. Saya sudah lama megesyaki begitu’
Aku terdiam dengan informasi itu.Lagiknya ada juga, sebab ketika wajah Tok Ayah Sohor akan bertukar tadi, aku melihat sendiri pipinya telah menjadi semakin mengecil dan hidungnya bertambah mancung. Kulitnya semakin putih dan…memang seakan-akan wajah kearaban!
`Dialah penjaga dunia’, informasi seterusnya dari Tok Penghulu Malim .
`Penjaga dunia..’,aku mengulangi dengan rasa takjub.
`Kalau dia penjaga dunia, siapa pula Tok Lat?’
`Dia berdua adalah Penjaga Dunia’
`Antara mereka berdua, siapa agaknya yang nombor satu?’, aku menguji Tok Penghulu Malim .Bukan menguji, tapi memang betul-betul mahu tahu.
`Rasa-rasa Tok Ayah Sohor’, Arbab memberi pendapat.
`Bukan! Rasa saya Tok Lat’, bantah Tok Penghulu Malim.
Aku untuk kesekian kalinya terpegun dengan berita-berita yang sentiasa baru dan menggemparkan itu. Aku tidak ada apa-apa idea untuk memutuskan siapa yang lebih utama atau lebih hebat di antara mereka berdua. Cuma yang sangat menggembirakan, rupa-rupanya Tok Ayah Sohor juga adalah orang lama yang zahir kembali. Apakah betul beliau adalah Syeikh Abdul Qadir Jailani? Jika benar, alangkah seronoknya kerana beliau adalah salah seorang idolaku yang kesahnya menjadi antara kesah yang sangat aku minati sejak aku berusia belasan tahun lagi.Aku amat mengagumi Sheikh Abdul Qadir Jailani, Sultanul Auliya yang memiliki keramat yang teramat hebat.
`Bila tugas mereka berdua siap – mereka akan digantikan, dan selepas itu baharulah bangsa Melayu akan bangkit kembali.Itu pendapat sayalah...’
Demikian rumusan dari Tok Penghulu Malim.Arbab diam sahaja sambil memandu dengan tenang.Tapi aku menelan pendapat tersebut sambil menghadamkannya.Terfikir dalam mindaku, kalau begitu bilakah mereka akan digantikan untuk bermulanya era kebangkitan Melayu?
Terfikir juga di mindaku, kalau Tok Lat lebih tinggi dari Tok Ayah Bidin, sedangkan Tok Ayah Bidin adalah Sheikh Abdul Qadil l Jailani, jadi siapakah orang yang lebih tinggi dari Sltanul Auliya itu? Lantas dengan itu siapakah Tok Lat?

Persoalan itu bermain di mindaku di sepanjang perjalanan pulang itu.









10 ulasan:

  1. agak2 saudara di mna tok lat sekarang, sy ingin sanagt berjumpa dia, sy amat terkilan tidak dapat mengziarahi arwah..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum di zaman ini ada lima wali besar dari lima ini yang mengetuainya adlh tok ayah bidin

    BalasPadam
  4. KG JEDOK TANAH MERAH KELANTAN
    SAYA KENAL PERNAH JUMPA TOK AYAH BIDIN

    BalasPadam
  5. KG JEDOK TANAH MERAH KELANTAN
    SAYA KENAL PERNAH JUMPA TOK AYAH BIDIN

    BalasPadam
  6. KG JEDOK TANAH MERAH KELANTAN
    SAYA KENAL PERNAH JUMPA TOK AYAH BIDIN

    BalasPadam
  7. tok ayah bidin tinggal dgn siapa

    BalasPadam
  8. innalilahiwainnaillahirojiun..Tok Ayah Bidin telah kembali ke rahmatullah pada 9:36pagi 22/7/2017..AlFatihah ���� sy selaku salah satu Cucu Tok Ayah Bidin

    BalasPadam