(Artikel 10)
Era Untuk Bangkit.
Ayuh Bangkit!
Umat Melayu Umat Terbaik
Bila membicarakan Bangsa Melayu Umat Terbaik ertinya inilah umat yang akan bangkit memimpin dunia akhir zaman. Persoalan ini sesungguhnya bagaikan tidak ada keraguan lagi. Inilah bangsa yang belum lagi bangkit kerana usianya yang begitu muda. Allah Taala berfirman:
`Tiap-tiap umat mempunyai Rasul..’(Yunus:47)
‘Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang…’ (Al Maaidah:48)
Allah menetapkan sunnahNya bahawa semua bangsa manusia ada Nabi atau Rasul yang diutuskan, tetapi tidak ada bagi Bangsa Melayu.Rasul bagi Bangsa Melayu tidak ada! Tidak seorang Rasul pun dari darah Bangsa Melayu diutuskan. Sebab itulah Bangsa Melayu bermula dengan kesesatan menganut animisme, kemudiannya beralih kepada agama Hindu dan Buddha yang telah terseleweng dan penuh kesyirikan. Tidak ada Rasul dari Bangsa Melayu yang memimpin kepada jalan Tauhid. Bangsa Melayu menerima ajaran Tauhid dari Nabi Akhir Zaman, Penghulu segala Nabi dan Rasul, Muhammad Habibullah saw, Penghulu Junjungan yang tertinggi darjat dan martabatnya di sisi Allah Azzawajalla.
Nabi akhir zaman – bapa segala roh – adalah dari Bangsa Arab Quraisy iaitu golongan termulia dari Bani Hashim.Dari titisan zat mulia inilah mengalir keturunannya ke dalam Bangsa Melayu yang dinamakan Ahlul Bait. Dari Ahlul Baitlah akan muncul Imam Mahadi yang akan mengangkat matabat Bangsa Melayu menjadi bangsa yang terkemuka di dunia akhir zaman. Walaupun Nabi Muhammad saw bukan dari Bangsa Melayu, tetapi alangkah bertuahnya Bangsa Melayu menerima ajaran Tauhid dari Roh dan Zat termulia di sisi Allah Rabbul Alamin, dan kemudiannya menitiskan kemuliaannya kepada bangsa yang muda ini dengan mudah-mudahan menjadi benar sangkaan menghadiahkan Imam Mahadi sebagai Pemimpin Agung Akhir Zaman!
Bangsa Melayu pada tahap ini, belum cukup persiapan untuk bangkit iaitu walaupun cukup/agak baik berpegang kepada ajaran zahir Islam berbanding bangsa-bangsa lain di serata dunia, tetapi bila disemak dari persfektif ilmu, dikhuatiri di sebalik kerajinan beribadah - Islam Zahir, majoriti umat Melayu sekadar melakukan ritual agama atau sebagai salah satu aktiviti harian sahaja, kerana berhadapan dengan konflik iman dan akidah, yakni Islam Batin.
Hadis Nabi saw:
`Bahawa kamu berada pada suatu masa yang banyak ahli fiqihnya, sedikit ahli qiraat dan ahli pidato, sedikit orang meminta dan banyak orang memberi. Dan amal pada masa tersebut lebih baik daripada ilmu. Dan akan datang kepada umat manusia suatu masa (zaman sekarang) yang sedikit ahli fiqihnya (ulama warasatul ambiya), banyak ahli pidato, sedikit yang memberi dan banyak yang meminta.Ilmu pada masa itu lebih baik dari amal’ - Ihya Jld.1 haal.51
Bahawa sesungguhnya beramal tanpa ilmu, sekadar ikutan, tiru-tiruan, sia-sia! Beramal tanpa ilmu dengan sangkaan ’memang saya orang beriman’, percuma! Lihatlah diri masing-masing pada tingkat manakah iman setiap diri:
· Tingkat Pertama: Ucapan LA ILAAHA ILLAL LAAHU dan hatinya lalai atau memungkiri seperti tauhid orang-orang munafik
· Tingkat Kedua: Dibenarkan oleh hatinya akan makna lafal seperti umumya kaum muslimin - iktikad orang awam.
· Tingkat Ketiga: Dipersaksikan dengan jalan kasyaf (Terbuka hijab) dengan perantaraan nur kebenaran – makam orang-orang muqarrabin.
· Tingkat Keempat : Tiada dilihatnya pada yang wujud selain Yang Esa –Ihya Ulumiddin Jld. 7 hal.281-282.
Berada pada sangkaan iman tingkat kedua adalah merbahaya! Bersangkaan pada tingkat ketiga dikhuatiri terpedaya! Tingkat Keempat, mustahil! Tingkat pertamalah jawapannya! Seperti dijelaskan sebelum ini, Mulkan Jabbariyyan masih terus dipertahankan oleh Bangsa Melayu. Inilah tandanya, kerana berpunca dari masalah iman. Renungilah firman berikut:
’Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya iaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: ”Kami telah beriman”, padahal hati mereka belum beriman” – (Al-Maaidah:5:41)
Iman lemah dan tidak sempurna berpunca dari kejahilan. Kejahilan berpunca dari ketiadaan ilmu atau krisis ilmu. Ilmu yang benar dan bermunafaat untuk Islam tidak diperolehi kerana mata pelajaran Agama Islam diajar sekadar untuk keperluan peperiksaan; bukan matlamat insan soleh. Mata pelajaran Agama Islam pula sekadar menempel dalam sistem sekular yang matlamat pendidikan sekular ialah untuk keperluan birokrasi dan pembangunan negara. Pelajar yang berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di institut pengajian tinggi, tidak pula berpeluang mengenali inti agama iaitu Tasauf kerana Tasauf telah disingkirkan bahkan dihukum ajaran sesat oleh cerdik pandai Islam sendiri. Lantas cerdik pandai Islam ini selesa dengan habuan duniawi – merasakan diri adalah ulama - lalu menjadi alat memperteguhkan Mulkan Jabbariyyan.
Tanpa Tasauf ertinya tanpa batin. Tiada batin ertinya kosong dan mati – bagai jasad yang tidak bernyawa. Zahir tidak boleh tegak berdiri tanpa batin. Tanpa memahami batin, pasti merosakkan akidah. Demikianlah maksud hadis berikut:
Orang bertanya kepada Nabi saw: “Wahai Rasulullah! Amalan apakah yang lebih baik?”, Maka Nabi saw. menjawab:”Ilmu mengenai Allah Azzawajalla (Maha Mulia dan Maha Besar)
Bertanya pula orang itu:”Ilmu apa yang engkau kehendaki?”
Nabi saw. menjawab:”Ilmu mengenai Allah swt”
Berkata orang itu lagi:”Kami menanyakan tentang amal, lantas engkau menjawab tentang ilmu”
Maka Nabi saw menjawab:” Bahawasanya sedikit amal adalah bermunafaat dengan disertai ilmu mengenai Allah.Dan bahawa sanya banyak amal tidak bermunafaat bila disertai kebodohan mengenai Allah swt” – Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.52
Ilmu mengenai Allah Taala adalah batin ilmu. Inilah sumber akidah.Bangsa Melayu tidak menyembah batu dan patung, tidak menyembah berhala, tapi syirik dalam hal-hal berikut:
”Allah berfirman:”Janganlah kamu menyembah dua tuhan. Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa.Maka hendaklah kepadaKu saja kamu takut’ (An Nahl:16.51)
`Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (Al Isra;17.39)
`Terangkanlah kepadaku tentang orang yaang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya’ (Al-Furqan;25:43)
`Maka janganlah kamu menyeru tuhan yang lain di samping Allah yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang diazab’ (Asy Syuraa.26:213)
`Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya’ (Al Jasiyah:45:23)
Inilah masalah bagi ahli ibadah, orang yang rajin dalam ibadah tapi berhadapan dengan krisis akidah! Mengaku menyembah Allah dalam Kalimah Syahadah, tetapi menyembah (mengabdi, taat, patuh dan setia) kepada syaitan, thaghut, jin, nafsu, akal, perlembagaan, kabinet, Kod Etika, Rang Undang-Undang, MQA, ISO, manusia, pemimpin, hakim, mahkamah, kerjaya, harta, dunia, sistem, ideologi dan sebagainya.
Dari sumber Hadis:
‘Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah seumpama malam yang gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda.
Bersabda Nabi saw:’ Berapa banyak orang yang menegakkan solat, memperoleh letih dan payah sahaja daripada solat’.
Bersabda Nabi saw:’ Barangsiapa tidak dicegah oleh solatnya dari perbuatan yang keji dan munkar maka tidaklah ia bertambah dekat kepada Allah melainkan bertambah jauh’
‘Berapa banyak orang yang melakukan puasa, bahagiannya dari puasanya itu hanyalah lapar dan dahaga’.
Pada tahap sekarang Bangsa Melayu wajib membebaskan diri dari kejahilan. Kejahilan yang merbahaya ialah kejahilan setelah berilmu. Setelah memiliki ilmu tetapi tetap jahil dan tidak memahami agama. Inilah bencana kerana selagi orang berilmu masih jahil, maka berleluasalah kejahilan dan kejahiliahan di kalangan umat nan ramai; dan yang lebih membawa bencana kepada bangsa dan negara dilakukan oleh Mulkan Jabbariyyan.
Renungilah peringatan Rasulullah saw mengenai mereka:
`Barang siapa bertambah ilmunya dan tidak bertambah petunjuk, nescaya dia tidak bertambah dekat melainkan bertambah jauh dari Allah’ – Ihya Jld.1 hal.225
’Barangsiapa dikehendaki Allah akan memperoleh kebaikan, nescaya dianugerahinya pemahaman dalam agama dan diilhaminya petunjuk’ – Ihya Jld.1 hal.43
`Manusia yang sangat memperoleh azab pada Hari Kiamat ialah orang yang berilmu yang tidak bermunafaat dengan ilmunya’ – Ihya Jld.1.hal.224
Umar ra berkata: `Yang paling saya takutkan kepada umat ini ialah orang munafik yang berilmu’
Bertanya hadirin:`Bagaimana ada orang munafik yang berilmu?’
Menjawab Umar ra:`Berilmu di lidah, bodoh di hati dan di perbuatan’ – Ihya Jld.1 hal.226
Rasulullah saw telah menggambarkan episod-episod sejarah dunia Islam selepas kewafatan Baginda saw mengikut kronologi zaman seperti berikut:
· Zaman kenabian
· Zaman Khulafa ar Rasyidin atas manhaj kenabian.
· Zaman Kerajaan yang menggigit (Mulkan adhudhan – Zaman Kesultanaan.
· Zaman Kerajaan menyeleweng (Mulkan Jabbariyyan – Zaman Selepas Era Penjajahan.
· Khalifah atas manhaj kenabian yang mengamalkan sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan tersebar luas di muka bumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi.Langit tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ia mencurahkannya. Dan bumi tidak akan meninggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya (Raja-Raja Melayu hal.255)
Mulkan Jabbariyyan ialah episode terakhir sebelum kebangkitan Imam Mahadi kerana pada tangan Bagindalah diletakkan kunci untuk zaman baru.Pada peringkat kini telah cukup ketara berlaku pergolakan yang semakin sengit di antara dua takdir Allah Taala yakni antara kebenaran dengan kesesatan, antara kebaikan dengan kejahatan; satu adalah golongan yang mempertahankan kedurjanaan dan kesesatan dengan Yahudi Zionis sebagai dalangnya, dan yang satu lagi adalah golongan yang mahu menegakkan kebenaran,keadilan, kehidupan mulia; pertarungan antara perlembagaan syaitan dengan Perlembagaan Islam; pertarungan antara Kitab Iblis dengan Kitab Allah atau dalam bahasa tasauf antara golongan Iblis dan golongan Muhammad. Semua negara umat Islam kini sedang mengalami pergolakan begini dan ada pergolakan yang telah mencapai tahap yang cukup dahsyat. Keindahan Bangsa Melayu berbanding umat Islam yang lain ialah oleh pegangan terhadap Islam yang baik dari pejuang-pejuang dan penentang Mulkan Jabbriyyan; masih kuat berpegang teguh dengan amanah Junjungan Agung Rasulullah saw:
‘Akan ada padamu amir-amir yang kamu kenal dan kamu tentang. Maka barangsiapa menentangnya, sesungguhnya terlepaslah dia.Dan barangsiapa benci kepadanya, maka sesungguhnya selamatlah dia.Tetapi barangsiapa menyetujui dan mengikutinya, nescaya ia dijauhkan Allah Taala’
Lalu ada yang bertanya:’Apakah kami perangi mereka?’
Nabi saw menjawab:’Jangan! Selama mereka itu, mengerjakan solat’ – Ihya Jld.1 hal.257.
Kerajaan Menderhaka (Mulkan Jabbariyyan) pada saat nazak sekarang menggunakan segala upaya terakhir mempertahankan dirinya.Tetapi percayalah Sunnah Allah tetap akan terjadi jua. Setiap pendakian memang akan sampai ke puncak dengan izinNya, dan selepasnya tidak akan ada lagi pendakian, selain penurunan – menuruni untuk berada di lembah kembali kerana memberi giliran kepada pendaki lain. Persis malam dan siang yang silih berganti kerana hari tidak akan selamanya malam. Apabila cahaya fajar tiba, malam terpaksa berlalu pergi bersama kegelapannya kerana disinari cahaya mentari yang kian terang.
Demikianlah sunnah Allah. Demi keadilanNya - Keadilan Ilahi. Golongan syaitan yang dikepalai Zionis Yahudi diberikan kekuatan untuk memerintah dan mengurus sistem dunia sejak sekian abad, walaupun Zionis Yahudi musuh utamaNya sebagaimana juga Empayar Rom dan Parsi pernah menguasai dunia sebelum kebangkitan Islam pada zaman perutusan Nabi Muhammad saw, walhal kedua-dua kuasa besar tersebut juga musuh bagiNya.
Walau bagaimanapun, untuk kuat dan gagah perkasa, selain memiliki iman yang sempurna, akidah yang benar serta beramal soleh, Bangsa Melayu mesti menghapuskan dua penyakit besar yang meracuni benih iman akibat puluhan dan ratusan tahun di bawah belenggu Yahudi Zionis yang menguasai dunia. Sabda Rasulullah saw:
‘Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadapi makanan’. Mereka bertanya:’ Apakah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?’. Jawab Baginda saw:”Kamu ramai, tapi kamu laksana buih air bah. Hati mereka yakni orang-orang kafir tidak merasa takut kepada kamu tetapi dalam hati kamu sendiri terdapat penyakit wahn. Mereka bertanya:’Apakah penyakit wahn itu wahai Rasulullah?’. Jawab Baginda saw:’Cinta dunia dan takut mati’
Ideologi sekularisme telah memalingkan kiblat hati umat Islam kepada dunia, bercanggah dengan perutusan para Nabi dan Rasul-RasulNya yang sepanjang seruan dakwah mereka untuk memalingkan kiblat hati manusia kepada akhirat. Cinta dunia ialah suka kepada aman damainya supaya dapat menghirup sepuas-puasnya manis madunya, sukarianya…..dan takut mati dalam jihad, takut derita dan sengsara, relalah dengan dunia walaupun agama dan umat Islam dirobak-rabikkan oleh musuh-musuh Allah dan RasulNya.
Berdasarkan hadis kronologi akhir zaman di atas, regim yang mentadbir Malaysia sekarang haruslah….merupakan regim terakhir. Teori Rahman yang selama ini disangsikan atau cuba dinafikan, atau diharapkan tidak menjadi kenyataan, jelas kebenarannya, kerana memang ternyata diilhamkan dari Tuhan kerana telah menjadi kenyataan dan apabila telah menjadi realiti bererti telah berakhirlah satu episode. Tidak ada apa-apa lagi yang perlu diperkatakan.
Logiknya tidak mungkin tersenarai episode seumpamanya yang lain, atau teori yang lain. Mudah-mudahan! Hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.Tanda-tanda akhir zaman – selain tanda-tanda yang besar - bagaikan tidak ada apa lagi yang mahu dinantikan kemunculannya; bagaikan telah terzahir semuanya. Disenaraikan seperti berikut:
Sepotong hadis Nabi saw. diriwayatkan oleh Ibn Abbas mengenai perkara-perkara yang berlaku masa akhir zaman yang bermaksud:” Sembahyang tidak dihiraukan, nafsu syaitan bermaharajalela, yang tidak beriman akan menjadi pemimpin-pemimpin, terlalu susah untuk membezakan yang benar dengan yang salah, bercakap bohong menjadi-jadi, membayar zakat dianggap membebankan, orang-orang yang beriman merasa sedih melihat maksiat dilakukan di sekeling mereka, tetapi mereka tidak berdaya untuk berbuat atau berkata apa-apa, lelaki berzina dengan lelaki dan wanita dengan wanita, kaum wanita akan menguasai dunia, anak-anak tidak mendengar perintah orang tua mereka, sahabat akan melayan sahabat dengan sikap tidak jujur, maksiat tidak diambil berat, masjid-masjid akan dihias dengan berbagai hiasan dan binaan yang cantik molek, sungguhpun masih ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi tidak ada kejujuran di hati mereka, orang-orang dari Barat menguasai umatku yang lemah, manusia akan mencetak al-Quran dengan dakwat emas tetapi tidak menurut ajarannya, darah manusia tidak ada harga, agama tidak ada penolong-penolong untuk memperkuatkannya, penyanyi-penyanyi wanita akan bertambah banyak, orang yang kaya mengerjakan haji semata-mata untuk berehat, orang pertengahan mengerjakannya untuk mendapat peluang berniaga dan yang miskin untuk meminta sedekah” – Manusia Di Langit dan Di Bumi hal. 64 -65.
Persoalannya bagaimana Imam Mahadi akan bangkit? Jawapannya tunggulah bila orang-orang Melayu menggantikan regim yang sedang berkuasa. Bagaimana? Selagi orang Melayu ada kecenderungan; selagi rakyat Malaysia mempertahankan regim sedia ada atau selagi regim sedia ada berupaya mempertahankan hagemoninya, Imam Mahadi tidak akan muncul. Apabila rakyat menolak regim sekarang atau apabila regim sekarang tidak lagi berupaya mempertahankan hagemoninya, maka zahirlah Imam Mahadi.
Imam Mahadi adalah penyelamat dan akan muncul ketika Bangsa Melayu mukmin dan ketuanan Melayu tidak lagi selamat di tanah air sendiri. Bila Bangsa Melayu bangkit dan mudah-mudahan bersatu kembali – carek-carek bulu ayam lama-lama becantum juga; air dicincang tiadakan putus - di bawah kepimpinan Imam Mahadi, seluruh umat muslimin di seluruh dunia akan turut bersatu, semoga, - kecuali golongan munafikun - kerana akan berhadapan dengan musuh yang memang sudah dijangka iaitu Yahudi Zionis dan sekutu-sekutunya.
Itulah fisabilillah akhir zaman! Ketika tiba saatnya nanti, akan bangkitlah seluruh tentera Allah baik yang di langit atau di bumi, baik yang diketahui dan dikenali, atau pun yang tidak diketahui dan tidak dikenali, baik yang ghaib atau yang zahir. Semuanya bangkit.
Oleh itu wahai Bangsa Melayu, baik dari apa gerakan pun, dari apa jemaah dan pertubuhan pun, termasuklah juga Mulkan Jabbariyyan, marilah bangkit! Marilah bangkit! Bangkitlah untuk Islam! Bangkitlah untuk kembali sepenuhnya kepada Islam - ajaran Allah dan RasulNya! Bangkitlah untuk agama, bangsa dan negara!

Imam-imam Mahadi ada 10 orang dan dah ada pun Mahadi yang pertama cuma dia belum bersedia untuk mengenalkan dirinya tambahan banyak tokoh-tokoh ilmuan para intelek cerdik pandai mufti-mufti yang jenis-jenis telor tembelang yang diram tak bolih menetas pun juga peranan-peranan ahli-ahli polikutak-katik PAS parti politik ala-islam selatan siam berketurunan indo-cina yang sememangnya tidak pernah bersetuju dengan ahli politik berketurunan pulau nusantara.
BalasPadamalhamdulillah - penulisan yang baik dan bernas. Saya akan bantu sebarkannya demi memertabatkan semula Melayu Islam Sejati seperti yang saudara hasratkan.
BalasPadamSalam PDDK, teruskan usaha saudara.
Sambungan.. izinkan saya emailkan tulisan saudara kepada saudara mara, rakan dan kenalan... sebagai wadah kesedaran pembaikan taraf keinsanan dan menutup pintu kejahilan ummah. tk.
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamalif, silakan demi agama, bangsa dan negara.