30 Jun 2009

KEBANGKITAN MELAYU AKHIR ZAMAN
(Artikel 9)


Untuk bangkit....
Untuk bangkit Bangsa Melayu perlulah mentafsir dengan tepat firman Allah Taala:
‘‘Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa’ – An Nuur: 55

`Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauhul Mahfudz, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang solleh – Al Anbiya:105

Syarat wajib untuk bangkit ialah Bangsa Melayu mesti beriman dan beramal soleh.
Orang Melayu adalah orang Islam dan beragama Islam. Persoalannya,apakah orang Melayu beriman? Ini amat perlu dianalisis.

Apakah orang Melayu beramal soleh? Ini juga perlu dianalisis.

Amal soleh adalah syarat selepas beriman, sebagaimana iman adalah syarat selepas kesempurnaan Islam, kerana tanpa iman, semua amal tidak menjadi amal soleh. Bahkan sia-sia sahaja seperti amal kebajikan dan kebaikan amal orang-orang kafir. Maksud di sini, kalau orang Melayu sekadar Islam, belum pasti amal kebaikan berguna di sisi Allah Rabbul Alamin.


Intisari kedua-dua ayat di atas bermaksud, kalau orang Melayu telah beriman dan beramal soleh, sudah tentu telah sampai waktunya bumi ini diserahkan kepada Bangsa Melayu. Ini bererti, pada tahap sehingga sekarang orang-orang Melayu masih berhadapan dengan masalah iman. Sampai tahap sekarang, orang-orang Melayu berada dalam krisis akedah/tauhid yang sebenarnya kronik. Inilah yang mesti dianalisis di sebalik kerajinan umat Melayu melaksanakan Islam zahir – ibadah. Isu ini telah disentuh dalam tulisan-tulisan sebelum ini.

Siapakah puncanya yang menyebabkan Bangsa Melayu berhadapan dengan krisis iman yang kronik ini? Jawapannya seperti Sabda Rasulullah saw berikut:
`Sesungguhnya aku lebih takut padamu,kepada yang bukan dajal dari dajal’
Lalu orang menanyakan:”Siapakah itu?”
Maka menjawab Nabi saw:”Imam-imam yang menyesatkan”
(Ihya Jld.1 hal.225)

Bersabda Rasulullah saw seterusnya:
`Dua golongan dari umatku apabila baik nescaya baiklah manusia semuanya dan apabila rusak nescaya rusaklah manusia seluruhnya iaitu amir-amir (pemerintah) dan ahli-ahli fiqih (ulama)’ – Ihya Jld.1. hal.48

Amir-amir ialah golongan pemerintah yang dinamakan Mulkan Jabbariyyan.Mulkan Jabbariyyan bererti pemerintah yang meyeleweng/durhaka kerana mengikut telunjuk Yahudi dalam memerintah negara dan memimpin Bangsa Melayu sejak 52 tahun yang lalu, dan tetap enggan sehingga kini untuk melaksanakan sistem pemerintahan Islam.Merekalah punca kemusnahan iman dan akidah.

Ulama pula adalah ulama jahat iaitu golongan cerdik pandai Melayu yang menuntut di universiti sekular dalam bidang agama atau di universiti Islam di Timur Tengah, tetapi menuntut ilmu bukan untuk mencari redha Allah dan wajahNya, tetapi untuk mendapatkan kedudukan duniawi di sisi kerajaan Mulkan Jabbariyyan. Mereka selesa dengan kedudukan dan pangkat yang diberikan lantas membisu di atas penguatkuasaan dasar-dasar Yahudi serta kemungkaran yang dilakukan oleh golongan Mulkan Jabbariyyan. Mereka tidak menjadi penasihat agama untuk menegakkan sistem Islam tetapi pemusnah agama. Hadis Nabi saw mengenai mereka.

Sabda Nabi Muhammad saw:
‘Ulama yang jahat ialah yang datang kepada amir-amir (Mulkan Jabbariyyan). Amir yang baik ialah yang datang kepada ulama-ulama’- Ihya Jld.1 hal:258

Sabda Nabi saw seterusnya:
Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal dari Al Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjd mereka tersergam indah, tetapi ia kosong dari hidayah.Ulamak mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali’

Renungilah dengan mata hati sabda Rasulullah saw yang berikut untuk menunjukkan betapa Bangsa Melayu – terkhususnya Mulkan Jabbariyyaan dan semua yang bersengkongkol dan menyokongnya - berhadapan dengan masalah iman dan akidah walau melaksanakan Islam Zahir:

Tiga perkara, barangsiapa ada pada tiga perkara itu maka dia itu orang munafik, walaupun ia berpuasa, mengerjakan solat dan mendakwa bahawa ia muslim. Iaitu apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia menyalahi janji dan apabila dipercayai ia khianat’ - Ihya 4 hal. 338

Dalam politik dan kempen-kempen pilihan raya hal sedemikian sangat ketara. Menabur janji, menabur fitnah jadi mainan. Ini sesungguhnya bukan watak orang beriman kerana orang beriman memiliki akhlak yang suci.

‘Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka.Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas.Mereka bermaksud riya di hadapan manusia.Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali – An Nisaa: 142.

Bicara orang-orang munafik, amal mereka, projek-projek mereka adalah untuk ria – untuk dilihat dan diketahui, untuk diwar-warkan, dipamer dan dimegahkan.Bicara mereka adalah hal-hal ekonomi dan pelaboran iaitu bagaimana mahu tambah wang, bagaimana mahu jadi kaya yang semuanya berkisar kepada soal selera perut dan nafsu. Masalah agama tidak penting. Mengenai ini Sabda Nabi saw:
Orang mukmin cita-citanya pada solat, puasa dan ibadah. Dan orang munafik itu cita-citanya pada makan dan minum seperti binatang ternak’ – Ihya 4 hal.188

Firman Allah Taala mengenai mereka.
’Apabila dikatakan kepada mereka:`Marilah kamu kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul’., nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang dengan sekuat-kuatnya dari kamu’ (An Nisa:61)

Siapakah kalau tidak Mulkan Jabbariyyan yang tetap enggan melaksanakan sistem Islam setelah 52 tahun mentadbir negara dan tidak membenarkan hudud di jalankan di negeri Kelantan? Siapakah kalau bukan Mulkan Jabbariyyan yang menghalang rakyat dari menyokong PAS untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya bagi melaksakana sistem Islam.

Firman Allah Taala:
‘Hai orang–orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu – Al Baqarah: 208.

Syaitan telah menyebabkan Mulkan Jabbariyyan mengekalkan ideologi dan sistem hidup Yahudi di bumi Melayu ini.

dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa’ (Al Anaam:6:153)

Tapi Mulkan Jabbariyyan memilih jalan-jalan yang salah di sisi Allah dan RasulNya dan inilah punca perpecahan kerana Mulkan Jabbariyyan tidak mahu melaksanakan Jalan Ku yang lurus.

Firman Allah Taala:‘Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang kafir’ – Al Maidah:44.

Dan tidak adalah yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang zalim” – Al-Ankaabut:29:49

Dan tidak adalah yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang kafir” – Al-Ankabut:29:47

Lalu masih adakah sisa iman di hati?

‘Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya’ – Al-Baqarah:275

Bank Negaralah ibu kapitalisme di bumi Melayu yang menjadi asas tertegaknya amalan riba sehingga semua bank mesti mematuhinya. Apabila sebuah syarikat kewangan Islam mahu ditubuhkan sempena dengan penerapan nilai-nilai Islam awal 1990an dahulu, yang dinamakan Bank Islam, pakar-pakar ekonomi terkial-kial mencari satu istilah yang sedap didengar supaya dapat dibezakan dengan syarikat kewangan kapitalis.Maka muncullah istilah `bayaran perkhidmatan’ menggantikan istilah riba yang haram. Diselitkanlah `akad jual beli’ untuk menampakkan Islamik. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa! Isu kezalimaan dan penindasan yang dimusuhi Islam tidak dihapuskan. Bank Islam rupa-rupanya tetap seperti bank kapitalis juga. Tetap zalim dan menindas.Maka buruklah imej Islam kerana banknya juga zalim seperti bank kapitalis. Alangkah malangnya nasib Bank Islam yang tidak menunjukkan satu contoh keindahan Islam!

`Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu” (Al Hujurat:49:10)
’Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian’

Politik demokrasi yang dipertahankan oleh golongan Mulkan Jabbariyyan menyebabkan Bangsa Melayu hampir hilang persaudaraan. Inilah motif sistem ini diperkenalkan oleh Yahudi. Akibatnya dua golongan besar bangsa Melayu berkonflik sejak lebih 52 tahun yang lalu. Penyelesaiannya telah disarankan iaitu `kembalikan kepada Allah dan RasulNya. Tapi Mukan Jabbariyyan tidak mahu. Ini menunjukkan kamu benar-benar tidak beriman, iaitu kebalikan dari ayat di atas.
`Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir (apabila dizalimi, dianiaya atau diperangi) tetapi berkasih-sayang sesama mereka’ – Al-Fath:48:29.
Mulkan Jabbaariyyan hanya berani bersikap keras kepada sesama sebangsa dan seagama!
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang beriman’ (An Nur:24:2)
Inilah antara perintah hudud. Perhatikan ayat `jika kamu beriman’, jalankanlah. Tapi Mulkan Jabbaariyyan tak mahu jalankan. Apa ertinya lagi!
‘Tidak halal darah seseorang muslim melainkan dengan satu daripada tiga kesalahan. Orang yang telah berkahwin melakukan perzinaan, nyawa dibalas dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya dan berpisah daripada jamaah
Ini juga hudud dan qisas tapi Mulkan Jabbariyyan lebih selesa degan undang-undang Civil, bukan undang-undang Islam.

Lihatkan kepada diri dan tanyalah hati pakah ada sisa iman di hati.
Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan RasulNya lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya.
Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya
Tidak beriman dengan aku seseorang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan dia tahu yang jirannya dalam kelaparan.
Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa selamat dari kejahatannya.
Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengelurkan kata-kata buruk dan kesat.
Inilah erti persaudaraan sesama Bangsa Melayu. Tetapi politik demokrasi telah memecahbelahkan. Sesiapa yang mencerobohi mana-mana tanda iman di atas, ertinya tidak beriman....
’Barangsiapa menyukai sesuatu kaum dan mengambil mereka menjadi pemimpinnya, nescaya ia dikumpulkan bersama mereka pada hari kiamat’ – Ihya Jld.7 hal.575
Ertinya Mulkan Jabbariyyan yang menyukai Barat Yahudi dan dengan kaum kerabat yang bersengkongkol dengannya, akan berkumpul bersama semua bangsa-bangsa lain di dunia ini, yang sama-sama menjadi pendukung ideologi Barat Yahudi.
’Barangsiapa menyaksikan perbuatan munkar lalu ia reda dengan perbuatan tersebut, maka seakan-akan ia telah mengerjakannya’ Ihya Jld.7 hal.572
Dasar Mulkan Jabbariyyan bukan lagi sekadar menyaksikan perbuatan munkar tapi menjadi penaja pelbagai program kemungkaran pelbagai festival dan pesta termasuk yang disiarkan oleh media elektronik.
‘Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada seberat biji sawi di hatinya sifat sombong……( Ihya Ulumiddin Jld. 5 hal 442
Rakyat boleh menceritakan betapa ada tembok tembaga yang tebal menjadi dinding antara rakyat ramai dengan golongan atasan.
Dan barangsiapa membunuh orang beriman dengan sengaja, balasannya ialah neraka jahanam, mereka kekal di dalamnya – An Nisa.93
Berapa ramai yang telah dijatuhi melalui hukuman Civil sejak sekian lama. Ertinya mereka dibunuh bukan dengan keadilan Ilahi. Sesiapa jua yang menyetujui dan merelainya adalah bersekutu dengan Mulkan Jabbariyyan berkongsi dosanya di Yaumil Mahsyar nanti.
`Akan datang kepada manusia suatu zaman yang pembicaraan mereka dalam masjid-masjid adalah urusan duniawi. Tak adalah bagi Allah hajat pada mereka. Dari itu janganlah kamu duduk-duduk bersama mereka – Jld. 1 hal.621
Akan datang pada akhir zaman segolongan manusia daripada umat ku yang mendatangi masjid lalu duduk di dalamnya berlingkar-lingkaran. Pembicaraan mereka adalah dunia dan mencintai dunia.Maka janganlah engkau duduk besama mereka. Tiadalah suatu hajat dengan mereka bagi Allah Jld.1. hal.526
Inilah budaya hasil didikan Mulkan Jabbariyyan sehingga di dalam masjid pun bicara masih kepadaa urusan makan-minum, dunia dan ringgit.
`
Apabila umatku membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
i. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
(pada sahabat, kroni)
ii. Amanah dijadikan suatu sumber keuntungan (amanah jadi pemimpin dijadikan peluang buat kekayaan)
iii. Zakat dijadikan hutang (berlaku kepada golongan korporat/individu dengan kaedah yang sama seperti Cukai Pendapatan)
iv. Suami memperturutkan kehendak isteri (terutama isteri yang bekerja)
v.
Anak derhaka terhadap ibunya
vi. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
vii.
Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya
viii.
Suara sudah ditinggikan di masjid
ix. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang terhina di antara mereka (kehinaan terbukti bila pemimpin yang dipilih samada di peringkat DUN/Parlimen, kehidupan malam atau khidupan ekslusif mereka penuh munkar dan maksiat dan terlibat dalam berbagai-bagai skandel, rasuah dan penyelewengan)
x. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya (hormat di hadapannya tapi maki hamun di belakangnya)
xi.
Arak sudah diminum di merata tempat
xii. Kain sutera banyak dipakai (oleh lelaki)
xiii. Para artis disanjung
xiv. Muzik banyak dimainkan
xv.
Generasi akhir umat ini (umat zaman kini) melaknat (menyalahkan) generasi pertama (Para Sahabat Rasulullah saw)Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.
Kebanyakan orang Melayu memandang enteng persoalan iman kerana berkeyakinan akan boleh menghadapi sakaratulmaut dengan mengucap Kalimah Syahdah kerana telah dihafal dan menjadi kelaziman di lidah yanag tidak bertulang. Untuk mereka renungilah hadis berikut:
Jabir ra berkata: Rasulullah saw berpidato kepada kami. Beliau bersabda:”
Barangsiapa membaca ‘laa illaha illallah’ yang tidak dicampurkannya dengan yang lain, nescaya haruslah baginya syurga”.
Lalu bangunlah Ali ra seraya berkata:”Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah. Apakah yang tidak dicampurkan dengan yang lain? Terangkanlah kepada kami! Tafsirkanlah kepada kami!”
Nabi saw lalu bersabda: `Mencintai dunia dengan mencari dan mengikutnya. Suatu kaum yang mengatakan perkataan Nabi-Nabi tetapi berbuat perbuatan orang-orang zalim.Maka siapa yang membaca ‘laa illaha illallah’, yang tidak ada padanya sesuatu dari ini, nescaya haruslah baginya syurga”
(Ihya 7 hal.219)
Lalu masih selesakah golongan Mulkan Jabbariyyan dan para pengikut tegarnya, bahawa hanya iman yang boleh menyelamatkan. Tika sakaratulmaut adalah saat pilihan antara jalan kesyaitanan dan jalan yang lurus. Kalau dalam sepanjang kehidupan sentiasa memilih jalan kesyaitanan, jalan nafsu dan jalan akal, bagaimana akan membuat pilihan pada jalan yang lurus untuk kembali kepadaNya.

Kepada orang-orang beriman, renungilah ayat berikut:
`Hai Nabi perangilah orang-orang kafir dan munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah Neraka Jahanam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali’ – At-Tahrim:66:9.
Tempat kembali orang-orang kafir dan munafik bukan kepada Allah, tetapi adalah ke neraka jahanam!
Masyarakat beriman sesungguhnya bagaikan tidak wujud di mana-mana pelusuk dunia sekarang. Justru – harus, barangkali, bolehjadi - tidak ada pemimpin beriman. Ini disebabkan pemimpin-pemimpin beriman dan beramal soleh tidak boleh bangkit melalui sistem demokrasi, dan mereka, kalau pun ada tidak mungkin menganggotai Mukan Jabbariyyan, atau tidak mungkin bersekutu dengannya, kecuali demi melaksanakan sebuah Negara Islam.

Pemimpin-pemimpin beriman dan beramal soleh tidak dapat dilahirkan untuk memimpin umat Islam pada akhir zaman kerana dalam apa-apa keadaan pun realitinya golongan yang menentang dan tidak beriman tetap merupakan golongan majoriti. Yang pastinya, Islam teramat sukar untuk bangkit atau menang melalui proses demokrasi. Diperturunkan bukti bahawa demokrasi tidak memberikan kemenangan kepada golongan yang beriman:
Firman Allah Taala:
’Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat mengnginkannya.’ (Yusuf:12:103)
`Dan sebahagain besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah’ (Yusuf:12:106)
’...akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman’ (Ar-Rad:13:1)
Sabda Rasulullah saw:`Tahukah kamu, hari manakah ini? Inilah hari yang dikatakan kepada Adam as: Bangunlah! Maka carilah akan kecarian neraka dari anak cucumu’. Maka Adam as bertanya: Berapa? Maka dijawab: Dari setiap seribu itu, maka sembilan ratus sembilan puluh sembilan ke neraka dan seorang ke syurga” – Ihya Ulumiddin Jld.7 hal.29.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan