Kebebasan Untuk Menjadi Kafir?
(Artikel 5)
Di manakah lagi sisa iman kalau fahaman Liberalisme telah menjadi fahaman yang wujud bersama Islam dalam diri seseorang manusia?
(Artikel 5)
Di manakah lagi sisa iman kalau fahaman Liberalisme telah menjadi fahaman yang wujud bersama Islam dalam diri seseorang manusia?
Umpama air bersih di dalam sebuah cawan yang bersih. Air sedemikian boleh digunakan untuk apa-apa sahaja bagi tujuan yang mulia termasuk untuk diminum. Akan tetapi air yang suci lagi bersih ini akan menjadi kotor dan bernajis jika tertitis walau setitis air bernajis di dalamnya.Air berkenaan sudah tidak suci lagi dan tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan yang mulia. Bahkan biasanya akan dibuang begitu sahaja kecuali dijirus ke jambangan bunga. Semakin banyak air najis tertitis ke dalam cawan tersebut, air di dalam cawan berkenaan akhirnya dinamakan air najis. Bahkan cawan berkenaan sendiri akhirnya dinamakan cawan najis.
Demikianlah juga Islam dan Iman di dalam jiwa manusia, bersifat suci dan bersih. Apabila tertitis fahaman sekularisme, materialisme, kapitalisme dan kemudiannya liberalisme ke dalam hati, jiwa dan minda, di manakah lagi tinggalnya kesucian Islam dan Iman? Bukan sahaja hati, jiwa dan minda yang bernajis, bahkan badannya juga bernajis kerana menjadi rumah bagi jiwa yang bernajis.
Ideologi Liberalisme pada hakikatnya adalah najis sebagaimana ideologi-ideologi Yahudi yang lainnya juga.Najisnya liberalisme adalah kerana mendorong nafsu manusia mahu bebas keluar dari Sunnah Allah dan RasulNya kerana mahukan kelonggaran dalam beragama supaya menjadi liberal. Akibatnya lahirlah golongan yang dinamakan Islam Liberal. Kebebasan untuk keluar atau keluar dari ajaran Allah dan Rasulnya dipanggil murtad. Murtad ertinya keluar dari Islam lantas menjadi orang kafir. Orang-orang kafir adalah makhluk yang bernajis. Dikatakan bernajis adalah kerana adanya sifat syirik, kerana pada hakekatnya syirik adalah sebesar-besar najis di sisi Allah.
.
Firman Allah Taala:
”Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis. Oleh itu jangan benarkan mereka memasuki Masjidil Haram’- At Taubah.28.
”Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis. Oleh itu jangan benarkan mereka memasuki Masjidil Haram’- At Taubah.28.
Adalah dikhuatiri Islam Liberal jatuh kepada paras murtad, dan jika demikian mereka termaktub dalam firman Allah yang berikut:
‘Sesungguhnya orang-orang kafir iaitu ahli Kitab (orang yang tahu Quran) dan orang-orang musyrik ke neraka Jahanam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk (Al Bayyinah:6)
FirmanNya lagi:
‘ Sesungguhnya haiwan yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman… (Al Anfaal:5:56)
Jadi, dimanakah lagi sisa iman kalau ajaran Allah dan RasulNya tidak lagi disanjungi sebagai panduan hidup jasmani dan rohani – yang sepatutnya sangat disenangi kerana inilah panduan dalam tata cara kelakuan, untuk mengekalkan manusia dalam martabat keinsanan supaya manusia dapat kembali kepadaNya kekal sebagai seorang insan?
Liberalisme adalah fahaman yang perlahan-lahan menarik keluar iman dan sisanya, seperti panah yang keluar dari busurnya. Bukankah orang-orang kafir dan munafik dan orang-orang yang berdosa besar (fasik), zalim, kufur, murtad, dayus dan sebagainya – adalah orang-orang yang telah hampir terhakis atau telah terlucut imannya, menjadi persis sebuah gelas kotor yang menyimpan air yang dipenuhi pelbagai najis?
Enau Di Dalam Belukar.
Di manakah lagi sisa iman kalau fahaman Individualisme menjadi cara hidup yang menjadikan bangsa Melayu hidup sendiri-sendirian dan tidak lagi saling-mengenali, melupai semangat kejiranan, menjadi ‘enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing?
Pada zaman yang lalu hubungan kekerabatan tersangat akrab, bersatu-padu dan erat. Hubungan darah begitu padu. Antara sepupu dengan sepupu bahkan beberapa pupu pun sehingga tujuh keturunan, masih lagi tersimpul ikatan yang erat dan mesra atas nama saudara-mara dan kaum-kerabat.
.
Al Quran telah membina ikatan ini bagi Bangsa Melayu:
`Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat atau ibnu sabil (musafir yang kehabisan bekalan) dan hamba sahyamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-bangga diri (iaitu) orang-orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyembunyikan kurnia Allah yang telah diberikannya kepada mereka. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir siksa yang menghinakan’ . An-Nisa:36-37
`Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat atau ibnu sabil (musafir yang kehabisan bekalan) dan hamba sahyamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-bangga diri (iaitu) orang-orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyembunyikan kurnia Allah yang telah diberikannya kepada mereka. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir siksa yang menghinakan’ . An-Nisa:36-37
Tidakkah akhir ayat Allah di atas menunjukkan jalan hidup yang tidak mengikut Islam – sombong dan kikir dalam kehidupan sosial - dikategorikan sebagai kafir?
Hadis Rasulullah saw:
‘Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada seberat biji sawi di hatinya sifat sombong……( Ihya Ulumiddin Jld. 5 hal 442
Dan dalam hubungan sesama mukmin yang merentasi sempadan bangsa dan geografi pula Al Quran menegaskan:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu” (Al Hujurat:49:10)
Tetapi individualsme telah menghacur-leburkan semuanya. Bukan sahaja individualisme, bahkan fahaman cinta harta (materialisme dan kapitalisme), fahaman cinta dunia (sekularisme), sistem politik pecah dan perintah dan hidup berpuak-puak yang saling berbalahan (demokrasi), telah menodai jiwa Bangsa Melayu sejak lebih lima dekad, lalu Bangsa Melayu teramat mementingkan diri sendiri atau individualistik.
Impaknya telah cukup parah sekarang. Saudara dekat telah menjadi saudara jauh, saudara jauh terus hilang dari perkamusan rasa persaudaraan. Bahkan kadang-kala adik-beradik sedarah-sedaging pun berpecah-belah. Sahabat dan jiran tidak bertegur-sapa bahkan khianat-mengkhianati dan dengki iri hati. Dalam politik demokrasi kadang-kadang perpecahan tersangat dahsyat, walhal sebangsa bahkan seagama – Tuhan yang sama, Rasul yang sama, Kitab yang sama. Siapakah yang telah memecahkan dan memutuskan tali persaudaraan dan silaturrahim ini kalau tidak disebabkan fahaman iblis dalam individualisme?
Apabila individualisme menjadi garis panduan hidup di manakah lagi mahu disembunyikan sabda Rasulullah saw berikut:
‘Tidak beriman seorang kamu, sebelum dia mencintai saudaranya, akan apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri’.
‘Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya.
‘Tidak beriman dengan aku, seseorang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan dia tahu yang jirannya dalam kelaparan’.
‘Tidak akan masuk syurga, seseorang yang jirannya tidak merasa selamat dari kejahatannya’.
.
Tidakah Nabi saw berpesan dengan peringatan, tidak beriman kamu....seandainya .....?
Assobiyah dan Nasionalisme
Sayangkan bangsa tak mengapa asalkan tidak menindas bangsa/puak lain. Tetapi kalau sayang kepada bangsa lalu menindas bangsa/puak yang lain, demikianlah assobiyah!
Tidakah Nabi saw berpesan dengan peringatan, tidak beriman kamu....seandainya .....?
Assobiyah dan Nasionalisme
Sayangkan bangsa tak mengapa asalkan tidak menindas bangsa/puak lain. Tetapi kalau sayang kepada bangsa lalu menindas bangsa/puak yang lain, demikianlah assobiyah!
Di manakah lagi sisa iman kalau Nasionalisme/Assobiyah menjadikan Bangsa Melayu begitu assobiyah? UMNO dengan PAS berbalah. PKR dengan UMNO berbalah. Arqam dengan PAS berbalah. Hizbut Tahrir berbalah dengan semua ahli politik. Tabligh mengambil jalan membawa diri.NGO-NGO Melayu bercemperakan.
Sesama Melayu, sesama Islam berbalah dan berpecah-belah. Di manakah sisa iman? Puncanya ialah kerana tidak mahu berpegang kepada petunjuk Allah – sistem politik Islam, sebaliknya berpegang kepada konsep demokrasi berparlimen tajaan Yahudi.Firman Allah Taala:
’dan bahawa ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain – ideologi Yahudi dll) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa’ – Al-An’am:6:153
Oleh kerana Bangsa Melayu telah mengikuti berbagai-bagai jalan yang lain, maka Bangsa Melayu telah berpecah-belah sejak lebih 50 tahun yang lalu dan nampaknya jalan perpaduan masih lagi di persimpangan berliku. Bagaimana untuk mengatasinya? Allah menerangkan:
’Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian’ – An-Nisa’:4:59
Persoalannya kenapa Mulkan Jabbariyyan yang memegang tunggak kekuasaan sehingga kini tidak mahu mengambil inisiatif ini? Kenapa Mulkan Jabbariyyan tidak ada sebarang usaha untuk melaksanakan sistem Allah dan RasulNya dalam seluruh dimensi kehidupan? Kenapa? Kenapa Mulkan Jabbariyyan tidak mahu mengusulkan muafakat atau tidak menerima inisiatif perpaduan dengan syarat kembali kepada Sunnah Allah dan RasulNya?
Sebabnya adalah kerana persoalan IMAN dan AQIDAH!
Seandanya Mulkan Jabbariyyan masih ada sisa iman – semoga demikianlah hendaknya demi kasihkan bangsa dan agama – hadapilah isu perpecahan ini dengan saranan Al Quran seperti berikut:
’Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil’- Al-Hujurat:49.9
Persoalannya – dalam keadaan perbalahan antara Mulkan Jabbariyyan dan suku-sakatnya dengan Pembangkang serta kaum-kerabatnya; dua kelompok besar yang berperang dan menjadi tontonan kelompok-kelompok kecil – soalan-soalan yang perlu dijawab: siapakah sebenarnya yang berbuat aniaya?
Persoalan ini ramai dari kalangan Bangsa Melayu yang tidak mampu menjawabnya, termasuk dari kalangan yang disangka baik Islamnya!
.
Persoalan kedua, siapa yang hendak memerangi golongan yang berbuat aniaya?
Persoalan kedua, siapa yang hendak memerangi golongan yang berbuat aniaya?
Inilah masalah yang teramat besar!
Kami berkeyakinan orang-orang Melayu yang baik imannya, dapat menjawab dengan jelas dua soalan mudah yang diutarakan di atas. Kalau tahu jawapannya, timbul pula persoalan: mampukah memerangi satu golongan yang jelas menolak al Quran dan Sunnah tetapi memiliki seluruh kekuatan kekuasaan?
Inilah masalah Bangsa Melayu. Justru persoalan yang berulang-ulang kali sengaja ditonjolkan: ’masih adakah sisa iman?’; kerana kalau masih ada sisa iman, hayatilah Firman Allah Taala:
`Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir (apabila dizalimi, dianiaya atau diperangi) tetapi berkasih-sayang sesama mereka’ – Al-Fath:48:29.
Ertinya semua orang Melayu yang masih ada iman di hati perlu berkasih sayang sesama sendiri dengan meleburkan apa-apa jua sempadan dan memecahkan apa-apa jua tembok penghalang.
Firman Allah seterusnya:
`Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongannya yang datang daripadaNya’ – Al-Mujadilah:58:22.
Inilah perpaduan Islam!
.
Firman Allah lagi:
`Hai Nabi perangilah orang-orang kafir dan munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah Neraka Jahanam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali’ – At-Tahrim:66:9.
`Hai Nabi perangilah orang-orang kafir dan munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah Neraka Jahanam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali’ – At-Tahrim:66:9.
Inilah jalan kembali kepada Islam untuk Kebangkitan Bangsa Melayu. UMNO, PAS, KEADILAN, Al Arqam, Hizbut Tahrir, Jemaah Tabligh dan semua NGO Islam perlu berkasih sayang sesama bangsa.Bina perpaduan Melayu berasaskan Islam dan hadapilah sebarang kemungkinan damai atau tidak, demi kemuliaan di sisi Allah dan RasulNya.
Bangsa Melayu hidup di atas puak assobiyah masing-masing sejak begitu lama. Bangsa Melayu dari kumpulan Mulkan Jabbariyyan bukan sahaja tidak peduli nasib sesama sendiri, sedarah dan sedaging, tetapi tidak juga peduli kepada nasib umat Islam sedarah-sedaging di Patani, kaum Moro di Mindanao dan saudara seagama di seantero dunia terutama nasib umat Palestin dibiarkan menjadi sembelihan Yahudi Zionis! Di manakah mahu disembunyikan Firman berikut:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu” (Al Hujurat:49:10)
Atau dimanakah mahu diletakkan Hadis ini:
‘Diumpamakan orang mukmin itu dalam berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan, seumpama tubuh, apabila menderita sakit satu anggota daripadanya, nescaya membawa sakit lainnya dengan demam dan tidak mahu tidur semalam-malaman’
Bangsa Melayu Mulkan Jabbariyyan tidak peduli kepada sensitiviti keagamaan berpaksikan Tauhid demi mengelak dari bersengketa dengan jiran yang anti Islam yang mencincang saudara seagama, demi memelihara hubungan ekonomi dan keamanan serantau.
Ini adalah masalah iman! Di manakah sisa iman?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan