08 Julai 2009

(3)

SOLAT SYARIAT TAKUTKAN NERAKA,

SOLAT TAREKAT MAHUKAN SYURGA,

SOLAT HAKIKAT MATI SEJAHTERA.

SOLAT MAKRIFAT HIDUP BAHAGIA.

`Tahu kenapa sembahyang dipanggil tiang agama?’, Tok Penghulu Malim mengujiku.

`Sebabnya semua ibadah terkumpul di dalam solat’, aku lantas menjawab dengan yakin.

`Bagaimana?’

`Dalam solat ada syahadah, Rukun Islam pertama. Dalam solat ada puasa, dalam solat ada zakat dan dalam solat ada haji. Selain itu dalam solat ada selawat, ada zikir, ada takbir, ada tasbih, tahmid, tilawah dan sebagainya’

Tok Penghulu Malim tersenyum.Kemudian dia bertanya lagi.

`Apa makna tiang?’.

`Tiang?’, aku terkebil-kebil. Tidak mengerti.

`Ya! Tiang!’

Aku masih terkebil-kebil.

`Ha! Apa makna tiang?’ Tok Penghulu Malim meneruskan dengan mengasak soalan yang sama. Aku mengerah otak untuk menyesuaikan dengan jawapan yang dikehendakinya.Tapi tak terfikir.Isteriku juga.Jadi kami berdiam sahaja setelah jenuh mengerah daya fikir.

`Apa tujuan tiang?’

Aku terkebil-kebil juga seperti cicak makan kapur.

`Tiap-tiap tiang ertinya nak buat rumah’, Tok Penghulu Malim membuka kebuntuan kami berdua. `Untuk mendirikan rumah, mestilah ditegakkan tiang terlebih dahulu. Bila ada tiang baharulah boleh diletakkan rasuk, bumbung, gelegar, atap, lantai dan dinding. Bila sudah siap terpasang semuanya, orang panggil apa?’

`Rumahlah’, isteriku pantas menjawab.

`Betul!’, dan Tok Penghulu Malim nampak gembira dengan jawapan yang diberikan.`Rumahlah yang kita hendak’, dan senyumannya semakin melebar. Dia nampaknya diam sejurus.Mataku direnungnya. Aku menentang pandangannya sambil menanti-nanti apakah pula yang akan diajukannya.

`Bila rumah sudah siap terdiri, yang mana lebih penting sekarang?’

Dia merenungku lagi. Sejurus pula kepada isteriku. Kami berdua kurang mengerti, lalu Tok Penghulu Malim melanjutkan pertanyaan.

`Rumah atau tiang?’

Aku terdiam mendengar persoalannya itu. Isteriku pun juga.

`Yang mana lebih berguna, lebih berfaedah, lebih utama bila rumah sudah terdiri? Rumah atau tiang?’

Spontan kami berdua menjawab.

`Rumahlah!’

`Ha! Tentulah rumah!’, dan Tok Penghulu Malim bertambah gembira. Dia masih tersenyum melihat wajah kami berdua yang menjadi agak tegang oleh asakan soalan demi soalan. Namun dia meneruskan lagi asakan.

`Jadi bila sudah mendapat rumah, bila sudah boleh tidur baring di dalam rumah, boleh berkeluarga dan beranak-pinak, mana yang lebih utama untuk dijaga sekarang? Menjaga tiang atau menjaga rumah?’

`Dua-dua’, aku menjawab pantas.

`Yang paling utama!’, tegas suaranya.

Aku dan isteri terkebil-kebil.Sejurus dia menanti.Tapi kami berdua masih tenggelam punca.Bila kami terus bungkam, Tok Penghulu Malim menjawab sendiri soalannya.

`Menjaga rumahlah yang penting, bukan menjaga tiang.’

`Tapi kalau tiang rosak?’, aku memberanikan diri menghujahnya. Senyumannya semakin melebar.

`Betul! Tapi kalau rumah pula yang rosak?’, dia pula menghujahku.

Aku terkelu. Matanya dibulatkan sambil membuat muka penyet memandangku dalam senyuman.

`Mana yang lebih membinasakan?’, aku terdiam juga.Tok Penghulu Malim semakin melebar senyumannya kerana terasa makin berjaya mengelukan lidahku.

Namun dalam diam-diam itu aku sebenarnya mengerah otak untuk cuba mempertahankan keutamaan menjaga tiang. Aku berpendapat tiang tetap penting walaupun rumah telah siap.

`Menjaga tiang memang tetap penting’, Tok Penghulu Malim berkata bagaikan dia tahu apa yang bergolak di dalam mindaku.`Tapi tiang tidak berguna apa-apa kalau rumah tidak terbina. Kalau rumah tidak ada, buat apa tiang? Tiap-tiap terdiri tiang, maksudnya adalah untuk mendapatkan rumah. Jadi dapatkanlah rumah. Bila rumah sudah terbina, sempurnalah kehidupan...’, dia menerangkan.

Aku memandangnya dengan rasa kefahaman dan kesadaran. Tok Penghulu Malim masih dalam senyumannya yang manis. Sejurus kemudian dia menyambung bicaranya lagi.

`Tentulah bermula dengan tiang, sebab itulah solat adalah tiang agama. Sempurnakanlah solat dengan integrasi zahir dan batin.Sempurnakanlah solat syariat, solat hakikat dan solat makrifat, insyaallah dapatlah rumah. Lepas itu jagalah rumah baik-baik, hiaskanlah, kerana dengan tenjaganya rumah, ertinya terjagalah semuanya...’

Tok Penghulu Malim berhenti sebentar.Dia barangkali sedang mengesan sejauhmana kami berdua yakin dengan huraiannya.

`Tapi orang syariat dan tarekat tetap asyek dengan tiang, sentiasa menjaga tiang. Mereka bila masuk sahaja waktu solat terus sembahyang. Bagus! Dan memang begitulah semestinya’

Dan dia diam sebentar lagi.

`Tapi....sebetulnya sebab apa mereka asyek menjaga tiang? Sebab apa?’

Kami tetap terkebil-kebil.Tok Penghulu Malim mencapai Salem seperti selalunya. Dia lantas menyalakannya. Bersandar di kerusi sambil kaki bersilang bergoyang-goyang. Dia mengenaki candu pada asapnya.

Tok Penghulu Malim masih tersenyum-senyum membiarkan kami berdua memerah otak. Kami memang memerah otak. Kunjungan kami pada kali ini dipaksanya memerah otak. Barangkali kerana keadaan yang selesa kerana tidak ada sesiapa di rumah sekarang. Biasanya kami datang pada waktu malam, tapi pada kali ini waktu siang, mengambil peluang cuti Hari Deepavali. Isterinya bersama Ebee, anak kedua yang sedang mengandung tiga bulan pergi ke pasar.Menantunya berjalan entah ke mana bersama anak sulungnya yang berusia tiga tahun. Dua orang lagi anaknya tidak ada di rumah kerana berada di IPTAA. Anak sulungnya pula telah berkahwin dan tinggal di rumah sendiri.

Tok Penghulu Malim adalah personaliti yang sangat ingin aku kenali apabila abang iparku bercerita mengenai kelebihan dan keistimewaannya. Tok Penghulu Malim dikatakan boleh berubat dan perubatannya begitu mujarab. Ramai orang memerlukan pertolongannya kerana dia berkebolehan membuat terkaan dengan tepat sesuatu yang di luar pengetahuan biasa. Bicara agamanya mempesonakan ramai orang. Ustaz Mohd Shah yang telah berbelas tahun memondok di Pondok Agama Sungai Durian, Kuala Kerai, Kelantan berguru dengan Tok Guru Haji Ab. Rahman, yang selama ini menjadi rujukan agama di Lenggur dan di perkampungan persekitaran, pun sangat menghormatinya.

Abang iparku yang aku sangat kagumi kehandalannya, mengakui kehebatan Tok Penghulu Malim. Abang iparku yang suka bercakap agak meninggi diri, berterus-terang mengakui dia tidak pernah berasa takut dengan sesiapa pun selama ini, tapi dengan Tok Penghulu Malim dia berterus-terang memberitahuku, dia tak berani. Pernah abang iparku itu di belasah oleh lima orang lawan serentak sewaktu dia muda-muda dahulu. Tapi mampu dihadapinya sehingga semua lawannya lari terberet-beret. Abang iparku itu memiliki tenaga kekuataan yang luar biasa dan badannya tidak jejas walau dibelasah dengan kayu. Inilah warisan ilmu dari moyangnya yang terkenal sebagai Harimau Berantai raja.

Tetapi ketika bertembung di sebuah lorong sempit di dalam hutan dengan Tok Penghulu Malim, ketika Tok Penghulu Malim balik dari mendenak terkukur, motorsikal mereka bertembung secara tiba-tiba.Entah bagaimana, abang iparku tiba-tiba terlambung lalu jatuh tak ketahuan di dalam semak, sedangkan Tok Penghulu Malim tetap selesa di atas motorsikalnya. Bila kesah ini disampaikan kepadaku oleh abang iparku, keinginan untuk berkenalan dengan Tok Penghulu Malim semakin berkobar.

`Saya gelak aje’, Tok Penghulu Malim menerangkan dengan lebih jelas mengenai peristiwa itu bila aku mahu mendapatkan pengesahannya.`Jalan itu sempit. Sebuah lorong kecil saja. Abang ipar awak balik dari mengandang lembu. Entah macam mana, bila sampai ke satu selekoh, tiba-tiba sahaja dia terjengul. Laju pulak tu....’.

Dan Tok Penghulu Malim ketawa mengelekek mengingatkan peristiwa itu.

`Tapi abang ipar awak hebat! Saya pun terkejut melihat tiba-tiba sahaja dia terlambung bila motorsikal kami berlaga. Dia lalu jatuh tak ketahuan di dalam semak. Saya ingat dia cedera. Tapi tahan badan dia. Elok dia bangun, menyapu-nyapu badan, sambil ketawa mengelekek!’

`Abang Maliki tak cedera?’

`Saya dok macam itulah. Atas motorsikal’

`Motorsikal tak rosak?’

`Rosak! Kami berdua terpaksa membetis untuk dihantar baiki dengan Mat Spanar’.

Hasratku untuk berkenalan dengan Tok Penghulu Malim, rupa-rupanya Allah izinkan. Keistimewaannya boleh berubat menyebabkan pada suatu malam abang iparku membawa Tok Penghulu Malim ke rumahnya untuk mengubati ibuku yang memang telah lama terlantar. Aku menyaksikan perubatan kebatinannya yang begitu mempesonakan. Selepas berubat kami berbual dan dari perbualan itulah mendorongkan aku ke rumahnya kerana meyakini orang seperti inilah yang perlu aku cari setelah sekian lama dalam penantian.Penantian menanti dipertemukan dengan seorang ahli Tasauf yang sekaligus semoga guru mursyid.

Ketika tinggal di Batu Lima setelah berkahwin dahulu, aku pernah diberitahu oleh Azizi mengenai seorang guru Tasauf yang hebat di Kampung Mengkuang. Azizi adalah murid guru berkenaan dan pernah beberapa kali membukakan kepadaku beberapa aspek kerahsiaan dalam Ilmu Tasauf. Aku ingin mengetahui siapa gurunya. Bila disemak, rupa-rupanya itulah Pak Abu atau Wak Abu bin Darasan yang pernah aku kenali dulu, yang baru sahaja pencen dari JKR. Dia telah berpindah ke beberapa tempat sejak bertukar dari Endau dan akhirnya menetap di Kampung Mengkuang. Aku tiba-tiba menjadi gembira dengan berita itu.

Tapi entah mengapa. Hatiku tiba-tiba sahaja berasa hambar padanya, tidak minat, tidak terbuka ghairah, walhal orang inilah yang mempesonakan aku pada usia awal pencarian dulu. Orang inilah yang menginspirasikanku untuk menjadi seorang cikgu dan berguru dengannya pada waktu cuti persekolahan. Aku hairan kenapa begitu jadinya?

Demikianlah! Jarak masa selama kurang-lebih lima belas tahun telah memisahkan segalanya. Abang Mat, abang sepupuku yang mengaku adik beradik dunia dan akhirat dengannya telah pun lama kembali ke pangkuan Ilahi. Kalau Abang Mat masih ada mungkin lain jalan ceritanya.

Tok Penghulu Malim masih seperti tadi juga. Membiarkan kami memerah otak untuk menjawab persoalan kenapa orang-orang pada martabat syariat dan tarekat sangat menjaga tiang. Tapi otak kami berdua tak mampu memberikan sebarang jawapan. Tok Penghulu Malim akhirnya sekali lagi menjawab sendiri soalannya.

`Sebabnya ialah kerana orang-orang syariat dan tarekat tidak mendapat rumah’, katanya dengan keyakinan sejati.`Sebaliknya orang-orang pada martabat makrifat dan hakekat - mereka mendapat rumah. Jadi mereka lebih menjaga rumah! Menghiasnya! Mereka lebih menjaga dan menghias rumah berbanding menjaga tiang.Sebab itulah orang-orang pada martabat makrifat dan hakikat, kadang-kadang nampak terabai sembahyangnya. Orang syariat bila melihat orang Tasauf agak terabai solatnya, terus menuduh yang bukan-bukan. Mereka tak tahu! Tak tahu hakikat sebenar! Tak mahu pula bertanya, tak mahu pula bermuzakarah. Macamlah Ustaz Hatif dulu. Dia kata saya sesat, bincanglah dengan saya di mana sesatnya. Ilmu Allah Taala kan luas...?’.

Aku menjadi tertarik dengan konsep tiang dan rumah yaang dihuraikannya. Jaga tiang bagus-bagus tapi tak ada rumah.Wah! Ini masalah! Demikian bisik hatiku.

`Orang syariat dan tarekat, solat kerana neraka dan syurga. Itu tidak ikhlas namanya. Buat sesuatu kerana ada ganjaran. Bagaimana kalau tak ada syurga? Buat sesuatu kerana takutkan hukuman. Bagaimana kalau tak ada neraka? Apakah mereka akan sembahyang juga?’, Tok Penghulu Malim bagaikan berceramah.

Aku menggeleng-gelengkan kepala seolah-olah bersetuju dengan andaian, kalau tidak ada syurga dan neraka, nescaya tidak ada orang yang bersembahyang.Tapi sebenarnya aku masih belum cukup pasti mengenai pendirianku yang sebenar.Cuma spontan mengeleng-geleng.

`Haruslah tidak....’, isteriku bersuara.

`Seorang budak yang malas, degil atau kuat melawan’, Tok Penghulu Malim membuat analogi. `Perlu dipujuk dan diberi upah oleh bapanya, baharulah mahu bekerja. Kalau tidak juga, perlu dipertakutkan.Berlainan dengan budak yang rajin dan ikhlas, bekerja bukan kerana upah, tapi kerana sifat kepatuhan, ketaatan, kesetiaan atau kerana kasih kepada bapanya. Bukankah jauh bezanya?’

Kami berdua mengangguk.

`Demikianlah solat makrifat dan hakekat, solat bukan kerana syurga dan neraka! Sebab itulah dikatakan awal agama mengenal Allah. Kenallah Allah dulu. Pelajari ilmu mengenal Allah dahulu! Tapi sekarang ajar sembahyang dulu. Ilmu Sifat 20 diabaikan. Ilmu mengenal Tuhan tidak dipedulikan’

Aku cukup seronok dengan huraian itu.

Tok Penghulu Malim meminta izin untuk ke biliknya di ruang atas sebentar. Tinggallah kami berdua. Tapi kami berdiam diri sahaja. Aku mengambil kesempatan mencapai kitab tulisan tangan Tok Ayah Tan, guru Tok Penghulu Malim yang akan dipinjamkan kepadaku untuk difotostat. Aku merasa sungguh bertuah kerana diberi kepercayaan untuk memiliki kitab tanpa judul itu. Inilah antara pakaian Tok Ayah, kata Tok Penghulu Malim ketika menghulurkan kitab itu ke tanganku tadi.

Aku sangat berkenan sebaik-baik membukanya kerana pada bahagian awal diberi takrifan solat dari sudut syariat, tarekat, makrifat dan hakekat. Konsep solat tiang agama.Apa adab-adab zahir dan batin sebelum mengangkat Takbir Raturihram. Apa hakikat takbir. Apa rahsia dalam kalimah Allah hu Akbar sewaktu mengangkat takbir sehingga kiam. Apa rahsia al Fatehah dalam pengertian batin.Kemudian kiblat - kiblat tubuh, kiblat hati, kiblat sir.Kemudian hakikat syahadah dan salam. Bila habis bab solat, aku cuba menyelongkar bab Hakikat Insan. Tapi tak sempat. Tok Penghulu Malim turun semula.

`Tahu kenapa solat subuh dua rakaat?’, tiba-tiba Tok Penghulu Malim mengasak minda kami lagi sebaik-baik sahaja dia duduk di kerusinya semula. Aku menggeleng-geleng.

`Dalam kitab Tok Ayah, ada?’, aku bertanya.

`Ada! Bacalah!’

Dan dia menyalakan Salem.

`Solat Zohor empat rokaat.Begitu juga solat Asar dan Isya. Kenapa semuanya empat? Tiba-tiba solat Maghrib tiga rokaat pula. Tahu kenapa?’

Aku menggeleng-geleng lagi. Tidak pernah terlintas di mindaku persoalan sebegitu. Setakat ini aku sekadar buat sahaja. Orang buat empat, empatlah. Orang buat tiga rokaat, buat tigalah. Tak pernah tanya dan tak pernah persoalkan kenapa solat fardhu, ada empat, tiga dan dua rakaat.

`Pernah dengar solat daim atau solat wusta?’

`Pernah’, jawabku jujur

`Tahu bagaimana?’

Aku menggeleng-geleng. Tok Penghulu Malim memandang isteriku. Isteriku sekadar mampu tersenyum.

`Solat daim atau solat wusta adalah solat yang berkekalan atau solat hati. Itulah juga yang dinamakan solat makrifat dan hakekat.Tidak ada perlakuan syariat’

`Maksud?’

`Tak ada waktu. Tak ada azan dan kamat. Tak ada takbir. Tak perlu berdiri betul, kiam, rukuk, sujud dan lain-lain seperti solat syariat’

`Jadi, bagaimana?’

Tok Penghulu Malim tidak menjawabnya. Dia sekadar tersenyum. Dan selepas itu kami terpaksa berpisah, kerana Tok Penghulu Malim ada urusan.

27 ulasan:

  1. salam..
    sungguh menarik entry nie..
    rupa-rupanya Tok Penghulu Maliki berguru pada Tuan Guru Abu Darsan =)

    BalasPadam
  2. bukankah cikgu jantan itu anak bahaman dan dia bukan seangkatan dengan mat kilau..malah tidak terlibat dalam perang pahang

    BalasPadam
  3. Habiskanlah cerita ni sebab seronok betul dengan huraiannya.
    Hikmah sungguh kerana Allah jua yang memiliki kesempurnaan
    Maka pergilah kepada kesempurnaan itu.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..... siapa kah tok maliki tu sebenarkah.... adakah kamu terfikir... dari manakah asal keturunan dia... siapakah Ahlul Bait.... adkah beliau tergolongan dari Ahlul Bait...? cari lah kebenaran atas kebenaran.... tak usah sibuk mencari ilmu sgt.... Selawat ke atas nabi adalah satu2 nya solat yg tidak perlu berbuat seperti solat syariaat....

    BalasPadam
  5. rahsia tuhan jangan di buka pada yang belum rasa, cukuplah hanya dengan bayangan dan ibarat sahaja semoga yang mencari akan terus menuju ke maqam akhir

    BalasPadam
  6. memang betul apa yang di ucapkan oleh tok malim tentang solat syariat tarekat dan makrifat. Minta kepada yang membacanya agar jangan terburu-buru meletakkan "SESAT" kerana takut akan menjadi fitnah

    BalasPadam
  7. Subhanallah..ssungguhny hanya Allah
    yg mmiliki segala kuasa dan ilmu..pelajarilah ilmu solat,dan istinja.. I love this story..indonesia

    BalasPadam
  8. {`Sebabnya ialah kerana orang-orang syariat dan tarekat tidak mendapat rumah’, katanya dengan keyakinan sejati.`Sebaliknya orang-orang pada martabat makrifat dan hakekat - mereka mendapat rumah-`Orang syariat dan tarekat, solat kerana neraka dan syurga. Itu tidak ikhlas namanya. Buat sesuatu kerana ada ganjaran.}
    2.{Orang syariat bila melihat orang Tasauf agak terabai solatnya, terus menuduh yang bukan-bukan. Mereka tak tahu! Tak tahu hakikat sebenar! Tak mahu pula bertanya, tak mahu pula bermuzakarah. Macamlah Ustaz Hatif dulu. Dia kata saya sesat, bincanglah dengan saya di mana sesatnya. Ilmu Allah Taala kan luas...?’.}

    Persoalan :1. Entri yang pertama - Saya rasa itu satu pertuduhan umum. Betul ke orang yang kita kata syariat dan tarekat itu tiada rumah, tak sampai hakikat dan makrifat???

    2. Entri 2. Satu bentuk rayuan agar masyarakat tidak semborono menuduh, kena siasat, kena tanya, malah mengajak berbincang....

    kesimpulannya... Tuduhan awal dah berlaku dulu kepada mereka yang kononnya duduk dalam syariat dan tarekat... dah berbincang ke dengan hamba marhein yang konon dalam syariat dan tarekat tadi.

    Sebagai pembetulan : Kesempurnaan amal ibadah(ada amal ada ibadah) mesti lengkap 4 perkara - syariat, tarekat, hakikat dan makrifah - maknanya kalau hilang satu semua tak dapat......

    so... berhati-hati dalam mencari ilmu yang hilang itu, Kehebatan dan kemujaraban dalam perubatan sebagai contoh bukan ukuran itu adalah pembawa dan penanggung ilmu yang haq.

    BalasPadam
  9. Benar tuan.. Islam itu 4 lapis... hilang salah satu darinya.. maka rosaklah Islam dalam dirimu... hati2lah..

    BalasPadam
  10. mmg btul apa yg diucapkn leh anda brdua.syariat sja tnp hakikat hmpa@ksong.hakikat sja tnp syariat rsak@btal.kna trjalin dgn kdua2nya bru dpt ksmprnaan haq.srta msti jga trjalin keempt lpis trsbt.

    BalasPadam
  11. syariat tanpa hakikh=at ibarat bola...hakikat tanpa syariat ibarat najis...pesan guruku...

    BalasPadam
  12. betul dah entry ni cume lain org baca lain fahamannya. Lain perguruan lain pula pendekatan dan jalan penyampaiannya, lain pula perumpamaannya. Tapi tujuan dan matlamat tetap satu. So jgn gelojoh nak gaduh dan saling menuduh.

    BalasPadam
  13. Solat daim solat sebenar2 solat.. Orang syariat tak akan boleh terima cerita ni kalau tak mencari dan mengenal Allah terlebih dahulu.. Awalludin Maarifatullah.. Awal agama mengenal Allah..

    BalasPadam
  14. Solat yang sempurna menampakkan nur cahaya diwajah,bukan tanda hitam didahi

    BalasPadam
  15. Ahli hakikat yg jail adalah berkongsi APA yg did ketahui Dan dilihat PD yg bkn ahli

    BalasPadam
  16. Ahli hakikat yg jail adalah berkongsi APA yg did ketahui Dan dilihat PD yg bkn ahli

    BalasPadam
  17. Salam..untuk dirikan rumah, perlukan tiang..tp kt mana nk dirikan tiang tu..perlu kembali pada mulanya..

    BalasPadam
  18. Salam..untuk dirikan rumah, perlukan tiang..tp kt mana nk dirikan tiang tu..perlu kembali pada mulanya..

    BalasPadam
  19. Kalau hendak menjaga tiang..jaga lah.....jng menghina orang yg hanya menjaga rumah...mantap....

    BalasPadam
  20. Cabut tiang jatuhlah rumah.

    Tinggal solat tidak beragamalah. Al-Quran jelas wajibkan sembahyang.

    Rukun iman hanya pada 6 perkara. Bukan Guru Tarikat sesat.

    Nabi Solat walaupun sedang sakit di saat akhir-akhir wafat. Nabi Muhammadlah mempunyai Makrifat dan hakikat sebenar pada Allah. Yang kamu semua belajar itu Hakikat Syaitan yang ingkar taknak sujud.

    BalasPadam
  21. Yang sesat Tu lah Yang akan membahagiakan Hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang sesat tu lah yg Allah sebut dlam akhir surah al-Fatihah yg dok baca hari² tu, ولا الضآلين، jangan jadikan kami dari golongan org² yg sesat. Macamm Mana pulak statement ni kata yg sesat tu yg bahagia. Mungkin sebab terlalu makrifat? So org nampak sesat? Org Tak memahami sesat tu? Ke sebab² lain. Belajar Cari guru yg betul. Jangan terlalu taksub dengan kelebihan yg Allah bagi dekat seseorg tu. Rasulullah jauh lebih banyak mukjizat, kenapa Tak tengok.

      Padam
  22. Astagfirullah...jauh SESAT..kembalilah ke pangkal jalan..tak perlulah nak berilmu bagai smpai sesat..Xde pun Nabi ckp awwaluddin makrifatullah..tang solat tu nak tny sikit..sedangkan Nabi kekasih Allah pun solat..ente yg ntah apa2 ni xsolat..?para sahabat nabi yg konfem syurga pon solat bagai..geng hampa relaks je ye..nauzubillahiminzalik

    BalasPadam
  23. Tuan guru Abu darsan...Abdul ghani b Adam..p.pinang

    BalasPadam
  24. بسم الله الرحمن الرحيم
    Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala ãlihi wasohbihi wabãrik wasallim

    Rasulullah saw dah lama pesan: "Tidak Akan sesat seseorang yg selagi Mana berpegang teguh kepada al-Quran & Sunnah sampai Hari kiamat"

    Tak Ada niat untuk bangkitkan provokasi. Rasulullah cakap:"As-solãtu 'imãduddin" solat itu tiang agama. Maksud dia: tanpa solat runtuh agama seseorg itu,dah kalau rumah dah ada. P cabut tiang tu?
    Tak ke merudum? Bukann bermaksud bila dah dapat rumah Tak perlu sangat kisah ke tiang tu. Semua kena jaga, saling melengkapi.

    1 hadis Rasulullah: beza di antara syirik dan Muslim adalah SOLAT. Bukan maksud dok Kira solat hakikat syariah makrifat apa tu.

    Cuba tenung baik², rasulullah kekasih Allah. Manusia yg Paling dekat dengan Dia, takdak org yg Allah Paling kasih selain Nabi Muhammad. Sampai bengkak² kaki solat. Saidatina a'isyah pernah tanya Rasulullah: kenapa engkau masih solat sedangkan engkau dah dijamin syurga?, Rasulullah jawab: salahkah aku nak jadi hamba yg bersyukur?. Kita ni? Dijamin syurga ka? Bukan kata dijamin syurga Kita ni, azab kubur pun belum tentu terjamin. Sedih Rasulullah kalau dia tengok keadaan umat dia skrg macamni,

    Tak pernah dengar ka kisah Rasulullah israk mikraj? Betapa agungnya, susah payahnya Rasulullah nak terima perintah solat tu, daripada 50 dikurang sampai jadi 5. Sebab apa? Masatu lagi dah diteka, mampu kah umat dia buat 50? Dikurang sampai 5? Betul lah sangkaan tu, 5 pun dah jadi mcamni. Allahu Akbar.

    Kalau tolak solat, sama macam tolak Kalam Allah, dalam al-Quran. Berapa banyak ditegaskan dalam perintah ( fi'il Amar). "Aqimis Solah" berapa banyak Allah ulang? Untuk tunjuk betapa pentingnya solat tu. Sbb tu klau ckp solat bila dh sampai tahap makrifat mcam terabai sikit, sepatutnya la kan. Lagi tinggi makrifat seseorg tu, lagi kuat solat dia.

    Dalam kitab bujairimi 'ala khatib pun Ada sebut:
    "buat ibadat kerana harapkan syurga dan takutkan neraka. Tak bersalahan pun sebenarnya. Tetap diterima."

    Okay klau cakap, bila takdak syurga neraka Tak sembahyang la?
    Pernah dengar kisah rabiatul adawiyah? Sebenar benar ahli Sufi dari kalangan wanita, dia pernah kata: sesungguhnya aku buat ibadah solat apa semua ni, bukan kerana takutkan neraka mu ataupun harapkan syurga, tapi sebenar benar kerana mengharap redha Allah", itu pun tetap solat sampai mati. Tak makrifat lagi Tera tu?

    Last, "hati-hati dalam mencari guru, jangan terlalu ghairah nak cepat 'alim, akhir zaman macamni fitnah Ilmu antara yg perlu ditakuti, Rasulullah pernah sabda: "qulil haq, walau kãna murran", "berkata benar walaupun pahit". Maaf andai Ada terguris. Ilmu Allah tersangat luas, betull. Allah dah ckp dlam Quran , bahkan klau di ambil seluruh air lautan di dalam dunia ni, dijadikan tinta(dakwat) untuk tulis ilmu² Allah, nescaya habis air lautan tu, ditambah pulak lagi sebanyak tu, takkan habis lagi ilmu Allah.

    Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  25. Jangan cakap ilmu syariah Tak penting,syariat, hakikat, makrifat mesti seiring. Sebab apa? Takut jadi macamni la. Betapa bahayanya bila terjun ke bidang agama, tapi Tak melalui jalan yg betul. Terlalu nak cepat pandai. Imam syafi'i dah ckp dah: untuk jadi org yg berilmu mau takmau mesti kena lalui 'tuuli zaman' iaitu waktu yg panjang. Bukan sehari Dua p dok menyembang teruih alim. carilah murabbi yg betul² mursyid. Bukan sekadar berguru dengan buku²,
    Imam Malik rahimahullah pernah kata:
    "Siapa yg belajar syariat, tapi Tak belajar tasawuf, jadilah dia seorg yg fãsiq. Dan siapa yg belajar tasawuf tanpa belajar syariat, jadilah dia seperti zindiq".

    *Kalau Tak Tau apa tu fãsiq & zindik, Cari.

    Satu lagi, sbb apa subuh 2, maghrib 3 rakaat. Ada satu hadis Rasulullah; subuh 2 rakaat adalah untuk memanjangkan bacaan di dalam solat tu, dan maghrib sebab apa 3, maghrib ni ibarat solat witir waktu siang. Dlam kitab 'taudhīhul ahkam min Bulughil Maram' Ada syarah berkenaan ni. Kalau Tak yakin jugak, boleh Tanya ustaz² yg belajar.

    Wallahu a'lam. Moga Allah memelihara Kita dari fitnah Ilmu ini. Aameen

    BalasPadam
  26. Tapi orang syariat dan tarekat tetap asyek dengan tiang, sentiasa menjaga tiang. Mereka bila masuk sahaja waktu solat terus sembahyang. Bagus! Dan memang begitulah semestinya’

    Dan dia diam sebentar lagi.

    `Tapi....sebetulnya sebab apa mereka asyek menjaga tiang? Sebab apa?’

    Jawapan: sebab mereka tahu, tanpa tiang takkan terdiri rumah, bila dah dapat rumah pulak, jangan cabut tiang tu. Perlu jaga keduanya.

    Solat ni ibarat buka Akaun bank, kalau takdak Akaun bank p simpan saja di bank. P nak ambik duit, aik duit takdak. Mana nak Ada duit, Akaun pun Tak bukak. Macamtu la solat.

    BalasPadam