31 Mac 2010

20. Panglima-Panglima Purba

Tok Itam atau Panglima Hitam adalah panglima yang memegang amanah persilatan semua panglima-panglima yang terkumpul di sana. Panglima-panglima yang terkumpul di sana pada waktu itu (1977) selain Hang Tuah lima bersaudara ialah Megat Terawis, Panglima Megat Panji Alam dan adiknya Megat Kembar Ali. Selain itu ialah Tok Janggut, Serban Hijau, Panglima Awang, Lebai Man, Haji Man, Haji Salleh, Haji Wan Ndik, Panglima Wan Ndik, Gayung Lanang, Alang Daik, Panglima Gayung, Panglima Ali Lawak, Panglima Ah Chong, Pendekar Tujuh Belas, Tok Tua, Pak Wan Selampit, Panglima Puteh (Johor), Panglima Puteh (Perak), Alang Daik, Panglima Harimau Berantai, Panglima Galoh, Panglima Melati, Panglima Monyet, Panglima Tok Nading, Panglima Hang Nadim, Raden Putera, Panglima Naga Mengaum, Panglima Gagak Di Rimba, Panglima Nayan, Panglima Merah, Panglima Kilau, Panglima Petani dan ramai lagi.

Semua panglima-panglima tersebut dikumpulkan di tempat yang Yim maksudkan iaitu di sekitar Gunung Jerai. Cuma Lebai Man yang tetap tinggal sendirian di Jerantut. Begitu juga Haji Man dan Haji Salleh. Mereka tinggal di Bentong.

Selain itu terkumpul juga puteri-puteri seperti Mahsuri, Puteri Hijau, Tun Teja, Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong, Dang Raya Rani, Dang Anum, Puteri Che Puteh, Puteri Mayang Mengurai, Mayang Mas, Mayang Sari, Puteri Cempaka, Puteri Melor, Puteri Mastura, Puteri Lela, Puteri Chitra Dewi, Puteri Bongsu, Puteri Mawar, Puteri Dewi, Puteri Cepaka Sari, Puteri Lela Sari, Puteri Kembar, Puteri Ratna Dewi, Puteri Ratna Sari, Puteri Mala Dewi, Puteri Melati, Puteri Dang Melati dan Puteri Melor. Kebanyakan mereka adalah dari Indonesia. Semua puteri-puteri tersebut memiliki kebolehan bersilat yang hebat yang kebanyakannya menjadi asas tarian-tarian Melayu. Sebagai contoh, tari silat Puteri Mayang Mas seratus peratus bagaikan tari Inang Melayu.

Melalui pencak silat puteri-puteri tersebut fahamlah aku bahawa rupa-rupanya tarian Melayu yang lemah-lembut pada zaman dahulu penuh dengan bunga-bunga silat yang bila terpaksa dan keadaan memaksa akan segera berubah menjadi sebuah persilatan yang hebat. Oh! Indahnya silat Melayu dan indahnya tarian Melayu.

Selain di Tanah Melayu, di perguruan di Indonesia terkumpul di sana ialah Si Pitung, Si Gondrong, Si Buta, Kutokan Dewata, Panglima Semambu Kuning, Si Bongkok, Raden Wijoyo, Coyoboyo, Kumbalik, Pasak Kuda, Sumur Tujuh, Panglima Kuntau Jawa, Panglima Sumur Hitam dan ramai lagi.

Mereka – panglima-panglima tersebut - semuanya adalah sumber persilatan Melayu dan Jawa. Dari merekalah munculnya berbagai-bagai nama silat yang masyhur di Tanah Melayu dan juga di Janah Jawa apabila mereka melatih pencak.

11 ulasan:

  1. menjejak warisan keturunan lebai man melaka di gunung jerai....

    BalasPadam
  2. menarik sebab nama tokwan saya pun ada disebut lebai man

    BalasPadam
  3. Sheikh jenal tak ada pula ya... sheikh abduh pun takada digunung jerai bagus sekali

    BalasPadam
  4. Salam...

    saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang puteri2 ini.. adakah puteri2 ini bunian?? adakah puteri zainab wujud dan siapa puteri ini.. saya ingin tahu tentang puteri Mastura...

    BalasPadam
  5. Slm ksh syg. Hamba nk tau kisah putri cempaka sari. Ada sapa2 yg boleh cerita kan.. Terima kasih

    BalasPadam
  6. Slm ksh syg. Hamba nk tau kisah putri cempaka sari. Ada sapa2 yg boleh cerita kan.. Terima kasih

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum buat semua sahabat.sya hendak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai puteri mayang sari ada berapa beradik...sekian

    BalasPadam
  8. saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai panglima merah

    BalasPadam
  9. nk tahu panglima hitam asal dri mana

    BalasPadam
  10. Salam Admin.

    Saya waris generasi ke-5 Salasilah Keturunan Panglima Awang. Di khabarkan Panglima Awang ini berperang melawan tentera Siam-Burma yg ingin menakluk Kedah ketika itu. Panglima Awang kemudiannya berundur ke Seberang Prai & mencari tempat perlindungan.
    Boleh baca di entry ini:

    http://ishaksenapifamily.blogspot.com/2012/01/sejarah-salasilah-keturunan-ishak-bin.html?m=1

    wiramdmspec@gmail.com

    BalasPadam
  11. Biasa tak dengar pasal tok puteri panglima berantai naga..keturunan dri indonesia..sy mencari keturunan sy..terima kasih

    BalasPadam