27 Mac 2010

19. Silat-Silat Panglima

Pada suatu malam Tok tiba-tiba mempersembahkan silat-silat panglima. Sebelum ini para panglima yang telah datang pernah mempamerkan seni persilatan mereka kepada kami.Kadang-kadang melalui Panglima Hitam sahaja silat-silat tersebut dipersembahkan. Ada kelainan-kelainan tersendiri di antara berbagai-bagai persilatan tersebut.

Silat Panglima Hitam pergerakannya tersangat lincah dan pantas terutama pergerakan tangan. Pergerakan yang lincah ini menyebabkan musuh agak sukar untuk melancarkan serangan kerana pesilat akan sentiasa bergerak lincah bagaikan dirinya berada di segenap penjuru untuk membuat serangan. Tangannya tidak terbuka lebar seperti persilatan Hang Tuah dan Hang Jebat.

Persilatan Hang Tuah sebaliknya pula tersangat tenang dan setiasa bersedia menanti sebarang bentuk serangan.Ketenangan corak silat ini menyebabkan setiap serangan sentiasa menepati sasaran kerana sukar untuk ditangkis musuh. Selain itu musuh cukup sukar untu menepati sasaran kerana keadaan yang teramat tenang dan sentiasa berwaspada. Serangan dari sifat ketenangan sangat merbahaya kepada musuh.

Hang Jebat pula teramat keras dan garang. Bila serangan dilakukan ianya tersangat keras dan hebat sehinga kebanyakan serangannya membinasakan. Tidak ada musuh yang dapat menahan serangan Hang Jebat. Inilah tiga persilatan tertinggi mengatasi semua persilatan panglima-panglima yang lain.

Silat Pak Wan Selampit nampak lebih lembut dan begitu berhati-hati. Silat Panglima Ah Chong mirip seni kung fu. Silat Tok Tua pula memang sesuai dengan namanya kerana nampaknya sedikit membongkok dan merendah tubuhnya.Silat ini sangat sesuai untuk melancarkan serangan dari bawah. Silat Si Pitung teramat unik kerana bentuk tangannya ketika bertempur tidak terbuka seperti silat Melayu. Sebaliknya tangannya sentiasa berada tegak di hadapan dada bagaikan dua batang tongkat yang akan menangkis apa jua serangan yang bakal tiba. Silat si Gondrong lebih luas sebaran tangannya berbanding dengan silat si Pitung.

Kelainan-kelainan kecil ini dapat aku kesan terutama perbezaan di antara Silat Melayu dengan Silat Jawa.

Bila Panglima Hitam meminta kami cucu-cucunya membuat terkaan kepada berbagai-bagai persilatan panglima yang dipamerkan olenya, ternyata aku bagaikan dapat meneka kesemuanya dengan tepat berbanding dengan rakan-rakan yang lain.

Justru tiba-tiba Panglima Hitam memanggil aku ke tengah gelanggang. Dia meminta aku membaca al Fatehah, Qulhu dan berselawat Nabi saw sebanyak tiga kali. Kemudian dia meminta aku menadah tangan sambil kepala menengadah ke langit. Lepas itu dia suruh aku berzikir Allah.Allah.Allah. Aku mengakuri semua perintahnya.

`Kusyukkan!’, Tok Itam memerintah. Aku lantas mengkyusyukkan zikir.

Wan, Piei dan Dol tekun memerhati apakah yang bakal terjadi kepadaku. Aku pun ternanti-nanti jua apakah yang mungkin terjadi.

`Pertebalkan zikir’, Tok Itam memberi perintah seterusnya.

Aku mengusahakan sedaya mungkin. Sejurus aku begitu. Tapi tidak ada apa-apa yang berlaku.

`Kusyukkan! Pertebalkan!’, Tok Itam memberikan perintah selanjutnya. Tapi ternyata usahanya gagal kerana aku tetap berdiri dengan tangan dan kaki yang keras bagaikan kayu. Aku tidak tahu apakah maksudnya kerana dia tidak menerangkan kenapa aku dimintanya berbuat begitu sehinggalah berakhirnya sesi latihan itu.

7 ulasan:

  1. bab akhir tu macam nak main gerak aje cara...

    BalasPadam
  2. Salam saudara PDK, rasanya lama juga tak ke mari. Saya suka baca catatan saudara. Sayangnya blog saudara tak sesuai di senaraikan ke dalam blog list dalam lain2 blog. Tak dapat diakses, macam ada halangan, saya pun tak tahu sebabnya. Bukan blog saya sahaja, boleh kata semua blog yang ada pautan "blog" tak dapat mengakses ke sini. Hanya boleh jika gunakan "link" bukan blog list.

    Rasa saya jika ini dapat diatasi, mungkin ramai yang akan dapat menatap tulisan saudara yang saya kira antara yang terbaik.

    Saya susuri post2 terdahulu, terjumpa komen cg azhar. Peminat tuan zamany, kini rakan seguru pula. Saya juga sering ke sana banyak info bebas mengenai jalan hakikat makrifat walaupun berselindung. Pengalaman tuan zamany juga menarik.. sejarah perantauannya. www.kubranewszamany.blogspot.com

    Mengenai blog ini, saudara boleh cari permasalahan dalam feed post melalui setting. Jika tahu boleh semak skrip template, mungkin ada keganjilan disana. Hanya blog saudara sahaja yang gagal diakses secara "bloglist"

    Cadangan yang lain, saya percaya ia dapat diatasi jika saudara gantikan template ini dengan yang baru. "Save" dulu (download full template)blog ini dan cari template baru, atau boleh gunakan template yang sama dari google = downloadkan... save widgets... publish. Jika ada gangguan atau tak serasi, download balik template ini.

    Kalau nak lebih selamat, buka blog baru bebagai backup. expot blog ini dalam setting, dan dan impot setting dalam blog baru, semua post disini akan disalin masuk ke sana. Baharu ganti tempalate.

    Dalam blog saya www.abatasa2.blogspot.com ada bebarapa laman web mengenai template dan blogers tool, saudara boleh capai dan perbaiki blog saudara.

    Sayang sungguh blog ini tersekat... Ada beberapa template yang telah saya test... semua jalan dengan baik, saya boleh bantu apa yang saya tahu jika saudara berminat.

    Sekian dahulu, terima kasih.

    BalasPadam
  3. Saudara Abatasa, saya sedia menerima bantuan saudara. Apa pun sy akan cuba usahakn dulu saranan yg dicadangkan.
    Sy memang x belajar dgn siapa-siapa. Komputer pun tak mahir sangat. Nak tanya teman sekerja utk canggihkan blog, x mahu mereka kenali sy.Cuma usaha sendiri sahajalah.Jadi banyaklah kekurangannya.
    Atas kekurangan ini sy memohon maaf kpd semua.Sy akan hubungan sdr bila tiba waktunya.

    BalasPadam
  4. salam

    ada dua jurus silat yang saya ikuti / kalau dikira memang sedikit bagi yg ingin mencari kelebihan itu / saya berpendapat 99% pencak silat kita berkaitan rapat dengan Aliran Kebatinan / masalah yang timbul ekoran dari itu ialah persoalan khadam/jin - keadaan ini menyebabkan seseorang pengamal silat mudah marah dan sukar menguasai emosi /silat sebenarnya dari perkataan silsilah / sanad - kita harus jadikan ini pit stop - renung kembali - silat tidak salah yg silapnya kita mengambil arah yg laindalam silat / kita harus kembali ke silsilah / sanad ilmu ( gerak ) mengikut perjalanan yang sampai ke sanad Rasulullah SAW...

    minta maaf ...ini hanya sekadar pandangan Cikgu Azhar sahaja....

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Cikgu Azhar,
    Terima kasih di atas kunjungan dan pandangan.
    Sebenarnya ada 3 Fasa dalam kehidupan saya. Sekarang saya sedang mencatatkan kenang-kenangan Fasa 1 pd waktu saya masih muda-muda dahulu yang saya namakan TENTERA AKHIR ZAMAN.
    Ketika saudara kata saya tengaah mabuk dengan Ayah La dan Tok Ayah Bidin dalam siri tulisan RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA, itu adalah Fasa II. Fasa I dan II adalah kenang-kenangan...
    Sekarang saya berada pada Fasa III. Saya rasa ini adalah fasa pandangan dan pegangan hidup saya sekarang - rasanya seperti saudara Cikgu Azhaar juga. Ketika Cikgu Azhar menemui kembaali blog saya dan membaca analisis saya dan renung kembali, ketika itulah Fasa III sebenarnya telah bermula.
    Saya sedang meneliti tulisan dari blog Kubra/Zamany dan ada banyak maklumat yang menarik di situ. Mungkin kalau perlu saya boleh berkongsi pandangan.Terima kasih kerana melorongkan saya ke situ.
    Apapun saya amat berterima kasih kepada saudara di atas perkongsian dan semoga kita berada dalam landasan yang benar di jalanNya.
    Amin.

    BalasPadam
  6. ALHAMDULILLLAH saudara , moga kita semua kekal tahkik dalam perjalanan HAQ ini.

    BalasPadam