17 Mac 2010

16. Hamdi Melangkah Undur.

Setelah beberapa siri latihan, Hamdi yang sentiasa memberikan alasan untuk tidak hadir berlatih pencak, akhirnya dia dipaksa hadir juga. Dia yang tinggal sendirian menyewa bilik di rumah Mak Cik Mendi kelihatan makin hilang semangat untuk berpencak. Ketangkasannya yang agak rendah dalam gerakan akrobatik pada aksi jatuh bergulingan, dan kesakitan akibat darinya menyebabkan dia ada alasan untuk ponteng. Setelah beberapa kali gagal menghadirkan diri, tok akhirnya meminta Dol dan aku memujuknya untuk datang dalam sesi latihan.

Dan pada malam ini Hamdi dipaksa datang tapi latihan pencak tidak dapat dibuat bila Hamdi tiba-tiba memberikan keputusan yang menggemparkan.

`Saya tak mahu bersilat lagi, tok’, itu katanya.

`Kenapa?’, tok bertanya.

`Saya sibuk’.

`Sibuk?’

`Banyak kerja sekolah. Nak periksa buku murid-murid’

Tok diam sambil merenungnya.

`Saya tak cukup masa’, tambah Hamdi lagi.

`Cucu Wan boleh buat?’, tok cuba memujuk

`Si Piei boleh dan cucu ini pun boleh. Kenapa cucu tak boleh?’, sambil tok menepuk bahuku kerana aku memang duduk betul-betul di sebelah kanan tok.

`Mereka pun kerja macam cucu juga’,tambah tok seterusnya.

`Mereka lain, tok’

`Lain?’

`Mereka minat! Tapi saya tak minat bersilat’

`Cucu tak minat?’

Hamdi menggeleng-geleng.

`Cucu tak minat silat?’

Hamdi masih menggeleng-geleng.

`Ini silat peperangan Hamdi’, . Wan membantu tok menasihatkan Hamdi. `Bukan seperti silat lain!’

Hamdi tetap bungkam sambil wajah memandang lantai papan.

`Habis kalau berlaku perang, bagaimana cucu mahu menghadapinya?’, tok tiba-tiba bagaikan mengugut.

Hamdi terdiam. Aku lantas memberi motivasi dan perangsang kepada Hamdi.Begitu juga Wan. Tapi Hamdi tetap menggeleng-geleng.

`Cucu kena faham’, tok berkata setelah usahaku dan Wan gagal.`Belajar silat ini bukan sahaja untuk pertahanan diri, tetapi adalah untuk perang.Untuk membela agama, bangsa dan negara. Cuba cucu bayangkan betapa besarnya pahala kalau berlaku fisabilillah dan cucu terlibat sama mempertahankan agama, bangsa dan negara’

Hamdi masih berdiam diri.

`Cuba cucu fikir’, tok berkata lagi.`Orang lain bersusah-payah untuk mencari ilmu persilatan. Tapi sekarang silat datang ke rumah cucu.Tak payah cucu pergi jauh-jauh mendaki bukit dan gunung, meredah lembah dan belantara untuk mencari ilmu. Tak perlu! Tak payah bertapa untuk mendapatkan ilmu. Ilmu datang ke rumah. Cuba cucu fikir baik-baik’

Tok berhenti sebentar melihat kesan kata-katanya kepada Hamdi. Hamdi masih berdiam diri.

`Sekarang ibarat hujan sedang turun dengan lebat, cucu’,tok memujuk lagi.`Cucu tak perlu susah-susah.Cucu cuma perlu ambil baldi dan tadah. Air akan mengisi baldi tersebut sehingga penuh. Cuba cucu fikir baik-baik’.

Tapi ternyata si Hamdi tetap muktamad dengan keputusannya. Kami cukup kecewa. Apakah rancangan tok untuk melahirkan ganti bagi Hang Tuah Lima bersaudara akan gagal? Itu yang sertamerta terdetak dalam mindaku.

Bila bangun pagi Yim memberitahuku pada malamnya Hang Tuah lima bersaudara datang ke rumah kami. Semuanya mengalirkan air mata. Hang Tuahlah dilaporkan begitu banyak menitiskan air mata kerana cukup kecewa dengan Hamdi kerana menurut Yim dia telah bersumpah akan mencurahkan seluruh ilmunya kepada anak-anak cucunya.

6 ulasan:

  1. salam,saudara,
    saya juga seorang guru /Org memanggil saya Cikgu Ha /Azhar / telah mengikuti blog saudara dari tahun lepas. / sewaktu saudara masih 'mabuk' dgn Tok Ayah La, Tok Bidin, keris dsbg.nya./ masa itu saya hanya berkata di dalam hati...'kaihan pada cikgu ni ' / ingin saya tolong tapi tiba2 pautan ke blog saudara tak dapat saya cari / saya meniti blog saudara melalui sangtawal ( kalau tak silap)/ tapi bila klik aje tak dapat / herannya, bila saya terdetik nak berikan pendapat pautan itu langsung hilang / hinggalah saya jumpe kembali tadi pagi / bila tiba2 Allah datangkan ingatan untuk menaip perkataan Tok Ayah Bidin / apapun saya bersyukur bila meneliti satu persatu posting anda dalam akhjir tahun 2009 / anda dah dapat 'kesedaran' itu / sampai disini dulu/ ini salam perkenalan dari saya /nanti saya akan hubungi lagi.

    cikgu azhar

    BalasPadam
  2. Cikgu Ha,
    Terima kasih di atas kunjungan. Salam perkenalan dari saudara saya terima.
    Saya dengan berlapang dada menanti kunjungan saudara seterusnya.

    BalasPadam
  3. salam sdra

    dulu pun saya pernah mengalami keadaan spt sdra / kesana ke mari mencari cahaya / 1o tahun lebih - batin tersiksa / ke bukit dan sungai utk berzikir itu perkara biasa / kadang2 tidur di satu2 yg tiadapun manusia / jumpa orang itu dan orang ini / banyak perkara mencarik adat ditemui / tapi akhirnya saya fahami - kebanyakannya PERMAINAN JIN yang menipu daya kita / saya berpendapat kita harus berhenti sejenak / merenung dan kembali meneliti / cahaya itu ada di dalam diri / kita sendiri kena merungkainya / minta pertolongan Allah dengan doa berkat dari para wali dan Rasulullah / - utk permulaan saya syorkan saudara ke blog Kubra@news Zamany / di situ juga ada banyak komen saya / di situ ada sesuatu yg ikhlas dihidangkan oleh Tuan Zamany - tuan punyai blog /
    ok sdara moga bermanfaat, smapai jumpe lagi.

    BalasPadam
  4. Saudara Azhar,
    Terima kasih di atas maklumaat yang saudara berikan. Insyaallah, saya kan mengujungi blog berkenaan.
    Semoga saudara terus sudi mengunjungi saya melalui blog ini untuk saling bertukar-tukar pandangan dan faham-memahami.
    Sekian, wassalamualaikum.

    BalasPadam