29 Jun 2010

51. Tsunami.

Orang Payang telah melakukan satu dosa yang besar kerana melarikan cucu panglima dengan tidak ada sebab yang jelas. Melarikan Yim dan merancang untuk memilikya adalah satu kesalahan yang tidak boleh diampunkan. Lalu arahan dikeluarkan oleh guru supaya satu hukuman perlu djatuhkan kepada Orang Payang.

Apabila Yim pulih ingatannya, Yim diarahkan supaya menyerang negeri Orang Payang yang letaknya di kawasan air terjun di Kota Tinggi, tempat Saedah terkena rasukan.

Yim menceritakan selama tiga hari dia telah melancarkan serangan dan telah menjadikan negeri Orang Payang bagaikan dilanda tsunami. Berbagai-bagai persilatan panglima digunakan. Dia tidak dapat menggambarkan jumlah korbannya. Pada hari ketiga sewaktu Panglima Gayung Lanang sedang mengamuk, Tok Petanda datang menyaksikan. Dia melihat sendiri betapa teramat ramainya tentera Orang Payang yang sedang mengasak Gayung Lanang.

`Asyek terpusing-pusing bila lagi nak habis’, Tok Petanda merungut.

Lalu Tok Petanda meminta Gayung Lanang berundur. Bila Gayung Lanang berundur, Tok Petanda lantas menyerbu ke dalam tentera Orang Payang yang bagaikan sekawan lebah itu. Serangan dan amukan Tok Petanda teramat hebat, menyebabkan tentera Orang Payang lari betempiaran. Amukan yang teramat hebat ini menyebabkan Orang Payang terpaksa menghantar general perangnya. Muncullah seekor tentera yang begitu besar dan tinggi setinggi pohon kelapa.Inilah makhluk yang tersangat besar yang diceritakan oleh Yim sebelum ini sewaktu dia di dalam tawanan Orang Payang.Bila berdepan dengan makhluk yang tersangat besar ini, Tok Petanda yang memakai tubuh Yim begitu kecil jadinya,

Semua tentera Orang Payang sedang menyaksikan satu peristiwa yang tentunya teramat sengit dan hebat. Parasit yang merupakan syiatan yang terhebat di alam mereka, bertempur melawan kehebatan Patanda. Mereka sedang menyaksikan Parasit datang menerpa dengan satu serangan yang dahsyat kepada Tok Petanda. Tok Petanda bagaikan terbang untuk mengelak serangan yang teramat dahsyat itu, tetapi ternyata ada satu pukulan gagal ditepis dengan cermat sehingga terkena pipi kanan Tok Petanda.Akibat terkena serangan ini, Tok Petanda yang selama ini bersifat defensif, menjadi berang lalu melancarkan serangan balas yang tersangat hebat sehingga menyebabkan tangan kanan Parasit patah. Tetapi pada waktu itu hari telah menjelang malam. Tok Petanda terpaksa memberhentikan serangan walaupun pada saat itu Parasit sudah hampir ditumpaskan.

(Saya tidak pula tahu kenapa serangan terpaksa ditamatkan disebabkan hari telah malam).

Bila menjelang siang, Tok Petanda sekali lagi melancarkan serangan yang hebat.Semua tentera Orang Payang yang selamat lari bertempiaran dan berserakan meninggalkan teman-teman yang mati bergelempangan atau yang cedera parah. Diceritakan ada yang lari bukan sahaja ke kawasan lain di Negeri Johor, tetapi sampai ke Melaka dan Negeri Sembilan. Parasit telah dapat dibunuh sementara Parasat berjaya melarikan diri.

`Tok tak bolehkah pergi sendiri ke tempat Orang Payang untuk mengamuk?’,Piei bertanya iaitu merujuk kepada Yim yang tetap terpaksa pergi ke negeri Orang Payang untuk membolehkan tok mengamuk.

`Kotor sangat’, Yim menjawab.

Sejak landaan bagaikan tsunami itu, dikatakan tidak wujud lagi negeri Orang Payang di kawasan air terjun di Kota Tinggi itu.Kawasan air terjun itu mulai selamat untuk menjadi tempat perkelahan yang jauh dari gangguan makhluk ghaib.

9 ulasan:

  1. ooo agaknya yg dengan tok ayah orang payang yer...semua hitam2 je... siap ada kereta macam night rider kaler hitam...

    BalasPadam
  2. tok ayah bidin...tetinggal plak...

    BalasPadam
  3. orang payang ni setan ke?atau jin?

    BalasPadam
  4. ni bloh sapa yer...the apperantice ke?

    BalasPadam
  5. ni blog sapa yer...the apperantice ke?

    BalasPadam
  6. tq.Orang payang kesah 1970an. Tok ayah Bidin saya kenal mulai 1990an.
    Orang Payang cuba menggagalkan rancangan melahirkan lima panglima di bawah didikan dato-dato yang memakai nama panglima-paglima Melayu silaam yang tersohor - mungkin jin Islam agaknya.
    Tok Ayah Bidin bersama Tok Lat mungkin mahu menggaagalkan saya yang dilonjakkan oleh dato untuk mengepalai suatu misi. (Rujuk BERTAMU KE RUMAH WALI dalam siri Ranjau-Ranjau Dalam Kembara - saya memenag betul-betul menerimanya dalm mimpi pada usia 45 tahun ketika akrab dengan Tok Ayah Bidin. Memang dlm mimpi tersebut Tok Ayah Bidin sebagai wataknya dan dibualkan pula secara zahir bila bertemu dengannya!
    Sdr tanpa nama.Kesah saya memang begitu keliru dan amat memeningkan saya selama ini.
    Saya akan cantum kan kedua-dua kesah ini. Harap-harap dapat disiapkan tak lama lagi kerana mungkin pada penghujung tahun ini saya akan membuka medan yang lebih serius berkaitan kebangkitan Melayu/Islam akhir zaman. Jika Allah mengizinkan..

    BalasPadam
  7. Tentang Orang Payang saya berpendapat mereka adalah syaitan sementara Tok Ayah Bidin rapat dengan golongan jin kerana kalau mengikut kesahnya seperti diceritakn oleh Tok Lat, dia ghaib setelah 40 hari dilahirkaan dan hanya bertemu kembali dengan abangnya Tok Lat, setelah sama-sama tua. Ini ada saya kesahkan dalam Ranjau-Ranjau Dalam kembara.

    BalasPadam
  8. kalau tok uban siapa pula yer?adakah orang yg sama dengan tok ayah bidin tu?

    tau tak kota gelanggi?kalau tau apa yg ada disana?

    kalau gunung jerai tempat dato-dato panglima berkumpul kota gelanggi tempat apa ye?

    adakah anda masih behubung lagi dengan dato-dato tersebut?

    kenapa mereka bila datang kena masuk dalam tubuh yim?mereka ni berjasad kah atau hanya ruh mereka sahaja yang berkumpul di kawasan gunung jerai tersebut?

    maaf sebab banyak tanya...

    BalasPadam
  9. sy x tahu siapa tok uban
    sy pernah pergi ke kota gelangi. kesahnya ada sy ceritakan dlm kesah yg lalu. tp sy x tahu utk mnjawab soalan sdr.
    hubungan saya dgn dato-dato....nanti kesah ini habis dulu.
    hanya dgn memasuki tubuh yim baharu mereka boleh berhubung.ertinya mereka tidak memiliki jasad

    BalasPadam