19 Jun 2010

49. Diresapi Kadam Bomoh Penggerang.

Apabila kami berjaya mematuhi syarat-syarat Orang Payang dan memenuhi kehendak mereka, maka berakhirlah gangguan mereka. Walau bagaimanapun tubuh Yim masih pada bila-bila masa sahaja diresapi oleh berbagai-bagai resapan. Kami kadang-kadang hairan juga kerana pada bila-bila masa sahaja Yim akan jadi seperti budak-budak yang bercakap gagap dan pelat. Bila keadaan begini berlaku kadang-kadang kami seronok juga kerana kami bagaikan melayani seorang kanak-kanak kecil yang nakal berusia 24 tahun
Pada suatu malam kami agak terkejut juga kerana Yim diresapi oleh juga seorang yang wataknya bagaikan budak-budak, tetapi kelainannya ialah dia boleh bercakap dengan baik dan jelas. Tutur-bicaranya baik dan lancar. Kami berpendapat yang meresapi Yim sekarang ialah seorang anak muda remaja. Kami cuba menyelidik.
`Awak ini siapa?’
`Aku budak suruhan’
`Budak suruhan siapa?’
`Tok Bomoh......’, (tapi saya sudah lupa namanya).
`Dari mana?’
`Dari Penggeranglah’
`Dari Penggerang?’
Dia mengangguk.
`Nama awak siapa?’
(Tapi saya juga sudah lupa namanya)
Kami begitu terkejut apabila disebut Penggerang sebab Penggerang ialah tempat tinggal Saedah Mushtari. Lalu tergeraklah di hati untuk kami bertanya apa kaitan tok bomoh tersebut dengan Saedah.
`Tok bomoh itu suka pada Saeadah’, kadam itu menerangkan
`Kenapa?’
`Sebab Saedah cantik’, Dol nampak kembang hidungnya bila dipuji tentang buah hatinya.
`Tok bomoh itu selalu suruh saya pergi ke rumah Saedah supaya Saedah dapat dipikat hatinya’
`Jadi awak buat bagaimana?’
`Macam-macamlah’
`Awak buat apa?’
`Saya buatlah apa yang tuan saya suruh’
`Awak buat bagaimana?’
`Macam-macamlah’
`Awak suka disuruh buat begitu?’
`Sukalah. Kadang-kadang tuan tak suruh pun saya pergi juga’
`Kenapa?’
`Sebab Saedah cantik.Saya pun suka pada dia. Kalau dapat saya pun mahu kahwin dengan dia. Tapi tak boleh’
`Tak boleh?’
`Kenapa?’
`Sebab tuan saya mahu kahwin dengan Saedah’
`Awak lawanlah dia!’
`He! Tak boleh!’
`Kenapa?’
`Saya takut pada dia!’
`Awak takut?’
`Takut!’
` Sebab?’
`Sebab dia kuat. Dan dia jaga saya. Bila dia marah, dia akan tangkap saya dan kurungkan saya di dalam botol’
`Apa lagi tugas awak?’
`Jaga Saedahlah’
`Tugas-tugas lain?’
`Tak ada. Saya hanya ikut perentah tuan saya. Bila dia suruh saya jaga Saedah, saya jagalah’
`Macam mana cara awak jaga Saedah?’
`Saya ikutlah dia. Ke mana sahaja dia pergi, saya akan ikut. Saya jagalah dia supaya dia selamat. Bila dia selamat, bolehlah tuan saya kahwin dengan dia’
`Selamat?’, aku bertanya.
`Saedah sakit awak kata selamat?’, Wan pula bertanya.
Kadam itu diam.
`Kenapa Saedah awak sakitkan?’
`Bukan saya. Tuan saya yang suruh saya sakitkan dia’
`Sebab apa?’
`Sebab Saedah tak mahu kepada tuan saya’
`Sekarang siapa yang menyebabkan Saedah sakit. Tuan awak atau Orang Payang’
`Dua-dua!’
`Kenapa Orang Payang sakitkan Saedah?’
`Sebab Saedah membuat salah di tempat mereka’
`Dia mana tahu!’
`Ha! Itu bukan salah Orang Payang! Itu salah dia. Sebab dia tak tahu’
`Lain kali buatlah papan tanda.Ini kawasan kami.Jangan masuk’, Wan begurau.


4 ulasan:

  1. bila perang nak berlaku lagi?

    sekarang ni macam-macam ler...Malaysia ni dah jadi internasional plak...macam-macam bangsa ada...lagi takut kat pak awang hitam...tengok pompuan melayu semacam je...lepas tu banyak kes raba-raba,tipu dan rogol dari awang hitam ni...


    eeee ngeri...

    BalasPadam
  2. tanpa nama,
    perang telah bermula sebenarnya. Telah lama, tapi tidak ramai yang menyedarinya. Cuma menanti ledakan sahaja.Tngoklah 2012 yang meman dunia sedang menantiya.Apakah itu fisabilillah dan kemunculan Imam Mahadi...
    pak awang hitam sebenarnya tidak merbahaya apa-apa kalau Malaysia menguruskannya secara Islamik kerana Islam adalah penyelesai kepada semua kemelut kemaanusiaan.
    malangya orang Islam sendiri tidak mahu menyelesaikannya secara Islamik.

    BalasPadam
  3. ooo tunggu 2012...mesti ada letupan bom hidrogen nanti...kita dekat sini nak lawan pakai apa kalau diorang guna bom nuklear tu nanti?

    BalasPadam
  4. Bom nuklear hanya sakti dgn biiznillah. Semua yang ditakuti tersebut adalah makhluk yang dicipta Allah.
    Namun orang-orang Islam memang tidak mampu menghadapinya.Orang-orang beriman juga tidak cukup berdaya kecuali yang ikhlas.
    Orang-orang beriman yang ikhlas/auliya Allah bakal menghadapinya dengan Qudrah Allah Yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa.
    Kita tak perlu risau apa-apa mengenai urusan dunia kerana dunia milikNya dan di bawah kekuasaaNya dan tentera Allah pula berada di mana-mana.
    Risaukanlah diri sendiri selamat atau tidak bila dijempt kembali ke hadratNya.

    BalasPadam