07 September 2010

71. Perang Kebatinan.

Tok memberitahu bila berlaku Perang 1980 nanti, kami bukan sahaja akan menggunakan senjata yang akan didatangkan secara ghaib, tapi pada masa itulah seluruh kebatinan akan digunakan.

Ilmu batin milik panglima yang dikurniakan kepada kami tidak boleh digunakan sembarangan. Semua ilmu tersebut pada hakekatnya berada di dalam simpanan dato-dato – di tangan Mahaguru. Setiap kami diberikan persilatan tanpa kebatinan tetapi kebatinan akan didatangkan pada bila-bila masa sahaja mengikut keperluan. Tetapi apabila berlaku perang pada tahun 1980 nanti, seluruh kebatinan akan diperturunkan sepenuh-penuhnya. Pada masa itulah kami boleh bertempur dengan menggunakan senjata atau boleh juga mengunakan semata-mata kebatinan.

Bila mendengar penjelasan dari tok tersebut, tergeraklah di hati ku untuk meminta bagaimanakah bentuk pertarungan kebatinan.Pertarungan tanpa senjata telah begitu kerap digunakan. Begitu juga pertarungan bersenjata dan Tok Itam telah begitu berpuas hati dengan prestasi kami.

Pertarungan kebatinan cuma sekadar mendengar bicara dato dan kami belum pernah lagi dipelawa untuk menggunakannya.Lantas aku secara senyap-senyap cuba untuk mengalaminya – mengalami perang kebatinan.

Sejurus mengkyusukkan diri, maka datanglah permainannya.Aku membiarkan diri ku dalam keasyekan kebatinan – keasyekan serangan kebatinan.

Langkah pencaknya tidaklah sama seperti pertarungan tangan kosong atau bersenjata. Tidak banyak pergerakan kaki dan tangan tetapi rupa-rupanya serangan kebatinan meluncur melalui nafas dan hembusan. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Bukan sahaja berkali-hali bahkan berterusan dan dari semua sudut serangan. Rupa-rupanya serangan kebatinan sangat dahsyat datangnya dari tangan yang dikombinasi dengan nafas dan hembusan. Bukan sahaja dari tangan, bahkan dari sepakan dan libasan kaki juga. Aku amat teruja dan mengaguminya.

Tangan kanan dan kiri mempunyai berbagai-bagai teknik serangan kebatinan. Dalam posisi apa pun tangan tetap memiliki corak serangan kebatinan. Dalam posisi apapun hembusan nafas dari mulut dan hidung cukup membinasakan.

Pergerakannya tangkas.Ertinya kalau dalam keadaan tidak bersenjata, serangan kebatinan cukup berdaya untuk menjadi senjata.

Aku sangat berpuas hati dan gembira. Cuma yang aku tidak dapat terka, berapa jauh serangan kebatinan boleh dilancarkan. Berapa jauh jarak musuh dapat dijangkau. Dan bila serangan dilancarkan berapa ramaikah korban serentak.

Ini tentulah menunggu perang baharulah dapat disakasikan kesaktiannya.

7 ulasan:

  1. adakah maksud kebatinan di sini tidak nampak mata kasar?

    kalau orang awam yg lihat adakah pengamal kebatinan ini hanya terlompat2 sendiri?

    BalasPadam
  2. Perang 1980 tidak berlaku jd sy sendiri x pasti bagaimana ianya berlangsung. Tapi pd ketika itu sy mempercayai keampuhannya kerana ada bukti-bukti.

    BalasPadam
  3. sdr PDDK
    sepintas lalu sy tertarik dgn kand. blog ini. tp agak sukar utk sy tumpukan pembacaannya. mohon izin sdr utk sy copy ke word dan menukar font mengikut kemampuan mata sy. jg mohon izin utk print sbg panduan sy dlm perjlnan mengenal diri. wassalam.

    BalasPadam
  4. Saya berpendapat kebatinan disini adalah meditasi/ tenungan dan renungan. Seingat saya ia pernah disentuh oleh Abu Talip Naim dalam bukunya Mengenal Ruh jilid 5, bahawa meditasi bukanlah makrifat yang sebenar (iaitu ma'rifatullah) bahkan ianya adalah amalan dan konsentrasi, ia bahagian makrifat diri, tapi bukan makrifat yang hak. Sebaimana diamalkan oleh penganut Hindu, buddha dan kejawen. Wallah A'lam.

    BalasPadam
  5. Perhatikan bagaimana
    Quote:
    Semua ilmu tersebut pada hakekatnya berada di dalam simpanan dato-dato – di tangan Mahaguru

    Adalah merupakan keyakinan yang menggelincirkan akidah, akibat keterujaan kepada perkara ghaib mahupun hal yang luar dari kebiasaan, ramai yang mudah tertipu dan terjerumus dalam rasukan Iblis.

    BalasPadam
  6. Sdr tanpa nama,
    kebatinan di sini bermaksud serangan yang tidak menggunakan sejata biasa tetapi boleh membunuh musuh.Ini akan sy ksahkan dalam beberapa bab selepas ini.
    Untuk saudara print atau copy kepada word bagi keselesaan saudara, sya tidak ada apa-apa halangan.

    BalasPadam
  7. terima kasih...maaf dipinta kalau ada mesj yg marah dan tergesa dari aku...aku akan baca hingga hujung dan baru komen...

    BalasPadam