26 Julai 2010

57. Habib Noh

Ini adalah kali keempat Tok Syed Noh datang. Tok Syed Noh bila datang khas untuk membimbing kami dalam soal-soal agama.

Tok telah datang sebanyak dua kali sewaktu sebelum kembara dahulu. Kali ketiga ialah sewaktu berada di dalam hotel di Johor Baharu.

`Cucu jangan lupa zikir’, tok bepesan.`Asuh hati untuk berzikir. Ingatlah Allah pada sepanjang masa’

`Kalau waktu di dalam tandas, bolehkah berzikir tok?’

`Boleh. Tapi zikir hati’

`Zikir apa?’

`Allah.Allah’

Tok Syeh Noh orangnya lemah-lembut.Bila dia bercakap, dia bercakap dengan hati-hati.Dia tidak ada seloroh.Bila dia bercakap, bicaranya adalah ilmu.

`Yang paling perlu dijaga ialah hati, cucu.Biasakan hati supaya tidak bercabang.Biar sentiasa lurus. Cara mengasuh hati bermula dengan mengambil wudhuk.Bila selesai berwudhuk, cucu bacalah doa wudhuk. Selepas itu jangan bercakap-cakap lagi.Jangan pergi ke mana-mana lagi. Jangan toleh kiri dan kanan lagi. Teruslah sahaja ke tikar sembayang dengan hati yang berzikir Allah, Allah, Allah.Inilah cara meluruskan hati’

Kami semua mendengar dengan cermat penerangannya.

`Bila berdiri di tikar sembahyang, cucu jangan ingat apa-apa lagi.Kosongkan fikiran. Teruskan zikir dan selepas itu bertakbirlah’

Tok Syed Noh lalu menunjukkan cara takbir yang betul.Bagaimana duduknya jari-jemari dan tapak tangan di cuping telinga.

`Sekarang tok nak tanya di mana Allah hu Akhbar ketika bertakbir?’

Lalu kami semua diminta seorang demi seorang membuat latihan takbir ratur ihram iaitu lafaz Allah ketika kedua-dua belah tangan di cuping telinga dan Akhbar ketika kiam.

`Tok nak tanya pula di mana Allah hu Akhbar ketika rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud dan berdiri betul. Di mana Allah di mana Akhbar?’

Lalu Dol diminta mencubanya. Kemudian Piei pula. Tapi tok kata kedua-duanya kurang betul.

Ketika lafaz Allah, tekan dalam-dalam cucu.Allahhhhh....Di sini’, sambil menunjukkan kalbu.`Dan teruskan: Allahhhhh..hingga tiba...bila dahi mencecah sejadah...barulah Akhbar’

Tok menerangkan.

`Sebab itulah tok tengok macam-macam cara orang sekarang bersembahyang’, tok berkata bagaikan membuat rumusan.

`Macam-macam....Begitu juga masa kiam. Ada orang letak di rusuk kiri, ada letak di perut, ada letak di pusat dan dan pula di dada. Jadi mana satu yang betul?’, kami ditanya. Tapi mata kami terkebil-kebil sahaja.

`Sebab itulah kena belajar cucu.Bukan ikut-ikut....Sebab itulah sembahyang perlu belajar dengan betul, supaya betul tertibnya, bukan ikut-ikutan. Orang sekarang kebanyakannya sembahyang ikut-ikutan sahaja’

Dan dalam kunjungannya pada kali ini kami diajar tertib yang betul dan halus sewaktu melakukan solat mengikut tuntutan kiblat tubuh dan kiblat hati.

`

8 ulasan:

  1. assalamulaikum...


    masa kiam selepas takbir sepatutnya telapak tangan itu letak dimana?

    ada yang kata 2 jari bawah dada...ada yagng dekat perut...dll...

    jadi lokasi mana yang betul...

    adakah kiam seperti mayat dikapankan?


    ketika kiam masa genggam pergelangan tangan adakah kena rasa denyut nadi ke?

    maaf sebab banyak tanya...

    BalasPadam
  2. kalau boleh dapat didetailkan

    di mana Allah hu Akhbar ketika rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud dan berdiri betul. Di mana Allah di mana Akhbar?’

    terima kasih

    BalasPadam
  3. Tq.Saya sbenarnya teramat khuatir yang bertanya lebih arif dari yang bertanya.Kalau begitu jadinya, hidung tak mancung....
    Masa mula-mula dulu disuruh kiam seperti mayat - tapi tangan di atas pusat.
    Tapi skrg sy x letak di pusat lagi. Saya ubah dgn meletakkan antara pusat dgn dada.Ini sy ambil dri Ihya.Tentang jari - jari telunjuk dan hantu kanan di atas hasta kiri.Ini juga dr Ihya.
    Mengenai di mana Allah ialah ketika takbir/memulakan perpindahan rukun; Akhbar ialah bila sudah sempurna sampai di destinasi.
    Ini sy terima dri yang di zaman Raub dahulu.
    Apapun kalau sdr tanpa nama ada kaedah yg lain yang lebih sempurna, kongsi-kongsikanlah...Sy sentiasa bersedia mencari yang lebih baik...

    BalasPadam
  4. ooo...sebab saya tertanya-tanya juga mana yg betul...sebab ada yang kiam di atas pusat,ada yang dua jari bawah dada(kalau yang ni yang saya diberitahu adalah kedudukan kiam ketika solat semasa perang,ialah berjaga-jaga dan kedudukannya hampir dengan pedang yang disangkut di pinggang ketika solat)...kadang-kadang saya terfikir kenapa lain-lain...

    saya juga sedang mencari mana yang lebih baik...

    BalasPadam
  5. Yabg terbaik adalah apa yang dikhabarkan dari hadith rasul saw yang sahih. Periode. Apa pun bentuk dalam zahir yang diterima pakai dalam 4 mazhab ahli sunnah wal jamaah semuanya terbaik. Juga terbaik adalah agar anda tidak "menyempitkan" apa yang dibuka sebagai rahmat sehingga memungkinkan anda berfikiran sempit, tanpa anda sedari anda lupa yang Alah bersifat Jalal jamal kamal dan qahhar.

    Anda juga harus memikirkan yang datang itu apa? Ruh walikah? Ilmunya kah? Atau pelakun yang mengaku-ngaku! Banyakkan murajaah sesama kenalan mahupun kepada tokoh lain yang masih hidup. Pastikanlah "pencocokan" dengan Al-Quraan dan Sunnah Rasul saw. Apa yang dilahirkan syariat tidak sama sekali akan bersalahan dengan hakikat. Wallah A'lam.

    BalasPadam
  6. Tq. Saya amat mengalu-alukan ulasan tanpa nama. Apapun coretan ini hanyalah kenangan 1970an... Munkin beguna utk iktibar bagi sesiapa jua yang asyek dgn dunia persilatan Melayu yg di antaranya penuh dengan mistik dan misteri

    BalasPadam
  7. Oh begitu, Alhamdulillah! Pendedahan anda dikira berani. Perkara seperti ini memang ada terjadi, dan ulasan saya juga berdasarkan peristiwa lampau. Teman saya menamakan ia "konsert". Apa yang terjadi semasa itu ternyata bercampur-baur antara yang haq dan Iblis. Bagi yang bertuah, maka ia satu pengalaman 'life' membolehkan anda membezakan sekaligus mengenali perwatakan.

    Pandangan saya- yang anda rujuk sebagai Habib Noh itu adalah ilmunya, hanyasanya menyampaikan dan memperjelaskan tetap duduk perkara bagaimana dilakunkan solat bertepatan oleh diri zahir dan batin sehinggalah solat itu benar benar didirikan, sebagaimana perintah Allah.

    Ampun dan maaf. Jazakalllah! semoga kita selamat mencapai kejayaan! Amin.

    BalasPadam
  8. Terima kasih Tanpa Nama.
    Apapun sudikanlah membaca sehingga tamat.Saya sesungguhnya sedang mencurahkan pengalaman dalam persilatan dan Tasauf yang begitu dahsyat campur tangan dan perdayaan jin dan iblis.
    Semoga dua buah kesah saya RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA dan TENTERA AKHIR ZAMAN dalam blog ini berguna bgi sesiapa jua yang mencari kebenaran hakiki untuk selamat berada di dalanNya. Amin.

    BalasPadam