15 Julai 2010

55. Roh Balik.

Sebentar tadi tok datang membuka tajuk bersembang mengenai kembara yang akan dimulakan pada hari esok.

Selain meziarahi makam Tuan Syeh Nuh, kunjungan ke Pulau Besar adalah suatu yang mesti dalam kembara ini kerana merupakan salah satu tempat paling utama Hang Tuah lima bersaudara sewaktu menutut persilatan dahulu.Kami diminta untuk mengesan kenang-kenangannya. Pulau Besar juga menjadi tumpuan utama kerana di sanalah tempat bersemadinya ramai ulama-ulama Tasauf yang membawa banyak ilham untuk kebangunan bangsa.

`Jangan cucu tak tahu, bahawa roh si mati memang balik pada malam-malam yang mulia’, tok membuka tajuk bersembang setelah berbincang berbagai-bagai perkara mengenai kembara.

`Roh-roh suci cucu, balik ke rumah anak-anak cucunya’, tok menyambung bicara.`Malam Jumaat umpamanya’.

`Malam raya?’

Tok mengangguk.

`Kalau cucu tak percaya, cucu boleh uji’, tok berkata lagi.Kami tiba-tiba tertarik dengan saranan itu.

`Cucu ambil tepung kanji, cucu taburkan di muka pintu. Sapukan nipis-nipis dan rata-rata. Bila bangun pagi cucu pergi tengok’

Mata kami direnung seorang demi seorang.

`Ada apa?’, Dol bertanya.

`Kalau nasib baik, cucu akan lihat kesan tapak kaki di muka pintu’

Kami terkelip-kelip.

`Itulah tanda ibu atau ayah atau datuk telah kembali menziarahi anak-anak atau cucu mereka. Tapi itulah, takut tak sampai hati pula. Belas pula...’

Aku belum ada niat untuk mencubanya kerana pada waktu itu ibu dan ayah ku masih ada hayat mereka. Bila kedua-dua orang tua ku telah kembali ke rahmatulllah, tak terlintas pula keinginan untuk menguji kebenarannya. Aku tidak tahulah kawan-kawan ku yang lain apakah mencubanya.

`Kalau rumah cucu ada tiang seri, cucu letakkan segelas air di tepi tiang tersebut. Cucu tandakan paras airnya.Bangun pagi cucu lihat’

`Kurang?’, Piei bertanya.

`Kalau nasib cucu baik, air tersebut akan kurang sedikit.Itu tandanya air tersebut telah diminumnya’

`Betulkah, tok?’

`Betul! Cucu boleh cuba’, tok bernada tegas.`Ha! Malam ini malam apa?’

`Malam Jumaat’

`Ha! Boleh cuba!’

`Siapa yang akan balik ke rumah ini?’

`Tuan rumah inilah’

Kami lantas teringat kesah rumah hijau ini yang sedikit menyeramkan sewaktu kami mula berpindah dahulu.Di hadapan rumah hijau ini dikatakan sering juga berlaku kemalangan. Tok memberitahu memang ada lintasan/benda melintas kerana di kawasan ini ada kawasan laluan mereka. Aku sendiri pernah melihat satu kemalangan iaitu sebuah kereta yang dipandu laju oleh seorang lelaki Cina telah melanggar tiang letrik. Tiang letrik itu patah dan kereta Cina itu terbalik ke dalam longkang. Tidaklah berlaku kematian walaupun mangsa dalam kereta tersebut koma dan kakinya patah.

Bila kami merujuk kepada tok, tok memberitahu, lelaki itu mengelak dari melanggar satu lintasan.

Akan tetapi sejak sekian lama, tidak ada lagi berlaku apa-apa kemalangan. Tok memberitahu sejak mereka semua sering berada dan selalu ke sini, makhluk-makhluk tersebut menjauhkan diri kerana bila tok berada di sini atau di mana-mana pun jua, semua makhluk-makhluk jahat tidak berani dan akan meminggir diri.

4 ulasan:

  1. 1)adakah anda masih berhubungan dengan dato-dato tersebut?

    2)hang jebat dan hang tuah ni umur diorang panjang yer sampai beratus tahun...sebab pernah terbaca tak tau la betul ke tidak,pasal hang tuah meninggal 542 tahun dan jebat hidup lagi dan menjual kereta 2nd hand...

    3)pasal ada orang berumur ratusan tahun tu memang saya akui sebab pernah gak nenek saya face to face bercakap dengan orang yang berumur ratusan tahun ni masa kenduri kahwin...saya ada juga masa tu cuma tak dapat nak lihat dengan dekat sebab ramai yang nak tengok orang tu...katanya dari gunung jerai...yang bawak kira sedara jugak ler sebab dia tu tok guru silat dekat batu pahat(orangnya pun dah ninggal)...dia jumpa dekat gunung jerai...

    BalasPadam
  2. Sy x pernah dengar kesah Hang Tuah dengan Hang Jebat seperti itu tapi kesah yang berbagai-bagai mengenai berjumpa dengan mereka secara zahir ada sy dengar.Tak tahulah betul atau tidak.Ada siap dengan gambarnya sekali dan sy pernah tengok.
    Sy memang percaya mati pada makam makrifat zahir kembali. Mungkin pengalaman nenek saudara itu adalah contoh yang benar dan bertuahlah kalau begitu.
    Sy berjumpa dengan Tok Lat dan Tok Ayah Bidin.Mereka sy sangka mati pada martabat demikian. Tapi.... bukan. Ini telah sangat jelas melalui kesah yang pernah saya tempuhi yang sy ceritakan dalam siri yang lalu.
    Tentang hubungan dengan dato-dato...bacalah seterusnya kesah saya ini..Harap tetap sabar mengikutinya sampai habis.

    BalasPadam
  3. Apa bezanya dengan perbuatan orang kapir cina yang buat letak limau, epal , minyak dan air?
    Penipu betul Iblis !

    BalasPadam
  4. KITAB MANA YG TULIS KALU ORANG DAH MATI BOLEH BALIK KE RUMAH...ADA TAK ROH ORANG MATI TU CERITA AZAB KUBUR...SEBAB DAH TENTU TAK DA...

    BalasPadam