16 Januari 2009

BRAHMAN

Berikut dipaparkan beberapa keterangan yang berkaitan mengenai Ketuhanan Brahman melalui beberapa sumber.
· Menurut Joesoef Sou’yb dalam bukunya Agama-Agama Besar Di Dunia menjelaskan dalam Veda dinyatakan bahawa Brahman itu merupakan Wujud Tunggal Pencipta, memiliki sifat-sifat kesempurnaan. Tidak dapat diraba, tidak dapat dilihat, tidak dapat didengar. Ia dikenali melalui pernyataannya di dalam alam semesta. Brahman itulah sahaja yang mesti disembah dan dipuja, lainnya tidak.
· Edward Rice pula menerangkan mengenai Brahman seperti berikut:
‘The Supreme Reality conceived of as one and undifferentiated, static and dynamic, yet above all definations; the ultimate principle underlying the world, ultimate reality:’Without cause and without effect, without anything inside or outside,’ according to the sage Yajnavalkya” Brahman is he whom speech cannot express, and from whom the mind, unable to reach him, comes away baffled,’states the Taittriya Upanishad. Brahman is now of interest more as a philosophic concept of past ages than as an active principle – to be meditated upon, but not adored or worship’.
· Brahman adalah satu konsep yang dikaitkan dengan maksud ‘tuhan berada di mana-mana malah setiap individu adalah tuhan’. Dalam kitab Veda Brahman dikatakan bersabda dalam bahasa Sanskrit: ”Ahum Brahmmasmi” yang bermaksud ‘I am the totality’ atau ‘Akulah yang meliputi’.
· Mengikut Upanishad, pada permulaan wujud, tidak ada wujud sesuatu, semuanya mati, tetapi yang ada ialah nyawa, yang ada ialah Brahman. Brahman ialah suatu kekuatan ketuhanan yang neutral, suatu kekuatan tenaga yang suci. Dan ia juga dimaksudkan sebagai ‘nyawa alam semesta’ dan ‘zat ketuhanan sejagat’.
· Brahman adalah yang benar daripada yang benar, yang nyata daripada yang nyata. Brahman adalah nyawa yang melingkupi semua alam nyata ini. Semua yang wujud ini berasal dari Brahman dan akan kembali kepadanya. Manusia datang dari Brahman, bernafas di dalam Brahman dan akan lenyap ke arah Brahman.(Dari Adam Sampai Muhammad hal. 169)
· Sankara iaitu seorang komentatur terpenting pada abad ke 9M, pengasas mazhab Sankara-charya menyatakan ‘dunia bukanlah ilusi semata-mata, sebaliknya menefestasi Brahman itu sendiri – hanya yang bijaksana dapat melihat kebenaran ini’.
Berikut adalah unsur-unsur Tauhid sekitar ketuhanan Brahman apabila dikaitkan dengan Ketuhanan Allah Rabbul Alamin.
Brahman adalah Wujud Tunggal Pencipta atau tuhan yang satu samalah dengan ‘Katakanlah: Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa’ (Al Ikhlas:1).
Allah adalah nama bagi zat - Zat Allah Yang Maha Esa. Allah adalah nama Tuhan yang termaktub dalam Kalimah Tauhid ‘Laa illa ha illallah” – Tiada Tuhan Selain Allah. Apabila tercipta Hakikat Muhammadiah (Nur Muhammad saw), maka Kalimah Tauhid menjadi lengkap bersama Kalimah Rasul ‘Laa illa ha illallah Muhammadar Rasulullah’ – Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Rasul Allah’. Kalimah Tauhid inilah yang tertera di mana-mana sahaja di pepenjuru alam termasuk di syurga yang disaksikan sendiri oleh Nabi Adam as sebelum Baginda as dikeluarkan dari syurga.
Allah adalah Zat Yang Maha Tunggal, bukan dua atau tiga atau lebih banyak daripada itu. Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa tetapi memiliki Sifat-Sifat Kesempunaan yang tidak terhingga jumlahnya. Sebahagiannya tersembunyi dalam nama-namaNya Yang Agung.Firman Allah:
‘Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang baik)’ (Thaaha:8)
Ada sejumlah 99 nama-nama Allah yang baik yang menjadi pengistiharan Keagungan dan KemuliaanNya.
Seandainya Brahman dalam bahasa Sanskrit merujuk kepada nama Zat Tuhan sebagaimana nama Allah, maka bererti Brahman dan Allah merujuk kepada perkara yang sama iaitu nama bagi Zat yang bersifat Maha Tunggal. Kitab Tauhid menerangkan bahawa permulaan bagi segala sesuatu adalah dari Allah - NurNya.Firman Allah:
“Dialah Yang Awal….’ (Al Hadiid:3)
“Allah Cahaya langit dan bumi’ (An Nuur:35)
Apakah dalam bahasa Sanskrit, Brahman bermaksud Tuhan Yang Maha Pemurah sebagaimana istilah Ar Rahman dalam Bahasa Arab? Tidakkah pula Wujud Tunggal Pencipta sama dengan Zat Yang Maha Esa? Soalan-soalan ini perlu diberi perhatian oleh pakar bahasa Sanskrit untuk memberi makna yang tepat mengenai Brahman.
Apabila dihuraikan Brahman dari segi zat maka amatlah sinonim dengan Allah Taala yang ZatNya adalah satu kefahaman metafizika yang terjauh dari segala yang terjauh, kefahaman yang terdalam dari segala yang terdalam dan samasekali tidak dapat dicapai oleh minda. Firman Allah Taala:
‘dan tidak ada suatupun yang setara dengan Dia’ (Al Ikhlas:4)
Pesan Nabi Muhammad saw:
‘Bertafakurlah (berfikir) pada makhluk Allah dan jangan kamu bertafakur pada Zat Allah Taala’
Brahman berada ‘di mana-mana’ atau ‘meliputi’, ‘the ultimate principle underlying the world’ samalah dengan ‘..dan Allah Maha Meliputi segala sesuatu’ (An Nisaa:126) iaitu Allah adalah Hakikat Wujud.
Setiap individu adalah tuhan samalah/hampir samalah dengan ‘Sesungguhnya Tuhanmu meliputi segala manusia’ (Al Israa:60)
Dunia adalah ‘menefestasi Brahman’. Menefstasi ertinya tajalli yakni penzahiran dari abstrak kepada konkrit, dari ghaib kepada nyata. Allah adalah Zat Ghaibul Ghuyub dan menjadi Punca dan Sumber Kewujudan. Tajalli adalah dari Zat kepada Sifat atau dari Nur Allah kepada Nur Muhammad saw sehinggalah seterusnya terciptalah hakikat maujud segala sesuatu. Konsep ini tersimpul dalam firman Allah swt:
Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadaNya:”Jadilah!”, maka terjadilah ia’ (Yaasiin:82).
Juga menerusi firmanNya:
‘Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin’ (Al Hadiid:3)
‘Sesungguhnya Tuhanmu meliputi segala manusia’ (Al Israa:60)
‘..dan Allah Maha Meliputi segala sesuatu’ (An Nisaa:126)
‘Hanya yang bijaksana dapat melihat kebenaran ini’ (iaitu Brahman adalah menefestasi/meliputi). Sesuailah dengan konsep Makrifat Sifat. Hanya dengan pencapaian ilmu makrifah dan kasyaf. Sesuai dengan Sabda Penghulu Junjungan saw: ‘Bermula, awal-awal agama ialah mengenal Allah’. Dengan mengenali Allah, ‘kebenaran’ akan terbuka.
‘Tanpa sebab dan akibat’ (without cause and without effect) - Sesuailah dengan Sifat Qidam (Ilmu Sifat 20) – Bahawa sesungguhnya Allah Taala bersifat Semulajadi/Sediakala. ‘Dialah Yang Awal…’(Al Hadiid:3)
‘Tidak di dalam dan tidak di luar sesuatu’ (without anything inside or outside) adalah sifat Zat Allah swt persis rasa masin dan manis dalam air yang samasekali tidak dapat dipisah-pisah atau diasing-asingkan (undifferentiated). Sifat ‘Berdiri Allah Taala dengan sendiriNya’ (Qiamuhu Taala Binafsih - Sifat 20) yakni Allah Taala tidak bergantung kepda sesuatu, sebaliknya segala sesuatulah yang bergantung kepadaNya, kepada kudratNya : ‘dan tidak ada suatupun yang setara dengan Dia’ (Al Ikhlas:4)
‘Bicara tanpa suara’, (Brahman is he whoms speech cannot express) iaitu tradisi dan sifat wahyu – ‘sruti’ dalam Sanskrit; disampaikan kepada para Nabi dan Rasul – ‘risyi’ dan ‘maha risyi’ dalam Sanskrit, bahawa Allah Taala berbicara/berfirman tidak sebagaimana manusia berkata-kata dengan adanya mulut dan lidah, ada suara dan huruf-huruf tulisan. Firman Allah swt:
‘Dan tidak mungkin bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizinNya apa yang Dia kehendaki.Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) wahyu dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang kami tunjuk dengan dia sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaanNya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.Ingatlah, bahawa kepada Allah lah kembali semua urusan’ (Asy Syuraa:42:51-53)
Konsep enigma Brahman dalam Bhagavad Gita diilustrasikan sebagaimana berikut iaitu mengenai seorang anak yang pergi jauh selama 12 tahun dengan tujuan mempelajari Veda dan pulang dengan perasaan bangga:
“Letakkan garam ini di dalam air dan esok pagi datanglah semula”
Svetaketu melakukan seperti diarahkan dan pada pagi esok ayahnya berkata kepadanya:
“Ambil balik garam yang awak letakkan dalam air semalam dan serahkan kepada ayah”
Svetaketu melihat ke dalam air tetapi tidak lagi melihat garam kerana garam telah larut. Ayahnya kemudian berkata:
“Cuba rasa air itu? Bagaimana rasanya?”
“Masin!”
“Rasa di bahagian tengah pula. Bagaimana?”
“Masin”
“Rasa dari sebelah sana pula. Bagaimana?”
“Masin”
“Carilah semula garam itu dan berikan kepada ayah”
Si anak lantas menjawab:
” Saya tak nampak lagi garamnya ayah. Saya cuma nampak air!”
Ayahnya kemudian berkata:
”Begitulah anakku! Awak tidak akan dapat melihat roh. Tapi yang sebenarnya roh itu ada. Satu hakikat dan intipati yang amat halus dan tak boleh dilihat. Itulah Roh (Spirit) bagi seluruh alam semesta. Itulah Kewujudan (Reality). Itulah Kebenaran- Al Haq (Truth). ITU ADALAH ENGKAU!”
Konsep falsafah ketuhanan Brahman atau Hakikat Kewujudan sinonim dengan apa yang disajikan dalam kiasan Tasauf Islam. Samalah juga seperti mencari manis gula dalam secawan air. Biji-biji gula yang telah larut di dalam air tidak lagi kelihatan kerana yang wujud hanyalah rasa manisnya. Gula adalah sifat bagi manis, sebagaimana garam sifat bagi masin yang kedua-duanya - manis dan masin - telah lebur dalam kewujudan air. Tidak lagi dapat dilihat sifat garam dan gulanya, apatah lagi hakikat masin dan manisnya kerana semuanya telah lebur dalam kewujudan zat bernama air.Beginilah analogi hubungan hamba (salik) dengan Khaliqnya atau hakikat alam seluruhnya yang diistilahkan dengan Supreme Reality dan Ultimate Reality.
Petikan-petikan berikut memberikan maklumat teologis yang lebih lengkap mengenai Brahman dan bandingkanlah dengan keterangan Al Quran mengenai Ketuhanan Allah:
In the beginning there was Existence, One only, without a second (Pada permulaannya hanya ada satu Wujud, Maha Esa, tanpa ada yang kedua) - Upanishad, Chandogyia.
Before creation, all that was the Self, the Self alone. Nothing else was. Then Self thought: Let me send forth the worlds (Sebelum kejadian, seluruh yang ada cuma dia.Dia sahaja. Tidak ada yang lainnya. Kemudian dia berfikir:Biar Aku adakan alam semesta) - Upanishad, Aitareya
He thought: Behold the worlds. Let me now send forth their guardians. Then he send forth their guardians. (Dia berfikir: Lihat alam semesta. Biar aku adakan para penjaganya. Kemudian Dia mencipta penjaganya) Upanishad. Aitarey
Let a man, freeid from the taint of passion, worship Brahman alone (Mestilah seorang manusia, terbebas dari godaan nafsu, menyembah Brahman sahaja) Upanishad, Chandogya.
Brahman is supreme. He is self – luminous. He is beyond all thought. Subtler than the subtlest is He, farthest than the farthest, nearer than the nearest. He resides in the lotus of hearth of every being ( Brahman itu maha agung. Dia cemerlang sepanjang zatnya. Dia berada di luar seluruh pemikiran.Dia maha ghaib dari yang paling ghaib, maha jauh dari yang paling jauh, maha dekat dari yang paling dekat. Dia bersemayam di dalam seroja hati setiap makhluk) - Upanishad, Mundaka.(Agama-AgamaBesar Di Dunia hal. 44-45)

1 ulasan: