31 Januari 2009

WAHYU ILAHI DALAM EMPAT KEBENARAN MULIA

Berikut diperturunkan ajaranya yang dipanggil Empat Kebenaran Mulia:
a. Kebenaran Mulia Pertama: Hidup Penuh Penderitaan/ Ada itu suatu Derita (Dukkha): Kelahiran menyakitkan dan mati menyakitkan. Penyakit dan usia tua menyakitkan. Tidak tercapai hajat menyakitkan dan memperolehi atau memiliki yang tidak dihajati juga menyakitkan.
b. Kebenaran Mulia Kedua: Sebab-Sebab Penderitaan/ Derita Itu Disebabkan Hasrat (Tanha).Idaman dan keinginan nafsu untuk merasai keseronokan, nikmat, ingin jadi kaya dan hidup selesa dalam kehidupan sekarang dan kehidupan masa hadapan.
c. Kebenaran Mulia Ketiga: Mengakhiri Penderitaan/Hasrat Itu Mestilah Ditiadakan.Untuk membebaskan diri dari penderitaan seseorang mesti memadamkan idaman yang bersangatan – tiada hawa nafsu bersangatan yang masih tinggal.
d. Kebenaran Mulia Keempat. Dengan menempuh Jalan Lapan Lapis, penderitaan dapat ditamatkan/Peniadaan itu dengan Lapan Jalan.
JALAN LAPAN LAPIS
Jalan Lapan Lapis adalah bagi menuju Lorong Pertengahan.
1. Pandangan Yang Benar (Right View)
Untuk memperolehi Pandangan Yang Benar seseorang mesti menerima Jalan Lapan Lapis dan Lorong Pertengahan. Lorong Pertengahan ialah menjauhi dua sikap melampau yang tidak seharusnya diamalkan oleh orang-orang yang keluar (forth-out) dari dunia.Dua sikap melampau tersebut:Bersengkongkol atau bersebati dengan keinginan kemewahan yang sebenarnya rendah,kasar, biasa, hina dan tidak berguna.Bersengongkol atau bersebati dengan menyiksa diri yang sebenarnya meyakitkan, hina dan tidak berguna.Dengan menjauhi dua sifat melampau ini The Blessed One (Yang Maha Pengasih) akan memberikan cahaya sinar Lorong Pertengahan yang memberikan kefahaman yang mendalam mengenai pengetahuan yang membawa kepada ketenangan, pengetahuan yang tinggi, cahaya dan nirvana.
2. Pemikiran Yang Benar (Right Resolve) iaitu meninggalkan nikmat-nikmat pancaindera, keinginan untuk sakiti manusia dan sebarang makhluk.
3. Perkataan Yang Benar iaitu jangan bohong, buat fitnah dan berbicara hal-hal yang tidak berguna.
4. Kelakuan Yang Benar iaitu jangan memusnahkan benda-benda hidup, ambil apa-apa yang diberi sahaja dan jangan berzina.
5. Kehidupan Yang Benar iaitu hidup yang tidak mengancam orang lain.
6. Matlamat Yang Benar iaitu mencegah unsur-unsur jahat dari berada di dalam diri dan meninggalkan apa jua kejahatan yang dimiliki. Setiap orang perlu berjuang untuk mencapai kualiti yang baik.
7. Keinginan Yang Benar iaitu bebas dari keinginan dan penderitaan.
8. Tafakur/Pertapaan Yang Benar iaitu apabila seseorang menjauhi semua kesenangan nafsu, membuang semua nafsu-nafsu jahat, kegembiraan dan kesedihan, anda akan memasuki empat darjah meditasi yang akan terhasil menerusi konsentrasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan