18 Januari 2009

ZARAHUSTRA
(Penyebar Agama Zoroaster dan merupakan Nabi dan Rasul bagi Bangsa Parsi/Iran)

Zarahustra dilahirkan pada tahun 630sm. Dikatakan beliau dilahirkan dalam keadaan tersenyum sambil tangan menadah ke langit. Raja Durasan yang memerintah pada ketika itu, diberitahu oleh tukang tilik mengenai bayi ajaib yang dilahirkan itu dan meramalkan bahawa bayi itulah nantinya yang akan meruntuhkan berhala dan menggulingkan kerajaannya apabila beliau dewasa nanti.
Apabila mendengar ramalan ini Raja Durasan lantas mengadakan komplot untuk membunuh bayi tersebut supaya kerajaannya selamat. Bayi berkenaan kemudiannya berjaya diculik dan diperintahkan supaya dicampak ke dalam api. Berlakulah satu peristiwa yang menakjubkan, bayi berkenaan tidak mati dimakan api. Raja Durasan tidak putus asa. Sekali lagi bayi berkenaan diculik dan kali ini ditinggalkan di sebuah padang, lalu dilepaskan lembu-lembu lari berkeliaran. Sekali lagi berlaku keanehan, bayi berkenaan tetap selamat dari dipijak oleh gerombolan lembu-lembu tersebut.
Menjelang usia dewasa, Zarahustra dikatakan menghabiskan masa bermeditasi di Gunung Sabalan. Dengan tuntunan Vohu Manah beliau dapat mendengar kata-kata Tuhan dan menyaksikan keagungannya. Melalui peristiwa ini terhasillah ajaran ketuhanan yang diamakan Zoroasterianisme.
Menurut ajaran agama Zoroaster, ada dua kuasa dalam kehidupan dunia ini iaitu Ahura Mazda (Kuasa Baik) dan Ahriman/Angro Mainyu (Kuasa Jahat). Manusia dihidupkan oleh Ahura Mazda dan mati kerana dibunuh oleh Ahriman.Kedua-dua kuasa ini saling berperang melalui tindakan dan kehidupan manusia bahkan pertentangan dan pergolakan di dunia juga berpunca dari dua kuasa besar yang saling bertentangan ini. Untuk menghindari kuasa jahat Ahriman, manusia perlu membantu Ahura Mazda mengalahkan Ahriman. Ini boleh dilakukan menerusi tiga cara:
(i) Humata – Fikiran yang baik
(ii) Hukata – Perkataan yang baik
(iii) Huvarsta – Perbuatan yang baik.
Agama Zoroastranisme mengamalkan kepercayaan monoteisme - menyembah satu tuhan iaitu Ahura Mazda.Ahura Mazda mempunyai 101 nama. Antaranya Yazad (Yang Maha Disembah), Harvesp Agah (Yang Maha Mengetahui), Harvesp Tavan (Yang Maha Kuasa), Frashogar (Yang Maha Membangkitkan)
Ikrar dalam ajaran Zoroasterianisme “Aku mengaku diriku penyembah Mazda, pengikut Zarahustra yang membenci daevas dan mentaati hukum Ahura”.Ahura Mazda melambangkan Tuhan Terang iaitu cahaya. Ajaran ini berubah menjadi penyembah api (majusi) beberapa abad kemudian selepas kematian Zarahustra.
Pada bab pertama kitab YASHT terdapat 20 sifat Ahura Mazda yang diturunkan kepada Zarahustra “ Sebut dan ulangi namaku ini setiap hari dan setiap malam”
Agama ini menetapan kewajiban beriman juga kepada Spenta Mainyu iaitu 6 kuasa rohani yang dicipta oleh Ahura Mazda:
1. Vohu Manah – utusan/lambang ingatan yang baik.
2. Asha – lambang ketertiban dan keadilan
3. Kshatra – lambang kekuasan & kebijaksanaan.
4. Amaiti – lambang kesucian & penyayang
5. Hasvtat – lambang keamanan & kemakmuran
6. Ameretat – lambang keabadian & kestabilan.
Zarahustra menerangkan bahawa ada tiga penyelamat yang akan menyelamatkan manusia dari kezaliman dan menegakkan keadilan sebelum dunia kiamat. Mereka dilahirkan dari keturunan Nabi dan wanita suci. Jarak masa antara mereka ialah 1000 tahun. Mereka ialah:
a. Aushedar
b. Aushedaramah
c. Shayoshant
Shayoshant ialah penyelamat ketiga yang memerintah selama 1000 tahun. Selepas itu baru berlaku kiamat.
Mengenai Hari Akhirat, ajaran Zoroasterianisme menerangkan bahawa manusia akan mendapat balasan yang setimpal dengan amalan di dunia.Pada Hari Akhirat manusia dihidupkan kembali secara jasmani lalu di bawa mengadap Ahura Mazda untuk pengadilan terakhir.
Pada pengadilan terakhir manusia akan melalui titi ujian berama Cinvant atau Civanto Peretu. Suasana di titi ujian untuk pengadilan terakhir digambarkan seperti berikut:
o Di bawahnya terdapat gelombang cairan logam yang bernyala-nyala.
o Titian lebih halus dari rambut yang dibelah tujuh
o Mereka yang banyak amalan baik melintasi dengan mudah yang jahat jatuh ke bawah
o Orang baik dimasukkan ke Paridaeza
o Orang jahat dimasukkan ke Genhannam.

2 ulasan:

  1. Agama Zoroaster merupakan salah satu agama monoteis tertua yang pernah ada.
    Agama Samawi banyak berhutang pada agama ini, untuk lengkapnya bisa baca selanjutnya disini:
    Ke agama Zoroaster Kita Belajar

    BalasPadam
  2. mereka nabi? tapi mengapa mereka menyembah berhala, patung? fahaman yang merbahaya

    BalasPadam