SIDDHARTHA GAUTAMA SEORANG NABI?
Dilahirkan pada 563sm di timur laut India.Nama keluarganya ialah Gautama dan nama sebenarnya ialah Siddhartha.Siddhartha adalah seorang putera raja iaitu Raja Suddhodhana dari kerajaan Kavilawastu wilayah Nepal. Beliau mendapat pengetahuan yang baik dalam ajaran Hindu sehinga beroleh Selempang- Suci (sacred-Cord). Ibunya mati ketika dia berusia seminggu dan sejak itu dia dipelihara oleh ibu saudaranya yang juga merupakan isteri kedua ayahnya.
Seorang tukang tilik telah meramalkan bahawa Siddhartha akan menjadi seorang raja yang agung kalau dia kekal tinggal di istana, tetapi kalau dia meninggalkan istana dia akan menjadi seorang penyelamat kepada manusia. Maklumat ini menggusarkan ayahnya kerana sang raja mahu anak lelakinya menggantikan takhtanya.Oleh kerana baginda mahu memastikan Siddhartha kekal di istana, dia telah diberikan segala kemewahan dan keseronokan hidup dan menghindarkannya dari segala sesuatu yang buruk dan menyakitkan pandangan.
Sidhartha akhirnya berkahwin dengan Puteri Yasodhara dan dikurniakan seorang anak bernama Rahula, tetapi dia tetap merasa terpenjara dalam segala kemewahan istana.Pada suatu hari dia menyatakan hasratnya ingin melihat dunia di luar istana. Lawatan singkat ini telah samasekali menukar cara hidupnya, kerana dalam perjalanan di luar istana dia telah menemui empat peristiwa yang menganggu jiwanya.
Walaupun bapanya mengarahkan supaya semua jalan-jalan yang bakal dilalui dibersihkan dan dihias indah dan semua orang-orang tua dan cacat dilarang keluar dari rumah masing-masing, tetapi tidak semuanya mendengar arahan itu. Perkara pertama yang mencemarkan pemandangan ialah apabila Siddhartha terlihat seorang lelaki tua yang sangat daif. Bila Siddhartha bertanya mengenainya, dia diberitahu bahawa lelaki itu adalah seorang yang sudah tua dan seperti itulah juga semua manusia nanti.
Kemudian dia terlihat seorang lelaki yang sakit dan diterangkan kepadanya bahawa semua manusia pada bila-bila waktu sahaja boleh jatuh sakit dan akan menderita sepertinya. Kemudian dia melihat pula satu upacara pengkebumian apabila satu mayat sedang diusung ke tempat pembakaran, dan para pengiring meratapi kematiannya. Bila ditanya apakah makna semuanya itu, putera raja itu diberitahu bahawa begitulah perjalanan hidup, lambat laun tidak kira samaada seseorang itu anak seorang raja atau anak seorang yang papa kedana semuanya akan mati.
Pemandangan terakhir ialah terlihat seorang rahib sedang meminta sedekah. Ketenangan yang kelihatan pada wajah rahib tersebut meyakinkan Siddhartha bahawa gaya hidup sedemikian adalah sesuai untuknya. Segera selepas itu dia meninggalkan istana dan keluarganya dalam usaha mencari cahaya terang (enlightenment). Malam dia meninggalkan rumah untuk mencari sinar terang dikenali sebagai Pengorbanan Besar (Great Renunciation).
Sewaktu berusia 39 tahun pada tahun 524sm Sidhartha menyamar sebagai seorang pengemis yang menghabiskan waktunya berkelana dari satu tempat ke tempat yang lain selama hampir tujuh tahun mencari kebijaksanaan (wisdom). Dia tidak puas hati dengan konsep kebenaran (truths taught) dalam Agama Hindu dan jiwanya sentiasa kecewa dan memberontak terhadap kehidupan di sekitar dirinya. Kekecewaannya ini menyebabkan dia meneruskan pencarian untuk menjawab soalan-soalan yang berlegar dalam fikirannya. Berbagai-bagai soalan menerpa hatinya mengenai Hinduisme dan kewujudan (reality).Dia mencuba cara hidup menahan makan dan menyiksa diri (asceticism) tapi kehidupan sebegini tidak membawa kedamaian.

Akhirnya beliau bertapa selama 45 hari di Uruvala dekat Benares. Hari bertuah tiba dalam hidupnya sewaktu dia sedang bertafakur di bawah sepohon pokok (fig tree) dan di sana beliau memperolehi nirvana . Sempena peristiwa itu pokok tersebut dinamakan bodhi atau pokok bo, pokok kebijaksanaan.Kebenaran yang dipelajarinya perlu disebarkan kepada dunia, dan sejak itu dia bukan lagi sebagai Siddharta Gautama tetapi sebagai Buddha iaitu Pemberi Cahaya (The Enlightened One). Apabila Buddha menamatkan pertapaannya dia lantas menemui lima orang rahib yang juga adalah teman-temannya sewaktu bertapa menyiksa diri dahulu. Kepada merekalah Buddha memulakan pengajaran agamanya di Sarnath dekat Benares.Kutbah Pertama (First Sermon) kepada rakannya itu menjadi asas ajaran dari keseluruhan ajarannya, terkenal dengan sebutan Empat Kebenaran Mulia/Utama dan Lapan Jalan Kebajikan/Lorong Lapan Lapis.
Selama lebih 40 tahun beliau menyebarkan agama.Beliau meninggal dunia pada tahun 483 sm di Kusinare ketika berusia 80 tahun akibat termakan makanan beracun di Papar.
Unsur Islam Dalam Sejarah Siddharta Gautama Mencari Cahaya.
1. Pengorbanan Besar (Great Renunciation).
Dalam kehidupan sufisme dan kerohanian, memang menjadi kebiasaan bagi pengamal ilmu Tasauf ‘keluar dari dunia’ kerana berpegang kepada firman Allah seperti berikut:
‘Makan janganlah kamu dapat ditipu oleh kehidupan dunia’ (Luqman:33)
‘Dan tiadalah kehidupaan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka.Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. – Al An’aam: 191
‘Katakanlah: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu saudara-saudaramu, perempuan-perempuanmu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatiri menanggung rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai;kalau semua itu (dunia) lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya, dan dari berjuang (berjihad) di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintahNya’ (At Taubah:24)
Sabda Rasulullah saw
‘Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir’ – Ihya Ulumiddin Jld.5 hal.9
Demikianlah juga pernah berlaku dalam pengalaman hidup seorang wali Allah yang agung iaitu Ibrahim bin Adham ra. Kisah hidupnya mirip kisah Gautama Buddha. Beliau adalah seorang raja yang kehidupannya penuh dengan kemuliaan dan kebesaran. Pada akhirnya Ibrahim Adham ra meninggalkan takhta dan keluarganya mengikut suara hati. Baginda keluar mengembara mencari sesuatu, oleh sesuatu yang tidak sempurna di dalam jiwanya dan akhirnya setelah bertahun-tahun beruzlah Ibrahim Adham ra memperolehi makna sebenar dalam kehidupan dan menjadi salah seorang wali Allah yang agung.
Gautama Buddha telah mendahului selama ribuan tahun sebelum Ibrahim Adham menjejaki jalan hidupnya. Bukan mudah untuk berpisah dengan dunia apatah lagi dunia yang dipenuhi dengan segala kesenangan, kemewahan, kebesaran dan kemuliaan kalau tidak memiliki jiwa kerohanian yang tinggi. Inilah jalan hidup Rasululah saw, para sahabat dan para auliya Allah yang memilih akhirat. Firman Allah swt:
‘Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan’ (Huud:11:15-16)
Hadis Nabi saw: ‘Barangsiapa mencintai dunia, nescaya membawa kepada melarat akhiratnya.Dan barangsiapa mencintai akhiratnya, nescaya membawa melarat kepada dunianya.Maka utamakanlah yang kekal, atas apa yang fana’ – Ihya Ulumiddin Jld. 5 hal.9
Sidhartha Gautama Buddha sesungguhnya telah melakukan pengorbanan besar ‘meninggalkan dunia’ untuk memilih jalan Tuhan `cahaya yang terang’ sehingga menjadi Buddha iaitu Pemberi Cahaya, cahaya dari Tuhan. Firman Allah Taala:
"Sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. (An Nahl: (95-96)
2. Mencari Cahaya Terang (Enlightenment)
Mencari ‘cahaya’ adalah wajib bagi semua manusia kerana tanpa cahaya manusia berada dalam kegelapan. Kegelapan ertinya tidak ada iman dan Tauhid; apabila jiwa dipenuhi oleh kesyirikan, kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan seumpamanya. Itulah erti zulmat dan kegelapaan dan inilah yang menyebabkan tidak beroleh bahagia sejati, tidak beroleh ketenangan jiwa dan mendapat pula sebaliknya, musibah kecelakaan serta kesengsaraan di dunia dan di akhirat. Cahaya ertinya sinar terang. Sinar terang bersumber dari Islam, Iman, Tauhid dan Makrifat dan ini adalah sumber ketenangan dan bahagia yang seluruhnya itu bersumber pula dari sumber cahaya iaitu Allah Tuhan Semesta Alam (Cahaya Allah).
Alam seluruhnya berada dalam kegelapan tanpa cahaya matahari. Mana-mana bahagian alam yang tidak mendapat cahaya matahari akan berada dalam kegelapan. Kegelapan atau zulmat dikaitkan dengan dunia iblis dan syaitan, kerana zulmat adalah lambang kejahatan dan neraka. Bahawa segala sesuatu tidak akan mendapat petunjuk dan beroleh kebenaran tanpa cahayaNya kerana mana-mana makhluk manusia yang tidak mendapat cahayaNya bererti berada dalam zulmat iblis dan syaitan. Firman Allah swt:
‘Dialah (Allah) yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya, supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya’ (Al Ahzab:33:43)
Allah adalah sumber cahaya dan sebab bagi kewujudan sebagaimana Firman Allah swt:
“Allah Cahaya Langit dan bumi’ - An Nuur:35)
Rasulullah saw juga adalah cahaya (Nur Muhammad). Al Kitab iaitu terdiri dari Al Quran, Zabur, Taurat, Injil dan Suhuf juga cahaya. Firman Allah swt.
‘Sesungguhnya telah datang kepadamu Cahaya dari Allah ( Muhammad saw) dan Kitab yang menerangkan’ ( Al Maaidah:15)
Oleh sebab itulah Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya “Miftah al Sa’adah mengatakan:’ Kalaulah tidak kerana nubuwwat (kenabian) tidak akan ada langsung dalam alam ini ilmu yang bermunafaat, amal salih dan kebaikan dalam kehidupan manusia (cahaya)’.
Menunjukkan bahawa dunia adalah pentas ujian untuk manusia memilih antara dua iaitu Cahaya Allah swt atau Zulmat Iblis.Bila Siddhartha Gautama mencapai nirvana bolehlah diertikan beliau telah memperolehi cahaya yang dicarinya iaitu kebenaran keTuhanan Allah, kebenaran keRasulan Nabi Muhammad saw dan Al Kitab. Selepas memperolehi cahaya, maka menjadi wajib baginya – andaikan dia seorang Rasul - memberikan cahaya kepada pengikutnya. Ini sesuailah dengan istilah yang diberikan oleh pengikutnya kepadanya ‘Buddha’ yang bermakna Pemberi Cahaya (The Enlightened One).
Kesah Gautama Buddha memperolehi cahaya menerusi meditasi mirip kesah Nabi Musa as bermeditasi di Gunung Tsur sebelum dilantik menjadai Rasul. Bermeditasi untuk mendapat ‘cahaya’ adalah antara jalan-jalan ibadah kerohanian yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul serta auliya-auliya Allah yang agung.
Demikian Rasulullah saw sendiri, walaupun Baginda saw adalah awal hakiki, tetap perlu menerima cahaya apabila berada di alam soghir di dunia ini. Di Gua Hira bermulanya Baginda saw menerima cahaya apabila diturunkan Surah Al Alaq:96:1-5.
‘Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmulah yang Paling Pemurah, yang mengajar dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya’
Para Nabi dan Rasul merupakan hamba Allah yang mendapat cahaya yang bersinar terang persis matahari, bulan dan bintang. Demikian juga para auliya Allah, syidiqin, hamba-hamba Allah yang solleh dan syuhada. Semua mereka yang mendapat kemuliaan di sisi Allah swt menempuh jalan mujahadah untuk mendapat cahaya – ibadah yang khusus dan banyak, berkhilwah, beruzlah, bermeditasi, bertapa, dan berbagai-bagai istilah yang seumpama, bagi mendapat pencerahan jiwa dan cahaya khusus dariNya dan denganNya, jauh dari hiruk-pikuk keduniaan. Orang-orang biasa dari kalangan umat Islam memperolehi cahaya sekadar iman masing-masing dan sesiapa yang tidak cukup sinar terangnya sewaktu meniti siratul mustaqim lantas terjatuh ke dalam neraka. Namun selagi ada iman walau kadar sezarah, maka itulah kadar cahayanya yang menyelamatkannya dari siksaan neraka untuk hari merdeka selepas 7,000 tahun siksaan.
Maka kalau semua Nabi dan Rasul adalah Pemberi Cahaya yang bersumber dari Zat Yang Menjadi Sumber Cahaya (Allah swt), maka Siddharta Gautama juga telah diberi gelaran Buddha yang bermakna Pemberi Cahaya! (The Enlightened One).
3. Pembaharu Agama.
Apakah Gautama Buddha merupakan seorang Nabi atau Rasul yang diutuskan untuk memperbaharui atau memperbetulkan agama setelah agama Sanatara-dharma iaitu ‘agama yang tiada permulaan dan tiada kesudahan (abadi)’ berubah menjadi Agama Hindu yang penuh dengan pertelingkahan mengenai kasta, disamping berbagai-bagai amalan dan adab-adab yang pelik yang bercanggah dengan kemurniaan Tauhid KeEsaan?
Dalam hal ini Sri Swami Sivananda menjelaskan:
In the sixth century before the Christian era, religion was forgotten in India. The lofty teachings of the Vedas were thrown into the background. There was much priestcraft everywhere. The insincere priests traded on religion. They duped the people in a variety of ways and amassed wealth for themselves. They were quite irreligious. In the name of religion, people followed in the footsteps of the cruel priests and performed meaningless rituals. They killed innocent dumb animals and did various sacrifices.
Seterusnya beliau menerangkan:
The country was in dire need of a reformer of Buddha's type. At such a critical period, when there were cruelty, degeneration and unrighteousness everywhere, reformer Buddha was born to put down priestcraft and animal sacrifices, to save the people and disseminate the message of equality, unity and cosmic love everywhere.
Sesungguhnya agama Tauhid sememangnya bersifat membersihkan dan memurnikan. Apabila telah berlaku penyelewengan dari ajaran asal maka diutuskanlah para Nabi dan Rasul silih berganti. Iblis dan bala tenteranya – terdiri dari syaitan, nafsu amarah, sifat-sifat mazmumah, perbuatan maksiat, dunia dan sebagainya mengajak manusia supaya mensyirikkan Allah, menentang sunnah Rasul, mengikuti nafsu amarah, mengerjakan perbuatan munkar dan maksiat, mengotori jiwa dengan sifat-sifat kekejian zahir dan batin dan menghambakan diri kepada dunia dan harta, sesama manusia, nafsu, akal dan syaitan.
Sebaliknya Agama Tauhid menyeru manusia supaya memusuhi syaitan dan bala tenteranya untuk mentauhidkan Allah dan Rasulnya, mengesakan Zat, Sifat, Asma dan Afaal Allah swt dan menjunjung seluruh titah perintah dan meninggalkan seluruh larangan Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Inilah ajaran Tauhid yang dibawa oleh semua para Nabi dan Rasul sepanjang zaman yang tersimpul dalam dua kalimah syahadat ‘Laa illa haillallah Muhammadar rasuulullah’.
4. Konsep Kebenaran (Truths Taught) dan Kewujudan (Reality)
Lawatan singkat Siddhartha Gautama untuk melihat kenyataan sebenar mengenai dunia dan kehidupan di luar istana telah menimbulkan gambaran yang mengelirukannya. Jiwanya yang memang tidak menemui ketenangan sebenar dalam kehidupan mewah di istana, lantas menjadi kacau dan bercelaru melihat dunia yang serba daif dan kehidupan rakyat yang tidak sempurna yang jauh benar bezanya dengan kehidupan di istana yang serba lengkap, indah dan sempurna.
Melihat beberapa fenomena baru dalam kehidupan yang selama ini tidak terfikirkan, menyebabkan jiwanya yang halus menjadi terganggu dan keliru – timbullah berbagai-bagai perasaan dalam jiwanya – terkejut, sedih, kasihan dan sebagainya. Timbul pula berbagai-bagai pertanyaan dalam mindanya mengenai konsep hidup dan kehidupan. Apakah erti hidup? Kenapa hidup perlu melalui proses-proses dilahirkan, membesar, tua dan mati? Kenapa pula ada kesakitan dan kemudiannya kematian? Apakah pula mati itu?
Jiwanya menjadi gelisah. Semakin difikir semakin tidak menemui jawapan. Agama Hindu yang dianutinya ternyata tidak menyediakan jawapan yang memuaskan. Terlalu banyak jawapan dan pelbagai pula takrifan yang menambahkaan kekeliruan yang diberikan oleh golonan Brahmin menggambarkan betapa bercelaru dan bersimpang-siurnya ajaran Sanatara-dharma yang telah berubah menjadi Hinduisme itu. Jadi apakah jawapan yang benar dan di manakah kebenaran?
Beginilah yang lazim terjadi kepada manusia-manusia berjiwa mulia. Orang-orang yang mulia jiwanya biasanya memiliki perasaan yang seni dan halus berbanding dengan orang-orang selainnya yang memiliki jiwa yang kasar dan keras. Orang-orang yang berjiwa halus memerlukan jawapan-jawapan yang jelas, tepat dan pasti mengenai kebenaran dan kewujudan kerana selagi belum mendapatnya, selagi itulah ketenangan dan bahagia sejati tidak diperolehi.Berbeza dengan orang-orang yang kasar jiwanya yang leka bersenang-senang dengan nafsunya yang rendah dan asyek dengan nikmat dunia yang fana.
Bahawa sesungguhnya kebenaran dan kewujudan hakiki yang dicari tidak akan ditemui selagi belum mendapat atau menyaksikan atau mengalaminya sendiri.Perhatikan firman Allah swt mengenai perkara ini:
‘Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar (Fusysyilat:41:53)
‘Dan dalam diri kamu mengapa tidak kamu perhatikan?’ (AzZariat:51:21)
Justru jalan bagi mendapatnya ialah dengan menyendiri untuk semata-mata bersamaNya; Yang Empunya Kebenaran dan Kewujudan Hakiki. Inilah medan perjalanan hidup yang ditempuhi oleh para Nabi dan Rasul dan para auliya Allah yang agung – tersembunyi dalam kehidupan sufisme dan tasauf yang sudah begitu lama terpinggir dan dipinggirkan dari persada ilmu.
5. Mati Diracun
Menjadi sunnah dalam perjuangan menegakkan agama Tauhid - setiap pendukung dan pembawa kebenaran akan ditentang. Yang menerima dan menyokong amat sedikit berbanding dengan yang mengengkari dan menentang. Firman Allah swt:
`Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman’(Yunus:103)
`Alif lam miim raa. Ini adalah ayat-ayat Al Kitab (Al-Quran) dan Kitab yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu adalah benar; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman’ – (Ar-Rad:13.1)
Inilah sunnah para Nabi dan Rasul iaitu golongan yang menentang adalah majoriti berbanding dengan segolongan minoriti yang menerima kebenaran dan terdiri pula dari lapisan masyarakat bawahan yang lemah, miskin dan serba kekurangaan. Nabi Muhammad saw sendiri pernah cuba diracun oleh kaum Yahudi apabila dihadiahkan daging kambing yang telah siap digoreng. Tetapi Rasulullah saw tidak sempat memakannya kerana kebesaran mukjizat Baginda saw sehingga lengan kambing tersebut berbicara memberitahu Nabi saw; “Jangan engkau makan aku kerana aku beracun!” (Ihya Ulumiddin Jld. 2 hal.194).
Gautama Buddha diriwayatkan menderita beberapa tahun dan memberitahu pengikutnya dia sudah tua dan akan mati dan ini menjadi kenyataan apabila beliau meninggal dunia pada tahun 483 sm di Kusinare ketika berusia 80 tahun akibat termakan makanan beracun di Papar.
6. Sinar Terang Buddha (Nirvana).
Sewaktu dalam meditasinya, Siddhartha telah mencapai darjah tertinggi mengenai kesedaran Ketuhanan yang dinamakan nirvana. Ini adalah istilah dalam bahasa Pali, tetapi dalam bahasa Sanskrit ialah moksya.Kebenaran yang diperolehinya menyebabkan beliau perlu menyebarkan ajarannya kepada dunia. Sejak itu beliau bukan lagi sebagai Siddharta Gautama tetapi sebagai Buddha iaitu Pemberi Cahaya (The Enlightened One).
Sebaik beliau menamatkan pertapaannya dia lantas menemui lima orang rahib yang juga adalah teman-temannya. Kepada merekalah Buddha memulakan pengajaran agamanya di Benares.

7. Wahyu Yang Maha Esa
Menerusi nirvana Siddhartha Gautama telah dianugerahkan ajaran yang dikenali Empat Kebenaran Mulia dan Lorong Lapan Lapis. Ini diterimanya setelah beliau mencapai nirvana pada ketika berusia menjelang 40 tahun, setelah bertapa selama 45 hari di bawah pohon bodhi di Uruvala, Naples. Inilah pengalaman agung yang juga dialami oleh seorang Nabi Parsi, Zarahustra setelah bermeditasi di Gunung Sabalan dan dengan pimpinan Vohu Manah, telah mendengar suara ketuhanan dan melaluinya muncullah agama Zoroasterianisme.
Demikian juga Nabi Musa as, setelah bermunajat selama 40 hari di Gunung Thur telah mendapat risalah Ketuhanan yang di namakan The Ten Commendement lalu seterusnya dianugerahkan Kitab Taurat. Ahli Falsafah Greek yang masyhur Socrates dikatakan mengalami berbagai-bagai pegalaman ajaib kerohanian dan ini dialaminya beberapa kali dan disaksikan sendiri oleh ramai manusia. Diriwayatkan, dalam satu perjalanan menghadiri satu majlis bersama-sama teman, beliau tiba-tiba berhenti dari berjalan dan berdiri tidak bergerak-gerak selama beberapa ketika. Temannya yang telah biasa dengan perangainya yang pelik itu meneruskan perjalanan, dan apabila pulang setelah majlis berakhir, Socrates masih lagi seperti tadi; berdiri tegak tidak bergerak-gerak dan tidak memberi sebarang reaksi kepada persekitaran. Terpaksalah rakan-rakannya menunggu sehingga Socrates pulih dari “kehilangan dirinya”, dan apabila dia “kembali” dia akan menjadi seperti biasa.
Rasul Teragung – Penghulu segala Nabi dan Rasul - Nabi Muhammad saw sendiri dalam usia menjelang 40 tahun, berulang alik dari rumah ke Gua Hira, Jabal Nur (Bukit Cahaya) untuk bertahanut (mempersiapkan diri) dan sepanjang tempoh bertahanut itu Baginda saw acapkali dianugerahi mimpi-mimpi benar. Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610M – setelah sekitar tiga tahun berulang-alik berkhalwat, bermeditasi atau bertapa di Gua Hira, Baginda saw telah menerima wahyu yang menandakan perlantikan Baginda saw sebagai Rasul.
Demikianlah yang terjadi kepada semua manusia-manusia agung pada zaman yang lalu yang sentiasa menempuh proses tahanut dan mengalami bukti-bukti kerohanian sebelum menjadi manusia hebat sempurna. Mengenai mereka Allah Taala berfirman:‘Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman, tapi Kami jadikan Al Kitab itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus’ - (Asy Syuura: 52)
Setelah terutusnya Nabi Akhir Zaman, Nabi Muhammad saw berakhirlah zaman kenabian.Namun sunnah Allah dan Rasul-RasulNya ini tidak berakhir. Umat Rasulullah saw yang tergolong dalam golongan “siapa yang Kami kehendaki” , juga akan mengalami proses kerohanian ini, mewarisi ilmu persis para Nabi dan Rasul dan mereka mencapai martabat kewalian. Sabda Rasulullah saw mengenai hal ini: “Sesungguhnya sebahagian dari ilmu itu seakan-akan seperti keadaan tertutup yang tidak diketahui, selain oleh ahli yang mengenal (makrifat) akan Allah Taala.Apabila mereka mempercakapkannya, maka tidak ada yang tidak mengerti selain daripada orang-orang yang telah tertipu, jauh dari Allah Taala. Dari itu janganlah kamu hinakan seorang yang berilmu, yang dianugerahi Allah Taala ilmu tersebut kerana Allah Taala sendiri tidak menghinakannya kerana telah menganugerahinya ilmu tadi” –Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.97
Orang bertanya kepada Nabi saw tentang firman Allah Taala:
“Apakah orang yang dibukakan oleh Allah hatinya menerima Islam, kerana itu dia mendapat cahaya dari Tuhannya” – Az Zumar:22 “Apakah pembukaan itu?”Nabi saw menjawab:” Iaitu perluasan. Sesungguhnya nur itu apabila telah dicurahkan ke dalam hati, nescaya meluaslah dada dan terbuka – Ihya Jld.4 hal.61.
Inilah rahsia yang diluahkan oleh Saidina Ali krm. “”Tak ada pada kami sesuatu yang dirahsiakan oleh Nabi saw kepada kami, selain daripada didatangkan oleh Allah Taala kepada hambaNya pemahaman tentang KitabNya. Dan yang demikian itu tiada dengan belajar” – Ihya Jld.4 hal.61
Imam Al Ghazali menjelaskan: ‘Nabi adalah ibarat orang yang tersingkap (kasyaf) baginya hakekat-hakekat segala hal. Dan ia bekerja untuk memperbaiki makhluk. Maka tidak mustahil dalam wujud (alam) ini, ada orang yang tersingkap baginya hakekat-hakekat itu dan ia tidak bekerja untuk memperbaiki makhluk. Orang ini tidak dinamai nabi, tetapi dinamai wali’ – Ihya Jld.4 hal.67
Setelah Siddhatha Gautama “tersingkap” melalui pengalaman nirvana, beliau mampu menyampaikan khutbah yang menakjubkan – diluar kemampuan akal rakan-rakan rahibnya, apatah lagi manusia ramai yang biasa, sehingga jelaslah kepada rakan-rakannya bahawa Siddhartha Gautama bukanlah seorang manusia biasa tetapi adalah Buddha – satu istilah yang tentunya beliau sendiri istiharkan - iaitu Pemberi Cahaya yang tentunya menerima cahaya dari Sumber Cahaya – Tuhan Semesta Alam. Ajaran yang diasaskannya terus menjadi ikutan para pengikutnya silih berganti sehinggalah sampai kepada episod bencana zaman berzaman, manusia ajaib dan luar biasa yang menunjukkan tanda-tanda Kebesaran Ketuhanan – mukjizat - telah ‘dituhankan’ dengan menzahirkan lambang ketuhanan berbentuk patung. Inilah penyelewengan angkara sumpah Azazil “membisikkan” mengenai makna tersirat dalam ayat mutasyabihat berikut: Sesungguhnya Tuhanmu‘ meliputi segala manusia’ (Al Israa:60)
Ajaran Siddhartha Gautama Buddha sesungguhnya adalah ajaran yang membebaskan jiwa manusia dari menjadi hamba kepada hawa nafsu dan belenggu dunia – membebaskan manusia dari menyembah tuhan nafsu dan dunia. Ajarannya berteraskan keperibadian mulia, membina kehidupan yang serba sederhana, mengamalkan akhlak yang indah dalam jalinan hubungan yang harmoni dengan Tuhan, sesama manusia dan alam sekitar. Apabila kesemua ini dapat dilakukan dengan sempurna, maka berakhirlah penderitaan, lantas berolehlah ketenangan dan bahagia sejati. Inilah intipati ajaranNya kepada Siddhartha Gautama.
Who are u trying to kid?
BalasPadam