14 Oktober 2010

78. Solat Hakekat.

Guru Pertama melanjutkan huraiannya mengenai solat hakekat.
`Bila cucu berdiri untuk solat, tak perlu lagi membaca lafaz niat. Setelah mengosongkan diri terus sahaja angkat takbir raturihram dan lafazkan di dalam hati semasa bertakbir: `Esa Zat......’
`Bacalah dengan lambat dan tenang terutamanya Fatehah. Satukan lidah, otak dan hati....dari dalam. Tekan pada lafaz Allah hu Akhbar’, Guru Pertama berkata lagi.
Aku mendengar dengan cermat
`Satu perkara lagi cucu, masa syahadah.Selepas cucu melafazkan `Asyhaduallailla ha illallah’, syuhud penuh-penuh dan lembutkan jari tangan. Cuba buat’
Aku lalu membuatnya.Tok melihat aku membuatnya.
`Nanti cucu akan dapat rasakan tangan cucu akan menegang lalu jari telunjuk cucu akan bergerak dengan sendirinya. Biarkan dia bergerak’
Aku mencuba lagi melafazkan syahadah sambil syuhud.Tapi jari telunjuk ku tetap keras.Tak ada pula rasa apa-apa pada lengan dan jari-jari ku.
`Asuhlah selalu dan dalam nafas yang sama lafazkan pula `Muhammadar Rasulullah’, dan biarkan juga jari telunjuk bergerak dengan sendirinya’.
Aku mencuba beberapa kali tetapi ternyata jari telunjuk ku tetap keras dan tidak bergerak walau sedikit pun.
`Asuhlah. Gerakan yang cucu nanti rasakan bukan cucu yang menggerakkannya, tetapi itulah kuasa – Kuasa Allah.Ini berkaitan dengan silat yang cucu terima selama ini iaitu bersilat menggunakan kuasa Allah; bukan kuasa cucu’
Aku terasa cukup gembira bila mendapat limpahan ilmu ini.
`Sewaktu mengatakan Allahhumm masolliala....lepaskan nafas perlahan-lahan. Nanti.. bila sudah terasuh, di dalam hati cucu akan ada satu detakan...bukan bisikan.Bukan suara....Cucu beritahu atuk apa yang terdetak di dalam hati cucu nanti’.
Guru Pertama memandang ku dengan senyuman manis yang terukir di bibir.
`Ada lagi satu perkara iaitu apabila cucu selesai solat dan memberi salam. Salam ke kanan nampakkan kalimah.....dan salam ke kiri nampakkan kalimah......’
(Aku telah mendapat sentuhan gerak di jari telunjuk semasa bersyahadah dan memangnya istimewa. Demikian juga detakan di hati. Ini juga sangat istimewa.Bila aku melaporkan kepada tok, betullah apa yang aku telah perolehi itu.
Mengenai hal ini aku sedang menunggu seseorang – mudah-mudahan seorang Guru Mursyid yang boleh membicarakannya samada boleh digunakan atau bercanggah dengan hakekat yang sebenarnya. Semoga Allah Taala mempertemukan aku dengan Guru Mursyid)
`Satu perkara lagi cucu, bila cucu rukuk dan sujud bacalah tasbih sehingga sepuluh atau sebelas kali’.
`Tak mengapa lebih dari tiga kali, tok?’
`Orang sekarang tok tengok waktu rukuk dan sujud kadang-kadang sekejap sangat.Kadang-kadang tak ada takmaninah. Kalau tak ada takmaninah, setan gelak saja. Cucu tak tahu, waktu solat setan bertenggek di kepala. Sujud dan rukuk biarlah lama-lama supaya setan yang bergayut jatuh tersembam. Kalau tidak, setan ketawa berdekah-dekah sahaja.Itulah solat yang sia-sia”
Aku rasa cukup tertarik dengan penerangan dari tok itu. Setelah memberikan senyuman manisnya, tok meneruskan lagi:
`Bila iktidal cucu, bila sampai pada rabbana, angkat tangan berdoa. Bila siap sebutkan amin dan sapukan tangan ke muka.Lepas itu barulah sujud’
`Kenapa buat begitu, tok’
`Sebab itu adalah doa’
Aku agak ragu-ragu juga untuk menyapu tangan ke muka selepas iktidal sebab perbuatan sebegitu tidak menjadi kelaziman ramai.Tok terus tersenyum memandang ku.
`Selepas solat Maghrib dan Subuh, jadikan wirid membaca Qulhu sebanyak empat puluh empat kali atau tiga puluh tiga. Tok buat tiga puluh tiga kali’
Bila tok berpesan begitu, tahulah aku bahawa Mahaguru tentunya membaca empat puluh empat kali. Tok adalah bertaraf Guru jadi dia membaca tiga puluh tiga kali sahaja.
`Lagi satu perkara cucu’, tok melanjutkan.`Bila berdoa pejam mata dan mintalah di dalam qalbu’
(Mengenai doa di dalam qalbu saya telah melakukannya dan memang mengejutkan kerana ada hal-hal yang tak pernah terlintas di dalam minda terucap di dalam qalbu. Saya dapati Ihya juga ada menyarankan supaya berbuat demikian)

5 ulasan:

  1. Solat hakikat?
    ataukah hakikat pada syariat solat?
    ataukah Hakikat solat?
    ataukah...mendirikan solat(iqomati-solat).

    BalasPadam
  2. Saya percaya maksud saudara- solat hakikat adalah Ibadah solat tulin sebagaimana di terima dan dsampaikan oleh Junjungan Nabi Muhammad SAW.

    Hakikat solat adalah intipati Ibadah solat- dalam bahasa marhain ia adalah 1-Perhubungan, nyata menyatakan (zat&sifat) 2-Puji memuji termasuk doa dan zikir

    Syariatnya membawa kepada 13 rukun (thariq-jalan) untuk disempurnakan, dimana setiap satunya mempunyai hakikatnya tersendiri yang merangkumi seluruh intipati Ad-deen. Sepertinya apa yang saudara ketengahkan dalam penceritaan saudara.Contoh lain-Al-fatihah di nusadwipa.blogspot

    Solat diturunkan dengan perintah Iqamat- iaitu mendirikan. Maka ia meliputi kesempurnaan - persiapan dari wudhu'(hakikatnya ialah taubat), seruan-qamat, jamaah, aurad dsb. Begitu juga iqamah meliputi bukan setakat kefardhuan 5 waktu , malah nawafil hinggalah daim, zahir dan batin.

    Saya kira saudara sudah menapis dan menepis kerana DiALAH JUA AL-I'LMUN, WA-KAUNUHU TAALA A'LIMAN, jadi bukanlah lagi kerana ia adalah praktik kebanyakan orang atau tidak. Letak duduk keyakinan pada "Haqqul Yaqin".

    Jadi bagaimanakah Guru mursyid itu? renungkan...mudah mudahan bertemulah jua..amin. WAllah a'lam ampun & maaf.

    BalasPadam
  3. Tq. Sy difahamkan ada lima cara bagi ketemu/terbuka/menyampai. Antaranya ialah melalui guru/badal yang membuka lebuhnya dan inilah maksudnya... dan dengan demikian sampailah kepada maqam hakekat dan Haqqul Yaqin; justru sempurnalah makrifat.
    Berkenalan/berdampingan dengan insan pada maqam seperti inilah yang saya memohon kurniaanNya kerana perjalanan jauh dan panjang selama ini telah amat meletihkan.
    Antara yg sy sedang lakukan ialah mengkaji blog Kubra @ News Zamany.

    BalasPadam
  4. Camnijelah.
    Tiap kali ko jumpa orang alim(dalam erti ada ilmu) ko mintak dia tunjuk cara solat yang betul. Paling tidak kat pak imam yang otai. Atau guru tarikat - one to one basis. Paling tidak ko mintak dia mengesahkan apa yang ko buat itu betul mengikut apa yang dia tahu sebagaimana solat yang dilakukan oleh Nabi SAW.

    Dapatkan pengesahan sebanyak mungkin. Buleh ke ko kenal yang mana satu dah sampai maqam Haqqul Yakin untuk engkau dampingi? Bagaimana kalau orang itu tak lain adalah ahli maksiat yang tak sembahyangpun pada tautan pandangan mata. (kerana melindungi akan Allah maqamnya itu)

    Dan jangan lupa untuk mengesahkan isteri dan anak-anak kau mengikut apa yang engkau tahu.

    Bukan soal perjalanan dah jauh dan meletihkan...ko kena ingat ko berada di dunia hujung zaman. Menjadi di kalangan mereka yang mendapat limpahan rahmat untuk mendalami ugama demi kecintaan kepad Allah- kesyukuran sepatutnya mengatasi segala keluh kesah.

    BalasPadam