19 Ogos 2009

14.

ZIARAH TOK AYAH SOHOR


Bila Tok Penghulu Malim menasihatkanku supaya pergi ke Tanah Merah berkenalan dengan Tok Ayah Sohor, aku sebenarnya menjadi bagaikan tidak sabar menanti harinya.Aku menjadi tidak sabar untuk mengenali orang yang tersangat penting itu. Orang yang diamanahkan atau dipertanggungjawabkan untuk kebangkitan Bangsa Melayu.Orang yang memiliki anak murid di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan kesemua mereka nantinya akan memainkan peranan besar bagi sebuah era baru.

Tok Penghulu Malim mencadangkan supaya aku bertolak pada hari Sabtu. Dapatkan dulu tempat penginapan di sebuah chalet di Tanah Merah dan selepas itu pergilah ke balaisah Tok Ayah Sohor. Begitu pandangannya. Oleh kerana jarak yang jauh dan bersama anak-anak pula, dia mencadangkan supaya aku bermalam sahaja di Tanah Merah. Tok Penghulu Malim sendiri sebenarnya tidak pernah bermalam di Tanah Merah walaupun telah begitu acapkali pergi. Biasanya dia bertolak besama Arbab pada hari Sabtu sekitar pukul 3.00 atau 4.00 petang. Dia akan mengunjungi Tok Ayah Sohor selepas waktu Isya dan bertolak semula pulang untuk sampai ke rumah menjelang Subuh.

Aku memang mengakuri cadangan Tok Penghulu Malim itu. Setelah mendapatkan sebuah chalet untuk penginapan kami anak-beranak, pada kira-kira jam 2.00 petang aku mencari balaisah Tok Ayah Sohor yang dikatakan jalan menuju ke Jeli. Oleh kerana aku sentiasa mengambil mudah apabila diberikan taklimat dan garis panduan, akhirnya usaha mencari balaisah Tok Ayah Sohor menjadi satu pencarian yang sangat memenatkan.Hampir tiga jam meronda di jalan ke Jeli dan di seluruh persekitaran bandar Tanah Merah, seluruh jalan dan lorong telah dimasuki, berulang-ulang kali dan berkali-kali. Bila sudah hampir putus asa baharulah aku teringat satu petua yang dipesankan di Raub dahulu. Itupun apabila terserempak dengan Lorong Tok Janggut.

Aku lantas bertanya kepada seorang Mak Cik yang sedang duduk-duduk di tangga rumahnya:

`Ooo’, Mak Cik itu memberi gerakbalas.`Awak kena patah balik semula, masuk jalan menuju ke Jeli’.

Mak Cik itu khuatir kalau-kalau aku gagal mencari jalannya. Dia lantas memberikan pelan perjalanan keluar dari situ menuju bandar Tanah Merah untuk terus menuju ke jalan utama Jeli - Pasir Puteh. Kali ini aku cukup berhati-hati untuk keluar dari tempat yang entah di mana ini. Aku merasa sungguh bersyukur kerana kebetulan Mak Cik yang ditanya ada maklumat mengenai Tok Ayah Sohor.

`Saya sudah pergi Mak Cik’, aku menjelaskan bila merujuk jalan Pasir Puteh ke Jeli.

`Sudah sampai Batu Gajah?’

`Sampai!’

`Awak pergi ke depan sedikit lagi sehingga sampai ke sebuah stesen minyak di sebelah kanan jalan’

`Sudah sampai, Mak Cik!’, aku menjawab.

Di stesen minyak itulah kami anak beranak berhenti sebentar kerana anak-anakku mahu buang air kecil.Itulah jalan yang dipetakan oleh Tok Penghulu Malim. Aku tidak silap.

`Awak teruskanlah lagi ke depan', Mak Cik menerangkan.`Awak akan jumpa rumah batu dua tingkat di sebelah kanan. Di tepinya ada simpang. Awak masuklah ke simpang itu. Di jalan itulah Kampung Penadah'

Aku begitu berpuas hati apabila mendapat maklumat itu. Selepas mengucapkan terima kasih aku segera masuk ke dalam kereta semula.Baharulah hatiku menjadi lega. Isteriku pun lega. Anak sulungku dan anak keduaku yang telah bersekolah rendah juga gembira dengan penjelasanku kepada mereka kerana kami semua telah cukup mamun dan resah setelah tersesat sedemikian lama. Pada waktu itu anak ketigaku telah berusia lima tahun dan anak bongsuku baru berusia dua tahun.

`Betullah jalan yang mula-mula kita pergi tadi’, aku memberitahu isteri ku.`Insyaallah kita akan dapat temui Tok Ayah Sohor pada petang ini juga’, aku bagaikan memberi keyakinan.

`Tapi hari sudah petang!’, isteriku sedikit gusar.

`Tak apa! Sekejap pun cukuplah, asalkan dapat berjumpa’, aku membuat keputusan kerana pada hari esok kami merancang untuk ke Rantau Panjang. Aku tidak cukup faham mengenai geografi di Kelantan. Oleh kerana itu aku khuatir kalau-kalau tidak ada jalan ke Rantau Panjang dari rumah Tok Ayah Sohor.

Bila melepasi stesen minyak tempat kami berhenti dalam perjalanan mula-mula tadi, aku memperlahankan sedikit kelajuan kereta untuk memastikan rumah batu dua tingkat tidak terlepas. Sejurus kemudian kami sampai di lorong itu. Sebaik-baik sahaja kereta memasuki lorong, terpampang satu papan tanda tulisan huruf kuning di sisi jalan:

`TOK AYAH SOHOR TAJAAN TOK LAT’ dan diikuti satu lakaran anak panah berwarna merah.

Bila melihat tulisan itu, aku pastilah bahawa kami sekarang telah berada di jalan yang betul. Itulah tanda jalan yang Tok Penghulu Malim suruh cari.Malangnya ketika mula-mula bertolak tadi, kami telah kehilangan pedoman. Apabila sampai di masjid tadi, tiba-tiba sahaja aku suami isteri berpendapat, kami anak beranak telah begitu jauh meninggalkan Tanah Merah dan tentulah rumah Tok Ayah Sohor bukan berada di kawasan ini.Kami berpendapat tentulah rumah Tok Ayah Sohor berada di jalan lain berhampiran Tanah Merah.Lantas kami berpatah pulang ke Tanah Merah semula.

Kami meneruskan perjalanan di kawasan perkampungan. Beberapa kilometer kemudian, terlihat pula satu lagi papan kenyataan kecil pada satu lorong di sebelah kanan yang bertulis kuning seperti tadi juga:
`TOK AYAH SOHOR’, berserta anak panahnya juga.

Keretaku lantas memasuki lorong kecil itu. Di hujung jalan kelihatanlah sebuah rumah. Sebuah rumah orang kampung biasa. Di sebelahnya kira-kira 30 kaki jaraknya ada sebuah balaisah. Ada tandas dan bilik air di hadapan balaisah. Aku percaya itulah rumah dan balaisah Tok Ayah Sohor kerana tidak ada lagi bangunan yang lain. Rumah Tok Ayah Sohor dan balaisahnya di kelilingi oleh panorama biasa bagi sesebuah kampung tradisional. Ada beberapa pohon buah-buahan dan pokok petai di samping pokok-pokok hutan dan semak-samun.Di belakang rumah dan balaisah ada sebuah bukit yang penuh dengan hutan belantara.

Aku segera turun dari kereta. Isteri dan anak-anakku ikut serta. Waktu sudah semakin petang. Maghrib tak berapa lama lagi akan tiba. Dengan sedikit gopoh-gapah aku bersama isteri dan anak-anak berjalan ke balaisah yang pintunya sedia terbuka sedikit. Aku segera menanggalkan sandal dan dari pintu yang terbuka, aku terlihat seorang lelaki yang berbadan besar sedang duduk bersila mengadap ke pintu. Sedang mengawasi ketibaan kami.

`Assalamualaikum!’, aku memberi salam dengan penuh takzim. Dan salamku dijawab. Suara Tok Ayah Sohor aku dengar agak lain dari orang biasa. Suara yang halus tetapi nyaring keluar dari rengkung dan anak tekaknya.

Bila sampai di hadapannya, aku terus duduk dengan kesantunan. Aku menghulurkan sebuah sembah-salam sambil mencium tangannya. Seorang demi seoranglah anak-anakku - Kak Long, Kak Ngah dan Kak De, bersalaman dengan seorang insan yang aku tak dapatlah menggambarkan tarafnya. Tentunya seorang yang telah mencapai tahap yang teramat tinggi. Sedangkan Tok Penghulu Malim telah aku cukup kagumi. Begitu juga Ayah La. Inikan pula Tok Ayah Sohor!

Tok Ayah Sohor duduk di atas sejadah yang terhampar. Dia berkain pelikat, tidak berbaju dan tidak juga berkopiah. Rambutnya pendek sahaja dan putih keseluruhannya. Badannya memang besar dan agak gemuk. Berkulit seperti orang Melayu biasa. Tidak putih dan tidak juga hitam. Mukanya agak bulat dan daging pipinya agak menonjol. Justru matanya agak kecil tetapi hidungnya tetap nampak mancung.

`Saya menyampaikan salam Tok Penghulu Malim’, aku membuka bicara.

`Oooo. Tok Malim! Anak murid Ayah..’

`Dia ada datang ke sini minggu ini Ayah?’

Aku pura-pura bertanya. Pada hal aku memang tahu Tok Penghulu Malim memang tidak pergi.

`Minggu ini tak ada nampaknya. Tapi kalau ada pun malam. Dia selalunya belah malam. Tapi Tok Malim beritau Ayah, dia tak datang minggu ini’

Setelah bertanya beberapa khabar mengenaiku, Tok Ayah Sohor tiba-tiba menyelak sejadah di belakangnya. Dia mencapai sesuatu. Ada sesuatu diletakkan di hadapanku.

`Untuk awak’, Tok Ayah Sohor bersuara.

Aku mengambil pemberian yang sangat berharga dan teramat aku idamkan itu. Keris besi kuning. Benarlah Tok Ayah Sohor ini orang yang boleh membaca hati manusia, fikirku, kerana bagaikan dia tahu niatku.

Dia lantas menceritakan kelebihan keris besi kuning tersebut seperti yang Tok Penghulu Malim telah ceritakan.

`Boleh selamatkan 40 orang’

Aku tiba-tiba terkejut pula.

`Samakah dengan yang dimilik oleh Tok Penghulu Malim?’

`Sama’

Wah! Hatiku berdetak hebat. Tok Penghulu Malim kata kalau tak mencapai martabat, Tok Ayah Sohor akan memberikan keris kuning pada martabat yang lebih rendah.Aku mahu menguji sekarang.

`Yang boleh bawa 20 orang, ada Ayah?’

`Ada! Tapi awak ambil yang itu’

Aku bagaikan terpegun dengan maklumat itu kerana Tok Penghulu Malim juga mendapat keris kuning pada kualiti yang sama. Pada mulanya aku menyangkakan aku sekadar untuk 20 orang sahaja.Sama darjatkah aku dengan Tok Penghulu Malim?

Sekilas pandangan aku meninjau balaisah Tok Ayah Sohor. Tidaklah terlalu besar. Mungkin dalam ukuran 35`x 30’ kaki sahaja. Ada banyak sejadah terlipat di tepi dinding, menandakan ada solat berjumaah dijalankan. Tapi ada kemungkinan solat jumaah bukan pada setiap masa kerana pada ketika itu tidak ada sesiapa yang datang berkunjung walaupun Maghrib telah kian hampir. Ruang di sebelah kiri balaisah adalah khas bagi jumaah perempuan kerana ada tabir disediakan. Di belakang Tok Ayah Sohor di sebelah kanannya ada sebiji almari. Aku tidak pula pasti apakah isinya, tapi sepintas lalu aku melihat ada botol-botol dan kotak-kotak ubatan tradisional.

`Ayah nak bagi awak ilmu’, Tok Ayah Sohor tiba-tiba bersuara.

Aku tiba-tiba terkejut sekali lagi. Ada tawaran istimewa. Dia lantas memberikan satu zikir.Katanya zikir sir dan dia menerangkan cara meletakkan kalimahnya dan mengamalkannya. Kalimah nama zat beserta sabdu diletakkan di sebelah kiri dan alif di sebelah kanan.

`Amalkan setiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh. Mek pun boleh amalkan juga’

`Untuk apa ayah?’

`Awak boleh melihat semua perkara di seluruh dunia bila terbuka nanti. Tidak ada dinding.Wali soghir terbuka 12 jam, wali akhbar 24 jam terus-menerus, ikut niat’

Alhamdulillah, aku mengucap syukur kepada Allah Taala. Benarlah Tok Ayah Sohor ini bukan taraf manusia biasa. Dia adalah insan yang telah terangkat darjat. Dia memang boleh membaca niat di hati!

Oleh kerana Maghrib telah kian hampir, aku tidak ada pilihan lagi. Walaupun di hati terasa teramat tidak puas lagi bersama Tok Ayah, tapi aku tidak wajar mengganggunya lagi kerana Maghrib telah kian hampir. Entah-entah para jumaah akan tiba sebentar lagi, dan Tok Ayah Sohor tentulah ada urusan lain atau bersiap-siap untuk solat.

Setelah memberikan dam sebanyak RM100.00 dan dengan sembah salam dari kami semua, dan setelah juga mengucapkan salam, kami pun berangsur keluar meninggal Tok Ayah Sohor yang masih duduk bersila seperti tadi.

`Amal elok-elok’, pesannya sewaktu kami melangkah itu.

Dalam hati, aku menjawab:Insyaallah.












25 ulasan:

  1. ini kah ilmu yg rasul sampaikan?
    ini kah benda yg taklimat islam ajar?
    kalau mampu melihat spt yg didakwa, maka ia lebih hebat pd sahabt2 nabi yg dijamin syurga..
    masyaAllah

    BalasPadam
  2. Sayangnya saudara tidak bersolat maghrib dengan tok ayah, sebab ayah akan bercakap dengan anak-anak buahnya selepas maghrib, kalau boleh cuba sampai pada hari khamis malam jumaat, akan jumpa anak-anak tok ayah dari pelbagai daerah, cuma jangan malam jumaat ni sebab ayah sembahyang hajat di Pasir Mas. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat petunjuk.

    BalasPadam
  3. Terharu dengan usaha pencarian anda mencari Tok Ayah Bidin. Saya dikenalkan dengan Tok Ayah masa saya sekolah rendah lagi. Terlalu senang untuk saya jumpa Tok Ayah yang menyebabkan kadang-kadang saya asyik terlupa untuk terus berguru dengannya.

    Secara peribadi, Tok Ayah Bidin memang hebat orangnya. Dulu, sebelum saya hendak berguru dengan kumpulan Al-Ma`unah, saya tanya pendapat Tok Ayah Bidin. Tapi sebenarnya belum sempat saya tanya, sebab memang Tok Ayah tahu membaca fikiran saya, terus saja dia nasihat..."hati-hati bila berguru, boleh ikut dia, tapi hati-hatilah...".

    Itu antara secebis pengalaman nasihat dari Tok Ayah Bidin. Cuma hari ini saya mendapat info, Tok Ayah Lat, sudah meninggal dunia. Al-fatihah untuk Tok Ayah Lat yang menjadi rakan Tok Ayah Bidin.

    BalasPadam
  4. amat rugi pergi ke sana sb hajat..baik pergi sana krn Allah...

    BalasPadam
  5. Sdr Termizi, penulisan kesah sy perlu diikuti sampai ke akhirnya, baharulah mendapat kesimpulannya.
    Bahawa ahli Tasauf yg saya temui yg saya sangka Guru Makrifat/Mursyid semuanya telah tersasar.
    Demikian juga persilatan Melayu yg mirip persilatan yg saya pelajari.
    Andaikata ini mahu dibicangkan, tentulah lebih bermakna utk mencapai kemurnian akedah.Tk.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Tuan...

    Sy sungguh seronok membaca kisah liku2 penghidupan tuan dlm pencarian...ia seolah2 membaca siri AKU BERCAKAP DENGAN JIN karya yg ditulis oleh Tamar Jalis...

    Apa2 pun tuan sy tidak mahu membuat kesimpulan terlalu awal kerana cerita yg tuan ceritakan merupakan suatu permulaan ranjau2 dlm kembara tuan...Insyaallah,sy akan cuba mengikuti pengakhiran cerita tuan...

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  8. sorry dugaan ayah bidin he is great tok sheik great dah lepad dugaan

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. TOK AYAH BIDIN DUDUK KG JEDOK TANAH MERAH KELANTAN AMBO DOH JUMPO DIA .DIA GURU ZAMAN KHALID AL WALID

    BalasPadam
  12. O1128976323 KG JEDOK TANAH MERAH KELANTAN KADANG2 KE KUANTAN TOK AYAH BIDIN

    BalasPadam
  13. O1128976323 KG JEDOK TANAH MERAH KELANTAN KADANG2 KE KUANTAN TOK AYAH BIDIN

    BalasPadam
  14. tok ayah bidin umr bpe loo ni

    BalasPadam
  15. boleh x dapatkn nom tok ayah bidin

    BalasPadam
  16. Tok Ayah Bidin sudah pun meninggal dunia. Tok Ayah diberi makan racun oleh orang yg dengki padanya. Ini diberitahu sendiri oleh Tok Ayah kpd saya. Lama juga Tok Ayah sakit sblm menghembuskan nafas terakhir.

    Dunia kehilangan seorang guru yg hebat.

    BalasPadam