IHDINAS SIRATAL MUSTAQIM
Firman Allah Taala:
‘dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa’ (Al Anaam:6:153)
Jalan dalam kembara masyarakat manusia di dunia transit ini sesungguhnya ada dua sahaja iaitu Jalan Tuhan atau Jalan Syaitan. Jalan Tuhan adalah Jalan Allah sementara Jalan Syaitan adalah Jalan Iblis yang diketuai oleh Azazil. Pada hakikatnya kedua-dua jalan tersebut adalah milik Zat Yang Maha Esa tetapi satu darinya tidak diredaiNya. Walau bagaimanapun ianya perlu demi terciptanya kehidupan dunia yang aktif, agresif, bergolak dan berkonflik demi ujianNya.
Firman Allah Taala:
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" .(Adz Dzaariyat ayat.49)
"dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan," (An Naba' ayat 8)
Taoisme menyebut jalan lurus ini sebagai Jalan Tao, yakni interaksi aktif dan harmoni antara Ying dengan Yang. Zarahustra menyebutnya sebagai Ahura Mazda dan Angro Manyu. Agama Sanatara – Dharma (Hindu) menyebutnya sebagai Devas dan Asyuras dan Islam menyebutnya sebagai interaksi aktif Jalalullah dan Jamalullah kerana Zat Yang Maha Esa mencipta TakdirNya sebagai pernyataan Qudrah dan IradahNya untuk penghidupan manusia di dunia maya sebelum di panggil kembali kepadaNya.
Jalan lurus ialah jalan yang benar disisiNya dalam sepanjang jalan kehidupan – jalan yang mesti diakuri zahir dan batin oleh semua umat manusia di sepanjang kehidupannya yang ditunjukkan oleh Allah melalui kalamNya kepada para Nabi dan RasulNya, tanpa huruf dan suara, dan dizahirkan oleh para Nabi dan Rasul dengan bicara dan suara, lalu kemudiannya didokumentasikan dalam bentuk tulisan yang dinamakan al Kitab dan Suhuf.
Para Nabi dan Rasul wajib menzahirkan khazanah ghaibul ghuyub ini dan menyampaikannya kepada semua umat manusia untuk diikuti supaya tidak terpedaya oleh jalan-jalan lain yang dibisikkan oleh syaitan ke dalam hati dan minda manusia. Inilah ‘Jalan Tuhan’ jalan yang lurus zaman berzaman dirintis oleh Nabi Adam as dan disinambungkan oleh semua para Nabi dan Rasul yang berjumlah 124,000 orang. Jumlah yang ramai ini termasuklah nama-nama yang agung yang dikenali sebagai ahli falsafah di zaman Greek-Yunani, China dan India, dikenali sebagai risyi dan maharisyi dalam agama Hindu dan maitera dalam agama Buddha. Pengikut Taoisme mengangungkan orang-orang yang hebat dan kadang-kadang begitu luar biasa ini sebagai dewa apabila mereka meninggal dunia dan menjadi objek pujaan dan sembahan.
Lao Tze menerangkan dalam Tao Tee Ching mengenai jalan yang lurus ini:
‘Manusia mengikut jalan bumi.
Bumi mengikut jalan langit.
Langit mengikut jalan Tao,
dan Tao mengikut jalanNya sendiri’.
Bila terutusnya Nabi Muhammad saw, berakhirlan era kenabian dan dengan itu menjadi sempurnalah jalan yang lurus. Ini berlaku pada abad ke 6 dan ke 7 Masihi dan dengan demikian sebarang agama, pemikiran falsafah dan ideologi yang muncul selepasnya apabila ternyata bercangah dengan al Quran dan Hadis maka semua yang tersebut adalah jalan kesesatan dari syaitan laknatullah.
Ada empat Jalan Allah – jalan yang lurus - dalam Sunnah Rasulullah saw dan mengikuti kesemuanya adalah wajib. Jalan lurus ini dipinta dan dipohon oleh semua orang Islam setiap kali apabila mendirikan solat fardhu dan sunat iaitu membaca ‘ihdinas siratal mustaqim’ memohon agar sentiasa betul pada Jalan Syariat, Jalan Tarekat, Jalan Makrifat dan Jalan Hakekat. Kesemua jalan ini adalah berintegrasi dan apabila menafikannya, apatah lagi meninggalkan dan membuang serta menentangnya, bererti telah terkeluar dari jalan yang lurus. Apabila ini berlaku maka bersimpang-siurlah seseorang itu dalam perjalanan hidup di dunia dan apabila matinya haruslah tidak akan sampai untuk kembali kepadaNya – Allah Tuhan Semesa Alam.
Allah Taala melarang dengan sangat keras beserta ancaman bahawa seseorang hambaNya jangan sekali-kali mengambil jalan-jalan selain jalanNya yang ditunjuki oleh para Nabi dan Rasul-RasulNya. Keengganan umat manusia untuk patuh dengan sepenuh hati dan jiwa kepada ajaran para Nabi dan Rasul pada zaman masing-masing, maka tergelincirlah mereka. Inilah yang telah terjadi kepada agama samawi Sanatara-Dharma (Hindu), Agama Pemberi Cahaya (Buddha), Taoisme, Zoroasterianisme, Agama Yahudi, Kristian dan sebagainya.
Adapun mengenai Agama Islam, apakah umat Islam pada hari ini berada pada jalan yang lurus? Inilah masalah umat Islam!
Sabda Rasulullah saw: “Umat Yahudi telah berpecah belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka.Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga.Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka”.Sahabat bertanya:”Golongan mana yang selamat?”.Nabi saw menjawab:”Mereka adalah Jamaah”
Siapakah Jamaah?
Nanti akan disambung....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan