29 November 2010

86. Risalah Kominis.

Tok memang geram dengan pihak keselamatan yang bertindak tidak di atas falsafah menegakkan kebenaran. Aku teringat kesah pada tahun 1978:
Pada tahun 1978 kegiatan bersenjata secara gurila oleh PKM masih agak kuat. Daerah Raub termasuk dalam kawasan hitam bilamana kawalan keselamatan oleh polis dan tentera agak ketat. Perkauman masih agak tebal dan rasa curiga-mencurigai agak tinggi. Parti DAP pada waktu itu dianggap sering menyalakan api perkauman sehingga ada risalah-risalah haram diedarkan untuk membangkitkan semangkit kecinaan dan anti Melayu.
Ada satu risalah yang bertulis di dalam Bahasa Melayu yang sampai kepada ku. Aku sudah terlupa bagaimana aku mendapatnya dan risalah ini tersebar di kalangan kami. Diberitakan rencana tersebut diperolehi dari sumber asalnya dalam bahasa Cina. Risalah tersebut menggambarkan semangat kecinaan dan anti Melayu dan dikatakan telah tersebar dengan meluas di kalangan orang-orang Cina secara rahsia.
Bila membaca risalah tersebut timbullh rasa geram di hati ku. Aku merasakan satu tanggungjawab pula untuk memberitahu kepada orang-orang Melayu mengenai cita-cita politik Bangsa Cina. Orang-orang Melayu perlu disedarkan bahawa kalau mereka masih leka, negara ini tidak lama lagi akan dikuasai politiknya oleh orang-orang Cina. Orang-orang Melayu perlu disedarkan bahawa dendangan Perpaduan Nasional hanyalah momok sahaja dan tidak akan menjadi kenyataan kerana orang-orang Cina mempunyai niat tersembunyi yang tidak disedari oleh orang-orang Melayu.Ini keyakinana ku pada masa itu melalui pengalaman gerak hati, bacaan politik dan penerangan dari tok.
Aku lantas menggunakan mesen cetak (mesen stensel) sekolah – waktu itu belum ada kemudahan fotostat. Aku taip pada kertas stensel dan kemudian dengan mesen cetak sekolah iaitu dengan bantuan En.Shamsuddin (budak pejabat), aku cetak dengan jumlah yang banyak.Kertas-kertas stenselan tersebut aku masukkan ke dalam sampul surat dan aku kirimkan kepada orang-orang yang penting di persekitaran kampung halaman ku terutama Ketua Kampung, Pak Imam, pemimpin politik cawangan bahkan Tok Penghulu.Selain mereka, aku bercadang untuk mengirimkan seberapa banyak yang boleh kepada orang-orang Melayu dan kenalan ku di seluruh negara.
Kira-kira kurang lebih sebulan berlalu.
Pada suatu hari Isnin aku ditimpa demam dan tidak hadir ke sekolah.Pada sebelah petangnya En, Shamsuddin datang ke rumah hijau dengan basikalnya memberitahu ku Guru Besar En. Chew Swee Boon (mendiang) berpesan kalau masih tidak sihat juga, dia meminta aku pergi juga ke sekolah pada hari besok kerana ada hal penting. Datang sekejap pun tak apa. Bila mendapat pesanan itu, hati ku terus berdebaran. Aku tanya En. Shamsuddin, apa yang berlaku di sekolah. En.Shamsuddin memberitahu ada polis datang ke sekolah berjumpa dengan Guru Besar tapi dia tidak tahu kenapa. Serta merta fikiran ku melayang kepada risalah yang telah aku edarkan.Aku mengesyaki itulah puncanya.Aku tiba-tiba diserang ketakutan. Bila Sudin balik aku tidak bertangguh lagi. Aku dengan segera membakar kesemua risalah yang masih berbaki di dalam simpanan.
Bila sampai di sekoah pada hari esoknya, Guru Besar meminta aku segera pergi ke balai polis dan berjumpa dengan Inspektor.................. dari Cawangan Khas.
Sambil menyerah kepada Allah dan memohon pertolonganNya aku terus ke balai polis. Pada waku itu aku hanya berbasikal sahaja.
Di Balai Polis aku terus memperkenalkan diri untuk berjumpa dengan Inspektor berkenaan. Dia menyoal siasat ku. Memang betul terkaan ku. Risalah yang aku edarkan menjadi puncanya. Aku pura-pura tdak pernah melihat risalah tersebut. Lalu Inspektor berkenaan menunjukkan kepada ku sehelai risalah siap dengan sampulnya sekali yang dialamatkan kepada Tok Penghulu. Aku menafikan sekeras-kerasnya penglibatan ku dalam pengedaran risalah tersebut walaupun sahihlah sudah, itulah risalah yang aku cetak sebelum ini. Di akhir soalsiasat, Insektor tersebut berkata:
`Pihak polis akan meneruskan siasatan dan kalau didapati kenyataan yang Cikgu berikan bercanggah dengan apa yang kami temui, kami akan mengambil tindakan selanjutnya’.
Aku tidak pulang ke sekolah dan kemudiannya terus balik ke rumah kerana aku memang mendapat cuti rehat selama dua hari.Pada hari itu aku berjalan dan mengayuh basikal bagaikan tidak bertulang.Aku ceritakan kepada Yim dan Yim laporkan kepada tok.
Malam Tok Itam datang. Aku lihat mukanya merah dan air matanya berlinangan. Beberapa jurus tok tidak berkata apa-apa.Tok sangat dukacita dengan peristiwa itu kerana tugas yang murni telah disalahertikan. Tok berjanji akan memastikan perkara tersebut akan dilenyapkan begitu sahaja.
Bila tok pulang Yim memberitahu, tok seakan-akan mahu mengamuk apabila mendengar kesah ku itu. Sebab itulah buat beberapa jurus sewaktu tok tiba, tok tidak dapat berbicara. Kalau pada zaman dahulu tok sudah tentu akan mengamuk kalau apa-apa berlaku kepada ku, cucu yang diasuhnya. Tapi sekarang undang-undang di tangan polis berbeza dengan zaman dahulu.
Alhamdulillah semuanya selamat. Aku tidak pernah lagi dihubungi oleh pihak polis selepas itu. Kesah ini aku berani paparkan kerana aku percaya kes itu telah pun ditutup dan inspektor berkenaan aku percaya mungkin telah lama bersara/ meninggal dunia.Orang-orang yang pernah ku edarkan surat dulu pun semuanya telah meninggal dunia.Apa pun aku meminta maaf kepada semua yang berkenaan kerana pernah mengganggu emosi mereka termasuk pihak polis.
Polis mengesyaki akulah yang menyebarkan risalah haram tersebut kerana cop pada sampul surat mengesahkan semuanya diposkan dari Raub dan bila diselidik, aku lah agaknya satu-satunya orang tempatan yang diketahui bertugas di Raub.
Jadi apakah akan ada lagi Kebangkitan Rakyat yang lebih hebat sehingga polis dan tentera akan ikut serta bersama rakyat untuk meruntuhkan sistem Yahudi bagi digantikan dengan sistem Islam?
Bila Kebangkitan Rakyat 2007/8 tidak merubah wajah bumi Melayu ini, semuanya ini kian memenatkan ku setelah perjalanan mencari Guru Mursyid sepanjang dekad 1990an dan 2000an cukup meletihkan.

4 ulasan:

  1. ramai askar dan polis jogak ta' soka dangan sistem yahudi ini.....ianya sudah barmola sejak menjak ini.....

    BalasPadam
  2. Barangkali PRU ke 13 nanti berlaku ledakan dan bersempena pula dgn ramalan 2012 akan berlaku perubahan kepada era kegemilangan Islam. Kalau askar dan polis bangkit bersama rakyat, nescaya sistem Yahudi akan runtuh.Insyaallah.

    BalasPadam
  3. Masa dok Raub, ko tak pernah gi ke Merapoh sekolah dengan Pak teh Ahmad ?

    Aku suka semangat engko, tapi aku mintak ko berpijak pada bumi yang nyata, bukan ramalan

    Kazzabal munajjimu walau sadaqu.

    BalasPadam
  4. Masa tu jalan ke Merapoh; K.Lipis - Merapoh belum ada lagi.
    Mungkin blog MistisFiles bleh membantu anda untuk kadang-kadang kita boleh melihat sesuatu kemungkinan. Umpamanya siapa sebenarnya Nostradamous yg terkaannya menjadi tepat dalam beberapa kesah tragedi dunia. Ada latar kesah moyangnya di BaitulMuqaddis mencuri kitab rahsia sabda Rasulullah saw kepada Syd Ali krm dan Abu Hurairah ra mengenai dunia akhir zaman.Sebab itulah dia terkenal dgn ketepatan ramalannya. Demikianlah 2012.Kita tidak boleh percaya dgn yakin kpada ramalan tapi tidak pula boleh mebuangnya samasekali. Jadikan sekadar bahan perbandingan bukan mempercayainya. Sekurang-kurangnya mengajar kita untuk berawas, beringat dan bersiapsiaga walaupun syaitan yang berbicara....
    Sekian.Wallahuaklam.

    BalasPadam