22 November 2010

85. Mimpi-Mimpi

(Bacalah juga RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA kerana kesah ini ada perkaitan dan kesinambungannya ialah RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA)
Apakah aku menerima mimpi-mimpi karut?
Entahlah..
Banyak yang dialamatkan tapi semuanya menjadi rahsia sekeluarga.
Pada saat kedatangan berbagai-bagai mimpi itulah Tok Lat dan Tok Ayah Bidin memainkan peranan mereka dengan berbagai-bagai pemberian terutamanya KERIS KEBANGKITAN/PERTABALAN dan dibantu sama oleh PUTERI-PUTERI BUNIAN yang semuanya dikesahkan dalam RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA.
Pada ketika itu aku tidak merujuk mimpi-mimpi tersebut kepada dato-dato kerana tak mahu rahsia-rahsia besar terbocor kepada Yim kerana aku berpendapat Yim tidak berhak mengetahuinya – yakni rahsia ku, lebih-lebih lagilah hal ini ada pula kaitan dengan Tasauf yang Yim memang tidak mengetahui dan tidak memahaminya samasekali.
Ada banyak petunjuk diberikan melalui mimpi:
Antaranya ialah:
(1) Melihat Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Dalam Bingkai Gambar.
Pada suatu hari aku terlihat di sebuah jabatan kerajaan gambar berkenaan terpampang di dinding. Aku tiba-tiba teringatkan bahawa pada suatu ketika aku pernah merenung gambar seperti itu dan bila menatap wajah Raja Permaisuri Agung lalu aku berkata:
`Sepatutnya bukan engkau di situ’
Ku renungi lagi gambar itu.
`Sepatutnya isteri aku lah di situ’, aku melanjutkan.
Kemudian mata ku beralih kepada KDYMM. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Selepas aku merenungi sejenak, aku lantas berkata:
`Dan akulah di situ’
Aku bagaikan nak gila memikirkan apakah benar aku pernah berkata begitu. Jika betul, memanglah aku orang gila. Memang sangat mustahil aku berkata begitu baik secara sedar atau sengaja. Aku terfikir-fikir bilakah suasana sedemikian telah aku lalui? Apakah ianya di alam nyata dan di mana? Puas aku memikirkannya. Tapi akhirnya aku menyumpah-nyumpah kepada diri ku bahawa itu hanyalah sebuah mimpi dan bila teringatkan mimpi itu, aku menyumpah-nyumpah mengatakan:
`Ini mimpi gila! Ini mimpi gila!’
Demikianlah di antara mimpi-mimpi terawal. Rasanya pada sekitar 1998/99.

(2) Ambil Gambar Dengan Pakaian Kebesaran
Aku siap dengan pakaian lambang kebesaran seorang sultan lalu diambil gambar ku.
(3) Tandatangan
Aku menandatangani sebuah buku yang telah ditandatangani oleh hanya pemimpin-pemimpin dunia semasa dan pemimpin sebelumnya. Terlalu banyak tandatangan di situ. Di antaranya Margaret Tetcher (PM Britain), Dato Seri Dr.Mahathir Muhammad (Tun), KDYMM.Yang DiPertuan Agung dan ramai lagi pemimpin-pemimpin dunia.
(4)Berhentikan Dato Seri Mahathir Dari Berucap
Waktu itu Tun Dr. Mahathir masih lagi Perdana Menteri Malaysia. Orang-orang yang tidak senang kepada Tun Dr. Mahathir memang sentiasa ternanti-nanti saat Tun meletakkan jawatan tetapi ternyata Tun pada waktu itu seolah-olah tidak mahu berundur.
Datang suasana dalam mimpi ku, sewaktu Tun sedang berucap, aku meminta Tun berhenti, tetapi Tun terus juga berucap dan tidak mengendahkan permintaan ku.Setelah tiga kali permintaan ku tidak dipedulikan, akhirnya aku marah lalu memegang/mencekak leher Tun lalu mengangkatnya sehingga kedua-dua belah kakinya tergantung. Selepas berbuat demikian baharulah Tun berhenti.
(Aku merujuk kepada Tok Petanda mengenai mimpi ku itu dan pada waktu itu memang Tun telah meletakkan jawatan. Tok Petanda mengatakan ilmu ku telah mengatasi ilmu Tun.Pada ketika itu timbul khabar-khabar yang tidak rasmi/jelas mengatakan Tun memilki kuasa kesaktian/ilmu yang tidak dapat ditundukkan kerana dikelilingi oleh ramai bomoh handalan sebab itulah semua orang tunduk kepada Tun. Semua orang tidak berani menentangnya dan akan menunduk hati dan wajah bila bertentang dengan matanya. Banyaklah kesah-kesah mistik disebarkan.Aku tidaklah pasti mengenai hal ini apakah sebuah fitnah tapi pada era itu ramai orang mengkesahkan mengenai kehebatan Tun)
(5)Dengan Mahathir di Suatu Majlis
Aku bagaikan telah mengepalai suatu kesudahan penantian dan sedang memberikan ucapan.Tiba-tiba datang Tun bagaikan sangat kecewa dengan kedudukan aku sekarang. Dia bagaikan meminta aku menyerahkan kembali kedudukan itu kepadanya. Aku lantas berkata:
`Kalau Tun mahukan juga tempat ini, boleh! . Tapi Tun hanya boleh melakukan sesuatu setelah mendapat arahan saya!’
Kata-kata ku itu membatalkan niatnya kerana kalau Tun berada di tempat ku, Tun mesti melaksanakan dasar-dasar Islam menurut apa yang aku rencanakan.
(6) Pak Lah Bawa ke Pentas Majlis
Orang-orang sedang ramai berkumpul dan berhimpun.Aku berada dalam kesesakan itu. Tiba-tiba Pak Lah datang. Pak Lah ketika itu telah menjadi Perdana Menteri Malaysia.Pak Lah lantas mengambil tangan ku dan memimpin tangan ku ke atas pentas.
(7) Tanda tangan Untuk Masuk Pejabat
Aku berada di sebuah ruang pejabat.Aku melihat bilik timbalan bersebelahan dengan bilik yang diperuntukkan buat ku.
Aku duduk di sebuah kerusi lalu membuka sebuah buku yang mengisyaratkan ketibaan ku ke situ yang sekadar menenti masa sahaja untuk memasuki pejabat. Bila buku lawatan itu aku buka, aku dapati nama ku sudah tertulis di situ dengan tulisan italik yang cantik berwarna merah jambu.
Dan lain-lain mimpi.
Mimpi-mimpi berkenaan beriringan pula dengan menerima keris-keris melalui Tok Ayah Bidin dan Tok Lat dan disentuh juga keturunan ku oleh Tok Lat. Mengenai titisan darah keturunan ini aku dikagetkan pula oleh Pak Habib (Sila baca bab 34:PAK HABIB dalam RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA).Pak Habib meminta aku menelusuri titisan jurai di sebelah atas kerana menurutnya titisan aku adalah dari istana!
Ini menjadikan aku semakin yakin akan peranan ku untuk agama, bangsa dan negara. Isteri ku juga dari titisan demikian dan titisan di sebelah emaknya bertaut dengan titisan ku. Kami berdua dari darah Bugis dan Jawa.
Aku mulai meyakini akan diberi peranan berasaskan darah keturunan, silat martabat Mahaguru Pertama dan Ilmu Tasauf; kesemuanya ini mewajarkan kebangkitan Melayu peranannya adalah di tangan ku.
Mimpi yang terakhir digambarkan: `negara telah hilang kekuasaannya’ oleh Kebangkitan Rakyat bersama polis dan tentera. Pada waktu kekosongan kuasa tersebut aku bersama beberapa orang pegawai-pegawai tertinggi negara kononnya sedang berada di suatu tempat bagaikan ternanti-nanti atau menanti sesuatu. Sejurus kemudian tibalah satu rombongan bergajah untuk mengambil... Mengambl aku....? Atau mengambil mahkota...? Aku sudah terlupa dan kurang jelas.
Semua mimpi berkenaan tidak aku ceritakan kepada sesiapa kerana menanti saat kebenarannya. Selepas pilihan raya 2004 baharulah perkara ini aku rujuk kepada tok.
Aku merujukkan mimpi terakhir ini kepada Petanda sewaktu isteri dan anak-anak ku sedang berzikir pemantapan zahir dan batin setelah kesemuanya menerima persilatan rohani dari tok. Tok Petanda mengatakan itu adalah mimpi hakiki selain berbagai-bagai lagi mimpi hakiki sebelumnya.
Ini menggambarkan, akan terjadi demikian..... bila sampai masa Kebangkitan Rakyat, sistem akan runtuh dan negara serta orang-orang Melayu kehilangan kepimpinan;lalu saya akan diberikan tanggungjawab disebabkan tidak sesiapa mampu .... kepimpinan tertinggi negara! Inilah yang akan terjadi bila tidak tokoh perpaduan Melayu termasuk Raja-Raja Melayu sendiri!
`Inilah kerja-kerja wali...’, begitu rumusan Tok Petanda dan dia mendetailkan mengenai rasional, plot perjalanan dan suasananya bila sampai waktunya.
Pilihan raya 2008 berlalu dalam suasana yang penuh debaran. Aku cukup suspense dan berdebaran oleh beberapa siri Kebangkitan Rakyat sebelum dan selepasnya, cukup untuk menjadikan aku bagaikan ternanti-nanti berlakunya perkara yang sedemikian dinanti.Namun perkara yang dinanti tidak terjadi juga....Kebangkitan Rakyat berlaku tapi tidak ada sokongan polis dan tentera, bahkan menurut kata tok:
`Kalau tak ada pihak keselamatan (polis) cucu, dah berlaku dah.....’

3 ulasan:

  1. Komen saya atas catatan ini, anda mencari pengertian secara langsung (luaran) mimpi itu.
    Karut semata.

    Anda kena lebihkan mimpi sebagai muhasabah, cerminan hubungan diri anda dengan Allah. Contohnya siapa itu Mhathir(fahamkan ciri dan sifatnya), seterusnya anda fahamkan itulah dia pada diri anda yang anda kena singkirkan atau terapkan.

    Dalam catatan ini menyentuh soal tadbir. Jadi selama ini Akalkah yang mentadbir? hatikah? nafsukah? keakuankah?

    Jadi bagaimanakah baru mimpi dapat membantu menjadi muttaqin?

    Kalau Yim itu seperjuangan dengan anda, setepat manakah keyakinan anda ...seolahnya anda lebih mengertikan tasawwuf...huh!sifat apa?

    BalasPadam
  2. Kenapa la ko sayang sangat kat 'tok' jin tu? cakap dia ko dengar...kena belit banyak kali pun ko telan dan percaya.Cakap dengan orang hidup ko tak berapa sudi lah pulak.

    Oh pasal dia ghaib. Cakap orang yang 'nampak' ada kelebihan ghaibiyah pun ko cukup suka.

    Ko sudi ke tidak ko nilai ni. Dengan kependekaran apa Islam disebarkan? Silat apa? Panglima pakai ilmu apa?

    Siapa Abuya? Siapa Almaunah? Siapa AyahPin? Siapa Mahmud Majzub? Siapa mereka ini yang ada dalam diri engkau?

    Kalau kau memang orangnya terpilih memimpin...siapkan je lah diri. Segala tok tu tak ada apa daya upaya pun! Ko rajin ler layan 'tok' tu semua...kemana agaknya sudah diri engkau?

    No bukan jurus, bukan kebatinan...nasihat jer.

    BalasPadam
  3. Semua komen anda semoga memberi iktibar yang banyak kepada pembaca terutama generasi muda mengenai betapa liciknya peranan jin/iblis mencampuri persilatan Melayu.
    Ramai mencadangkan supaya kesah ini dan kesah sebelm ini RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA supaya dibukukan untuk sebaran yang lebih luas sebagai kesah dan teladan serta sempadan bagi generasi muda yang meminati jalan Tasauf dan seni silat Melayu yg penuh dengan Ilmu Kebatinan. Insyaallah, saya sedang fikirkan.

    BalasPadam