08 November 2010

83. Bersuluk

Bila tidak berlaku tragedi 1980 dan kehilangan Piei menjadikan rancangan tok seolah-olah gagal.
Ketika berlaku traged di Memali aku sedang menjalani suluk Tarekat Naqsybandiah bagi kali kedua.Tarekat ini pun aku ikuti setelah tok merestuainya kerana aku khuatir mengamalkan tarekat yang salah dan sesat.
Saudara, pada masa bersuluk; ketika aku sedang berzikir sebelum terlelap – tika itu jam hampir 12.00 malam, aku terdengar suara Mail (sudah meninggal) iaitu seorang murid tua dalam perguruan.Dia membisikkan kepada kawannya:
`Diam! Diam! Syyysss! Tok Wan sedang dilawati oleh seorang wali Allah’
Aku memasang telinga mendengar bisikan perbualan mereka berdua – murid-murid yang kanan dan senior. Aku mengesyaki toklah yang datang itu sebab sebelumnya aku telah terhidu bau keminyan.Pada waktu itu dan waktu-waktu dulu aku memang seringkali dibaui oleh bau keminyan menandakan tok ada datang ke sisi ku.
Tapi sayangnya aku tidak merujuk atau bertanya kepada Mail mengenai kesah yang dilihatnya itu.Demikian jugalah kepada Tok Wan (Guru Suluk – telah meninggal dunia juga). Oleh kerana kurang kepekaan itulah, sampai sekarang aku kesali kerana tidak mengetahui secara pasti mengenai orang yang datang berkunjung itu. Aku kesali juga kerana tidak mengetahui apakah komen Tok Wan mengenai tetamu itu.
Bila selesai bersuluk, Yim datang ke rumah ku dan aku minta panggil tok. Tok bertanya kepada ku apa yang aku perolehi sewaktu bersuluk. Aku menerangkan satu persatu. Dia kata:
`Bukan! Bukan! Bukan itu cucu’, maksud tok mengenai aku terlihat wajah Syeikh Bahauddin Naqsyabandi al Khalidi (Pengasas Tarekat Naqssyaandiah), bayangan kaabah, kalimah Allah di seluruh tubuh dan lain-lain di dalam suluk.
Pada masa itu aku belum faham apakah maksud tok memberi komen, `bukan bukan’ itu. Aku hanya memahami maksud tok, lama kemudian iaitu apabila aku menerima pula Tarekat Muhammadiah; setelah aku meninggalkan Tarekat Naqsyabandiah, lalu tok mengatakan.
`Jangan terkejut bila terbuka nanti, cucu akan berkata:`Aku adalah engkau dan engkau adalah aku!’.
Ini merujuk kepada konsep moksya dalam ajaran Hindu dan nirvana dalam Buddhisme! Dalam Islam ialah Mikraj Rohani yakni mencapai maqam fanafillah.
Merujuk kepada suasana suluk di Pulau Lalang tersebut, tok memberitahu:
`Guru Kedua ada datang menziarahi cucu waktu bersuluk itu’
Bukan aku yang bertanya tapi toklah yang memberitahu. Ertinya benarlah aku dikunjungi dan aku memang berbangga dengan kunjungan Guru Kedua itu menandakan upacara suluk dan amalan Tarekat Naqsyabandiah dibawah perguruan Tok Wan Hassan adalah direstui dan benar. Cuma aku begitu kesal tidak merujuk kepada Tok Wan untuk mengetahui apakah Tok Wan tahu bahawa wali Allah yang datang itu adalah dato ku dan kesali juga apa yang dibualkan oleh tok dengan Tok Wan.
Walau bagaimanapun aku meninggalkan terekat ini apabila berpindah ke Seremban kerana tidak dapat menumpukan aktiviti dan amalannya kerana tidak lagi berdampingan dengan para pengamalnya. Lagipun aku tidak mahu berbelah dan berpindah kasih dari dato-dato kepada Tok Wan dan ahli-ahli jamaahnya.

7 ulasan:

  1. panglima hitam tu sheikh thanaudin ke?

    panglima hitam=sheikh thanaudin=adiputra.

    BalasPadam
  2. Pd tahun 1977 ketika mula berkenalan sy menyangkakan dia adalah Panglima Hitam dari Kedah.

    BalasPadam
  3. ooo bukan yer...panglima hitam yang dekat ayer hitam muar johor tu ke?

    BalasPadam
  4. Sy x kenal dia. Panglima Hitam teramat ramai bahkan merupakan simbul kepada hampir semua persilatan seru. Sla rujuk blog Kubra News yg boleg dilink melalui blog ini utk mengetahui permainan jin dan syaitan menyesatkan manusia.

    BalasPadam
  5. ooooo.....ramai yang mengaku rupanya...

    BalasPadam
  6. ya Allah selamatkan lah semua umat islam daripada kesesatan

    BalasPadam