11 September 2011

7. Mengundi Jerat Yahudi?

Ada kalangan yang tidak mahu mengundi dan terlibat dalam pilihanraya.Isunyaadalah kerana wang cagaran. Wang cagaran dianggap sama seperti judi. Menyertai pilihan raya dikatakanterperangkap dengan jerat Yahudi. Benarkah demikian?

Ada juga pendapat mengatakan pilihanraya tidak datang dari sunnah. Mengundi juga tidakdatang dari sunnah. Oleh kerana itu pilihanraya dan mengundi bukannya sunnahRasulullah saw, maka tidak perlumenyertai pilihan raya. Mereka memfatwakan demokrasi adalah haram lantasharamlah menyertai demokrasi pilihanraya.
Persoalannya apakah kalau pilihanraya tidak bersumber dari sunnah, lalu umat Islam tidak usah terlibat dalampilihanraya?

Bahawa sesungguhnya fatwa sedemikianmerugikan Islam kerana ada sejumlah yang ramai yang tidak membantu untukmenewaskan musuh Islam dalam suasana yang disediakan. Inilah kejayaantipu-helah iblis sebagaimana dihuraikansebelum ini.

Wang cagaran bukanlah wang pertaruhan.Berbeza dengan wang judi yang sememangnya wang pertaruhan. Wang cagaran dalam pilihanrayabukan untuk berjudi, dan tidakmenjadikan anda papa kedana seperti perjudian, kerana kalau anda tidak ada wang, anda tidakperlu bertanding walaupun sekadar sebagai seorang calon bebas.

Wang cagaran untuk bertanding dalam pilihanraya sebenarnya sama saja denganwang cagaran dalam konteks yang lain yang diizinkan oleh syarak. Anda membayarsejumlah wang sebagai cagaran untuk mendapatkan sesuatu. Ada perjanjian di situyang perlu sama-sama dipersetujui iaitu samada wang dipulangkan sepenuhnya ataudipulangkan sebahagiannya kalau anda gagal atau memungkiri perjanjian.

Demikianlah juga pilihanraya. Cuma bezanya pilihanraya adalah soal izindalam paksa. Anda dipaksa dan terpaksa menyetujui syarat-syarat yang andasamasekali tidak mempersetujuinya. Biasalah kalau masuk ke rumah orang,terpaksalah akur dengan adat empunya rumah. Inikan pula rumah sekularisme demokrasiYahudi! Anda telah disyaratkan bahawawang cagaran pilihanraya tidak akan dipulangkan seandainya anda kalah denganmajoriti yang besar. Di sinilah anda seakan-akan terperangkap. Tapi patutkahanda melarikan diri dari pilihanraya semata-mata kerana mengelak dariterperangkap kepada syarat-syarat yangtidak adil, tetapi dalam masa yang sama andasanggup membiarkan negara anda ditadbir sewenang-wenangnya oleh musuh anda?Patutkah?

Inilah soal izin dalam paksa. Umat Islam dipaksa! Tetapi apakah anda rela?Inilah isunya. Antara rela dengan tidak rela oleh terpaksa adalah dua isu yangberbeza. Berdosakah anda dalam keadaan anda tidak rela? Berdosakah anda yangbukan menjadi penganut yang berjuang untuk demokrasi, tetapi menggunakan demokrasisebagai alat untuk meraih kuasa bagi melaksanakan Islam?

Inilah hebatnya mengetahui rahsianiat di sisi Allah.Ada orang berdosa kerana niat dan ada pula orang mendapatpahala berganda kerana niat yang mulia.

2 ulasan:

  1. hanya dengan sunnah ada kejayaan..
    Berjaya tanpa sunnah bukan kejayaan..
    Tidak berjaya tetapi dengan sunnah Itu kejayaan disisi allah..
    Kadang kala orang berkata pemikiran cetek..
    Unta dan proton wira mana lebih selesa?
    Jawapan dia proton wira..
    Tetapi jika ia bersabit dengan sunnah rasulullah maka proton wira tadi tiada kejayaan berbanding dengan unta..
    Lailahaillallah muhammadrasulullullah..
    Tolak sunnah maka perlu shahadah kembali..
    Terdetik Satu bisikan syaitan dihati bahawa sunnah hanyalah sunnah atau sunnah je!..
    Maka perlu istigfar dan shahadah kembali..
    Hanya sunnah ada kejayaan..
    Yakinlah dengan sunnah ada kejayaan..
    Kalau tak Yakin bahawa dengan sunnah ada kejayaan maka perlu istigfar dan shahadah kembali..
    Nabi yunus terpaksa so..
    Bagaimana keadaan terpaksa ketika itu?
    Berapa lama tuan duduk di saudi?
    Yg dibawah dihukum yg diatas?
    Tapi bila kita amal sunnah pasti kejayaan..
    Abu bakar zaman dia pergh.. Mengundi?
    Osman zaman dia pergh.. Mengundi?
    Ali omar.. Ada kempen pilih aku undi aku?
    X de Sebab rasulullah tak suruh..
    Ape yg rasulullah suruh? Tegakkan agama..
    Hidupkan agama.. Dakwahkan agama..
    Bagaimana Ali dapat baitulmuqddis?
    Dengan sunnah.. Sunnah yang ada Dalam pemikiran rasulullah.. Iaitu untuk Semua manusia dapat kalimah Lailahaillallah.. Untuk Semua umat dapat masuk syurga allah..
    Tapi kenapa 1920 kerajaan islam tumpas?
    Sebab tinggalkan sunnah..
    So dengan tinggalkan lagi sunnah rasulullah bukan bertambah kebaikan Tapi bertambah keburukan lagi.. Dan allah tak suka.. Allah cabut kekuatan umat islam..
    Kita nak kerajaan supaya jadi kerajaan islam jadi Negara islam kononnya..
    Untuk apa? Untuk gah seperti othmaniah?
    Untuk dunia nampak? Untuk kesenangan dunia?
    Untuk hak hak manusia terpeliahara? Didunia sahaja? Dalam doa pun 70% dunia 30% akhirat.. Tapi Sahabat tak macam tu.. Dia nampak akhirat.......... Je.. Paham!
    Tapi umat islam kita hari ni bleh tepuk tangan tengok cina mati kapir.. rasulullah menangis tengok 1 mayat yahudi yg mati tanpa kalimah.. Sedihnya seorang rasul.. Tau tak Bagaimana Sedihnya seorang rasul? Kesedihan ini tak ada Dalam umat islam hari ini.. Apa dengan kerajaan perkara ini boleh kembali?..
    Dalam 5 tahun usaha untuk pangkah sekali Pastu kalah tunggu lagi lima tahun bapa ramai dah mati kapir?.. Bapa ramai umat islam tak pergi masjid?.. Rasulullah nangis tuan tengok mayat yahudi tadi Tapi umat islam tepuk tangan bila wolrdtradecentre 911 kena langgar di boeing ari tu.. 3000 manusia mati Dalam keadaan yg tiada kalimah lailahailllallah Dalam hati mereka.. Umat islam tepuk tangan suka padan muka Semua ada.. Dengan keadaan umat islam yang macam inikah Negara islam akan terbentuk?
    So nampak tak ape sunnah yang telah ditinggalkan?
    Esok la saya sambung.. Ni pun bukan sunnah.. Mesti tak de kejayaan.. Kalau ada pun kejayaan tu bukan Satu kejayaan.. Sebab kejayaan hanya dengan sunnah rasulullah.. Jazakallah..

    BalasPadam
  2. Rasanya sdr ni bukan tanpa nama yg kuanggap saudaraku...
    Ada banyak isu yg sdr ajukan di sini yg kalau saya mahu boleh diulaskan dgn lebih detail terutama kenyataan:
    "Tapi umat islam kita hari ni bleh tepuk tangan tengok cina mati kapir.. rasulullah menangis tengok 1 mayat yahudi yg mati tanpa kalimah.. Sedihnya seorang rasul.. Tau tak Bagaimana Sedihnya seorang rasul? Kesedihan ini tak ada Dalam umat islam hari ini.. Apa dengan kerajaan perkara ini boleh kembali?..
    Bagi saya ini bercanggah dan mencabar qudrah dan iradahNya! Nabi saw adalah tajalli Nur Allah, bapa segala roh yg darinya terurai hakikat kanzun mahfiyan.Masakan seorang nabi menangisi dan menyesali hakikat qudrah azali walhal Baginda saw pemegang amanah kerahsiaan RabbulAlamin! Kalau begitu tentulah menjadi sunnah utk umatnya pula meratapi kematian sesorang musuh Allah....
    Orang kafir adalah gol musyrikin kerana kekejian syirik yakni sebesar-besar najis di sisi Allah yg tidak terampun dosanya; dikutuk dan dilaknat oleh seluruh malaikat dan seluruh makhluk langit dan bumi.Kenapa pula Nabi saw menangisinya? Riwayat dari mana ni?
    Maafkanlah saya. Dan maaf... kerana sya telah menutup pintu utk tidaklagi berbincang/menghurai yg kusut-masai.

    BalasPadam