10 Ogos 2011

WARKAH BUAT BANGSA MELAYU

(Siri tulisan di sini adalah memperincikan bagaimanakah urustadbir Negara Islam Moden seandainya Islam mentadbir apabila terbentuknya negara BALDATUN THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur di Malaysia.Ini adalah pandangan penulis yang sebahagiannya telah terkandung di dalam novel BALDATUN THOIYYIBATUN yang telah berada di pasaran.Bagaimanakah bentuk yang sebenarnya negara Islam moden adalah di sisi Allah Rabbul Alamin kerana yang akan menterjemahkannya ialah Khalimah Akhir Zaman yang dinanti iaitu Imam Mahadi)

1.UMNO KERAJAAN TERAKHIR?

Sabda Rasulullah saw:
`Tegaklah pada kamu masa kenabian sampai beberapa lama yang dikehendaki Allah, maka terjadilah ia, kemudian diangkat. Kemudian tegaklah selepas itu pada kamu masa khalifah atas manhaj kenabian maka terjadilah ia padamu beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian ia diangkat. Kemudian terjadilah padamu masa kerajaan yang menggigit (Mulkan Adhudhan), maka terjadilah ia beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian diangkat. Kemudian tegaklah selepas itu kerajaan menyeleweng (Mulkan Jabbariyyan) terjadilah ia beberapa lama yang dikehendaaki Allah, kemudian diangkat. Selepas itu tegaklah padamu khalifah atas manhaj kenabian, yang mengamalkan Sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan tersebar luas di muka bumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi. Langit tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ia mencrahkannya. Dan bumi tidak akan meninggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya’
(Hadis riwayat Thabarani).
Secara rengkasnya, hadis kronogi zaman adalah seperti berikut:
• Zaman kenabian iaitu waktu terutusnya Nabi Muhammad saw mulai tahun 571M sehingga kewafatan Baginda saw pada 632M.
• Zaman Khulafa ar Rasyidin atas manhaj kenabian iaitu masa pemerintahan Saidina Abu Bakar as Siddek sehingga Saidina Ali krm (632M – 661M)
• Zaman Kerajaan yang menggigit (Mulkan Adhudhan – Zaman Kesultanan (Abad ke 11 Masihi – 1957 bagi Malaysia)
• Zaman Kerajaan menyeleweng (Mulkan Jabbariyyan – Zaman Selepas Era Penjajahan. (1957 – sekarang)
• Khalifah atas manhaj kenabian yang mengamalkan sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan tersebar luas di muka bumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi.Langit tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ia mencurahkannya. Dan bumi tidak akan meninggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya (Raja-Raja Melayu hal.255)

Selepas berakhirnya zaman Mulkan Adhudhan (Zaman Kesultanan) bermulalah zaman Mulkan Jabbariyyan (Zaman Kerajaan Menyeleweng/Mendurhaka). Secara rasminya zaman Mulkan Jabbariyyan bermula selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 apabila terbentuklah konsep Raja Berpelembagaan. Raja Berpelembagaan ialah konsep raja kehilangan kuasa kerana kuasa pentadbiran sekarang berpindah kepada Kabinet Menteri yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Mereka dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Inggeris meninggalkan Perlembagaan yang diwajibkan sebagai syarat kemerdekaan, Perlembagaan yang mewajibkan terlaksananya sistem pemerintahan berasaskan ideologi Barat Yahudi – Negera Sekular Liberal Kapitalis. Inilah jasa Barat Yahudi melalui penjajah Inggeris kepada Bangsa Melayu yang sangat dpertahankan oleh UMNO sehingga kini!

Kenapa Dinamakan Mulkan Jabbariyyan?

Mulkan Jabbariyyan bererti Kerajaan Yang Menyeleweng. Kenapa dinamakan menyeleweng? Sebab meninggalkan perintah Allah dan RasulNya. Apakah penyelewengan Mulkan Jabbariyyan? Penyelewengannya ialah kerana menjalankan sistem Barat Yahudi dalam mentadbir negara dan umat Islam. Umat Islam dipaksa mengamalkan ideologi Yahudi dalam urusan politik, pentadbiran, ekonomi, kewangan, perundangan, sistem mahkamah, pendidikan dan sebagainya dengan meninggalkan ajaran dari Kitab al Quran yang menjadi syarat iman – beriman kepada Kitab.
Rasulullah saw dan para Sahabat rh telah menunjukkan contoh teladan bagaimana mengurustadbir negara mengikut pedoman al Quran, tetapi ini telah diabaikan atau diengkari oleh Mulkan Jabbariyyan. Inilah penyelewengan dan kedurhakaan! Menyelewengkan jalan yang lurus yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat rh kepada jalan berliku. Ini adalah kedurhakaan kepada Rasulullah saw yang juga adalah syarat iman – beriman kepada Rasul.

Demikianlah UMNO keRajan terakhir dalam fasa Mulkan Jabbariyyan kerana selepas ini ialah Kerajaan BALDATUN THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur - Khalifah atas Manhaj Kenabian).



2 ulasan:

  1. salam,

    Menanti satu panggilan...
    Diri celaru begitu juga dengan fikiran...
    Mencari cara menjawab seruan...
    Sebagai satu kepastian...
    bahawa diri tetap di dalam barisan...
    yang paling terkehadapan,
    dalam satu perjuangan..
    memperjuangkan sebuah kalimah warisan...

    BalasPadam
  2. Semoga saya dan sdr diizinkan oleh Allah untuk mengenali kebenaran dan bersama dengan Kebenaran Yang Datang Dari SisiNya dan nantinya akan kembali kepadaNya dengan kebenaran di sisiNya.Amin

    BalasPadam