ISLAM ZAHIR
Segala sesuatu sesungguhnya ada kulit dan isi, ada zahir dan ada batin. Agama Islam juga demikian. Sabda Rasulullah saw:
‘Sesungguhnya al Quran mempunyai zahir dan batin’
Islam zahir ialah apa yang terzahir dalam ajaran Islam iaitu bidang syariat yang disesuaikan mengikut keperluan zaman. Apa yang terzahir ialah apa yang ada dalam Rukun Islam iaitu apabila seseorang hamba Allah telah melaksanakan Rukun Islam, telah teristiharlah secara zahirnya sebagai seorang Islam.Ikrar dua kalimat syahadah yang disempurnakan oleh dua bibir dan lidahnya, diikuti oleh amalan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat fitrah dan menunaikan fardhu haji di Makkah Al Mukarramah; menjadi hiasan zahiriah baginya.Maka terlaksanalah apa yang zahir dalam Islam - syariat dan tarikat - dalam kehidupan peribadi. Inilah yang menjadi penanda dan pembeza di antara individu yang mengaku Islam dengan orang yang bukan Islam.
Apa sahaja yang dilafazkan, dikatakan atau dituturkan, apa sahaja yang dibuat dan dilakukan oleh anggota-anggota tubuh dan deria yang zahir - mulut, lidah, kaki, tangan, mata, telinga, hidung dan kemaluan - adalah urusan-urusan zahiriah yang ada ajaran syariat Islam yang sempurna mengenainya yang perlu dilakukan menurut adab kesopanan Islam. Jika tidak dilakukan menurut syariat Islam, lebih-lebih pula dalam urusan yang lebih besar – masyarakat dan negara bahkan dunia antarabangsa yang meliputi aspek-aspek politik, pentadbiran, ekonomi, undang-undang, kehakiman, pendidikan, peraturan sosial dan sebagainya, di manakah Islamnya?
Inilah erti Islam - tunduk patuh dan menyerah kepada Allah melalui ikrar di lidahnya dan diikuti oleh semua anggota badannya, dan dengan demikian sampailah kepada erti dan makna hamba Allah iaitu seorang hamba bagi Allah Taala, tunduk patuh seluruh anggota zahirnya kepada segala titah perintah Allah swt. Inilah yang dimaksudkan oleh Firman Allah swt:
‘Hai orang–orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu – Al Baqarah: 208.
Dalam hal inilah sekumpulan orang Arab Badwi bila bertemu Rasulullah saw mendakwa telah beriman, lantas ditegur oleh Raslullah saw sebagaimana Firman Allah swt:
‘Orang-orang Arab Badui itu berkata: “ Kami telah beriman, 'Katakanlah (kepada mereka): “Kamu belum beriman, tetapi katakanlah ‘kami telah tunduk’, kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu’ - Al-Hujuraat:14
Sesuailah juga dengan Firman Allah swt.
‘Di antara manusia ada yang mengatakan:”Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian”, pada hal sesungguhnya mereka itu bukan orang-orang beriman’ – Al Baqarah: 8.
Syariat Islam sebenarnya bermula sejak zaman Nabi Adam as kerana semua Nabi dan Rasul adalah menjunjung syariat yang sama dari Allah swt.Dinamakan syariat Nabi Adam as kerana syariat tesebut khusus untuk umat Nabi Adam as. Begitulah juga bagi Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang lain, masing-masing diutus untuk umat masing-masing dengan syariat yang sesuai dengan zaman dan kesesuaian masyarakat masing-masing. Syariat Islam terus melalui evolusi dan beransur-ansur menjadi lengkap dan sempurna untuk seluruh umat manusia pada zaman Rasulullah saw.
Walaupun Nabi Muhammad saw diutuskan sebagai Nabi Akhiruzaman, tetapi pada hakikatnya syariat Baginda saw lah yang dikembangkan oleh semua para Nabi dan Rasul. Ini disebabkan Baginda saw adalah ‘makhluk pertama yang diciptakan Allah – Ruh Muhammad saw. Ia diciptakan dari cahaya ‘Jamal’ Allah. Sebagaimana Firman Allah swt di dalam Hadis Qudsi:

”Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya ZatKu”. ( Sirur Asrar hal:10)
Firman Allah swt:
‘Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad saw) melainkan untuk rahmat bagi semesta alam’ (Al Anbiyaa:107)
Juga Firman Allah swt:
‘Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari para Nabi: “Sungguh apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa Kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang Rasul (Rasulullah saw) yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya”. Allah berfirman:”Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjianKu terhadap yang demikian itu?”. Mereka menjawab:”Kami mengaku”. Allah berfirman:” Kalau begitu saksikanlah (hai para Nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu’ (Ali Imran:81)
Kesah ini adalah kesah yang merujuk kepada ikrar di alam roh antara Allah dengan roh para Nabi dan Rasul sebelum Nabi Allah Adam as diciptakan dan di hantar ke dunia.
Syariat Islam – bidang Ilmu Fekah menjadi hiasan luar bagi kulit Islam. Terzahirlah fekah Islam dalam kehidupan zahir diri individu dan seterusnya kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara bahkan dunia jagat raya.
Akan tetapi Islam yang zahir ini tidak bermakna apa-apa andaikata tidak disertai dengan Islam yang batin. Tidak ada erti apa-apa amal-amal zahiriah – solat, puasa, zakat, haji, zikir, selawat, wirid, tahlil, qiratul Quran dan sebagainya - yang tidak disertai dengan batin.
Firman Allah swt.
‘Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka.Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas.Mereka bermaksud riya di hadapan manusia.Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali – An Nisaa: 142.
Firman Allah seterusnya:
`Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya’ (Al Maun:4-5)
Bersabda Nabi saw:’ Berapa banyak orang yang menegakkan solat, memperoleh letih dan payah sahaja daripada solat’ – Ihya Ulumiddin Jld. 1 hal. 547
Seseorang yang solat seharusnya tidak lagi melakukan sebarang perbuatan keji dan munkar kerana solat telah menjadi benteng yang kukuh baginya, tetapi kalau kemungkaran dan kekejian terus-menerus dilakukan, ertinya ada masalah batin yang amat berat bagi manusia muslim itu. Tetapi bagaimanakah batinnya?
Firman Allah swt:
‘Sesungguhnya solat mencegah perbuatan keji dan munkar’ – Al Ankabut:45
Bersabda Nabi saw:’ Barangsiapa tidak dicegah oleh solatnya dari perbuatan yang keji dan munkar maka tidaklah ia bertambah dekat kepada Allah melainkan bertambah jauh’ – Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.547

Tiada ulasan:
Catat Ulasan