ISLAM BATIN.
Islam batin adalah teras dalam ajaran Islam. Ajaran yang kekal abadi sepanjang zaman yang di dalam Sanskrit diistilahkan ‘Sanatara-dharma’. Islam batin adalah inti Tauhid yang terus-menerus menjadi pegangan dan panduan hati semua para Nabi sejak Nabi Adam as sehinggalah apabila terutusnya Nabi Muhammad saw.
Nabi saw bersabda:
`Allah menurunkan Al Quran dengan sepuluh batin,lebih batin lebih bermunafaat dan lebih menguntungkan kerana batin ini adalah pokok/sumber/pusat’
Perbezaan batin inilah yang membezakan maqam dan darjat para Nabi dan wali dan setinggi-tinggi darjat adalah darjat Rasulullah saw yang memiliki kesemua sepuluh batin tersebut. Inilah yang dimaksudkan oleh Sabda Rasulullah saw dalam sabda Baginda saw kepada Saidina Abu Bakar Siddik ra:
‘Bahawa Allah Taala memberikan kepadamu seperti iman setiap orang yang beriman dari umatku.Dan diberiNya kepadaku seperti iman setiap orang yang beriman kepadaNya dari anak Adam’
Di sebalik melaksanakan amalan-amalan zahir dalam Rukun Islam iaitu secara lisan di lidah dan anggota badan, di manakah pula amalan-amalan batinnya? Inilah urusan hati. Di sebalik ikrar di bibir dan di lidah, Ilmu Tasauf meletakkan syarat hati untuk sampai dan diterima amal ibadah ke HadratNya. Hati perlu bersih dari najis-najis batin yang membatalkan amal.Najis zahir membatalkan solat, maka najis batin – di antaranya ujub, ria, sombong, takabur, angkuh, sumaah, meninggi diri - membatalkan seluruh amal kerana tergolong dalam syirik khafi. Najis batin bukan sahaja membatalkan amal tapi menutup sepenuhnya perjalanan hati untuk mencapai darjah kesempurnaan Tauhid iaitu KeEsaan dalam maksud Firman Allah swt.
‘Katakanlah:Dia lah Allah Yang Maha Esa’ (Al Ikhlas:1)
Esa dalam makna KeEsaan Wujud Zat, Sifat, Asma dan Afaal Allah Taala. Inilah lapisan-lapisan dalam batin!
Apabila bersyahadat ‘Laa illa haillallah’ di lidah apakah telah benar-benar suci murni di hati dan di jiwa untuk menjadikan Allah sebagai Tuhan dan mengabdi kepadaNya dan tidak sekali-kali menjadikan nafsu,akal,syaitan, jin, manusia, ideologi dan sebagainya sebagai tuhan-tuhan yang ditaati (disembah) bersama Allah?Jika demikian dimanakah Tauhid anda?
Apabila bersyahadat mengikrar ‘Muhammadar Rasulullah’, apakah telah benar-benar ikhlas hati anda untuk menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai Penghulu Junjungan di mana semua sunnah Baginda saw ditaati - menerima seluruh cara kehidupan Baginda saw? Apakah telah benar-benar suci dengan ikrar untuk menjadikan Baginda saw sebagai teladan dan ikutan: ibadah dan muamalahnya, jihad dan juangnya, akal budi dan akhlaknya, suka duka dan derita laranya, sistem politik, perundangan, ekonomi, sosial dan seluruh segalanya, tanpa memilih-milih mana yang berat dan rengan, tidak semata-mata di lidah yang tidak bertulang?
Apabila bertakbir Allah hu Akhbar dengan lidah untuk mendirikan solat, seseorang hamba itu perlu memiliki pula syarat-syarat batin.Apakah syarat batin? Ilmu syariat meletakkan syarat kyusuk di dalam solatnya. Tanpa kyusyuk, hilanglah nyawa solat. Inilah siksaan. Firman Allah Taala yang bermaksud:
`Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya’ (Al Maun:4-5)
Apabila berulang-ulang kali bertakbir ‘Allah hu Akhbar’ di dalam solat, apakah dapat dimengerti falsafah di sebalik kalimah takbir itu? Apakah dapat dirasai kebesaran Allah Rabbul Alamin dalam sepanjang kehidupan sehingga Allah Taala adalah yang ‘akbar’ dalam segala urusan harian? Apabila rukuk, apakah dapat dimengerti kenapa membungkuk dan merendahkan diri, dan apakah makna intrinsik di sebaliknya? Apabila bersujud, apakah dapat dimengerti apa rahsia dan untuk apa bersujud? Begitulah dalam sekalian lakuan dalam sembahyang, apakah sesungguhnya hikmah intrinsik yang seharusnya dicapai dan diperolehi melalui solat dalam kehidupan? Tanpa batin solat - hakikat, roh dan nyawa solat - maka jadilah solat anda bagaikan jasad yang tidak bernyawa; sekadar gerakan tubuh badan bermula dari takbir sehingga salam semata-mata! Dalam konteks ini anda sesungguhnya sekadar mengerjakan solat tetapi tidak mendirikan! Apabila solat tidak terdiri dalam seluruh kehidupan, lantas anda terdinding dengan firman Allah yang bermaksud:
“Peliharalah segala solat dan solat wustha. Berdirilah kerana Allah dengan kusyuk” (Al Baqarah:238)
“..yang mereka itu kekal mendirikan solatnya” (Al Maarij:23)
Bersabda Nabi saw:’Berapa banyak orang yang menegakkan solat, memperoleh letih dan payah sahaja daripada solat’.
Bersabda Nabi saw: ’Barangsiapa tidak dicegah oleh solatnya dari perbuatan yang keji dan munkar maka tidaklah ia bertambah dekat kepada Allah melainkan bertambah jauh’
Demikianlah juga ibadah puasa. Apabila terpenuh syarat batin dalam menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan, nescaya menyinarlah hikmah ibadah tersebut mengawal nafsu serakah terhadap runtunan duniawi, lalu timbullah sifat kesederhanaan, kesabaran dan kerelaan, tidak rakus, tidak tamak keburu nafsu dan haloba. Apabila terpenuh syarat batin dalam menunaikan zakat, terpeliharalah dari berolehnya perolehan ringgit dan harta dari sesuatu sumber perolehan yang tidak bersih dan suci. Apabila kembali dari Makkatul Mukarramah, seseorang yang memperoleh batinnya – haji mabrur - telah kembalilah si hamba tersebut sebagaimana kembalinya seorang hamba Allah yang telah insaf untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di atas jalan keredhaanNya dengan meninggalkan jauh di belakang segala kebiasaan yang sia-sia, kesilapan-kesilapan dan kesalahan masa lampau.Di sinilah terletaknya hiasan batin. Hiasan batin di sebalik hiasan zahir.
Setiap amal zahiriah mestilah diniatkan dengan lafaz zahir di bibirnya ‘lililah hi Taala’. Lafaz dan ikrar di bibir ini akan menjadi sia-sia kalau tidak disertai syarat batin iaitu ikhlas. Di sebalik ibadah zahiriah, hati mestilah mencapai makam ikhlas lagi sempurna. Ikhlaslah sesungguhnya merupakan pucak tertinggi dalam seluruh amal ibadah bahkan dalam seluruh kehidupan seorang hamba – hidup dan mati ikhlas keranaNya, untukNya dan bagiNya. Inilah erti ikhlas dan kesudahan tertinggi tersembunyi dalam surah yang dinamakan Al Ikhlas! Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Katakanlah:’Dia lah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan tempat meminta.Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia” (Al Ikhlas:1-4)
Melalui amal yang ikhlas memancarlah di hati dan jiwa buah-buahan ikhlas yakni sifat-sifat insaniah – sabar, syukur, tawakal, redha, cinta, rindu dan sebagainya. Sifat-sifat inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw:`Yang paling berat dalam timbangan amal ialah takwa dan akhlak yangt baik’
Inilah akhlak yang baik. Amal-amal yang mengatasi ibadah zahiriah! Inilah makam-makam hati. Inilah makam golongan muqarrabin – orang yang dekat dengan Allah – bahawa bukankah Allah swt adalah Zat Yang Maha Suci? Sebab itulah Zat Yang Maha Suci itu berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesunguhnya merugilah orang yang mengotorinya” (Asy Syams:9-10)
Orang-orang yang tidak mencapai ikhlas dalam jiwanya, adalah kotor dan bernajis dan terhijab oleh kekotoran. Fahamilah maksud Sabda Penghlu Junjungan saw berikut:
’Barangsiapa tidak dicegah oleh solatnya dari perbuatan yang keji dan munkar maka tidaklah ia bertambah dekat kepada Allah melainkan bertambah jauh’
Dan untuk maksud inilah perlunya mujahadah dalam ibadah. Para abidin (ahli ibadah) berjuang menyusun jadual ibadah secara istiqamah dalam waktu yang panjang bagi mencapai makam-makam hati dan semuanya itu cuma dapat dicapai dengan hakikat ikhlas.
Demikianlah maksud tasauf.Tasauf itulah Islam batin yang wajib diketahui – apakah dan dimanakah letaknya tasauf di dalam solat, puasa, haji,zakat, zikir, selawat, wirid, bacaan Al Quran dan ibadah-ibadah lainnya?
Tasauf sesungguhnya memimpin jiwa untuk mencapai kesempurnaan iman, berakhlak dengan kesantunan budi terhadap Al Khaliknya, juga terhadap sesama manusia dan alam persekitarannya.Tasauf atau Islam batinlah yang memimpin jalinan perhubungan jiwa antara hamba dengan Al Khaliknya dalam apa yang dikatakan hablun minalllah - terjalin hubungan dalam makna cinta dan rindu antara ‘kekasih dengan keksih’ ; dan jalinan kasih-sayang dalam hubungan sesama manusia (hablun minannas) dan alam persekitarannya.
Tasauflah yang mengajar umat Islam bagaimana untuk memahami dan menghayati konsep Islam, Iman dan Ihsan secara yang selayaknya. Dengan Ihsan, hakikat keimanan, kebenaran dan kesempurnaan wujud akan diperolehi. Inilah rahsia kyusyuk dan hadir hati dalam solat dan ibadah. Inilah Rukun Iman! Rukun Islam sebagai hiasan zahir, Rukun Iman sebagai hiasan batin dan kedua-duanya perlu diintegrasikan untuk memperoleh Ihsan.
Justru Iman Al Ghazali mengkategorikan ilmu tasauf kepada dua iaitu Ilmu Muamalah dan Ilmu Mukasyafah. Ilmu mukasyafah adalah ilmu batin dan itulah kesudahan segala ilmu.Itulah ilmu orang-orang syiddiqin dan mukarrabin.Inilah ilmu tersembunyi yang disabdakan oleh Nabi saw:
“Sesungguhnya sebahagian dari ilmu itu seakan-akan seperti keadaan tertutup yang tidak diketahui, selain oleh ahli yang mengenal (makrifat) akan Allah Taala.Apabila mereka mempercakapkannya, maka tidak ada yang tidak mengerti selain daripada orang-orang yang telah tertipu, jauh dari Allah Taala. Dari itu janganlah kamu hinakan seorang yang berilmu, yang dianugerahi Allah Taala ilmu tersebut kerana Allah Taala sendiri tidak menghinakannya kerana telah menganugerahinya ilmu tadi” –Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.97
Ahli tasauf dan sufi mengalami hal-hal keilmuan dan kerohanian mirip Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Rasulullah saw boleh memberikan perkhabaran tentang hal ghaib dan hal-hal yang terjadi pada masa yang akan datang. Apabila boleh terjadi demikian kepada Nabi saw maka boleh pula terjadi kepada selain Nabi saw kerana Nabi adalah ibarat orang yang tersingkap (kasyaf) baginya hakikat-hakikat segala hal. Dan ia bekerja untuk memperbaiki makhluk. Maka tidak mustahil dalam wujud (alam) ini, ada orang yang tersingkap baginya hakikat-hakikat itu dan ia tidak bekerja untuk memperbaiki makhluk. Orang ini tidak dinamakan nabi tetapi dinamai wali. (Ihya Ulumiddin Jld.4 hal.6)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan