15 Disember 2008

KANZUN MAHFIYYAN

Sekelumit mengenai KANZUN MAHFIYYAN yang menjadi pilihan nama blog ini.
Sabda Penghulu Junjungan Rasulullah saw dalam sebuah Hadis Qudsi:
"Aku adalah KANZUN MAHFIYYAN' (perbendaharaan tersembunyi). Aku ingin ditemukan dan dikenali. Kuciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu'.
KANZUN MAHFIYYAN adalah Aku pada martabat Zat. Zat Keesaan, Zat Ghaibul Ghuyub - ketersendirian dan kekosongan - martabat Zat semata-mata yang belum ada Sifat. Belum ada makhluk dan belum ada apa-apa yang dinamakan `wujud` selain Zat Ghaibul Ghuyub Yang Maha Esa. Pada tahap tidak ada permulaan ini Zat Yang Maha Esa adalah Rahsia Terdalam sehingga namaNya adalah RahsiaNya.
Oleh kerana itulah Li Peh Yeng (604-517sm) penulis kitab Tao Te Ching yang bermakna Tao dan KudratNya yang menjadi sumber ajaran Taoisme, tetapi lebih terkenal dengan nama Lao Tze (Sang Ahli Fikir Tertua) menyatakan:"Tao itu kosong, tapi berisi, dan tak pernah penuh. Anda memandang kepadaNya, tapi Dia tidak nampak.NamaNya:Bukan Bentuk".Seterusnya Li Peh Yeng mencatatkan:"Tao itu besar. Langit itu besar, bumi itu besar, dan raja itu pun besar; dan itulah Empat Besar di dalam alam semesta. Raja itu satu darinya. Tao itu azali, tiada bernama"
Demikian KANZUN MAHFIYYAN yang dunukilkan oleh Lao Tze.Bandingkan pula dengan apa yang telah dirakamkan dalam Kitab Veda mengenai KANZUN MAHFIYYAN: 'Pada permulaan hanya ada satu Wujud, Yang Esa, tanpa ada yang kedua (Upanishad, Chandogya).Seterusnya: 'Sebelum kejadian, seluruh yang ada cuma Dia. Dia sahaja. Tidak ada yang lainnya. Kemudian Dia berfikir: Biar aku adakan para penjaganya. Kemudian Dia mencipta penjaganya. (Upanishad Aitarey).Dan selanjutnya:'Brahman itu maha agung. Dia cemerlang sepanjang zatnya. Dia berada di luar seluruh pemikiran.Dia maha ghaib dari yang paling ghaib, maha jauh dari yang paling jauh, maha dekat dari yang paling dekat. Dia bersemayam di dalam seroja hati setiap makhluk-( Upanishad, Mundaka).
Zat KANZUN MAHFIYYAN dalam ajaran Lao Tze dikenali sebagai 'Tao', dalam agama Sanatara - Dharma iaitu nama asal ajaran Hinduisme yang bererti 'agama yang kekal abadi' atau ' agama yang tiada permulaan dan tiada kesudahan', dikenali sebagai Brahman. Dalam Agama Buddha, KANZUN MAHFIYYAN dikenali dengan nama BUDDHA (Pemberi Cahaya) sementara dalam agama Zoroastrianisme dikenali dengan nama Ahura Mazda.Apabila kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa as, KANZUN MAHFIYYAN dikenali dengan nama Yahweh. Bila Nabi Isa as pula diutuskan KANZUN MAHFIYYAN memperkenalkan nama DiriNya dengan nama ZatNya iaitu Allah dan Nama ZatNya itulah yang menjadi simbul keagunganNya sebagai Allah Zat Yang Maha Esa dalam Al Quran dengan FirmanNya:
"Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa"- Al Ikhlas:1
Li Peh Yeng telah menghuraikan dengan lebih lanjut dalam Tao Te Ching proses Zat Yang Maha Rahsia mengorak keluar dari Keagungan PersembunyianNya dengan kalimat berikut:
Tao melahirkan yang Satu
Yang Satu melahirkan yang Dua
Yang Dua melahirkan yang Tiga
Yang Tiga melahirkan semua makhluk.
Bait-bait di atas dikenali dengan istilah The Three Pure Ones dalam ajaran Lao Tze dan melalui interaksi harmoni antara Ying dengan Yang, The Three Pure Ones (Tao) menjadi nyata.Apabila diselongkar dari khazanah Islam - agama yang menghimpunkan kesemua kesempurnaan ajaran Tauhid sejak zaman Nabi Adam as - , The Three Pure Ones adalah termaktub dalam konsep Zat Allah, Sifat Allah dan Afaal Allah, proses manifestasi sifat Jalal dan JamalNya, dinyatakan seperti berikut:
‘Hadis Qudsi:’Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya ZatKu’
Nabi saw bersabda:’Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam.Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal’
Dari Cahaya Muhammad saw terjadi segala sesuatu. Secara ringkasnya begini:
“Selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu Dia tilik kepadanya dengan tilik mahabbah (kasih), maka ia malu dan berpeluh. Dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekalian anbiya, aulia dan nyawa sekalian orang mukmin yang solleh. Daripada nyawa sekalian mukmin yang solleh, dijadikan nyawa sekalian mukmin yang fasik. Daripada mukmin yang fasik dijadikan nyawa sekalian munafik dan kafir”.“Daripada nyawa insan dijadikan nyawa sekalian malaikat. Daripada nyawa malaikat dijadikan nyawa sekalian jin, dari jin dijadikan nyawa syaitan dan dari syaitan dijadikan nyawa binatang. Dari binatang dijadikan sekalian tumbuh-tumbuhan dan dari nafas tumbuh-tumbuhan itu segala anasir iaitu hawa, api, air dan angin”“Maka ia (Nur Muhammad) malu lalu berpeluh.Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasyi, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang dan semua yang di langit.Daripada peluh dadanya dijadikan anbiya, mursalin, ulama, syuhada dan solihin. Dari peluh belakangnya dijadikan Baitul Makmur, Kaabah, Baitul Maqdis dan segala masjid dalam dunia”“Berdiri Baginda saw di dalam kandil seperti berdiri di dalam sembahyang. Kemudian berkeliling segala roh di sekeliling kandil Nur Muhammad saw mengucap tasbih dan tahlil selama seratus ribu tahun. Kemudian Allah menyuruh segala ruh menilik kepada Nur Muhammad saw.Yang menilik kepalanya menjadi khalifah dan sultan, yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil, yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz, yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis, yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia penuntut yang mendengar dan menerima pengajaran; yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orang besar-besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan.Yang melihat mulut menjadi orang yang rajin berpuasa. Demikianlah seterusnya dengan melihat anggota-anggota tertentu pada Nur Muhammad saw, jadilah seseorang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti.Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. Dan ruh yang tidak menilik kepada Nur Muhammad saw jadilah ia mengaku Tuhan seperti Firaun dan yang sepertinya
Konsep KANZUN MAHFIYYAN ini, dijelaskan dalam Surah Al Hadid Ayat 3 maksudnya:
'Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin'.
Zat KANZUN MAHFIYYAN menggunakan kata ganti diriNya sebagai "DIA" bukan lagi "AKU" kerana "DIA" bukan lagi KANZUN MAHFIYYAN setelah manifestasi dan tajali semua Sifat KamalatNya menjadi sempurna nyata. Firman seterusnya:
"Sesungguhnya Tuhanmu meliputi segala manusia’ (Al Israa:60)
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri…’ (Fusysyilat:53)‘
Ingatlah bahawa sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu’ (Fusysyilat:54)

2 ulasan:

  1. Salam saudara PDDK

    Saya sangat tertarik dengan tulisan saudara dan ambil keputusan membacanya dari awal untuk memahami perbahasan dan kupasan saudara memgenai agama tauhid ini. Izinkan saya memetik atau menyalin artikel saudara untuk disebarkan atau dimasukkan dalam laman web atau blog saya kemudian nanti. terima kasih.

    BalasPadam