21 April 2014

MENANTI KIBARAN BENDERA AGUNG



NOVEL MENANTI KIBARAN BENDERA AGUNG. 



















Kiamat dunia telah semakin hampir!
Ertinya  era perang fisabilillah  akhir zaman bila-bila sahaja akan meletus!
Inilah yang dihidangkan dalam novel Menanti Kibaran Bendera Agung.
Sebuah novel mengenai kebangkitan bangsa Melayu/Islam akhir zaman!

Juga  mengenai kemusnahan dalam cinta!

Persiapkanlah diri anda!
Persiapkanlah  mental anda!
Persiapkanlah emosi anda!
Persiapkanlah jiwa anda!
Dan persiapkanlah persenjataan anda!
Bagi mengharungi dunia kebangkitan Islam akhir zaman!

Mengisahkan  seorang anak muda yang  tinggal bersama sebuah keluarga angkat yang bercita-cita untuk menjadi pejuang dalam perang akhir zaman.  Dia telah terpilih menuntut ilmu persilatan di alam ghaib sehingga  mencapai kehebatan tertinggi sebagai seorang Mahaguru Sabil. Dia juga menuntut ilmu terutama dalam bidang Tasauf dan  akhirnya berjaya mengharmonikan falsafah hidupnya yang berintegrasikan acuan moden dan tradisi. Pengetahuannya yang luas dalam bidang agama dan sifat-sifat peribadinya yang mulia menjadikan bapa angkatnya  tertarik kepadanya.
Dalam masa yang sama dia bercinta dengan adik angkatnya sendiri. Percintaan mereka sangat ditentang oleh   ibu angkatnya, yang merupakan seorang yang sangat materialistik. Berlakulah konflik keluarga. Ibu angkatnya telah melakukan satu bencana konspirasi untuk mengorbankan cinta murni kedua-dua anak muda ini. Aslam merana kerananya. Akan tetapi ada kisah misteri dan hikmah yang teramat besar di sebalik ‘bencana’ cinta  itu. Apakah misterinya? Dapatkan novel ini untuk  mengetahui apakah nasib Aslam dalam cintanya dan cita-cita sabilnya.
Amat sesuai dibaca oleh semua golongan pembaca terutama anak-anak muda bagi mempersiapkan diri  bagi mengharungi  suasana dunia yang kian bergolak yang bakal tiba!

Penulis: PELITA DI DALAM KACA
Penerbit:  PUSTAKA KANZUN MAHFIYYAN,
Kuantan, Pahang.
ISBN:978-967-10294-2-8
Cetakan Pertama: April 2014.
Muka surat:  394 halaman
Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa KL - Tun Razak Hall - Booth Number 3008, 3009, 3010 dan 3011 dan di kedai-kedai buku utama Popular, MPH, Alamanda, Kino, KBIM, kedai-kedai kitab/agama India Muslim atau hubungi Penerbit melalui HP: 0139098135 @ PM Pelita Di Dalam Kaca @ e-mel: pustakakanzunmahfiyyan@gmail.com
Harga RM30.00 termasuk belanja pos



2 ulasan:

  1. Salam,
    Saya yang telefon tuan tadi, bertanya pasal buku di pesta buku pwtc.

    BalasPadam
  2. Waalaikummussalam. wbt.
    Di jual di Razak Hall - Booth Number 3008, 3009, 3010 dan 3011
    Terima kasih. Rasanya ketiga-tiga buku saya ada di jual di sana.

    BalasPadam