13 Januari 2014

HINDUISME AGAMA TAUHID TERAWAL?


 HINDUISME AGAMA TAUHID TERAWAL? 

Sudah sekian  lama ilmu Tasauf dipandang dengan penuh prasangka, dianggap sebagai ilmu yang sesat dan menyeleweng. Ilmu Tasauf dianggap ekstrim dan  terkeluar dari akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah, serta dilemparkan pula dengan tuduhan-tuduhan yang teramat berat, betapa ia dipengaruhi dan dicemari oleh falsafah dan dogma dari agama Hindu.
Benarkah dakwaan dan sangkaan sedemikian?
Impaknya lantas orang-orang Melayu/Islam  teramat sangsi untuk mempelajarinya. Lalu tersingkirlah Tasauf dari perhatian majoriti ummah. Terpinggirlah ilmu Tasauf dari arus perdana sistem pendidikan negara.
Namun berasaskan bukti dari ayat-ayat mutasyabihat, nas al-Quran, al-hadis dan mutiara kata-kata para hukama,  buku ini akan merungkaikan persoalan, dan sekali gus menghidangkan jawapan-jawapannya. Buku ini akan membuktikan bahawa agama Hindu adalah  agama   yang sarat dengan ilmu dan konsep  Tasauf yang abstrak, seni dan mendalam!
Inilah bidang  ilmu tertinggi yang paling mulia yang menjadi pegangan para Nabi dan Rasul Alaihimussalam tu-Wassalam, para Sahabat, para aulia Allah yang agung, dan para ulama salaf Radiallahu Anhum.
Bacalah buku ini untuk mengenali Tasauf dan kemurniannya sebagai  inti agama  yang terpendam selama ribuan tahun di dalam keberhalaan agama Hindu!






Penulis: Kamaludin bin Endol
Penerbit:  PUSTAKA KANZUN MAHFIYYAN,
Kuantan, Pahang.
ISBN:978-967-10294-1-1
Cetakan Pertama: Februari 2014.
Muka surat:  121 halaman
Dapatkan di kedai-kedai buku utama atau hubungi Penerbit melalui HP: 0139098135 @ e-mel: pustakakanzunmahfiyyan@gmail.com
Harga RM18.00 termasuk belanja pos

20 ulasan:

  1. kenapa perlu untuk mengenal Allah melalui agama sanarta-dharma(hinduisme) sedangkan Allah telah syariatkan agama Islam kepada nabi Adam manusia pertama.

    BalasPadam
  2. Apabila anda membacanya anda akan tahu ajaran Allah sejak dari Nabi Adam Alaihis Salam dan nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu tersembunyi di dalam semua agama-agama purba. Ajaran-ajaran Allah dalam agama-agama purba tersebut menekankan soal ketuhanan dan kerohanian (hakikat dan makrifat). Ini adalah soal Tasauf. Maka dengan membacanya anda akan tahu mengenai inti agama dalam Tasauf Islam dan akan tertolaklah tuduhan/sangkaan selama ini yang mengatakan Tasauf Islam sesat dan menyeleweng kerana diserapi pengaruh agama Hindu dan Buddha. Ayat-ayat mutasyabihat menjelaskan dengan nyata sekali. Tapi konsep ketuhanan dan kerohanian dalam Hinduisme/agama-agama purba telah menyeleweng jauh kerana semua agama sebelum Islam telah berada dalam rimba kesestan

    BalasPadam
  3. Agama adalah hasil dari peradaban manusia.n.ibrahim, musa, isa, muhd adalah asalnya penganut agama Allah, cara hidup yg sejahtera (islam).over time, manusia akan melupakan ajaran asal dari nabi yg dipilih Tuhan.terhasillah pecahan2 fahaman, agama2 dll

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar. Agama Islamsendiri telah pecah kepada 73 golongan. Cuma satu sahaja yg benar di sisi Allah.

      Padam
  4. Assalamualaikum,

    Satu usaha yang amat baik saya rasakan. Cuma yang menyedihkan adalah apabila saya membaca buku tuan ini disalah tafsirkan oleh sesetengah golongan bukan Islam. Membaca pandangan mereka, saya merasakan seolah-olah mereka ingin dakwa bahawa agama Islam adalah saduran dari agama lain. Sedangkan kita semua tahu bahawa setiap umat telah diberikan seorang Nabi dan Rasul sebelum umat tersebut menyelewengkan ajaran Rasul mereka.

    saya memohon jasa baik tuan untuk buat satu artikel, bagi menjelaskan kepada puak2 yang sengaja memutar belitkan niat murni tuan dalam menerbitkan buku ini, supaya tulisan buku ini kelak tidak disalahgunakan.

    Terima kasih tuan.

    salam hormat,

    BalasPadam
  5. Waalaikummusslam wbt. Di mana saudara jumpa ulasan mereka dan adakah mereka membuat ulasan setelah membaca buku saya? Kalau mereka belum membacanya mintalah mereka membacanya dahulu. Kalau mereka telah membacanya, mungkin mereka masih keliru. Buku saya telah menjelaskan keseluruhannya bahawa Islam bukan agama baru dalam bentuk hakikatnya. Islam dari sudut hakikat adala agama terawal tetapi ajarannya ada dalam semua agama-agama purba. Semua ajaran agama purba/agama Tauhid batal bila terutusnya Nabi Muhamad saw. Ini hujah muktamad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan, antara yang kuat memutar-belitkan tujuan penulisan buku ini adalah Uthaya Sankar SB. Tuan boleh merujuk kepada tulisan-tulisannya yang "mempromosi" buku tuan tetapi sebenarnya cuma mendakyahkan agama Hindu dalam diam.

      Padam
  6. Saya bersangka baik kepadanya. Baca ulasannya mengenai novel saya,
    NOVEL NEGARA ISLAM MALAYSIA MODEN.
    Novel Yang Memenangi HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2010/2011.
    Uthaya Sankar SB. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/baldatun-thoiyyibatun/.

    Boleh didapati dengan menghubungi penerbit:
    PUSTAKA KANZUN MAHFIYYAN,
    Kuantan, Pahang.
    Tel 013-9098135
    e-mel: pustakakanzunmahfiyyan@gmail.com
    Harga RM30.00 senaskah termasuk belanja pos

    BalasPadam
  7. Saya bersangka baik kepadanya. Ada ulasannya dalam link di bawah.
    NOVEL NEGARA ISLAM MALAYSIA MODEN.
    Novel Yang Memenangi HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2010/2011.
    Maklumat lanjut:
    (i) http://wwwfafiruilallah.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00-08:00&max-results=5
    (ii) Laporan dari panel sastera penilaian novel tersebut. http://dwnsastera.dbp.my/?p=1489
    (iii) http://mimbarkata.blogspot.com/2013/06/hadiah-sastera-perdana-malaysia.html
    (iv) MINGGUAN MALAYSIA 5Mei 2013. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=534653029906611&set=a.417363944968854.87091.100000857566147&type=1&theater
    (v) Uthaya Sankar SB. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/baldatun-thoiyyibatun/.

    Boleh didapati dengan menghubungi penerbit:
    PUSTAKA KANZUN MAHFIYYAN,
    Kuantan, Pahang.
    Tel 013-9098135
    e-mel: pustakakanzunmahfiyyan@gmail.com
    Harga RM30.00 senaskah termasuk belanja pos

    BalasPadam
  8. Saudara,

    Antara artikel yang cuba diputar belit adalah di sini : http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2014/03/01/hinduisme-abang-sulung-kepada-islam/

    Saya tidak bersetuju dengan Uthaya Sankar kerana sebagai blogger sejarah, Uthaya Sankar juga turut cuba memutarbelitkan sejarah Melayu. Komen-komen saya untuk menjawab tuduhan Uthaya langsung tidak dipaparkan oleh pihak The Malay Mail On-line. Boleh rujuk di sini :

    http://www.themalaymailonline.com/opinion/uthaya-sankar/article/kisah-tentang-malayu

    Serta menjawab tuduhannya di sini :

    http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/meneliti-sejarah-melayu-jawapan-kepada-uthaya-sankar-hazman-baharom-dan-ami

    Saya hormati pendirian tuan untuk bersangka baik. Tetapi saya berpandangan niat baik tuan tetap telah cuba diputarbelitkan oleh Uthaya Sankar. Cuba lihat komen para pembaca di laman berkenaan. Lebih baik kita berhati-hati lebih awal dan kurangkan sentimen politik dalam hal menjaga kepentingan agama.

    Apa pun, terima kasih atas penerbitan buku ini yang saya kira usaha yang cukup baik.

    Salam hormat,

    BalasPadam
  9. Terima kasih.
    Pertamanya saya harap saudara membaca buku itu dan membuat penilaian mengenainya setelah membacanya. Tulisan di buku itu secara tersirat dan tersurat amat kontra dengan tajuknya. Tajuk bagaikan mengiktiraf agama Hindu sebagai agama Tauhid, tapi yang tersirat menegaskan agama tersebut juga telah menyeleweng sepenuhnya sebagaimana juga semua agama-agama purba terdahulu. Bahkan pada bahagian epilog secara rasmi diharapkan penganut agama yang asalnya bernama Sanatara-dharma ini kembali kepada agama Tauhid terakhir iaitu Islam.
    Buku tersebut sebenarnya adalah dakwah kepada umat Islam untuk memahami Tauhid pada tingkat tiga berdasarkan hirarki yang Imam Ghazalli Radiallahu Anhu gariskan:
    • Tingkat Pertama: Ucapan LA ILAAHA ILLAL LAAHU dan hatinya lalai atau memungkiri seperti Tauhid orang-orang munafik
    • Tingkat Kedua: Dibenarkan oleh hatinya akan makna lafal seperti umumnya kaum muslimin - iktikad orang awam.
    • Tingkat Ketiga: Dipersaksikan dengan jalan kasyaf (terbuka hijab) dengan perantaraan nur kebenaran – makam orang-orang muqarrabin.
    • Tingkat Keempat : Tiada dilihatnya pada yang wujud selain Yang Esa –Ihya Ulumiddin Jld. 7 hal.281-282.
    Umat Islam berhadapan dengan masalah Tauhid selain akidah! Buku Hinduisme ATT menyeru supaya kembali kepada Tauhid setulinnya dengan mengenali ilmu Tasauf. Inilah dakwah kepada umat Melayu.
    Kepada kaum India pula, saya biarkan mereka seronok dengan buku itu dan secara tersirat mereka tanpa sedar dapat, insya-Allah mengesan bagaimana tersasulnya mereka dari ajaran agama asal mereka, Sanatara-dharma.
    Umat Islam sendiri ajaran dan pemahaman mengenai Islam juga telah musnah dan berpecah. Pecah kepada73 golongan. Hanya satu golongan sahaja yang tidak musnah iaitu ASWJ. Siapa ASWJ? Dalam soal menangani isu kalimah pun ternyata umat Islam berpecah. Bagaimana boleh jadi demikian? Inilah masalah perpecahan. Perpecahan umat Islam kepada 73 golongan yang hanya satu golongan sahaja yang selamat dari neraka iaitu ASWJ. Siapa ASWJ? Siapa satu golongan yang selamat itu?
    Dalam menangi pelbagai isu dalam masyarakat majmuk pun kita tidak sehaluan terutama oleh kelainan aliran politik. Walhal isu tersebut mudah sahaja. Samalah juga dengan isu kaum India dan puak Kristian, isunya mudah untuk di atasi. Tapi disebabkan perpecahan telah kian hebat, jurang kefahaman telah kian melebar terutama dalam takrifan ASWJ, dan ummah Islam di negara ini sebenarnya telah jauh dari ASWJ yang asli, maka oleh sebab itulah isu ini menjadi benang yang kusut dan menakutkan.
    Sekian. Wassalamualaikum wbt

    BalasPadam
  10. Di mana Saya Bleh dpat buku ini?

    BalasPadam
  11. sms 0139098135 @ cari di kedai buku Erfan Hj.Ghani depan masjid India KL, dan di kedai-kedai buku di jln tuanku ab. rahman @ di MPH, Alamanda, kedai Buku Popular (Parkson). Tidak ada di kedai-kedai buku biasa.

    BalasPadam
  12. Saya tertarik dengan buku ini. Disebabkan saya ada salah satu atok (arwah) yg mendalami ilmu hindu ini. Semasa arwah mati kaum hindu lebih ramai dari org melayu yg datang. Ini buat saya tertanya tanya kenapa jadi begini sehingga harini. Arwah mati pada pertengahan ramadhan. Saya akan cari buki ini utk bongkarkan..apa soalan yg tertanya tanya mungkin ada jawapanya dlm buku ini.

    BalasPadam
  13. Buku ini telah tidak ada lagi di pasaran. Jika masih berminat hubungi penulisnya 0139098135

    BalasPadam
  14. Buku ini telah tidak ada lagi di pasaran. Jika masih berminat hubungi penulisnya 0139098135

    BalasPadam
  15. benar Tuan..hanya ada agama Tauhid bertuhankan ALLAH Taala yang bernama Islam dari zaman Nabi Adam a.s..yang lain2nya adalah bentuk kesesatan,kesyirikan, sangka2an dan olahan manusia dengan pelbagai label2 dan nama..Islam dewasa ini pun tidak terkecuali

    BalasPadam
  16. benar Tuan..hanya ada agama Tauhid bertuhankan ALLAH Taala yang bernama Islam dari zaman Nabi Adam a.s..yang lain2nya adalah bentuk kesesatan,kesyirikan, sangka2an dan olahan manusia dengan pelbagai label2 dan nama..Islam dewasa ini pun tidak terkecuali

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana mengurniakan seorang penulis yang cukup open merungkaikan asal usul dan sejarah supaya dapat membuka minda masyarakat terutamanya rakyat Malaysia yang kurang gemar membaca.

    Syabas,dengan tebitnya buku ini,ianya dapat menambahkan lagi kekurangan,sekaligus dapat "mengeducatekan" masyarakat betapa pentingnya kita untuk membaca.
    Sedang dalam agama Islam sendiri dahulunya,sewaktu malaikat diutus turun utk menemui Muhamamad pun sudah 3 kali meminta beliau untuk ikut membaca dengan menyebut "Iqra'".

    Bacalah dengan nama Tuhanmu.
    Orang Malaysia tiada budaya membaca.
    Jadi,mulalah membaca(sebelum lekas membuat pandangan :)).

    Syabas buat penulis.

    BalasPadam
  18. Saya Tak faham kenapakah kita mencari jln susah utk memahami ugama Islam. Begitu mudah beragama dgn hanya bersandarkan al-Quran Dan Hadith. Baca Dan fahami Al-Quran dibantu dgn Hadith2 Nabi S.A.W adalah lebih dari mencukupi utk seseorang mendapat keredoan Allah S.W.T.

    BalasPadam