03 Oktober 2011

11. Bolehkah Berperang Untuk Menegakkan Sistem Islam?

Sistem Islam hanya boleh ditegakkan dalam pentadbiran negara dengan adanya kuasa politik. Dengan kuasalah Nabi Muhammad saw melaksanakan sistem Islam.Demikian juga Khulafa ar Rasyidin.

Apabila ada kuasa di tangan baharulah sistem Islam boleh dilaksanakan dalam seluruh dimensi kehidupan. Inilah faktor pentingnya politik kerana politik ertinya kuasa. Dengan menguasai politik negara, baharulah memiliki kuasa.Oleh sebab itulah umat Islam mesti berpolitik supaya mendapat kuasa untuk melaksanakan pemerintahan mengikut petunjuk al Quran dan Sunnah RasulNya saw. Wadah untuk berkuasa ialah melalui pilihanraya, justru menyertai pilahan raya adalah wajib.

Sayangnya ada dari kalangan umat Islam tidak pernah mahu mengerti bahawa PAS merancakkan arena demokrasi negara adalah dengan NIAT UNTUK MENDAPATKAN KUASA BAGI MELAKSANAKAN PEMERINTAHAN ISLAM SEPERTI YANG DILAKSANAKAN OLEH RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT RH.

Isunya sekarang ialah bagaimana kalau usaha untuk mendapatkan kuasa politik bagi melaksanakan Islam, diragui ketelusannya? Yakni ketelusan dalam proses pilihanraya? Inilah cabaran yang wajib dihadapi dan diperbetulkan denga apa cara jua!

Inilah kelemahan dalam sistem demokrasi. Di Malaysia bahkan di seluruh negara umat Islam dan negara membangun, demokrasi tidak dijalankan menurut bentuknya yang asal tetapi penuh dengan noda dan tipu daya. Pemerintah yang sedia ada – di mana-mana sahaja negara umat Islam dan negara membangun,mempertahankan sistem sekular Yahudi dan diktatorship dengan melakukan segala usaha termasuk yang tidak dihalalkan oleh Perlembagaan untuk mengekalkan kuasa.Kehilangan kuasa bagaikan satu mimpi ngeri dan selalunya akan berakhir dengan tragedi berdarah dan pembunuhan.Inilah yang terjadi di negara-negara umat Islam terutama di Timur Tengah dan di negara-negara membangun.

Kenapa ini berlaku? Dan kenapa tidak berlaku di Barat yang menaja demokrasi?

Inilah masalah di kalangan umat Islam sekarang. Inilah masalah demokrasi dalam Islam Bukan sahaja masalah demokrasi, tetapi masalah iman sebenarnya. Masalah orang-orang Islam tanpa iman! Demokrasi di negara Barat dan di negara bukan Islam, pertarungan antara parti-parti politik adalah semata-mata berasaskan ideologi, tetapi di negara umat Islam perbalahan dan persaingan merebut kuasa politik bukanlah semata-mata masalah ideologi! Perbalahan bukan antara ideologi dengan ideologi tetapi adalah antara iman dengan kufur! Perbalahan adalah antara golongan yang mahu memerintah secara Islam dengan yang mempertahankan sistem Yahudi; antara pendukung akedah Islamiah dengan yang di sebaliknya. Ini sudah teramat jelas! Tidak usah menegakkan benang basah lagi. Masalah orang-orang Melayu sekarang ialah masalah: `masih adakah iman di hati?’, kerana kalau masih ada keindahan iman di hati, golongan tersebut tidak akan sanggup menggunakan kaedah yang dilarang oleh al Quran dalam mempertahankan kuasa.

Bila tidak mahu mengikut petunjuk al Quran dan mempertahankan Yahudisme, nescaya iblislah yang memberi ilham kejahatan.Lantas iblislah yang mengilhamkan jangan mematuhi etika demokrasi demi mengekalkan kemenangan.Gunakanlah apa sahaja cara – tipu-muslihat,fitnah, provokasi, bohong, mungkir janji, bermuka-muka dan berpura-pura dan lain-lain yang sewaktu.

Kalau iman masih baik pilihanraya akan tetap berjalan dengan seadil-adilnya kerana sifat-sifat jelik tersebut bukan sifat iman. Kalau di Barat keadilah masih boleh berlaku, tapi kenapa tidak demikian kepada bangsa Melayu yang mengaku mengikut ajaran al Quran? Ini sebenarnya adalah masalah beriman kepada al Kitab.

Pihak yang berkuasa yakni Mulkan Jabbariyyan atau jelasnya UMNO sentiasa berusaha mencemarkan prinsip keadilan. Rakyat sendiri boleh menjadi hakim untuk melihat bagaimana pihak yang berkuasa – Mulkan Jabbariyyan - telah melakukan berbagai-bagai strategi yang tidak telus dalam usaha mengekalkan kekuasaan.

Bila tidak berlaku keadilan, apakah pilihan yang terbuka?

Rakyat akan bangkit untuk menuntut keadilan! Bila rakyat bangkit, polis dikerahkan untuk menghalangnya. Inilah yang terjadi di kebanyakan negara umat Islam. Pertembungan antara polis dan rakyat ramai yang di sesetengah negara begitu sengit dan memakan korban yang besar. Kuasa Barat dan Yahudi memang seronok melihat rancangan pecah-belah mereka terus menjadi anutan dan kenyataan.

Pertembungan sedemikianlah yang perlu dihindari di Malaysia iaitu pertembungan sesama Islam. Pada satu persepsi, ramai berpendapat pertembungan adalah sesama Islam; akan tetapi pada persepsi yang lebih sempurna, dan inilah yang kami fokuskan; amat dikhuatiri pertembungan adalah antara golongan beriman dengan yang tidak beriman. Pada satu persepsi, pertembungan adalah kerana sikap segolongan yang dianggap ekstrim, radikal dan ganas; tetapi pada persepsi yang lebih objektif adalah perjuangan golongan tertindas kerana tidak adanya keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya, jadi terpaksa bangkit untuk mendapatkan hak dan keadilan.Inilah fenomena di serata dunia dan di Malaysia adalah sebahagian dari rentetannya.

Sebenarnya tidak akan ada peperangan kecuali mempertahankan diri apabila diperangi. Mempertahan diri adalah wajib bila diperangi.Bila berdemonstrasi, bukan ertinya mahu berperang. Demonstrasi adalah sekadar penglahiran satu protes secara besar-besaran di atas sesuatu yang pincang yang perlu dperbetulkan menurut hukum keadilan. Kalau demonstrasi ditakrifkan sebagai mahu berperang tentulah peserta demonstrasi datang dengan pedang, keris dan parang atau senapang! Tapi kenapa di halang dan dikenakan berbagai-bagai tindasan?

Bila terjadi demikian, ertinya medan perang telah dibuka.Tetapi umat Islam di Malaysia yang berjuang untuk Islam di bumi Melayu tercinta ini TETAP TIDAK PERLU BERPERANG untuk melaksanakan Islam kerana tidak diizinkan oleh Islam.

Inilah tugas yang paling mencabar terpikul kepada umat Islam baik dari PAS dan PKR atau UMNO iaitu menegakkan Negara Islam tanpa kacau-bilau kerana tidak ada pilihan lain lagi; wajib memartabatkan Islam sebagai sebuah kuasa kerana Islam adalah agama kekuasaan bersumber dari Zat Yang Maha Kuasa.

Walau bagaimanapun UMNO perlu mengambil iktibar dari seruan jihad. Inilah ayat ancaman dari Allah yang sangat menakutkan bagi orang-orang yang sampai kepada martabat cinta Allah dan RasulNya

‘Katakanlah: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum-keluargamu, kekayaan yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatiri menanggung rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan RasulNya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintahNya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik’ (At Taubah:24)

Jihad adalah pilihan setelah semua pilihan tidak lagi berguna dan inilah ledakan di serata dunia Islam sekarang!

6 ulasan:

  1. Ingatlah wahai saudaraku, lapangkan dada dan telitikan khabar dari Nabi Saw tentang dunia akhir zaman, ciri-cirinya. Ingatlah juga akan perpecahan kepada 73 golongan. Ingatlah juga tentang kiasan ibarat buih di lautan. Ingatlah juga pesanan tentang tasbih , tahmid dan takbir yang akan menjadi ganti makanan mukmin kelak.Ingatlah tentang segala kekalutan dan kacau bilau. Ingatlah berita tentang apa yang dapat dilakukan semata kerana menyelamatkan iman.

    Disamping itu ingatlah tanah air ini diluar tanah haram. Ingatlah juga tentang menjalarnya fitnah yang tak mungkin terbendung hanyasanya melainkan kebangkitan global,muncul Mahadi dan turunnya Isa saw.

    Oleh itu ingatlah segala adalah sunatullah, dan ingatlah tugas utama anda menghambat segala mazmumah, meraikan Siddiq amanah tabligh dan fatanah.Perang yang lebih besar -ingatlah. Perang kecil usah dikeliru.

    BalasPadam
  2. Saudaraku Tanpa Nama. Terima kasih di atas peringatan yang diberikan.Saya sentiasa mengalu-alukan peringatan kepada diri yang lalai dan mudah lupa ini.
    Semoga saudaralah yang dahulunya pernah membantu saya ketika sesat dalam kembara.
    Terima kasih saudaraku.Insyaallah dan alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Saudara. Selagi mana anda teguh dan tekad, dengan keyakinan penuh, tidak sekali berpaling, dan anda sentiasa mengadu kepada yang esa- saya nyatakan telah ada jaminan keselamatan berulangkali disebut dalam ayat AlQuran. Saudara saksikanlah kebesaran ini, kerana saudara merasakannya first-hand! Perhalusi hikmahnya.

    Saudara di Azali telah menyanggupi kembara tersebut- kerana Allah tidak memembebani hambanya, hanya menempuh pada kadar yang telah diakujanjikan. Memadai saudara Naik Saksi bantuan Allah dari mana rupa dan bentuk. Semoga saudara tidak dalam kekecewaan, tidak merasa duka dengan suratan, malah sudah dapat mengintai apa itu jiwa yang tenang.

    BalasPadam
  4. Terima kasih saudara.Semoga saya beroleh munafaat yang banyak.Demikian juga buat saudara.

    BalasPadam
  5. bukan kuasa tuan Tapi allah..
    Sahabat iman mereka Bagaimana tuan bukan kuasa mereka tuan..
    Bukan kuasa yang ada pada Sahabat Tapi iman Yakin yang ada pada Sahabat..
    Kalau pada kuasa othmaniah tak akan hancur..
    Tapi kerana iman Yakin yang lemah..
    Iman Yakin yang tidak diusahakan..
    Iman Yakin yang salah..
    Umat menderita tuan..
    Saya tengok awek tak tutup aurat air liur meleleh tuan..
    Sahabat tengok perempuan tak tutup aurat air mata meleleh tuan..
    Bukan kuasa tuan Tapi iman..

    BalasPadam
  6. baru hari ini sya ke sini.saya sedang berusaha menikmat kosong

    BalasPadam