10 Februari 2011

Novel BALDATUN THOIYYIBATUN Telah Terbit!



Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir telah menjadi kenyataan?
Inilah yang diterjemahkan oleh novel BALDATUN THOIYYIBATUN, sebuah novel futuristik mengenai Negara Islam Moden yang melaksanakan sistem Islam sepenuhnya berdasarkan al Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Malaysia pada tahun 2020 menjadi model sebuah Negara Islam Ideal yang meruntuhkan sistem dunia yang penuh dengan noda, dosa dan kezaliman.
Novel ini membawa anda mengalami sendiri hawa kehidupan dalam keindahan dan kesyumulan Islam, melalui pengalaman dan lawatan Dr.Lleyton Hewitt ke Malaysia/Tanah Melayu untuk memahami Konsep Cahaya Ilahi; menelusuri ke dalam liku-liku kehidupan nyata masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada semua kesempurnaan Islam yang selama ini terpendam oleh hagemoni Barat dan Yahudi.
Bagaimanakah Negara Islam Moden tahun 2020 menurut persepsi dan imaginasi pengarang? Apakah sama dengan Negara Islam Unggul Zaman Khulafa ar Rasyidin? Apakah pula bezanya dengan Negara Sekular Barat dan Timur? Inilah persoalan-persoalan yang sangat menarik bahkan mencabar untuk ditelusuri!
Baldatun Thoiyyibatun sangat sesuai dibaca oleh semua aktivis politik, golongan terpelajar, pendukung dan umat Islam yang merindui kehidupan yang dijanjikan oleh al Quran: Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafur (negerimu adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun). Ianya juga sangat sesuai dibaca oleh semua pembaca yang ingin mengenali keindahan Negara Islam yang diimaginasikan oleh penulis yang mungkin bakal menggantikan sistem dunia kontemporari seperti dijanjikan dalam sunnatullah bila tiba saat dan ketika yang ditakdirkanNya.
BALDATUN THOIYYIBATUN bukan semata-mata novel! Ianya sarat dengan konsep dan pemikiran mengenai Negara Islam Moden, konsep Tasauf serta soal metafizika yang memerlukan aras kefahaman Islam yang tinggi.
ISBN : 978-967-10294-0-4
Muka surat : 403
Harga : RM30.00 termasuk belanja pos.
Untuk tempahan sila e-mail: pustakakanzunmahfiyyan@gmail.com atau hubungi 013-9098135.

8 ulasan:

  1. Salam sdr.

    Perubahan grafik yang menarik. lama sudah saya tak bertandang ke sini. Walaupun begitu blog saudara masih belum dapat di "link"kan.

    Saya tertarik dengan andaian bahawa Malaysia bakal berubah kepada sebuah negara Islam mutlak. Secara kronologinya, pada pandangan saudara bagaimanakah keadaan seperti ini bakal berlaku berdasarkan apa yang wujud sekarang? Pada dasrnya saya berminat membaca buku ini sebagai satu dorongan pemikiran yang selari dengan hasrat. Apa pula akan berlaku kepada Malaysia selepas seluruh Arab ditawan oleh ejen Yahudi? Pernahkah saudara terfikir peranan dan gerakan sulit yang sedang diatur oleh Singapura? Sekadar berkongsi idea.

    BalasPadam
  2. Sdr.Abatasa.Tk kerna masih ingat.Sy pun dah lama tak aktifkan kerana asyek pula dgn fb.Blog sy masih spt dulu juga - belum dibaikpulih.Nasiblah kalau sesiapa terjumpa.
    Sdr.Persoalan yg dikemukakan ada dlm novel sy jawapannya.Sy harap novel tersebut dpt memberikan kobaran kepada jiwa Tauhid dan perjuangan berpaksikan Tasauf.
    Secara ringkas sy terangkan begini.Islam akan bangkit dari Timur.Demikian sabda Penghulu Junjunan saw.Timur merujuk kpd bangsa Melayu di seluruh Kepulauan Melayu.Di sinilah terkumpul dgn ramainya Ahlul Bait yg disebutkan akan mengibarkan panji-panji Islam pd akhir zaman.
    Imam Mahadi/Pemuda Bani Tamim bagi sy adalah hadiah Allah Taala kpd bangsa Melayu yg tidak pernah diutuskan nabi dan rasul.
    Bagaimana akan bangkit?Ini rahsia Allah Taala! TT sedang mendidih tapi kebagkitan tidak bermula dari sana.Tanah Melayu apinya sedang dinyalakan.Tunggulah
    Bagi sy akan tiba juga saatnya kerna yg menggalas urusan agama pd saat yg diperlukan adalah sekumpulaan mereka yg ikhlas sepenuhnya.Ikhlas perlu sdr fahami bukan dari makna syarat semata-mata.Pada martabat hakekat dan makrifat, ikhlas memiliki makna yg tersendiri.Di sinilah rahsia Tasauf.
    Sekian, sekadar penjelasan ringkas.Wassalaamualaikum wbt.

    BalasPadam
  3. Sebab itulah blog KANZUN MAFIYYAN sangat menekankan aspek Tasauf kerana ilmu Tasauf mengupas soal makrifatullah - makrifat zat, sifat, asma dan afaalNya.Inilah ilmu yang tersembunyi di dalam dada para nabi dan waliyang memenefestasikan QudrahNya.
    Saya berkepercayaan perang akhir zaman tidak sangat bergantung kpd teknologi moden.Di sisiNya ada teknologi tersendiri yg masih bersifat KANZUN MAHFIYYAN.
    Sekian.

    BalasPadam
  4. Terima kasih saudara PDK, bagaimana saya hendak menempah novel ini? Boleh berikan nama dan alamat? Poster order boleh? Saya tak ada Creditcards.

    Lagi satu, blog saudara sudah diganggu malware... walaupun tak bahaya, ramai pembaca takut nak masuk. Blog saya pun kena juga. Lepas buang link Che Det baru ok. Just beritau saja.

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Sdr.Abatasa, tk. Sila bank-in ke akaun Maybank:156169162045 atau bank rakyat;22-016-347313-8 atas nama nadzrah.lepas itu berikan alamat penuh di sini atau sms kpd 0139098135.
    Tk juga atas maklumat ini - malware.sy akan cuba semak.Mungkin melalui link itu juga

    BalasPadam
  6. Tahun 2020 hanya tinggal 9 ttahun lagi. Saya tidak dapat jalannya bagaimana Malaysia akan menjadi Negara Baldatun taiyibbah itu. Anak luar nikah sudah beribu, judi dilesenkan, arak dikilangkan maksiat dibiarkan, penyalahgunaan kuasa berleluasa. Ah...payah aku mau diyakinkan.

    BalasPadam
  7. 1 melayu. Terima kasih di atas kesudian saudara menjengah blog KANZUN MAHFIYYAN dan memberikan komentar.
    BALDATUN THOIYYIBATUN sebenarnya tidak menegaskan soal masa.Tidak siapa pun tahu bila waktunya.Ini bukan menyentuh aspek ramalan, tapi sekadar mengimbas Wawasan 2020 yg menjadi harapan UMNO dan rakyat Malaysia, menjadi negara maju dan moden. Saya mengharapkan demikian juga, tetapi tidak di atas asas negara moden Barat yg Tun Mahathir mahukan, tetapi sebuah negara maju dan moden berasaskan Islam pada 2020.Malaysia semoga menjadi negara maju dan moden yg menginspirasikan kepada dunia bagaimana dunia seharusnya ditadbir menurut cara yg terbaik yg tentunya di bawah naungan al Quran.Inilah mesej novel ini untuk bangsa Melayu/Malaysia dan dunia moden.
    Soal tercapai atau tidak pada 2020, bukan isunya.Bukan soal masa!
    Ada banyak idea untuk dunia baru yg moden yg diketengahkan melalui novel tersebut dan boleh difikirkan oleh pembaca yg semoga membuka minda dan jiwa untuk sama-sama meninggalkan sistem hidup Barat sekarang yg sangat bercanggah dgn Islam dlm segala dimensi kehidupan.
    Sy harap sdr sudi memiliki novel tersebut dan selepas membacanya tentulah lebih seronok untuk dibincangkan dengan penulisnya.
    Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum wbt.

    BalasPadam
  8. Iktikad ahli al sanata wa al jamaa'ta adalah pegangan org2 beriman yg terpelihara dari 11 iktikad dholalat yg zindiq. 11 golongan yg dinyatakan kebanyakannya merujuk kpd org2 Islam. Apabila al quran di syairkan, apabila jubah diagungkan, apabila sufi ditarikan. mahadaya-asalama.blogspot.com

    BalasPadam