13 Oktober 2011

12. Apa Kata Kalau Tak Payah Pilihanraya?

Ini adalah satu lontaran idea bagi menyelesaikan kemelut Bangsa Melayu sejak lebih lima dekad yang puncanya adalah kerana amalan demokrasi.Demokrasilah yang membawa perpecahan kepada bangsa Melayu dan demi perpaduan Melayu dan Islam apa kata kalau Malaysia menjadi negara pertama menamatkan sistem demokrasi dan pilihanraya.

Jawapannya mudah sahaja. Segala-galanya di tangan UMNO kerana UMNO yang memegang tampuk pemerintahan.Kalau UMNO mahu meninggalkan sistem dan ideologi Yahudi, dan kembali kepada sistem Islam sepenuhnya, UMNO sudah tentu tidak perlu mengadakan pilihanraya kerana pilihanraya yang dilaksanakan di negara ini adalah berdasarkan kepada kaedah Yahudi. Kalau UMNO menolak sistem Yahudi dan mahu melaksanakan Sistem Islam dalam pemerintahan negara, sudah tentu akan terlantik pemimpin-pemimpin sebagaimana kaedah terlantiknya Khalifah Abu Bakar as Siddek ra, Saidina Umar al Khattab ra dan Saidina Uthman ibn Affan ra.

Calonkanlah pemimpin-pemimpin yang terbaik agamanya dan terbaik akhlaknya berasaskan ciri-ciri kepimpinan Islam samada dari UMNO, PAS, KEADILAN, HIZBUT TAHRIR, NGO dan sesiapa sahaja individu dan para intelektual Islam dari IPTA dan IPTS untuk membentuk Majlis Syuraa.

Anggota Majlis Syuraa akan bersidang untuk memilih pemimpin yang terbaik dari kalangan mereka untuk menjawat jawatan ketua pentadbiran iaitu Perdana Menteri. Selepas itu diikuti oleh perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri serta timbalannya.Ini bagi Kerajaan Persekutuan.

Untuk Kerajaan Negeri prosedur yang sama bolehlah diikuti oleh setiap negeri.Orang-orang bukan Islam juga perlu dilantik bagi mengisi di mana-mana saja jawatan yang bersesuaian termasuk jawatan menteri.

Ini adalah cadangan bagi perpaduan Melayu dan Islam dan UMNO boleh memulakannya!

Tapi bersediakah UMNO melepaskan jawatan-jawatan utama negara demi perpaduan Melayu dan kembali kepada sistem Islam?

Ini adalah cabaran keimanan dan kesyumulan Islam didalam jiwa UMNO!

Kalau UMNO masih mahu menganut dan sayangkan sistem Yahudi, haruslah sistem pilihanraya akan dipertahankan dan terus dilaksanakan oleh UMNO selagi UMNO berkuasa.Jika ini masih menjadi pilihan UMNO, biarlah bangsa Melayu berterusan menjadi air yang putus kerana dicincang, biarlah bangsa Melayu bagai bulu ayam yang terus tercarik-carik dan biarkanlah biduk berlaboh supaya kiambang bertaburan bersepahan!

BIARLAH BANGSA MELAYU TERUS BERSEPAHAN DAN ISLAM BERSERAKAN!

4 ulasan:

  1. Mengapa pemikiran saudara tentang politik itu berlegar sekitar Parti Politik? Perlembangaan itu punya lembaganya iaitulah Raja. Parti hanya alat bagi membentuk kerajaan, jentera yang mendukung perlaksanaan perlembagaan.Raja adalah ketua politik, bapa kepada negeri dan juga bapa kepada kalian rakyatnya umumnya. Umno , Pas , Dap, dll hanyalah lebel rakuskan kerusi untuk merasakan kekuasaan sebagai kerajaan.

    Contoh mudah dalam isu Bersih, Sri Paduka keluar titah, maka ramailah ingkar dari taat tuntutan ugama hatta bergelar ulama. Ini jahil!(Serupa puak mana dari 73?)

    Contoh lain isu JAIS -betapa puak PAS lebih kuah dari sudu, tak ingat apa asas berdirinya tertegaknya negeri-negeri melayu bersekutu.Ini melulu!(Serupa puak mana dari 73?)

    Keluar dari batasan yang cetek. Batasan dangkal - ideologi , mazhab, geografi, sistem dll. kemudian renungkanlah kembali hakikatnya kamu dimana. Melayu itu dimana? Rumpunnya dimana? Melayu jati dimana? Melayu yang tunduk kepada Islam dimana? Melayu masuk dalam golongan 1 dari 73 puak itu dimana? KEMELUT BANGSA MELAYU ITU APA SEBENARNYA?

    BalasPadam
  2. Saudara Tanpa Nama,
    Poltik Malaysia yg mengamalkan demokrasi plihanraya sangat berlainan dengan politik Islam.Malaysia sekarang di bawah Mulkan Jabbariyyan di mana Agong terikat dgn PerlembagaanNegara dan sentiasa akur dengan parti yg menguasai kerajaan (UMNO/BN).Oleh kerana itu Raja-Raja Melayu selalu di lihat membuat keputusan yang sesuai dgn parti yang memerintah negara (UMNO).Dalam erti kata lain yg memerintah ialah UMNO dan Agong sekadar lambang sahaja.
    Dalam era sebelum Mulkan Jabbariyyan, iaitu Mulkan Addudhan sebalum ini memang raja yang memerintah dan pada ketika itu memang pemerintah wajib ditaati selagi menunaikan solat.
    Akan tetapi pada zaman Mulka Jabbariyyan, yang memerintah ialah parti yang menang dlm pilihan raya dan pada masa ini ialah UMNO yg sejak 1957 menjalankan sistem Yahudi. PAS sejak dahulu berjuang utk menegakkan negara Islam BALDATUN THOIYYIBATUN. Ini bermakna menentang UMNO yang mempertahankan sistem Yahudi dan tidak menjalankan Islam adalah wajib. Ini bukan zaman Mulkan Adduhan!Ini zaman ideologi Yahudi yg menyesatkan ummah! Jangan dikelirukan dgn fatwa bila menentang kerajaan UMNO dikatakan menentang AGOng kerana kalau PAS berkuasa pun, Agong tetap berada di tempatnya.
    Jadi dlam isu BERSIH dan JAIS lalu meletakkan PAS golongan yg serupa dgn puak 73 bagi sy perlu sdr tafsirkan semula walaupun PAS belum tentu 1 dari 73.

    BalasPadam
  3. Saudara yang dihormati. Kita insaf bahawa parti memerintah itu petugas yang menggubal dasar perlembagaan Negara, yang kemudian diusul dan diluluskan, seada sebagaimana prosesnya. Memang kita melihat Raja -raja itu ibarat kuda kayu,maka rakyatlah yang wajar memngejutkan Para raja. Pemikiran bahawa Parti yang menguasai kerusi dalam kerajaan itu adalah yang memerintah pada hemat saya adalah dangkal. Kerana tidak dapat membezakan identiti sebagai Ahli Parti dan aktivitinya ataukah sebagai anggota pemegang amanah, penjawat awam yang mewakili rakyat kawasannya. Ertinya , sebagai penjawat awam, sekelian filter, prioriti- atas dasar kepartian harus gugur. Tidak ada Kerajaan UMNO, Brisan Nasional. Tiada juga kerajaan PAS, DAP atau PAKATAN. Hanya ada Kerajaan Malaysia! Dan juga Kerajaan Negeri !

    Menentang kemungkaran itu malah wajib mengikut pada qadar sanggup dan upaya. Bila ada anggota penjawat awam, iaitu pekerja Jabatan kerajaan hingga kepada para perwakilan dsb , hambatlah seadanya. Tetapi, nyata dalam peristiwa Bersih Lembaga (YDA)-orang yang boleh mengakui 'Saat ini akulah pati kerajaan ini' diingkari- kerana menghimpunkan diri ditempat yang ditegah . Anda boleh buka sekelian kitab fikh sahaja untuk memahami maksud saya. Saudara, mak bapak yang tak solat pun bila menegah anak-anak (dengan sebab yang syarie) kepatuhan tidak gugur selain wajib juga!

    Jadi parti PAS juga kena banyak talkin diri, usah melulu -nanti menyerupa puak dalam golongan 72. Ini udah zaman fitnah. Begitu seadanya. Maaf ya.

    BalasPadam
  4. Semuanya dengan izin allah..
    First thing first..
    Tuan tau sirah semua..
    Pertama sekali usaha atas iman..
    Bagaimana?
    Ikut pemikiran sahabat..
    Ikut pemikiran Abu bakar..
    Bagaimana untuk selamatkan madinah dan umat islam pertama sekali ialah selamatkan agama..
    Bagaimana untuk selamatkan agama?
    Dakwahkan iman..
    Perkara yang dilakukan oleh Semua Nabi nabi..
    Perkara yang diusahakan oleh Semua para sahabat..
    Apa Itu iman.. Tuan lebih mengerti..
    Bukan salah raja atau ahli politik tapi salah saya tak Dakwahkan iman pada ahli politik dan raja..
    Tuan ada kawan maka Dakwahkan kawan2 tuan kepada allah.. Bukan kepada parti..
    Bawa umat kepada allah bukan pada makhluk..
    7 billion umat manusia tuan.. 1.5 billion muslim.. Dalam 1.5 billion muslim tadi separuhnya wanita.. Separuhnya lelaki.. Dimana lelaki2 ni tadi ketika azan diazankan?
    Nak wat Negara islam Tapi masjid Takde orang.. Sebab ape? Sebab umno? Pas? Pkr? Raja?
    Sebab tak wat amal makruf nahi munkar..
    Dah wat dah.. Bape orang kita ajak pergi masjid Dalam sehari? Bape orang kita ajar untuk ajak orang kemasjid setiap hari?
    Semuanya dengan izin allah..
    Doa pada allah supaya allah bagi hidayat pada seluruh umat..
    Doa je Tak de usaha cemana nak jadi..
    So doa pada allah supaya allah bagi kita usaha..
    Bila allah dah bagi kita berusaha so kita usaha sungguh2..
    Kalau pangkah kertas undi 5 tahun sekali..
    Ada 1825 hari lagi untuk kita ajak Semua manusia ke masjid.. Tuan dimarhalah tuan saya dia marhalah saya..
    Bukan tuan atau saya yang bagi hidayat Tapi allah..
    Kalau kita wat kerana allah insyaallah berjaya.. Dan allah s.w.t suka..
    Kerana kita wat Satu perkara sunnah..
    Salahkan parti politik kerajaan raja atau pemerintah bukan sunnah..
    Tak de kejayaan..
    Bukan alasan untuk kita tak gunakan 1825 hari untuk ajak seorang ke masjid setiap hari..
    Tuan dah nampak kerja tuan so tuan usahakan dan seluruh umat islam usahakan..
    Dan allah suka perkara ni..
    Bom bam bom bam sana salah sini salah sana munafik sini munafik bukan sunnah..
    1825 tuan ajak ke masjid kerana allah bukan kerana parti atau kerana makhluk insyaallah allah terima pengorbanan tuan..

    BalasPadam