04 Disember 2010

86.Tahun Perpisahan!

Setelah penat dimainkan oleh Tok Lat dan Tok Ayah Bidin, aku akhirnya membocorkan mengenai mereka berdua kepada dato-dato.
Selama ini melalui perjalanan Tasauf, aku bersangkaan telah dipertemukan dengan darjat tertinggi dalam kematian Hakekat Makriat iaitu apabila dipertemukan dengan Tok Lat dan Tok Ayah Bidin yang aku sangkakan Mahaguru dalam persilatan ku. Selama ini aku sangkakan persilatan di Raub berkesinambungan dengan Tok Lat dan Tok Ayah Bidin secara zahirnya. Tok Ayah Bidin pula mengakui silat Mahaguru Pertama yang aku terima di dalam mimpi adalah kesinambungan persilatan di Raub, lalu mereka semua – dato-dato, Tok Lat dan Tok Ayah Bidin aku sangka di bawah satu bendera iaitu bendera Kebangkitan Melayu! Lebih kurang 10 tahun aku bersangkaan demikian. Tapi ternyata tidak!
Ini amatlah mengejutkan ku!
Bila dato-dato dengan Tok Lat dan Tok Ayah Bidin tidak di bawah satu bendera, aku menjadi teramat keliru mengenai perjalanan hidup ku.
`Mereka mengambil kesempatan,cucu!’, , tok menjelaskan merujuk kepada mimpi-mimpi yang dato berikan sebagai alamat-alamat apa yang bakal berlaku kepada aku bila sampai masanya.
`Mereka mencuri berita,cucu.....’, tok menerangkan merujuk bahawa Tok Lat dan Tok Ayah Bidin telah berjaya mencuri berita mengenai ku. Mereka mencuri berita mengenai ku persis syaitan di langit dunia yang menyambar berita-berita ghaib yang turun dari Loh Mahfudz. Demikianlah sangka ku.
Aku tinggalkan Tok Lat dan Tok Ayah Bidin lantas menjadi akrab dengan Yim dan dato-dato semula. Bila aku membincangkan nama Tok Lat kepada Tok Itam satu kejutan pula terjadi:
Panglima Hitam – pemegang amanah persilatan dan orang/panglima terpenting dalam perguruan, tiba-tiba ketakutan bila aku menyebut nama Tok Lat.Wajah Panglima Hitam sangat cemas.Aku tidak pernah melihat panglima yang selama ini sangat hebat, handal dan aku sanjungi, tiba-tiba bagaikan ketakutan. Pada malam itu ada sedikit urusan perubatan dengan Tok Itam mengenai isteri ku yang membabitkan Tok Lat. Akibatnya pada malam itu Yim yang menjalankan perubatan menjadi tunggang-terbalik dan rebah-rempah melarikan diri di dalam mimpi dari hambatan Tok Lat. Emi pun mendapat mimpi aneh yang menakutkan.
Pada waktu itu aku berpendapat Yim yang hanyalah berada pada taraf seorang panglima – sama juga dengan dato-dato yang bertaraf panglima – tidak akan mampu menghadapi Tok Lat.
(Isteri ku lama sebelum ini memang telah mendapat alamat bahawa Tok Lat digambarkan sebagai satu lembaga nyalaan api yang tersangat besar yang tidak berkepala. Digambarkan makhluk itu bagai tidak dapat dikalahkan.Bila hal ini dirujuk kepada Tok Lat dia mengatakan itulah ilmunya. Dari Tok Empat Zanum, dia juga memberitahu ku Tok Lat dan Tok Ayah Sohor – berdasarkan maklumat ghaib dari rangkaiannya – itulah sahaja lagi tinggal, dua orang yang sangat tinggi tarafnya yang telah melahirkan ribuan anak murid)
Aku cuba untuk menghubungkan dato-dato dengan Tok Lat untuk melihat kesepaduan peranan mereka dalam melonjakkan aku untuk misi yang teramat penting.Aku telah meminta Tok Lat menemui dato-dato. Dua minggu kemudian, Tok Lat mengatakan dia telah bertemu dengan seseorang dari dato sebagai utusannya. Bila aku tanya:
`Siapa yang datang menemui Tok, adakah seorang panglima?’, aku memang menyangka tentulah Tok Itam yang menemui Tok Lat.Tok Lat menjawab:
`Bukan Cikgu. Itu rendah sangat’.
`Jadi Petandakah?’
`Tinggi lagi, Cikgu’
Maka fahamlah aku bahawa Guru atau Mahagurulah yang bertemu Tok Lat kerana Tok Lat pada taraf itu. Pernah Tok Lat memberitahu ku ada 10 orang sepertinya yang menjalani sayembara kerohanian, termasuk Moyang dan Tok Ayah Sohor. Cuma Moyang sahaja yang lulus dan sebab itulah Moyang adalah induk dalam rangkaian mereka.
Bila satu rawatan dari tok perlu dilakukan untuk memulIhkan isteri ku (Kesah dalam Bab (37) RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA: Ajal Dan Maut Di Tangan Tuhan), Tok Lat terpaksa dihadapi dan hanya dapat ditumpaskan setelah berpuluh-puluh panglima menentangnya secara bergilir-gilir pada setiap hari.Kira-kira satu bulan pertarungan berlaku antara para panglima dengan kekuatan kebatinan Tok Lat yang ada tujuh ketumbukan kebatinan tertinggi. Tidak lama selepas itu Tok Lat pun meninggal dunia. Inilah takdir bagi Tok Lat.
Aku kembali berurusan dengan dato-dato seperti dahulu dengan sangkaan mereka benar-benar wali Allah dan aku dididik oleh para wali untuk perjuangan akhir zaman. Tok Lat dan Tok Ayah Sohor adalah gangguan yang mengacau rancangan dato-dato untuk ku. Itulah analisis dan kesimpulan ku. Aku cuba bersabar menanti tahun 2012 yang ada ramalan mengenai satu perubahan besar yang akan melanda dunia dan pada tahun tersebut dijangka akan berlangsung PRU 13. Manalah tahu itulah saat sebenar Kebangkitan Rakyat bersama polis dan tentera yang digambarkan dalam mimpi ku pada sekitar 2002/3.
Tapi satu persoalan pula melanda jiwa ku.Telah lama sebenarnya persoalan ini.
Benarkah aku berada dalam laluan Ilahi untuk Kebangkitan Melayu atau hanyalah satu permainan? Isteri ku sejak sekian lama sangat mencurigainya.
Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana tahun 2012 masih di hadapan – belum tiba. Aku bersyukur kerana Kebangkitan Rakyat 2007/2008 tidak menjadi tragedi besar. Aku juga bersyukur kerana tidak berlaku peperangan pada tahun 1980. Aku bersyukur kepada Allah kerana dalam tempoh –tempoh terakhir ini, menjadi tempoh peralihan kerana telah mendapat satu kebenaran hakiki dan kesimpulan yang muktamad. Banyak sumbernya. Aku diberi petunjuk oleh Allah swt dan keinsafan bahawa, bukan sahaja Tok Lat serta Tok Ayah Sohor yang melencongkan aku dari jalan yang lurus – ihdinassiratal mustaqim, tapi bahkan dato-dato juga! Bahkan dato-datolah sebenarnya yang lebih merbahaya. Dato-dato bukanlah roh para wali silam sebagaimana dakwaan mereka. Yang sebenarnya mereka adalah jin-jin Islam dan bahawa sesungghnya Jin Islam lebih jahat,lebih licik dan lebih halus berbanding Jin Kafir. Kelicikan peranan dan tipu daya mereka telah berlangsung sejak ratusan tahun dalam kemusnahan akidah yang melanda umat Melayu melalui ilmu persilatan di Nusantara!
Aku cukup terkedu bila memahami bahawa kebanggaan Bangsa Melayu terhadap kehebatan kebatinan dan kebolehan luar biasa dalam pergaduhan dan peperangan pada zaman-zaman yang lalu dan kini, sebenarnya adalah satu perdayaan dan kebinasan oleh campur tangan, di antaranya oleh makhluk bernama jin Islam!
Selama 30 tahun iaitu dari 1977 – 2009 aku tertipu mengenai menyeru roh para wali kerana bersangkaan, tidak siapapun tahu bahawa wali Allah memang boleh dipanggil dan khas untuk kami sahaja - aku,Wan, Piei, Dol dan Yassin serta Yim. Aku bersangkaan roh para pahlawan silam dibangkitkan demi Kebangkitan Melayu dan Islam Akhir Zaman. Selama 30 tahun aku salah dalam mentafsir ayat 122 surah Al Anaam yang bermaksud:
`Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang yang dengan cahaya itu dia dapat bergerak di tengah-tengah masyarakat manusia......’
Aku juga tidak menafsir/memahami dengan tepat ayat yang berikut:
‘Ia menyeru selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudarat dan tidak (pula) memberi munafaat kepadanya. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.Ia menyeru sesuatu yang sebenarnya mudaratnya lebih dekat dari manfaatnya. Sesungguhnya yang diserunya itu adalah sejahat-ahat penolong dan sejahat-jahat kawan (Al Hajj: 12-13)
Aku menyangkakan ayat berkenaan ditujukan kepada orang-orang kafir sahaja tanpa menyedari bahawa aku sendirilah sebenarnya yang menyeru selain Allah dan selain Allah lah yang telah memberikan bantuan kepada ku. Tidakkah ini telah menyebabkan aku syirik, yang ertinya bukannya sekadar syirik khafi tetapi syrik jali atau syirik akhbar. Firman Allah:
‘Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan’ (Al Israa:17:39)
`Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, tuhan apa pun yang lain.Tidak ada Tuhan melainkan Dia’ (Al Qasas:28:88)
Selama ini aku diperdaya bahawa apabila bertarung, aku menggunakan kuasa Allah kerana berzikir kepada Allah dan menyeru kepadaNya, tetapi rupa-rupanya jinlah yang memberikan bantuan dengan seluruh kehebatannya di sebalik seruan ku itu.
Saudara, tanpa aku sedari bahawa di sebalik keistimewaan yang aku alami; mereka – jin-jin Islam yang aku panggil dato/tok - bersembunyi di sebalik maksud keagamaan ku – membela agama, bangsa dan tanah air dan seterusnya peperangan akhir zaman!
Tidak aku sedari selama ini syarat-syarat dalam pengijazahan persilatan dari mereka dan mematuhinya adalah tanda tunduk dan perhambaan kepada mereka - dato-dato/jin Islam - bagi membolehkan mereka berdampingan.
Tidak aku sedari selama ini aku diasuh dengan didikan keagamaan oleh mereka, supaya berpegang teguh dengan ajaran agama bahkan ditunjuk ajar cara-cara beramal yang lebih sempurna dan berbagai-bagai nasihat keagamaan, supaya berterusan menyangkakan mereka – wali-wali Allah yang menabur kebaikan Islam untuk ku.
Demikianlah liciknya Jin Islam sehingga bahkan ayat-ayat al Quran yang diamalkan untuk memperolehi apa-apa jua kehebatan, merekalah sebenarnya yang datang memberikan pertolongan atau memenuhi hajat yang diperlukan melalui mematuhi pensyaratan yang diberikan sebelum ini dan penganugerahan ijazah!
Inilah sebab rupa-rupanya seluruh ilmu dan amalan perlu melalui seorang guru hakiki/mursyid!
Baharulah aku menginsafi bahawa di akhirat nanti manusia yang diperdayakan oleh Jin Islam menerusi cara ini, mereka mungkin akan bankrap pahala amalnya kerana Jin-Jin Islam pasti akan menuntut balasan di atas segala jasa-jasa yang mereka berikan di dunia. Jadi nak bayar dengan apa nanti? Jawapannya habislah seluruh amal soleh diangkut oleh Jin Islam! Mereka adalah gunting dalam lipatan, telunjuk lurus kelingking berkait.
Demikianlah jahatnya perdayaan Jin Islam!
MEMAHAMI INI AKU MENJADI TERKEDU MEGENANGKAN BANGSA MELAYU KU – NENEK MOYANG KITA SEMUA - PADA ZAMAN YANG LALU YANG MENGAMALKAN PELBAGAI JENIS PERSILATAN DAN ILMU KEBATINAN!
BELUM LAGI BERBICARA MENGENAI PERBOMOHAN,PERBIDANAN, KEPAWANGAN, PENGANDAMAN, PEMUDIMAN DAN SEBAGAINYA YANG TIDAK DAPAT TIDAK JIN ISLAM DAN JIN KAFIR ADA PERANANNYA KERANA SEMUANYA ITU MELIBATKAN JAMPI SERAPAH DAN MENTERA DAN SUDAH TENTU AYAT-AYAT QURAN JUGA!
Jika demikian, SILAT MELAYU YANG SELAMA INI DIMEGAHKAN OLEH ORANG-ORANG MELAYU KERANA MEMILIKI KEHEBATAN MISTIK TERUTAMA DALAM PEPERANGAN ADALAH SILAT YANG MEMBAWA BENCANA KEPADA BANGSA MELAYU DAN PERLU DITINGGALKAN MISTIKNYA SUPAYA BANGSA MELAYU BANGKIT PADA AKHIR ZAMAN DENGAN TAUHID KEESAAN YANG SEMATA-MATA BERGANTUNG KEPADA ZAT ALLAH YANG MAHA GAGAH LAGI MAHA PERKASA.
SEMOGA PEMBACA KESAH TENTERA AKHIR ZAMAN AKAN MENDAPAT IKTIBAR BAHAWA SILAT MELAYU PENUH DENGAN BENCANA MISTIK DAN MISTRI.
JADI BERHATI-HATILAH.
CARILAH SILAT MELAYU YANG ASLI, MURNI DAN SEJATI DENGAN TIDAK MENYERU SESIAPA ATAU APA-APA JUA SELAIN ALLAH, TIDAK MENGAMALKAN APA-APA JUA ILMU UNTUK KEHEBATAN DAN KESAKTIAN SELAIN LANGSUNG DENGAN ALLAH; KERANA SILAT MELAYU YANG MURNI ADALAH KEPERWIRAAN SEJATI TENTERA AKHIR ZAMAN YANG SEMATA-MATA BERGANTUNG KEPADA ALLAH ZAT YANG MAHA GAGAH LAGI MAHA PERKASA.
FIRMAN ALLAH:
`ALLAH TELAH MENETAPKAN: AKU DAN RASUL-RASUL KU PASTI MENANG!’ SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUAT LAGI GAGAH PERKASA’ (Al Mujadilah:21)

Sesungguhnya memang masih banyak hal-hal yang hebat membanggakan yang telah pernah aku tempuhi sepanjang berdampingan dengan mereka yang kalau aku tulis semuanya akan menjadi kesah yang panjang pula dalam siri TENTERA AKHIR ZAMAN ini. Jadi cukuplah sampai di sini sahaja kerana ada agenda yang lebih utama sedang menanti.
Apapun aku ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog KANZUN MAHFIYYAN yang masih setia sejak 2008 sehingga sekarang ( 5 Disember 2010) mengikuti dua kesah ku` RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA’ dan `TENTERA AKHIR ZAMAN’ yang kedua-dua kesah tersebut semoga memberikan faedah yang berguna kepada kalian semua Bangsa Melayu ku.

11 ulasan:

  1. Salam tuan,

    terimakasih sudi berkongsi pengalaman. Harap blog akan disambung.
    Jika buku akan diterbitkan, sila lah war-warkan di blog ini.

    Wassalam.
    -PA-

    BalasPadam
  2. Insyaallah.Saya akan menerbitkan karya-karya sastera Islam yang berteraskan agama yg lebih berfokus kepada jiwa agama dan Tasauf. Begitu juga karya Tasauf yg sebahagiannya telah sedia ada di dalam blog ini terutama rencana-rencana pd awal kemunculan KANZUN MAHFIYYAN.
    Blog ini akan disambung seterusnya mebicarakan mengenai aspek terpenting masa kini utk kebangkian ummah Islamiah terutama orang-orang Melayu menjelang PRU ke 13.
    Semoga saudara akan terus menyemarakkan suasana bagi perkongsian dan pertukaran minda demi sama-sama mencari/mendapatkan kebenaran hakiki di sisiNya. Amin.Tk.
    Wassalamualaikum wbt

    BalasPadam
  3. huh..habis jg akhirnya...best2...cuma klu sudah dbukukan biarlah ada kesinambungan dan detail lagi...mcm novel atau biography..sy mmg minat buku mcm tu.

    Lagi satu saya rasa belum puas sebab tidak diceritakan bagaimana tuan akhirnya dapat mengetahui yang dato2 tu jin sahaja. Begitu juga kisah yang pertama. Adakah bersambung di penulisan akan datang?

    Saya ingin bertanya sikit...bagaimana status ajaran tok2 spt isyarat telunjuk masa tasyud dan detakan di hati serta ajaran lainnya. Boleh pakai kah?

    minta maaf kalau banyak bertanya...tetapi sy mmg pembaca setia blog ni..

    BalasPadam
  4. Kesah yg pertama dan kedua perlu diintegrasikan baharulah dapat mengikuti plot dan messagenya.Kesah pertama adalah permainan iblis terhadap pengamal Tasauf dan kesah kedua permainan jin Islam dalam dunia persilatan Melayu.Kesah kedua adalah kesah zman muda dan kesah pertama sambungan dari zaman muda.Nantilah bila dibukukan lebih mudah utk diikuti.
    Tentang status masa tasyud masih dalam proses dan dgn izin Allah akan jelas juga nntinya. Tapi awas...jangan saudara amalkan..Ingaat semua ilmu mesti berguru trutama dlm soal Tasauf.

    BalasPadam
  5. "Tentang status masa tasyud masih dalam proses dan dgn izin Allah akan jelas juga nntinya. Tapi awas...jangan saudara amalkan..Ingaat semua ilmu mesti berguru trutama dlm soal Tasauf."
    rujuk ayat tu merujuk kepada guru mursyid ke atau guru lain?

    dah agak dah last last mesti jin punya kije.....mana mungkin orang yag dah ke alam barzakh boleh dijempot tinggal dekat gunung tahan.....lepas dari alam barzakh.....

    BalasPadam
  6. ALHAMDULILLAH....HABIS BACA...SUKUR ANDA SEDAR DNG PERMAINAN JIN .....LUPAKAN TENTANG 1212 ,MENGARUT..HANYA ALLAH YG MAHA MENGETAHUI BILA KIAMAT BERLAKU...

    BalasPadam
  7. Kupasan yang baik dan dapat membantu peningkatan kefahaman mengenai tasauf. terima kasih

    BalasPadam
  8. TanpaNama: 2012 bukan kiamat tetapi jangkaan akan kemungkinan belakunya bencana.Ini dari banyakmsumber.Saya mengesyaki akan era baru bagi dunia.Imam Mahadi memang sedang dinantikan.Apa kata kemungkinan era Islam bermula tetapi musuh Islam memesongkannya?

    BalasPadam
  9. Sdr Abatasa.Kefahaman Tasauf sangat penting.Tasauf adalah sumber kekuatan agama.Semoga saya , saudara dan semua yg meminati Tasauf akan beroleh munafaatnya.

    BalasPadam
  10. thanks infonya menarik dan bermanfaat
    share terus info menarik lainnya

    BalasPadam
  11. Rangkaian iblis dah upgrade tarikh berlaku kebangkitan. Info yg di download dlm mimpi-mimpi ialah tahun 2020. Ramai berhakikat bertasauf dan beramal untuk persediaan menjadi tentera akhir zaman. Sedangkan Allah swt tegaskn iman dan amal hanya untuk AKU shj. Jika ada niat lain hatta untuk jadi tentera mahdi pun maka diri org itu akan di serahkn kpd iblis.

    BalasPadam