06 Januari 2013

NOVEL TERBAIK 2010/2011



 NOVEL TERBAIK 2010/2011

Berminat untuk mengetahui  bagaimana  model kehidupan dalam sebuah negara Islam moden? Berminat untuk mencabar minda dan jiwa anda dengan pemikiran aras tinggi mengenai  Islam? Berminat dengan model percintaan yang lebih Islamik dalam sistem pemerintahan Islam tulin? Dapatkan novel   BALDATUN THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur, sebuah novel  futuristik  Malaysia tahun 2020. 

 
Novel BALDATUN THOIYIBATUN Memenangi HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2010/2011

Pengarang      :           Kamaludin Endol
PELITA DI DALAM KACA (Nama Pena)
Penerbit          :           Pustaka Kanzun Mahfiyyan, Kuantan, Pahang
ISBN               :           978-967-1029404


Novel ini membawa anda mengalami sendiri hawa kehidupan dalam keindahan dan kesyumulan Islam, melalui pengalaman dan lawatan Dr.Lleyton Hewitt ke Malaysia/Tanah Melayu untuk memahami konsep Cahaya Ilahi; menelusuri ke dalam liku-liku kehidupan nyata masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada semua kesempurnaan Islam yang selama ini terpendam oleh hagemoni Barat dan Yahudi.
Bagaimanakah Negara Islam Moden tahun 2020 menurut persepsi dan imaginasi pengarang? Apakah sama dengan Negara Islam Unggul Zaman Khulafa ar-Rasyidin? Apakah pula bezanya dengan negara sekular Barat dan Timur? Inilah persoalan-persoalan yang sangat menarik bahkan mencabar untuk ditelusuri!
BALDATUN THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur sangat sesuai dibaca oleh semua aktivis politik, golongan terpelajar, pendukung dan umat Islam yang merindui kehidupan yang dijanjikan oleh al-Quran: Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur (negerimu adalah negeri yang baik dan (Tuhan mu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun). Ianya juga sangat sesuai dibaca oleh semua pembaca yang ingin mengenali keindahan negara Islam yang diimaginasikan oleh penulis yang mungkin bakal menggantikan sistem dunia kontemporari seperti dijanjikan dalam sunnatullah bila tiba saat dan ketika yang ditakdirkanNya.



LAPORAN PANEL HADIAH SASTERA PERDANA 2010/2011

"Novel Baldatun Thoiyyibatun membina sebuah model negara impian di Malaysia yang mengutamakan aspek kebajikan.Novel ini sarat dengan idea dan ideologi yang menjurus ke arah pengagungan Islam sebagai tonggak pembinaan sesebuah tamadun.Kota Cahaya dibina menurut nilai keadilan, ketertiban, kebersihan dan kebenaran Islam.Pembangunan prasarana, sistem pengadilan, sistem pendidikan, pendaulatan ilmu dan ilmuan, disejajarkan dengan kehendak Islam.Dalam skala yang lebih besar, pertembungan antara Islam dengan penentangnya yang mengalami gejala Islamofobia dihuraikan dengan begitu informatif, argumentatif, ideologikal dan terbina dalam plot yang dramatik.Rangkuman teknik dan nilai yang sedemikian menjadikan teks ini bertenaga sebagai penyampai ilmu, peneguh ideologi dan sekali gus menjinakkan kedegilan manusia secara halus.Selain itu perwujudan watak yang pelbagai latar belakang dan kedudukan juga mencerminkan kehalusan corak naratifnya.Dalam perspektif naratif realisme, novel ini dianggap tidak logik dan mungkin tidak relevan, tetapi dari sudut yang lebih strategis, teks futuristik dan bersifat representatif sebegini berupaya memberikan mesej yang jauh melampaui keupayaan teks realisme.Kekuatan lain yang dapat diangkat daripada novel ini ialah nilai ilmunya yang sarat.Bersumberkan kitab al-Quran, sirah dan hadis, banyak persoalan yang dikemukakan secara sepintas lalu telah disokong dengan sumber dan penjelasan tambahan pada bahagian nota hujungnya”.


BALDATUN THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur bukan semata-mata novel.Ianya adalah sebuah sastera Islam yang  bicaranya adalah agama!
Menatapnya bukan semata-mata untuk santai dan hiburan tetapi adalah untuk memahami, menaakul, menghayati dan menjiwai sebuah kehidupan beragama!
Boleh didapati di semua kedai-kedai buku terkemuka di seluruh Malaysia atau boleh hubungi penerbit:

PUSTAKA KANZUN MAHFIYYAN,
Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel 013-9098135
E-mail: pustakakanzunmahfiyyan@gmail.com
Harga RM30.00 senaskah termasuk belanja pos






1 ulasan:

  1. Hi to all, the contents present at this web page are in fact remarkable for people knowledge, well, keep up
    the nice work fellows.
    my site: read what they said about it

    BalasPadam