30 Jun 2009

KEBANGKITAN MELAYU AKHIR ZAMAN
(Artikel 9)


Untuk bangkit....
Untuk bangkit Bangsa Melayu perlulah mentafsir dengan tepat firman Allah Taala:
‘‘Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa’ – An Nuur: 55

`Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauhul Mahfudz, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang solleh – Al Anbiya:105

Syarat wajib untuk bangkit ialah Bangsa Melayu mesti beriman dan beramal soleh.
Orang Melayu adalah orang Islam dan beragama Islam. Persoalannya,apakah orang Melayu beriman? Ini amat perlu dianalisis.

Apakah orang Melayu beramal soleh? Ini juga perlu dianalisis.

Amal soleh adalah syarat selepas beriman, sebagaimana iman adalah syarat selepas kesempurnaan Islam, kerana tanpa iman, semua amal tidak menjadi amal soleh. Bahkan sia-sia sahaja seperti amal kebajikan dan kebaikan amal orang-orang kafir. Maksud di sini, kalau orang Melayu sekadar Islam, belum pasti amal kebaikan berguna di sisi Allah Rabbul Alamin.


Intisari kedua-dua ayat di atas bermaksud, kalau orang Melayu telah beriman dan beramal soleh, sudah tentu telah sampai waktunya bumi ini diserahkan kepada Bangsa Melayu. Ini bererti, pada tahap sehingga sekarang orang-orang Melayu masih berhadapan dengan masalah iman. Sampai tahap sekarang, orang-orang Melayu berada dalam krisis akedah/tauhid yang sebenarnya kronik. Inilah yang mesti dianalisis di sebalik kerajinan umat Melayu melaksanakan Islam zahir – ibadah. Isu ini telah disentuh dalam tulisan-tulisan sebelum ini.

Siapakah puncanya yang menyebabkan Bangsa Melayu berhadapan dengan krisis iman yang kronik ini? Jawapannya seperti Sabda Rasulullah saw berikut:
`Sesungguhnya aku lebih takut padamu,kepada yang bukan dajal dari dajal’
Lalu orang menanyakan:”Siapakah itu?”
Maka menjawab Nabi saw:”Imam-imam yang menyesatkan”
(Ihya Jld.1 hal.225)

Bersabda Rasulullah saw seterusnya:
`Dua golongan dari umatku apabila baik nescaya baiklah manusia semuanya dan apabila rusak nescaya rusaklah manusia seluruhnya iaitu amir-amir (pemerintah) dan ahli-ahli fiqih (ulama)’ – Ihya Jld.1. hal.48

Amir-amir ialah golongan pemerintah yang dinamakan Mulkan Jabbariyyan.Mulkan Jabbariyyan bererti pemerintah yang meyeleweng/durhaka kerana mengikut telunjuk Yahudi dalam memerintah negara dan memimpin Bangsa Melayu sejak 52 tahun yang lalu, dan tetap enggan sehingga kini untuk melaksanakan sistem pemerintahan Islam.Merekalah punca kemusnahan iman dan akidah.

Ulama pula adalah ulama jahat iaitu golongan cerdik pandai Melayu yang menuntut di universiti sekular dalam bidang agama atau di universiti Islam di Timur Tengah, tetapi menuntut ilmu bukan untuk mencari redha Allah dan wajahNya, tetapi untuk mendapatkan kedudukan duniawi di sisi kerajaan Mulkan Jabbariyyan. Mereka selesa dengan kedudukan dan pangkat yang diberikan lantas membisu di atas penguatkuasaan dasar-dasar Yahudi serta kemungkaran yang dilakukan oleh golongan Mulkan Jabbariyyan. Mereka tidak menjadi penasihat agama untuk menegakkan sistem Islam tetapi pemusnah agama. Hadis Nabi saw mengenai mereka.

Sabda Nabi Muhammad saw:
‘Ulama yang jahat ialah yang datang kepada amir-amir (Mulkan Jabbariyyan). Amir yang baik ialah yang datang kepada ulama-ulama’- Ihya Jld.1 hal:258

Sabda Nabi saw seterusnya:
Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal dari Al Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjd mereka tersergam indah, tetapi ia kosong dari hidayah.Ulamak mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali’

Renungilah dengan mata hati sabda Rasulullah saw yang berikut untuk menunjukkan betapa Bangsa Melayu – terkhususnya Mulkan Jabbariyyaan dan semua yang bersengkongkol dan menyokongnya - berhadapan dengan masalah iman dan akidah walau melaksanakan Islam Zahir:

Tiga perkara, barangsiapa ada pada tiga perkara itu maka dia itu orang munafik, walaupun ia berpuasa, mengerjakan solat dan mendakwa bahawa ia muslim. Iaitu apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia menyalahi janji dan apabila dipercayai ia khianat’ - Ihya 4 hal. 338

Dalam politik dan kempen-kempen pilihan raya hal sedemikian sangat ketara. Menabur janji, menabur fitnah jadi mainan. Ini sesungguhnya bukan watak orang beriman kerana orang beriman memiliki akhlak yang suci.

‘Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka.Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas.Mereka bermaksud riya di hadapan manusia.Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali – An Nisaa: 142.

Bicara orang-orang munafik, amal mereka, projek-projek mereka adalah untuk ria – untuk dilihat dan diketahui, untuk diwar-warkan, dipamer dan dimegahkan.Bicara mereka adalah hal-hal ekonomi dan pelaboran iaitu bagaimana mahu tambah wang, bagaimana mahu jadi kaya yang semuanya berkisar kepada soal selera perut dan nafsu. Masalah agama tidak penting. Mengenai ini Sabda Nabi saw:
Orang mukmin cita-citanya pada solat, puasa dan ibadah. Dan orang munafik itu cita-citanya pada makan dan minum seperti binatang ternak’ – Ihya 4 hal.188

Firman Allah Taala mengenai mereka.
’Apabila dikatakan kepada mereka:`Marilah kamu kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul’., nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang dengan sekuat-kuatnya dari kamu’ (An Nisa:61)

Siapakah kalau tidak Mulkan Jabbariyyan yang tetap enggan melaksanakan sistem Islam setelah 52 tahun mentadbir negara dan tidak membenarkan hudud di jalankan di negeri Kelantan? Siapakah kalau bukan Mulkan Jabbariyyan yang menghalang rakyat dari menyokong PAS untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya bagi melaksakana sistem Islam.

Firman Allah Taala:
‘Hai orang–orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu – Al Baqarah: 208.

Syaitan telah menyebabkan Mulkan Jabbariyyan mengekalkan ideologi dan sistem hidup Yahudi di bumi Melayu ini.

dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa’ (Al Anaam:6:153)

Tapi Mulkan Jabbariyyan memilih jalan-jalan yang salah di sisi Allah dan RasulNya dan inilah punca perpecahan kerana Mulkan Jabbariyyan tidak mahu melaksanakan Jalan Ku yang lurus.

Firman Allah Taala:‘Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang kafir’ – Al Maidah:44.

Dan tidak adalah yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang zalim” – Al-Ankaabut:29:49

Dan tidak adalah yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang kafir” – Al-Ankabut:29:47

Lalu masih adakah sisa iman di hati?

‘Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya’ – Al-Baqarah:275

Bank Negaralah ibu kapitalisme di bumi Melayu yang menjadi asas tertegaknya amalan riba sehingga semua bank mesti mematuhinya. Apabila sebuah syarikat kewangan Islam mahu ditubuhkan sempena dengan penerapan nilai-nilai Islam awal 1990an dahulu, yang dinamakan Bank Islam, pakar-pakar ekonomi terkial-kial mencari satu istilah yang sedap didengar supaya dapat dibezakan dengan syarikat kewangan kapitalis.Maka muncullah istilah `bayaran perkhidmatan’ menggantikan istilah riba yang haram. Diselitkanlah `akad jual beli’ untuk menampakkan Islamik. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa! Isu kezalimaan dan penindasan yang dimusuhi Islam tidak dihapuskan. Bank Islam rupa-rupanya tetap seperti bank kapitalis juga. Tetap zalim dan menindas.Maka buruklah imej Islam kerana banknya juga zalim seperti bank kapitalis. Alangkah malangnya nasib Bank Islam yang tidak menunjukkan satu contoh keindahan Islam!

`Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu” (Al Hujurat:49:10)
’Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian’

Politik demokrasi yang dipertahankan oleh golongan Mulkan Jabbariyyan menyebabkan Bangsa Melayu hampir hilang persaudaraan. Inilah motif sistem ini diperkenalkan oleh Yahudi. Akibatnya dua golongan besar bangsa Melayu berkonflik sejak lebih 52 tahun yang lalu. Penyelesaiannya telah disarankan iaitu `kembalikan kepada Allah dan RasulNya. Tapi Mukan Jabbariyyan tidak mahu. Ini menunjukkan kamu benar-benar tidak beriman, iaitu kebalikan dari ayat di atas.
`Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir (apabila dizalimi, dianiaya atau diperangi) tetapi berkasih-sayang sesama mereka’ – Al-Fath:48:29.
Mulkan Jabbaariyyan hanya berani bersikap keras kepada sesama sebangsa dan seagama!
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang beriman’ (An Nur:24:2)
Inilah antara perintah hudud. Perhatikan ayat `jika kamu beriman’, jalankanlah. Tapi Mulkan Jabbaariyyan tak mahu jalankan. Apa ertinya lagi!
‘Tidak halal darah seseorang muslim melainkan dengan satu daripada tiga kesalahan. Orang yang telah berkahwin melakukan perzinaan, nyawa dibalas dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya dan berpisah daripada jamaah
Ini juga hudud dan qisas tapi Mulkan Jabbariyyan lebih selesa degan undang-undang Civil, bukan undang-undang Islam.

Lihatkan kepada diri dan tanyalah hati pakah ada sisa iman di hati.
Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan RasulNya lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya.
Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya
Tidak beriman dengan aku seseorang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan dia tahu yang jirannya dalam kelaparan.
Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa selamat dari kejahatannya.
Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengelurkan kata-kata buruk dan kesat.
Inilah erti persaudaraan sesama Bangsa Melayu. Tetapi politik demokrasi telah memecahbelahkan. Sesiapa yang mencerobohi mana-mana tanda iman di atas, ertinya tidak beriman....
’Barangsiapa menyukai sesuatu kaum dan mengambil mereka menjadi pemimpinnya, nescaya ia dikumpulkan bersama mereka pada hari kiamat’ – Ihya Jld.7 hal.575
Ertinya Mulkan Jabbariyyan yang menyukai Barat Yahudi dan dengan kaum kerabat yang bersengkongkol dengannya, akan berkumpul bersama semua bangsa-bangsa lain di dunia ini, yang sama-sama menjadi pendukung ideologi Barat Yahudi.
’Barangsiapa menyaksikan perbuatan munkar lalu ia reda dengan perbuatan tersebut, maka seakan-akan ia telah mengerjakannya’ Ihya Jld.7 hal.572
Dasar Mulkan Jabbariyyan bukan lagi sekadar menyaksikan perbuatan munkar tapi menjadi penaja pelbagai program kemungkaran pelbagai festival dan pesta termasuk yang disiarkan oleh media elektronik.
‘Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada seberat biji sawi di hatinya sifat sombong……( Ihya Ulumiddin Jld. 5 hal 442
Rakyat boleh menceritakan betapa ada tembok tembaga yang tebal menjadi dinding antara rakyat ramai dengan golongan atasan.
Dan barangsiapa membunuh orang beriman dengan sengaja, balasannya ialah neraka jahanam, mereka kekal di dalamnya – An Nisa.93
Berapa ramai yang telah dijatuhi melalui hukuman Civil sejak sekian lama. Ertinya mereka dibunuh bukan dengan keadilan Ilahi. Sesiapa jua yang menyetujui dan merelainya adalah bersekutu dengan Mulkan Jabbariyyan berkongsi dosanya di Yaumil Mahsyar nanti.
`Akan datang kepada manusia suatu zaman yang pembicaraan mereka dalam masjid-masjid adalah urusan duniawi. Tak adalah bagi Allah hajat pada mereka. Dari itu janganlah kamu duduk-duduk bersama mereka – Jld. 1 hal.621
Akan datang pada akhir zaman segolongan manusia daripada umat ku yang mendatangi masjid lalu duduk di dalamnya berlingkar-lingkaran. Pembicaraan mereka adalah dunia dan mencintai dunia.Maka janganlah engkau duduk besama mereka. Tiadalah suatu hajat dengan mereka bagi Allah Jld.1. hal.526
Inilah budaya hasil didikan Mulkan Jabbariyyan sehingga di dalam masjid pun bicara masih kepadaa urusan makan-minum, dunia dan ringgit.
`
Apabila umatku membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
i. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
(pada sahabat, kroni)
ii. Amanah dijadikan suatu sumber keuntungan (amanah jadi pemimpin dijadikan peluang buat kekayaan)
iii. Zakat dijadikan hutang (berlaku kepada golongan korporat/individu dengan kaedah yang sama seperti Cukai Pendapatan)
iv. Suami memperturutkan kehendak isteri (terutama isteri yang bekerja)
v.
Anak derhaka terhadap ibunya
vi. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
vii.
Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya
viii.
Suara sudah ditinggikan di masjid
ix. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang terhina di antara mereka (kehinaan terbukti bila pemimpin yang dipilih samada di peringkat DUN/Parlimen, kehidupan malam atau khidupan ekslusif mereka penuh munkar dan maksiat dan terlibat dalam berbagai-bagai skandel, rasuah dan penyelewengan)
x. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya (hormat di hadapannya tapi maki hamun di belakangnya)
xi.
Arak sudah diminum di merata tempat
xii. Kain sutera banyak dipakai (oleh lelaki)
xiii. Para artis disanjung
xiv. Muzik banyak dimainkan
xv.
Generasi akhir umat ini (umat zaman kini) melaknat (menyalahkan) generasi pertama (Para Sahabat Rasulullah saw)Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.
Kebanyakan orang Melayu memandang enteng persoalan iman kerana berkeyakinan akan boleh menghadapi sakaratulmaut dengan mengucap Kalimah Syahdah kerana telah dihafal dan menjadi kelaziman di lidah yanag tidak bertulang. Untuk mereka renungilah hadis berikut:
Jabir ra berkata: Rasulullah saw berpidato kepada kami. Beliau bersabda:”
Barangsiapa membaca ‘laa illaha illallah’ yang tidak dicampurkannya dengan yang lain, nescaya haruslah baginya syurga”.
Lalu bangunlah Ali ra seraya berkata:”Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah. Apakah yang tidak dicampurkan dengan yang lain? Terangkanlah kepada kami! Tafsirkanlah kepada kami!”
Nabi saw lalu bersabda: `Mencintai dunia dengan mencari dan mengikutnya. Suatu kaum yang mengatakan perkataan Nabi-Nabi tetapi berbuat perbuatan orang-orang zalim.Maka siapa yang membaca ‘laa illaha illallah’, yang tidak ada padanya sesuatu dari ini, nescaya haruslah baginya syurga”
(Ihya 7 hal.219)
Lalu masih selesakah golongan Mulkan Jabbariyyan dan para pengikut tegarnya, bahawa hanya iman yang boleh menyelamatkan. Tika sakaratulmaut adalah saat pilihan antara jalan kesyaitanan dan jalan yang lurus. Kalau dalam sepanjang kehidupan sentiasa memilih jalan kesyaitanan, jalan nafsu dan jalan akal, bagaimana akan membuat pilihan pada jalan yang lurus untuk kembali kepadaNya.

Kepada orang-orang beriman, renungilah ayat berikut:
`Hai Nabi perangilah orang-orang kafir dan munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah Neraka Jahanam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali’ – At-Tahrim:66:9.
Tempat kembali orang-orang kafir dan munafik bukan kepada Allah, tetapi adalah ke neraka jahanam!
Masyarakat beriman sesungguhnya bagaikan tidak wujud di mana-mana pelusuk dunia sekarang. Justru – harus, barangkali, bolehjadi - tidak ada pemimpin beriman. Ini disebabkan pemimpin-pemimpin beriman dan beramal soleh tidak boleh bangkit melalui sistem demokrasi, dan mereka, kalau pun ada tidak mungkin menganggotai Mukan Jabbariyyan, atau tidak mungkin bersekutu dengannya, kecuali demi melaksanakan sebuah Negara Islam.

Pemimpin-pemimpin beriman dan beramal soleh tidak dapat dilahirkan untuk memimpin umat Islam pada akhir zaman kerana dalam apa-apa keadaan pun realitinya golongan yang menentang dan tidak beriman tetap merupakan golongan majoriti. Yang pastinya, Islam teramat sukar untuk bangkit atau menang melalui proses demokrasi. Diperturunkan bukti bahawa demokrasi tidak memberikan kemenangan kepada golongan yang beriman:
Firman Allah Taala:
’Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat mengnginkannya.’ (Yusuf:12:103)
`Dan sebahagain besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah’ (Yusuf:12:106)
’...akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman’ (Ar-Rad:13:1)
Sabda Rasulullah saw:`Tahukah kamu, hari manakah ini? Inilah hari yang dikatakan kepada Adam as: Bangunlah! Maka carilah akan kecarian neraka dari anak cucumu’. Maka Adam as bertanya: Berapa? Maka dijawab: Dari setiap seribu itu, maka sembilan ratus sembilan puluh sembilan ke neraka dan seorang ke syurga” – Ihya Ulumiddin Jld.7 hal.29.

26 Jun 2009


(Artikel 8)
Masih Berimankah Anda?

Di manakah lagi sisa iman anda, di manakah lagi saki baki agama anda, di manakah lagi pegangan jiwa anda, kalau jiwa anda, kalau minda anda telah sarat dengan sekularisme, kapitalisme, materialisme, liberalisme, nasionalisme dan kaum-kerabatnya; sementara tingkah laku anda pula, perangai anda, akhlak dan moral anda berasaskan falsafah moral Barat - Egoisme, Utilitarianisme, Eksistensialisme dan Prinsip Kewajipan? Di manakah? Di manakah cara hidup al Quran yang diterjemahkan oleh Nabi Muhammad saw? Firman Allah Taala:
‘Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu; bagi orang-orang yang mengharap Allah dan kedatangan Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah (Al Ahzab:21)

Di manakah iman anda kepada Nabi Muhammad saw, dimanakah keesahan Syahadat Rasul anda, kalau Nabi Muhammad saw tidak dijadikan teladan. Anda berikrar di bibir mengakui `Nabi Muhammad Pesuruh Allah’ dengan maksud anda mengiktiraf ajaran yang dibawa Baginda saw adalah dari Allah, dan anda mengakui di bibir anda untuk mematuhi ajaran yang dibawa dan dicontohkannya. Tiba-tiba anda memungkiri janji. Lain di bibir, lain di hati! Anda mengambil ajaran dari Barat dan Yahudi! Anda mengambil sistem hidup Yahudi! Anda ambil, anda tiru, ada amalkan dan kemudiannya, anda memperjuang dan mempertahankannya dalam sistem hidup peribadi, keluarga, masyarakat dan negara anda! Apa ertinya? Inilah hipokrat! Dalam istilah yang lebih pedih, inilah munafik!

Wahai Bangsa Melayu ku, ingatkanlah satu peristiwa pada zaman Rasulullah saw apabila sesuatu yang asing di sisi Islam tetapi nampak mempesonakan:
Dari Jabir ra. Dari Nabi saw (mengenai peristiwa) ketika Umar datang mengadap Baginda saw Lalu berkata:”Ya Rasulullah. Kami ada mendengar cerita-cerita dan nasihat pengajaran yang menarik hati dari orang-orang Yahudi, maka bagaimana fikiran tuan bolehkah kami menulis sebahagian daripadanya?”
Mendengar yang demikian Nabi saw Bersabda:
“Adakah kamu merasa ragu-ragu dan serba salah (dalam ajaran agama kamu) sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani telah ragu-ragu dan meraba-raba (dalam ajaran agama mereka)? Demi sesungguhnya! Aku telah membawa kepada kamu Agama Islam dengan keadaannya yang jelas nyata dan bersih suci. (dari sebarang syirik dan penyelewengan) dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi (sudah tentu) tidak ada jalan lain baginya selain menurutku
” – Mastika Hadis Jilid 1 hal. 47.

Inilah larangan apabila berkaitan dengan Yahudi dan juga Nasrani kerana Allah telah memberikan larangan yang khusus kepada kedua-dua kaum yang muktamad bakal dilaknat ini. Kenapa? Kerana Yahudi teramat bahaya bagi umat Islam. Firman Allah Taala.
‘Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka’ – Al-Baqarah: 120.

Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaraan’ (Al Baqarah:109)

Kedengkian mereka adalah kerana Nabi akhir zaman yang mereka nantikan perutusannya, tidak datangnya dari bangsa Yahudi, sebaliknya dilahirkan dari bangsa Arab Quraisy. Mereka tahu bahawa bangsa Arab bakal menjadi bangsa terkemuka kerana akan dipimpin oleh Nabi akhir zaman yang maklumatnya telah ribuan tahun diterangkan melalui wahyu kepada para Nabi dan Rasul terdahulu termasuk dalam Kitab Taurat dan Injil yang ada di tangan kaum Yahudi.

Namun umat Islam termasuk Bangsa Melayu ku,sejak sekian lama ternyata tidak mengendahkan larangan Allah. Sabda Penghulu Junjungan saw:
‘Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka’. Sahabat bertanya:”Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?”. Nabi saw menjawab:”Siapa lagi kalau bukan mereka!”

Larangan Allah ialah kepada bangsa Yahudi. Kenapa bangsa Yahudi? Firman Allah seterusnya bagi bangsa yang terkutuk ini.

‘Dan mereka berkata:”Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang Yahudi dan Nasrani”. Demikianlah angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah:”Tunjukkanlah bukti kebenaran jika kamu adalah orang-orang yang benar’(Al Baqarah:111)

‘Katakanlah: Jika kamu (Yahudi menganggap bahawa) kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka inginkanlah kematian, jika kamu memang benar’.
‘Dan sekali-kali mereka tidak akan menginginkan kematian itu selama-lamanya kerana kesalahan-kesalahan yang telah diperbuat oleh tangan mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang aniaya’
‘Dan sungguh kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan (dunia) bahkan (lebih loba) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, pada hal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari siksa’
(Al Baqarah:94-96)

Dan apabila Barat sudah diresapi oleh pengaruh Yahudi, dan apabila ideologi Yahudi sudah menjadi ideologi Barat, bangsa Barat juga merbahaya kepada kehidupan beragama Bangsa Melayu. Dalam zaman apabila sistem Yahudi sudah memonopoli kehidupan dunia, apabila sistem hidup Yahudi dan ideologinya telah meresapi minda dan jiwa semua bangsa-bangsa di dunia ini, semua bangsa-bangsa berkenaan adalah merbahaya bagi jiwa agama dan minda Bangsa Melayu. Justru pada era 1990an apabila Malaysia melaksanakan Dasar Pandang ke Timur, sebenarnya Malaysia yang telah berada di dalam lorong yang salah, tetap memilih lorong yang juga salah. Penolehan ini adalah gambaran betapa keterpesonaan kepada tamadun materialisme dan sekularisme telah sampai ke kemuncaknya. Bangsa Melayu sebenarnya tidak usah menoleh ke mana-mana kerana kiblat umat Islam hanya satu iaitu al Quran dan as Sunnah. Jadi tolehlah kepada pusaka agung itu kerana demikianlah pesanan Nabi Penghulu Junjungan saw:
`Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku”

Pada zaman sebelum kebangkitan Barat Yahudi, larangan mempelajari serba-serbi kemajuan dunia tidak dinyatakan dengan tegas oleh Rasulullah saw bahkan dianjurkan selagi tidak bercanggah dengan Sunnah Allah dan RasulNya.Dan negara China ditunjukkan dengan tegas oleh Rasulullah saw.
’Tuntutah ilmu walaupun sampai ke negeri China’

Kenapa negeri China? Ini adalah kerana ada rahsia besar di sana dan kami dari blog ini telah menujukkan bahawa ajaran Taoisme dalam konsep `The Three Pure Ones’, konsep `yin dan yang’, ’konsep wu wei’ dan lain-lain adalah di antara konsep-konsep yang sangat utama dalam Tasauf Islam kerana inilah inti ajaran Tauhid sehingga menyebabkan bangsa Cina menjadi sebuah bangsa yang tidak dibinasakan dan tetap hebat sehingga ke hari ini. Inti inilah yang mesti digali semula oleh Bangsa Melayu pada era kebangkitan ini.

Orang-orang Melayu sesungguhnya perlu keluar segera dari belenggu Yahudi yang penuh berdosa ini. Bahawa sesungguhnya dosa manusia ada dua – dosa zahir dan dosa batin. Dosa zahir ialah dosa melalui kesalahan amal zahir yang dilakukan oleh anggota tujuh – mata, telinga, mulut dan lidah, kaki, tangan, perut dan kemaluan. Dosa batin adalah sifat kekejian dan kekotoran di dalam jiwa – di dalam hati. Dosa hati adalah dari kesombongan, kedengkian, ria, ujub, penipuan, hasad dan iri hati, khianat, iktikad batil, bisikan setan tentang sifat-sifat Allah Taala dan khayalan salah pada yang demikian, dan sebagainya – semuanya itu adalah mengenai apa yang tersembunyi bersarang di lubuk hati, dan sesungguhnya berat di sisi Allah Taala. Apabila kejahatan hati dizahirkan melalui tingkahlaku anggota yang tujuh maka manusia telah melakukan perbuatan yang keji.
.
Dosa ialah kekejian dan apa-apa jua yang keji dan kekejian adalah najis dari segi maknawi. Oleh itu dosa adalah najis. Setiap barang bernajis adalah hina dan keji, lalu membatalkan amal. Najis zahir membatalkan amal. Maka demikianlah juga najis batin membatalkan amal. Sebesar-besar najis ialah syirik. Firman Allah Taala:
”Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu adalah najis” (At Taubah: 9:28)

Demikian juga orang-orang munafik.Firman Allah Taala:
”Maka berpalinglah dari mereka (munafik), kerana sesungguhnya mereka itu adalah najis” (At Taubah:9:95)

Justru amalan kebajikan orang-orang musyrik tidak diterima oleh Allah Taala. Demikian juga amalan orang-orang munafik, kerana musyrik dan munafik adalah najis. Syirik ada dua iaitu samada syirik akbar (jali) atau syirik asghar. Syirik asghar (khafi) ialah ujub, ria, takbur, sombong, meninggi diri dan lain-lain yang juga dikategorikan sebagai najis batin.Bagaimana pula dengan zalim, fasik, dayus, kufur, durhaka dan sebagainya, tidakkah ini juga najis? Bagaimana pula dengan ideologi-ideologi Yahudi?
.
Semua yang tersebut adalah najis batin yang menjadi kotoran menyebabkan jatuh sirik dan munafik. Allah Taala berfirman:
“dan sesunguhnya merugilah orang yang mengotorinya” (Asy Syams: 9-10)

Inilah kekotoran, najis dan dosa. Jika bersarang di lubuk hati dan diterjemahkan dalam kehidupan harian, lalu masih adakah sisa iman di hati? Hanya sezarah iman dapat menyelamatkan orang-orang yang berdosa dan bernajis iaitu setelah 7,000 tahun berendam di dalam lembah neraka. Inilah akibat apabila kembali kepada Allah dengan jiwa yang kotor dan bernajis.

Kotor jiwa ialah apabila jiwa didiami oleh sifat-sifat yang kotor dan kekotoran ini akan ikut serta bersama jiwa apabila jiwa tersebut meninggalkan tubuh. Jiwa yang kotor melahirkan sifat-sifat dan perilaku yang kotor. Maka kekotoranlah yang bermaharajalela di permukaan bumi ini oleh kekotoran dan kekejian jiwa manusia, oleh sistem dan ideologi Yahudi yang dilaksanaan di seluruh permukaan muka bumi ini, yang kami telah soroti di sepanjang siri esei KEBANGKITAN MELAYU AKHIR ZAMAN melalui blog ini.

Justru umat Melayu jika MAHU BANGKIT dan MENJADI KAFILAH AKHIR ZAMAN mesti menyucikan jiwa dan bila jiwa suci bersinarlah iman dan terzahirkan amal yang soleh.

Firman Allah:`Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (ikutan dan teladan)…..Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka’ (Al Maidah:51)

Semoga bangsa Melayu bertaubat nasuha dari keinginan untuk `termasuk golongan mereka’ iaitu menjadikan Yahudi dan Nasrani kepimpinan dalam mengurus bangsa dan negara sejak 52 tahun yang lampau. Inilah jalan kembali ke pangkal jalan – jalan yang lurus – yang dipinta pada setiap kali membaca Al-Fatehah di dalam solat.
`Tunjukkanlah kami jalan yang lurus’ – al Fatehah:6.

Imam Ghazali ra menerangkan ada empat martabat kesucian:
Tingkat Pertama: mensucikan zahir dari segala hadas, kotoran dan benda yang menjijikkan.
Tingkat Kedua: mensucikan anggota badan dari segala perbuatan jahat dan berdosa
Tingkat Ketiga: mensucikan hati dari segala pekerti yang tercela dan sifat-sifat rendah yang terkutuk
Tingkat Keempat: mensucikan sir (rahsia/batin) dari sesuatu selain dari Allah Taala –(Ihya Jld.1 hal.450)

Kesucian pada martabat ketiga adalah syarat untuk mendapat kemenangan pada waktu yang akan tiba, dan mempusakai kembali permukaan bumi ini. Suci zahir ialah sempurnanya Islam Zahir dan suci batin ialah sempurnanya Islam Batin. Kotor zahir ertinya mengengkari Rukun Islam lalu hidup penuh dengan budaya maksiat dan kehaiwanan. Kotor batin ialah minda dan jiwa yang tidak diisi dengan iman, tauhid dan makrifat kerana penuh dengan kekejian najis dari budaya kesyaitanan, syirik, munafik, fasik, kufur dan beraneka jenis syirik khafi – ujub, ria, takbur, sombong, meninggi diri dan sebagaiya termasuklah juga kekejian ideologi dalam sistem hidup tajaan Yahudi Zionis.

25 Jun 2009

(Artikel 7)
Orang Melayu Bagai Enau Dalam Belukar

Bagaimana Bangsa Melayu akan bangkit kalau mengamalkan sikap Egoisme – sikap bagai enau dalam belukar iaitu tingkah laku moral yang sangat mementingkan diri sendiri?

Egoisme menjadikan sebilangan Bangsa Melayu, sangat mengutamakan kroni, kaum-kerabat dan mengabaikan silaturrahim. Egoisme menafikan hak golongan yang berlainan pendapat dan pandangan.

Teori Egoisme menganggap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk dan jahat jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. Berasaskan cadangan Thomas Hobbes (1588-1679) :`kita memanggil perkara-perkara yang kita ingin lakukan sebagai ‘baik’ dan perkara-perkara yang kita benci sebagai ‘jahat’(evil)”.Teori ini bertujuan untuk realisasi kendiri, sayang diri, penting diri dan menjadi tanggungjawab semua manusia untuk memaksimumkan kebaikan diri sendiri.

Inilah teori moral yang mengizinkan penindasan dan eksploitasi, bersekutu dengan falsafah kapitalisme yang sangat mementingkan keuntungan. Teori ini sangat menentang pengorbanan diri – bahkan digantikan dengan sikap melampau dalam pemeliharaan diri, pengasihan diri, pembesaran diri, kepentingan diri dan ego. Teori ini sangat menentang peraturan mutlak dari autoriti. Semua peraturan perlu bersifat individualistik kerana sesiapa jua yang mematuhinya dipercayai akan menjadi kuat, maju, lengkap dan berkuasa. Selain itu teori ini juga menafikan Tuhan dan agama.

Inilah teori yang menghalang manusia dari berpegang kepada semangat tolong-menolong atau bantu-membantu di atas semangat kejiranan dan persahabatan. Orang-orang egoisme tidak akan ada masa untuk membantu anda yang dalam kesusahan. Mereka adalah orang-orang yang tidak mungkin sanggup bersusah-payah membantu anda walaupun anda seorang teman atau sahabatnya, jiran dan tulannya, sesama sebangsa dan seagama bahkan sedarah dan sedaging. Di dalam jiwanya tidak ada kesediaan untuk bersusah-payah atau sanggup berkorban untuk orang lain. Sebaliknya andalah yang diminta sentiasa berkorban untuknya dan bahkan mereka sanggup memperhambakan anda demi mencapai hasrat diri.

Anda yang memiliki sifat jujur, amanah, rajin, baik-hati, sopan-santun, pemurah dan berbagai-bagai sifat mulia akan diperalatkan demi mencapai keuntungan peribadi mereka. Bila anda pemurah, mereka akan baik dengan anda kerana sifat murah hati anda itu menguntungkan mereka. Bila anda jujur, kejujuran anda akan dieksploitasikan. Bila mereka ada kepentingan peribadi dari anda, mereka akan mendekati dan berpura-pura baik dengan anda tetapi apabila habis keperluan mereka kepada anda, anda akan tidak dipedulikan bahkan kadang-kadang dilayan bagaikan seekor anjing kurap.

Inilah manusia egoisme yang sanggup menahan jerat di pergentingan!

Seseorang bapa yang mementingkan diri akan menghabiskan wang gajinya untuk memuaskan nafsu dirinya – membiarkan anak-anak dan isterinya hidup sekadarnya. Bapa jenis ini akan keluar berseronok-seronok bersama teman-teman untuk makan-makan dan hiburan di luar rumah – lebih bersedia membelanjakan gaji bulanan untuk pemuasan minat dan hobinya, mengabaikan keperluan rumahtangga dan persekolahan anak-anak.

Isteri yang egoisme pula, akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak. Isteri jenis ini lebih rela melayan keinginannya untuk beristirehat terutama yang bekerjaya, rela membeli lauk di kedai atau menyerahkan urusan rumah tangga kepada orang gaji, atau lebih seronok kalau suaminya sendiri yang melakukannya untuk memenuhi keperluan dirinya. Isteri jenis ini, keseronokannya adalah di pejabat kerana dengan cara begitu akan selamat dari beban tanggungjawab di rumah. Pesan Rasulullah saw.

`Setiap wanita (isteri) adalah pengurus terhadap urusan rumahtangga dan suaminya. Ia akan dipersoalkan tentang tugas dan tanggungjawabnya itu’.

Inilah soal-soal yang sukar bagi para isteri di Yaumil Mahsyar iaitu menjawab soalan-soalan yang sukar dijawab, terutama bagi yang mengutamakan kerjaya berbanding melayan suami. Ini dibuktikan oleh Sabda Rasulullah saw seterusnya.

`Sesungguhnya seseorang isteri itu belum dianggap mentaati dan menunaikan kewajibannya terhadap Allah sehingga ia mentaati dan menunaikan kewajipannya terhadap suaminya’.

Jika para isteri gagal menunaikan amanahnya terhadap suami dan rumahtangganya, bagaimana boleh terbina keluarga bahagia bagi kebangkitan Bangsa Melayu? Andaikata tidak terbina keluarga bahagia, di manakah lagi sumber bahagia? Dari keluarga yang tidak bahagialah lahirnya golongan remaja dan anak-anak muda yang hidup mereka tidak ketahuan dan tiada ketentuan, yang menyebabkan merebaknya gejala moral sosial yang membawa bencana kepada kehidupan. Inilah soal-soal di Yaumil Mahsyar yang sukar untuk dijawab oleh ibu bapa!

Anak-anak yang mementingkan diri apabila telah berjaya dalam kerjaya, sanggup tidak pulang ke rumah berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun menjenguk orang tua yang merindui apatah kalau yang sedang uzur. Pendapatan yang besar tidak digunakan untuk membalas jasa orang tua, tetapi dihabiskan dengan keseronokan memburu gaya hidup mewah dan bergaya.

Seseorang jiran yang mementingkan dirinya, tidak akan mengambil tahu atau mengambil berat jiran di persekitaran dan tidak akan ada semangat kejiranan. Kehidupan yang bagaikan segala benda ada, segala hajat dapat dan segala keperluan cukup, seolah-olah tidak perlu lagi mengamalkan semangat tolong-menolong dan bantu-membantu. Masing-masing dengan keegoan bagaikan enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Tidak ada lagi semangat bagaikan aur dengan tebing yang menjadi pusaka nenek moyang. Sedangkan Rasulullah saw berpesan betapa perlunya membina hubungan kejiranan yang intim:

‘Tidak beriman dengan aku seseorang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan dia tahu yang jirannya dalam kelaparan’.

Kalau tiada semangat kejiranan, ertinya.... tidak beriman!

Egoisme menjadikan seseorang itu jiran yang jahat, dan andaikata demikian, perhatikan sabda Nabi saw yang berikut:

Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa selamat dari kejahatannya’.

Sabda Baginda saw lagi:

“Demi Allah, tidak beriman. Demi Allah tidak beriman. Demi Allah, tidak beriman”
Maka ditanya:” Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
Lalu dijawab:”Mereka yang tidak menyelamatkan jirannya daripada gangguannya’

Lalu jika demikian, masih adakah lagi sisa iman kalau tiada hubungan silaturrahim dan kejiranan, apatah lagi kalau menjadi jiran yang jahat?

Seseorang yang egois dapat dikenali dengan mudah ketika berada di jalan-jalan raya. Mereka yang mementingkan dirinya ini, akan memandu laju dalam keadaan yang merbahaya mengikut keseronokan nafsu dan hatinya, bukan pertimbangan akal. Mereka sentiasa mengintai peluang untuk merebut berdahuluan samada sewaktu memotong, membelok, membrek atau keluar dari persimpangan.

Di sebalik memandu laju sesuka hati, ada pula segolongan yang memandu dengan sangat perlahan sesuka hati, dan tidak pula memberi laluan atau isyarat untuk membolehkan konvoi di belakang yang masih jauh distinasinya memintasnya. Pemandu jenis ini bagaikan memandu dalam alamnya sendiri dan tidak mempedulikan persekitaran.

Bagi peniaga yang egois, peniaga jenis ini sanggup menjual barang-barangnya dengan harga yang tersangat mahal. Mereka sanggup menipu dan menghisap darah untuk untung besar. Aktiviti berniaga bukan lagi satu amal soleh dan fardhu kifayah.Akad jual beli yang dilafazkan hanya mainan bibir kerana sudah pasti tidak sah kerana harga jualan tidak mencapai muafakat hati kedua-dua belah pihak.

Kemuncak mementingkan diri dalam sistem ekonomi dapat dilihat dalam sistem bank kapitalis yang mengenakan riba, zalim dan menindas. Dan janganlah merasa aneh kalau layanan sedemikian akan anda terima juga jika anda seorang kakitangan awam yang berurusan dengan Mulkan Jabbariyyan dalam pinjaman perumahan dan kenderaan!

Yang lebih dahsyat lagi ialah apabila negara dipimpin oleh pemimpin yang mementingkan diri.Pemimpin jenis ini mengaburi rakyat konon berkhidmat kepada negara demi rakyat, tetapi yang sebenarnya berkhidmat untuk kepentingan diri – mengumpul harta untuk dirinya dan keluarga, sahabat dan kroni, dan membiarkan rakyat jelata terutama golongan yang tidak sebulu dengannya dalam keadaan terabai. Projek-projek yang ada kepentingan diri didahulukan atas nama projek rakyat, tetapi rakyat biasa tidak mendapat apa-apa.

Atas nama pembangunan, terbinalah berbagai-bagai projek di kawasan-kawasan strategik, tetapi yang mengaut keuntungan, ialah kroni dan kaum-kerabat. Rakyat biasa berputih mata, tetapi tetap merasa bangga dapat melihat bangunan-bangunan tinggi tersergam indah menggantikan rimba-belantara. Rakyat tetap terhibur bagai Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai. Inilah jenis pemimpin yang dipertahankan oleh rakyat di bawah sistem demokrasi – kerajaan Mulkan Jabbariyyan. Untuk pemimpin jenis ini, silalah amati kenyataan Imam al Ghazali ra `sehari dari raja yang zalim itu, lebih jahat dari perbuatan fasik enam puluh tahun’ kebalikan dari Hadis Rasulullah saw:

`Sesungguhnya sehari dari imam (penguasa) yang adil itu lebih baik daripada ibadah seorang sendirian dalam masa enam puluh tahun’ (Ihya Jld.5 hal.395-397)

Untuk para penyokongn Mulkan Jabbariyyan pula, sabda Rasulullah saw.
’Barangsiapa menyukai sesuatu kaum dan mengambil mereka menjadi pemimpinnya, nescaya ia dikumpulkan bersama mereka pada hari kiamat’ – Ihya Jld.7 hal.575

Al Quran mengkesahkan kesah mereka di akhirat nanti:
’Dan ketika mereka berbantah-bantahan di dalam neraka, maka orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri:”Sesungguhnya kami adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan dari kami sebahagian azab api neraka?
Orang-orang yang menyombongkan diri menjawab:’Sesungguhnya kita semua sama-sama dalam neraka kerana sesungguhnya Allah menetapkan keputusan antara hamba-hambaNya
– Al Mukmin: 47-48

Inilah bencana paling besar menimpa rakyat dan negara apabila para pemimpin adalah egois.

Dimanakah lagi sisa iman dan bagaimanakah Bangsa Melayu akan bangkit jika negara dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang egois?

Ketaatan Membabi Buta!

Teori moral Prinsip Kewajipan diperkenalkan oleh Immanuel Kant (1724-1804) menegaskan ‘duty for the sake of duty – tanggung jawab dilaksana semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggung jawab. Immanuel Kant menjelaskan bahawa kewajipan moral (moral obligation) bukan diperoleh dari Tuhan atau autoriti manusia dan komuniti atau dari kegemaran dan keperluan agen-agen manusia tetapi dari penaakulan. Penaakulanlah merupakan tanggungjawab tertinggi dan dianggap satu nilai utama dalam etika kemoralan. Semua orang mesti mematuhi tanggungjawab mereka dan individu yang baik dengan tekad baik yang mutlak ialah yang sentiasa berkelakuan/ bertindak atas dasar kewajipan atau menghormati undang-undang. Tumpuan ialah kepada niat, tujuan, motif – bukan atas apa yang dilakukan. Motif tunggal tekad baik hanyalah melakukan kewajipan dan sesuatu tindakan bernilai moral jika berkaitan dengan kepentingan diri.

Implikasi teori ini ialah menjadikan pemikiran manusia sebagai kemuncak dan kuasa tertinggi dalam membuat keputusan atau menggubal peraturan. Walaupun teori ini tidak menyatakan penafian kepada kewujudan Tuhan, tetapi yang jelas ialah bertuhankan akal kerana kuasa akallah; kuasa dan kebolehan penaakulan dan pemikiran manusialah yang berkuasa dan tertinggi. Ertinya manusia memiliki kebebasan berfikir untuk membuat keputusan dan menjadi kewajipan dan tanggungjawab pula untuk mematuhi semua kewajipan demi menghormati undang-undang dan peraturan yang telah digubal.

Pengaruh teori moral ini sangat berjaya melahirkan budaya kesetiaan,kepatuhaan dan ketaatan membuta-tuli dalam menunaikan segala perintah dan tanggungjawab walaupun perintah yang batil dan mungkar dan bercanggah dengan prinsip al Quran dan al Hadis. Pengaruh yang sangat ekstrim dapat dilihat dengan sangat jelas betapa berkuasanya Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri serta Kabinet Menteri-Menteri dalam menggubal berbagai-bagai peraturan dan undang-undang tanpa merujuk kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah saw. Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan maka nantinya akan dikuatkuasakan oleh JPA, sistem kepolisan, ketenteraan, sistem keadilan dan Mahkamah.

Inilah campurtangan manusia dalam kuasa ketuhanan! Inilah bencana yang diperkenalkan oleh Prinsip Kewajipan kepada umat Melayu kerana demi sesungguhnya kuasa menggubal adalah kuasa Tuhan! Firman Allah:
`Ingatlah! Menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah.Mahasuci Allah Tuhan semesta alam’ – Al A`raaf: 54

`Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah’ – Ar Ra`d: 31.

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka.Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata” – Al-Ahzab:33.36

Demikianlah di antara syarat iman kerana orang yang beriman dengan Allah Taala, tidak ada pilihan lain selain taat. Durhakalah bagi sesiapa yang membuat pilihan yang lain atau menggubal sewenang-wenangnya segala akta, peraturan dan undang-undang tanpa merujuk kepada prinsip keadilan al Quran. Kabinet Menteri, Mahkamah dan JPA bagaikan memiliki kuasa ketuhanan sehingga setiap perintah wajib dipatuhi. Kalimat ’Saya Yang Menurut Perentah’, menjadi badi kepada penjawat-penjawat awam sedangkan Islam mengajar tidak wajib taat kepada perintah yang mungkar.Taat hanya kepada yang makruf!

Demikianlah bentuk kesetiaan yang diwariskan oleh Prinsip Kewajipan yang melahirkan Kod Etika sehinga melahirkan pegawai-pegawai dan kakitangan awam yang berkiblat kepada kerja, mengabdikan minda, masa dan tenaga untuk membangunkan sektor awam yang cemerlang dan gemilang yang pada hakikatnya bererti berkiblatkan (atau dalam bahasa yang lebih kasar ialah bertuhankan) sekularisme, mengatasi kepentingan gemilangnya agama.

Inilah sesungguhnya bahaya yang teramat besar kerana menyebabkan berlakunya peralihan kiblat hati – beralihnya perhatian, tumpuan dan hadap hati dari akhirat kepada dunia, dari ibadah kepada kerja, daripada kepada Allah Rabbul Alamin kepada dunia tanpa disedari. Inilah perdayaan.
Firman Allah Taala:
’Maka janganlah kamu dapat ditipu oleh kehidupan dunia’ – Luqman.33

’Hai orang-orang yang beriman! Janganlah harta-bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barangsiapa yang berbuat begitu, inilah orang-orang yang menderita kerugian’ (Al-Munafiqun:9)

Keasyekan bekerja adalah tanda cinta harta. Cinta harta adalah cinta dunia. Cinta dunia adalah kerana menginginkan kemuliaan pada mata manusia. Kemuliaan pada mata manusia ialah keinginan untuk dilihat hebat dan tinggi, dan alatnya ialah dengan memiliki kelulusan, ilmu, kedudukan dan pangkat yang tinggi, harta dan kekayaan, nama yang harum dan sebagainya.Rasulullah saw bersabda:
’Cinta harta dan kemuliaan itu menumbuhkan nifak (sifat munafik) dalam hati, sebagaimana air menumbuhkan sayuran’ – Ihya Ulumiddin.Jld.5 hal.103

Inilah yang sangat membinasaka, sifat nifak. Dan semuanya itu merosakkan pegangan agama. Yakni iman. Sabda Rasulullah saw.
’Tidaklah dua ekor serigala yang buas yang dilepaskan dalam kandang kambing lebih banyak merosakkan dibandingkan dengan cinta harta dan kemegahan pada agama seorang muslim’ – Ihya Ulumiddin. Jld 5 hal. 103

Tidakkah semuanya ini adalah bencana kepada kehidupan beragama?
Pesan Nabi saw seterusnya:
’Janganlah engkau mengambil sawah ladang, nanti engkau mencintai dunia’

Renungilah doa Penghulu Junjungan saw ini:
`Wahai Allah Tuhanku. Jadikanlah makanan keluarga Muhammad sekadar mencukup sahaja. Wahai Allah Tuhanku. Hidupkanlah aku miskin.Matikanlah aku miskin. Dan kumpulkanlah aku dalam golongan orang-orang miskin’.

Doa sedemikian mungkin terlalu ganjil dalam kehidupan yang sangat bersebati dengan minda sekular dan materialistik kini!

Sesungguhnya inilah minda Tasauf dan oleh kerana itulah Tasauf telah tersingkir sejak sekian lama dan difatwakan sebagai sesat oleh intelektual agama yang mencintai dunia!

Penyakit batin mencintai dunia dan berkiblat kepada dunia, dibudayakan dalam budaya kerja sektor awam. Penjawat-penjawat awam menjadi abdi kepada kerjaya apabila diikat erat dengan pengurusan masa bekerja yang rigid, dan selepas itu diminta pula memberikan komitmen setinggi mungkin demi kecemerlangan organisasi dan institusi. Nilai-nilai kerajinan, ketekunan, kesabaran, kesetiaan, sedia berkorban, keseronokan bekerja dan lain-lain yang menguntungkan organisasi menjadi nilai yang sangat diutamakan yang mesti dan wajib untuk peningkatan diri dan kegemilangan organisasi. Inilah pengabadian namanya! Mengabdikan kepada organisasi dan institusi. Inilah sekularisme! Inilah abdi sekular dan akhirnya lahirlah jiwa sekular sehingga urusan agama tidak lagi menjadi agenda utama dalam kehidupan!

Demikianlah perhambaan kepada selainNya! Hamba kepada kerjaya walhal Rasulullah saw mengajarkan bahawa seluruh pengabdian, seluruh pengorbanan masa, tenaga, nilai-nilai dan sifat ketekunan, kesabaran, kerajinan, kesetiaan, nikmat bekerja dan keseronokan jiwa adalah untuk dan kepada Allah Rabbul Alamin, bukan selainNya.
Firman Allah Taala:
`Katakanlah: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum-keluargamu, kekayaan yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatiri menanggung rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan RasulNya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintahNya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik’ (At Taubah:24)

Inilah yang dibimbangi iaitu kepalsuan ikrar bagi sesiapa yang bersolat ketika berikrar dalam Doa Aftitah! `Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk/kerana Allah Tuhan Semesta Alam’.

Kecintaan kepada kerjalah menyebabkan ramai penjawat awam sangat asyek, rajin dan tekun dalam bekerja iaitu lambang kesetiaan kepada sekularisme. Kepada kerjalah kerajinan! Kepada kerjalah ketekunan! Kepada kerjalah kesabaran! Dan kepada kerjalah keasyekan! Lalu di manakah anda hadapkan hati anda? Inilah fitrah hati yang dialihkan oleh Etika Perkhidmatan Awam sedangkan para Nabi dan Rasul berjuang untuk mengalihkan kiblat hati umat manusia dari dunia menghadap kepada akhirat sempena dengan amanah.

`Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh’ (Al Ahzab:72)

Siapakah yang mengalihkan hadap hati sedemikian terhadap orang-orang Melayu? Siapakah yang berusaha siang dan malam untuk membangun bangsa dan negara mengikut acuan sekular, kalau tidak iblis dalam teori moral Prinsip Kewajipan yang bersembunyi di dalam minda Mulkan Jabbariyyan? Siapakah kalau bukan kakitangan awam yang melaksana dan memperteguhkannya di atas slogan `saya yang menurut perentah?’ Siapakah kalau tidak orang-orang Melayu yang bernama Ahmad Sarjan, Wan Zahidi, Tengku Fatah atau Datin Zalma dan sebagainya yang mindanya tidak dipenuhi oleh minda al Quran?Atas nama arahan, seseorang penjawat awam wajib mematuhi perintah dan arahan pihak atasan. Perentah dari siapa? Dari Mulkan Jabbariyyan yang mendukung sistem Barat Yahudi. Inilah Prinsip Kewajipan!

Tidakkah bercanggah dengan prinsip Islam namanya, kalau seseorang penjawat awam tidak diluluskan pertukarannya untuk ditempatkan di mana-mana kawasan yang berhampiran dengan isteri atau suaminya? Tidak bercanggah dengan Islamkah apabila kewajipan terhadap isteri atau suami dan keluarga terpaksa dikorbankan demi tanggungjawab terhadap organisasi atau institusi atau negara? Atas nama Islamkah kewajipan terhadap keluarga dipinggirkan?

Justru semua pegawai awam sangat terikat dengan Perintah Am, Kod Etika, Surat-Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.Inilah kitab-kitab yang sangat ditaati dan kadang-kadang perintah dan arahannya sangat berkuasa dan dilindungi pula oleh sistem perundangan dan kehakiman menggantikan perintah Al Quran dan perintah Nabi Muhammad saw. Firman Allah Taala:
`Ingatlah! Menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah.Mahasuci Allah Tuhan semesta alam’ – Al A`raaf: 54

`Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah’ – Ar Ra`d: 31.

Inilah batas Allah dan sekali-kali jangan dicerobohi. Bukan Etika Perkhidmatan Awam tidak baik. Bagus! Tapi mestilah berkiblat kepada Tauhid! Bukan berkiblat kepada sekularisme! Oleh kerana tidak diletakkan asas Tauhid di atasnya, justru muncullah bentuk-bentuk kepimpinan yang tidak Islamik - angkuh, sombong, meninggi diri, tidak bersifat terbuka, tidak bertimbangrasa, menghambakan orang bawahan dan sebagainya.

Ambillah teladan dari Rasulullah saw dalam suatu riwayat ketika bermusafir untuk menyembelih kambing dan memasak, Rasululllah saw mengambil tugas mencari kayu api.Para sahabat rh tidak bersetuju Rasulullah saw melakuknnya.Lantas Rasulullah saw berkata:
‘Saya tahu bahawa kamu menegah saya dari melakukan perkerjaan itu, tetapi saya tidak suka membezakan diri saya dari kamu, dan sesungguhnya Allah tidak suka akan hambanya yang memperlihatkannya berbeza dari sahabat-sahabatnya’.

Siapa kita kalau tidak mencontohi Rasulullah saw?

Dalam sistem ketenteraan dan kepolisan, Prinsip Kewajipan sangat ketara. Prisip SAYA YANG MENURUT PERENTAH sangat berleluasa walaupun dalam urusan yang masih sangat boleh dipersoalkan makrufnya. Lebih merbahaya apabila kepatuhan untuk melaksanakan kemungkaran. Inilah prinsip Islam yang dicerobohi:

`Wajib ke atas seseorang muslim mematuhi dan mentaati perintah samada yang ia suka atau tidak, kecuali dia diperintahkan melakukan perkara maksiat.Apabila dia diperintahkan melakukan maksiat maka tidaklah wajib ke atasnya patuh dan taat lagi’

Di Pakistan, tentera Taliban digempur habis-habisan demi kesetiaan kepada arahan kerajaan sekular. Demikian juga di Irak! Demikian di Afghanistan! Demikian di Palestin antara Fatah dengan Hamas. Demikian di..di..di..Semua negara-negara umat Islam Prinsip Kewajipan amat berkuasa.

Kerajaan Pakistan sangat setia kepada arahan USA demi Prinsip Kewajipan! Di belakang USA adalah Yahudi Zionis! Di belakang Yahudi Zionis ialah Iblis. Iblis menggembalakan bala tenteranya yang terdiri dari syaitan jin dan manusia untuk patuh dan setia. Inilah kemuncak Prinsip Kewajipan, ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Thaghut! Dan inilah erti ketaatsetiaan Mulkan Jabbariyyan!

Lalu di manakah lagi sisa iman di hati?

09 Jun 2009

Kebebasan Tanpa Sempadan
(Artikel 6)

Bagaimana Bangsa Melayu akan bangkit kalau Eksistensialisme menjadi sistem moral yang kian berleluasa sehingga sudah ada tanda-tanda menuju kepada kebebasan tanpa sempadan dalam kehidupan? Bermula dengan sikap liberal dalam falsafah liberalisme, jika tidak dibendung, nantinya akan menuju puncak kebebasan, lalu hidup dengan kebebasan eksistensialisme yang tiada lagi sempadannya.

Teori moral Barat ini berteraskan fahaman ahli falsafah Perancis Jean-Paul Sartre (1905-1980) ‘existence precedes essence’ iaitu kewujudan mendahului intipati yang bererti pada awalnya manusia wujud, hadir dan berada dalam kehidupan kemudian baharulah mendefinasikan diri. Lantas manusia memilih untuk menimbulkan nilai-nilai sendiri dan identiti.

Teori Sartre ini berhubung rapat dengan alam semesta dan menafikan kewujudan Tuhan yang mencipta manusia. Beliau menegaskan segala-galanya diizinkan, dan semua nilai adalah subjektif, berubah-ubah dan tidak kekal serta tidak sejagat. Semua individu berhak individualistik dan justru tingkahlaku moral tertakluk kepada situasi.Beliau menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas, bebas memilih matlamat serta membut keputusan tanpa merujuk kepada mana-mana autoriti luar. Setiap manusia berhak mengejar kebebasan dan kebebasan ini tanpa batasan.

Seseorang manusia tidak akan berjaya tanpa usaha. Jadi usaha manusialah yang menentukan kejayaannya. Manusia sejak semulanya menyedari kewujudan dirinya, lalu merancang untuk dirinya serta menjadi apa yang telah dirancangkan.Justru langkah pertama eksistensialisme ialah membuatkan setiap manusia menyedari apa yang dia jadi dan bertanggungjawab penuh atas kewujudannya.

Inilah bencana dalam kehidupan moral bagi masyarakat dunia tidak terkecuali Bangsa Melayu. Pengaruh Eksistensialisme meresap ke dalam kehidupan Bangsa Melayu melalui pendidikan sekular. Anak-anak – sejak pendidikan sekular diperkenalkan pada awal kurun yang lalu - melalui Sekolah-Sekolah Inggeris tajaan Mubaligh dan Sekolah Vernakular Melayu, dididik sejak dari kecil oleh pendidikan sekular supaya ibu bapa memberikan sedikit kelonggaran dan kebebasan.

Ibu bapa diminta supaya jangan mengongkong anak-anak, terutama anak-anak perempuan. Benarkan anak-anak perempuan menghadiri aktiviti-aktiviti bersama kanak-kanak lelaki bukan muhrim dalam kegiatan sekolah atas nama pendidikan. Berikan kebebasan kepada anak-anak termasuk anak perempuan untuk melibatkan diri dalam sukan dan permainan serta perkhemahan dalam aktiviti kokurikulum unit beruniform.

Ibu bapa yang pada mulanya menentang bibit-bibit yang mereka nampak merbahaya ini - pada suatu masa dahulu, bermula pada kurun yang lalu itu – telah dianggap sebagai ibu bapa yang kolot, tidak mengikut perkembangan zaman dan menentang kemajuan bangsa dan negara. Lalu sejak itu mulalah anak-anak dara, seawal dara sunti, terkinja-kinja dan terhegeh-hegeh di hadapan khalayak menjadi tontonan dan siulan. Bermulalah bibit pergaulan bebas pada zaman ibu bapa atau datuk-datuk yang ketika itu masih menjadi murid-murid di sekoah rendah, dan kini setelah sekian lama masa berlalu racun yang disuntik telah semakin terasa bahananya.

Kini, impak setelah lebih 50 tahun merdeka, kebebasan telah menjadi satu budaya. Kebebasan telah menjadi satu gaya hidup. Kebebasan atau gaya hidup bebas, bukan lagi satu larangan apatah lagi kesalahan!

Anak-anak muda Melayu, seperti muda-mudi Barat, tidak kira lelaki atau perempuan, jarang-jarang atau tidak lagi memberitahu dan meminta izin dari ibu bapa untuk keluar rumah walaupun pada malam hari. Ertinya budaya meminta izin dari autoriti sudah luntur! Budaya jangan buat atau jangan lakukan sebelum mendapat keizinan autoriti telah musnah! Tidak ada lagi rasa tanggungjawab anak-anak muda untuk mentaati autoriti!

Di antara mereka ada yang bebas pula untuk ke mana-mana bersama rakan-rakan berlainan jenis, dan boleh pula pulang pada mana-mana waktu walaupun pada waktu embun pagi telah menitis.Ada di antara anak-anak muda ini kadang-kala tidak berunding dengan ibu bapa terlebih dahulu apabila membuat sesuatu keputusan penting. Kadang-kala ibu bapa pula yang terpaksa tunduk dengan kehendak, permintaan dan keputusan mereka. Maka muncullah generasi ibu yang melahirkan para tuan seperti yang dibayangkan oleh Rasulullah saw.

Lebih merbahaya lagi apabila ibu bapa tidak lagi menjadi elemen penting dan berfungsi dalam menentukan halatuju hidup anak-anak kerana anak-anak merasakan bahawa mereka telah besar dan tahu membuat keputusan sendiri.

Inilah kesan minda sekular yang ditanam kepada majorti ibu bapa pada waktu-waktu yang lalu, menjadikan mereka pada hari ini ibu bapa sekular, bersikap liberal dan terbuka sehingga anak-anak muda remaja hidup penuh kebebasan. Renungilah Firman Allah Taala yang berikut:
‘Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…’ (At Tahrim:6)

Dengan budaya bebas sedemikian, apakah anak-anak dapat diselamatkan dari api neraka? Ibu bapa sesungguhnya akan dipertanggungjawabkan, dan bahawa sesungguhnya tidak akan ada jawapan perlepasan dalam kehidupan serba Yahudi dan sekular ini, lalu dikhuatiri para ibu dan bapa akan turut sama-sama terhumban.

Pada malam sambutan tahun baru, pada malam pesta-pestaan, pada waktu konsert bersama penyanyi-peyanyi pujaan yang dijadikan ikon negara, atau pada malam-malam pesta tertentu, seringkali dilaporkan dapat dikesan dalam jumlah yang banyak pasangan-pasangan remaja berdua-duaan dalam keadaan yang mengasyekkan di temani oleh berbagai-bagai pil khayal dan alkohol dan bersempena dengan itu berlalulah pesta syaitan sehingga pagi. Ini dibuktikan dengan penemuan botol-botol arak dan kondom! Inilah kebebasan, bebas dari batasan dan larangan agama – bebas minum arak, dadah dan pelbagai pil khayal, bebas dalam pesta maksiat dan sebagainya.

Demikianlah remaja dan anak-anak muda Melayu, setelah lebih 50 tahun racun sekularisme meresapi sistem pendidikan negara.Inilah tingkat paling rendah dalam martabat insan yang mendekati taraf haiwan apabila hidup mengikut nafsu amarah yang disebutkan di dalam Al Quran:
`...sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan...’-Yusuf:12:53

Dan yang lebih malang lagi, kebebasan ini cuba dikawal dengan denda yang tak seberapa ringgit oleh pihak yang menjaga agama yang membuat undang-undang sendiri atas nama mahkamah Islam. Di manakah lagi sisa iman kalau hukum berikut bagi kesalahan zina tidak dilaksanakan? Firman Allah:
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang beriman’ (An Nur:24:2)

Jelas ayat Allah di atas menegaskan, laksanakanlah hukum Allah jika kamu beriman....Lalu kalau tidak mahu laksanakan apakah maknanya?

Dan memang tidak dilaksanakan, lalu bertambahlah bencana dan bala dan inilah yang tidak diketahui oleh tokoh-tokoh masyarakat yang tidak mencari obatnya dari Al Quran yang memperingatkan:
‘Jika kamu (kaum muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar (Al Anfal:8:73)

Eksistensialisme bukan sahaja membawa bencana kepada anak-anak, bahkan juga kepada keharmonian rumahtangga. Sistem bekerja yang diperkenalkan oleh Barat membuka ruang kebebasan kepada budaya yang cuba dikawal oleh Islam. Atas alasan bekerja kadang-kadang kebebasan disalahguna sehingga ada isteri/suami yang menjadi bebas ke mana-mana untuk keluar dengan sesiapa sahaja bukan muhrim, tanpa perlu merujuk/memberitahu atau meminta izin dari suami/isteri. Inilah isu dayus yang kurang diberi perhatian pada zaman kini!

Dengan budaya ini terbukalah perangkap syaitan kerana syaitanlah pihak ketiga bersama lelaki dan perempuan bukan muhrim di kala berdua-duaan. Dan memang ada khabar-khabar kecurangan sehingga perzinaan.Sekali lagi hukuman hudud tidak dijalankan.

Di manakah sisa iman, kalau Hadis Rasulullah saw berikut tidak dikuatkuasakan?
‘Tidak halal darah seseorang muslim melainkan dengan satu daripada tiga kesalahan. Orang yang telah berkahwin melakukan perzinaan, nyawa dibalas dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya dan berpisah daripada jamaah’

Al Quran telah menetapkan ada tiga kategori kepada pihak autoriti yang engkar dari
melaksanakan hukum mengikut perintah Allah:
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” – Al-Maidah:5:44
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim – Al-Maidah:5:45
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik – Al-Maidah:5:47

Lalu di manakah sisa iman?

Tanpa iman bagaimanakah Bangsa Melayu akan bangkit? Inilah bencana eksistensiaisme! Bencana yang kemucaknya adalah kebebasan tanpa sempadan. Kebebasan untuk berbuat apa sahaja!

Hidup Untuk Berseronok.

Bagaimana Bangsa Melayu akan bangkit, kalau Utilitarianisme menjadi satu lagi sistem moral yang cukup berkuasa membentuk gaya hidup berseronok-seronok kerana kehidupan adalah unuk mencari keseronokan?

Teori ini diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) : mengatakan manusia dikuasai/dipengaruhi keseronokan serta kesakitan menakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan iaitu keseronokan. Sesuatu perlakuan dianggap baik/benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dihasilkan oleh perlakuan itu dan dianggap bermoral apabila menghasilkan keseronokan maksimum. Sebaliknya dianggap tidak bermoral apabila menghasilkan kesakitan atau penderitaan.

Menurut Bentham kebahagiaan ialah keseronokan yang dihajati dan tiadanya kesakitan menakala kesakitan ialah tiadanya keseronokan. Keseronokan sahajalah natijah yang benar, baik dan yang diidamkan. Pengalaman keseronokanlah yang mesti dimaksimumkan sementara kesakitan diminimumkan.

Sesungguhnya inilah sistem moral Barat yang menjadi barah yang hebat melanda kehidupan masyarakat dunia bersengkongkol dengan fahaman sekular-materialis lalu menjadikan hidup di dunia ini sebagai pentas untuk mencari kepuasan nafsu dan berseronok-seronok.

Kerana pengaruh Utilitasrianismelah anak-anak muda Bangsa Melayu hilang pedoman hidup, lalu memburu keseronokan hidup. Mereka alpa untuk mengetahui kerana apa manusia diutuskan di muka bumi. Mereka alpa untuk menyedari kenapa mereka dicipta? Mereka alpa untuk mengetahui apakah penanggungjawapan mereka? Mereka lalai dan alpa, bahawa hidup di dunia adalah perjalanan kembali kepada Allah Rabbul Alamin dan singgah di muka bumi sekadar sebentar mencari bekalan dalam satu perjalanan yang panjang.Mereka alpa untuk menginsafi bahawa maut akan tiba pada mana-mana masa dan nyawa manusia bila-bila masa sahaja akan direntap untuk dihadapkan ke Hadrat Allah secara rela atau terpaksa di Hari Pengadilan.

Inilah tujuan penciptaan manusia. Firman Allah:
`Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu’
Inilah pula amanah penciptaan. Firman Alah Taala.
`Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh’ (Al Ahzab:72)
Inilah distinasi hidup. Firman Allah Taala:
`Sesungguhnya Kami kepunyaan Allah dan kepadaNya lah kami kembali’ (Al Baqarah:156)
Inilah penangungjawaban di Yaumil Mahsyar mengenai amanah.
‘Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrahpun, nescaya dia melihatnya (akibat). Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihatnya pula (balasan)’ (Az Zalzalah:7-8)

Akan tetapi Pendidikan sekular telah memesongkan kiblat hati para pelajar, lalu menjadikan minda mereka penuh dengan ilmu sekular demi matlamat sekular. Akhirnya mereka hidup secara sekular untuk keseronokan memiliki jawatan bergaya, mendapat gaji lumaian, kedudukan dan pangkat kemuliaan. Mereka menjadi pemburu keseronokan untuk mendapat nama yang harum dan masyhur, keseronokan mencari dan mengumpul ringgit dan harta, keseronokan memiliki rumah yang cantik dan kenderaan mahal bergaya, seronok dengan permainan, sukan, hiburan dan pesta-pestaan, keseronokan sukaria dan serba suka dengan pemenuhan nafsu amarah - mabuk-mabuk, kebebasan seks dan serbanika madu manis jelengkit dunia.

Apakah ini erti kehidupan di dunia?

Bertambah parah apabila stesen television dan media-media percetakan sangat mempromosikan ruang untuk keseronokan hiburan yang panas dan kurang manis, menyinggung kemuliaan agama dan melalaikan. Media elektronik dan cetak tidak dijadikan alat untuk mengisi minda dan jiwa dengan juadah-juadah santapan rohani demi kemuliaan martabat insan. Semua ini berlaku kerana matlamat keuntungan dalam falsafah materialisme.

Jika dunia dijadikan tempat berseronok-seronok, bersuka-ria dan bersuka-suka dan untuk keseronokan, jika jiwa dipenuhi dengan semata-mata keseronokan, di manakah lagi tempat sisa iman demi kebangkitan Bangsa Melayu?

03 Jun 2009

Kebebasan Untuk Menjadi Kafir?
(Artikel 5)

Di manakah lagi sisa iman kalau fahaman Liberalisme telah menjadi fahaman yang wujud bersama Islam dalam diri seseorang manusia?

Umpama air bersih di dalam sebuah cawan yang bersih. Air sedemikian boleh digunakan untuk apa-apa sahaja bagi tujuan yang mulia termasuk untuk diminum. Akan tetapi air yang suci lagi bersih ini akan menjadi kotor dan bernajis jika tertitis walau setitis air bernajis di dalamnya.Air berkenaan sudah tidak suci lagi dan tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan yang mulia. Bahkan biasanya akan dibuang begitu sahaja kecuali dijirus ke jambangan bunga. Semakin banyak air najis tertitis ke dalam cawan tersebut, air di dalam cawan berkenaan akhirnya dinamakan air najis. Bahkan cawan berkenaan sendiri akhirnya dinamakan cawan najis.

Demikianlah juga Islam dan Iman di dalam jiwa manusia, bersifat suci dan bersih. Apabila tertitis fahaman sekularisme, materialisme, kapitalisme dan kemudiannya liberalisme ke dalam hati, jiwa dan minda, di manakah lagi tinggalnya kesucian Islam dan Iman? Bukan sahaja hati, jiwa dan minda yang bernajis, bahkan badannya juga bernajis kerana menjadi rumah bagi jiwa yang bernajis.

Ideologi Liberalisme pada hakikatnya adalah najis sebagaimana ideologi-ideologi Yahudi yang lainnya juga.Najisnya liberalisme adalah kerana mendorong nafsu manusia mahu bebas keluar dari Sunnah Allah dan RasulNya kerana mahukan kelonggaran dalam beragama supaya menjadi liberal. Akibatnya lahirlah golongan yang dinamakan Islam Liberal. Kebebasan untuk keluar atau keluar dari ajaran Allah dan Rasulnya dipanggil murtad. Murtad ertinya keluar dari Islam lantas menjadi orang kafir. Orang-orang kafir adalah makhluk yang bernajis. Dikatakan bernajis adalah kerana adanya sifat syirik, kerana pada hakekatnya syirik adalah sebesar-besar najis di sisi Allah.
.
Firman Allah Taala:
”Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis. Oleh itu jangan benarkan mereka memasuki Masjidil Haram’- At Taubah.28.

Adalah dikhuatiri Islam Liberal jatuh kepada paras murtad, dan jika demikian mereka termaktub dalam firman Allah yang berikut:
‘Sesungguhnya orang-orang kafir iaitu ahli Kitab (orang yang tahu Quran) dan orang-orang musyrik ke neraka Jahanam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk (Al Bayyinah:6)
FirmanNya lagi:
Sesungguhnya haiwan yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman… (Al Anfaal:5:56)

Jadi, dimanakah lagi sisa iman kalau ajaran Allah dan RasulNya tidak lagi disanjungi sebagai panduan hidup jasmani dan rohani – yang sepatutnya sangat disenangi kerana inilah panduan dalam tata cara kelakuan, untuk mengekalkan manusia dalam martabat keinsanan supaya manusia dapat kembali kepadaNya kekal sebagai seorang insan?

Liberalisme adalah fahaman yang perlahan-lahan menarik keluar iman dan sisanya, seperti panah yang keluar dari busurnya. Bukankah orang-orang kafir dan munafik dan orang-orang yang berdosa besar (fasik), zalim, kufur, murtad, dayus dan sebagainya – adalah orang-orang yang telah hampir terhakis atau telah terlucut imannya, menjadi persis sebuah gelas kotor yang menyimpan air yang dipenuhi pelbagai najis?

Enau Di Dalam Belukar.

Di manakah lagi sisa iman kalau fahaman Individualisme menjadi cara hidup yang menjadikan bangsa Melayu hidup sendiri-sendirian dan tidak lagi saling-mengenali, melupai semangat kejiranan, menjadi ‘enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing?

Pada zaman yang lalu hubungan kekerabatan tersangat akrab, bersatu-padu dan erat. Hubungan darah begitu padu. Antara sepupu dengan sepupu bahkan beberapa pupu pun sehingga tujuh keturunan, masih lagi tersimpul ikatan yang erat dan mesra atas nama saudara-mara dan kaum-kerabat.
.
Al Quran telah membina ikatan ini bagi Bangsa Melayu:
`Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat atau ibnu sabil (musafir yang kehabisan bekalan) dan hamba sahyamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-bangga diri (iaitu) orang-orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyembunyikan kurnia Allah yang telah diberikannya kepada mereka. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir siksa yang menghinakan’ . An-Nisa:36-37

Tidakkah akhir ayat Allah di atas menunjukkan jalan hidup yang tidak mengikut Islam – sombong dan kikir dalam kehidupan sosial - dikategorikan sebagai kafir?

Hadis Rasulullah saw:
Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada seberat biji sawi di hatinya sifat sombong……( Ihya Ulumiddin Jld. 5 hal 442

Dan dalam hubungan sesama mukmin yang merentasi sempadan bangsa dan geografi pula Al Quran menegaskan:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu” (Al Hujurat:49:10)

Tetapi individualsme telah menghacur-leburkan semuanya. Bukan sahaja individualisme, bahkan fahaman cinta harta (materialisme dan kapitalisme), fahaman cinta dunia (sekularisme), sistem politik pecah dan perintah dan hidup berpuak-puak yang saling berbalahan (demokrasi), telah menodai jiwa Bangsa Melayu sejak lebih lima dekad, lalu Bangsa Melayu teramat mementingkan diri sendiri atau individualistik.

Impaknya telah cukup parah sekarang. Saudara dekat telah menjadi saudara jauh, saudara jauh terus hilang dari perkamusan rasa persaudaraan. Bahkan kadang-kala adik-beradik sedarah-sedaging pun berpecah-belah. Sahabat dan jiran tidak bertegur-sapa bahkan khianat-mengkhianati dan dengki iri hati. Dalam politik demokrasi kadang-kadang perpecahan tersangat dahsyat, walhal sebangsa bahkan seagama – Tuhan yang sama, Rasul yang sama, Kitab yang sama. Siapakah yang telah memecahkan dan memutuskan tali persaudaraan dan silaturrahim ini kalau tidak disebabkan fahaman iblis dalam individualisme?

Apabila individualisme menjadi garis panduan hidup di manakah lagi mahu disembunyikan sabda Rasulullah saw berikut:
Tidak beriman seorang kamu, sebelum dia mencintai saudaranya, akan apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri’.
‘Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya.
‘Tidak beriman dengan aku, seseorang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan dia tahu yang jirannya dalam kelaparan’.
‘Tidak akan masuk syurga, seseorang yang jirannya tidak merasa selamat dari kejahatannya’.
.
Tidakah Nabi saw berpesan dengan peringatan, tidak beriman kamu....seandainya .....?

Assobiyah dan Nasionalisme

Sayangkan bangsa tak mengapa asalkan tidak menindas bangsa/puak lain. Tetapi kalau sayang kepada bangsa lalu menindas bangsa/puak yang lain, demikianlah assobiyah!

Di manakah lagi sisa iman kalau Nasionalisme/Assobiyah menjadikan Bangsa Melayu begitu assobiyah? UMNO dengan PAS berbalah. PKR dengan UMNO berbalah. Arqam dengan PAS berbalah. Hizbut Tahrir berbalah dengan semua ahli politik. Tabligh mengambil jalan membawa diri.NGO-NGO Melayu bercemperakan.

Sesama Melayu, sesama Islam berbalah dan berpecah-belah. Di manakah sisa iman? Puncanya ialah kerana tidak mahu berpegang kepada petunjuk Allah – sistem politik Islam, sebaliknya berpegang kepada konsep demokrasi berparlimen tajaan Yahudi.Firman Allah Taala:
’dan bahawa ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain – ideologi Yahudi dll) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa’ – Al-An’am:6:153

Oleh kerana Bangsa Melayu telah mengikuti berbagai-bagai jalan yang lain, maka Bangsa Melayu telah berpecah-belah sejak lebih 50 tahun yang lalu dan nampaknya jalan perpaduan masih lagi di persimpangan berliku. Bagaimana untuk mengatasinya? Allah menerangkan:
’Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian’ – An-Nisa’:4:59

Persoalannya kenapa Mulkan Jabbariyyan yang memegang tunggak kekuasaan sehingga kini tidak mahu mengambil inisiatif ini? Kenapa Mulkan Jabbariyyan tidak ada sebarang usaha untuk melaksanakan sistem Allah dan RasulNya dalam seluruh dimensi kehidupan? Kenapa? Kenapa Mulkan Jabbariyyan tidak mahu mengusulkan muafakat atau tidak menerima inisiatif perpaduan dengan syarat kembali kepada Sunnah Allah dan RasulNya?

Sebabnya adalah kerana persoalan IMAN dan AQIDAH!

Seandanya Mulkan Jabbariyyan masih ada sisa iman – semoga demikianlah hendaknya demi kasihkan bangsa dan agama – hadapilah isu perpecahan ini dengan saranan Al Quran seperti berikut:
’Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil’- Al-Hujurat:49.9

Persoalannya – dalam keadaan perbalahan antara Mulkan Jabbariyyan dan suku-sakatnya dengan Pembangkang serta kaum-kerabatnya; dua kelompok besar yang berperang dan menjadi tontonan kelompok-kelompok kecil – soalan-soalan yang perlu dijawab: siapakah sebenarnya yang berbuat aniaya?

Persoalan ini ramai dari kalangan Bangsa Melayu yang tidak mampu menjawabnya, termasuk dari kalangan yang disangka baik Islamnya!
.
Persoalan kedua, siapa yang hendak memerangi golongan yang berbuat aniaya?

Inilah masalah yang teramat besar!

Kami berkeyakinan orang-orang Melayu yang baik imannya, dapat menjawab dengan jelas dua soalan mudah yang diutarakan di atas. Kalau tahu jawapannya, timbul pula persoalan: mampukah memerangi satu golongan yang jelas menolak al Quran dan Sunnah tetapi memiliki seluruh kekuatan kekuasaan?

Inilah masalah Bangsa Melayu. Justru persoalan yang berulang-ulang kali sengaja ditonjolkan: ’masih adakah sisa iman?’; kerana kalau masih ada sisa iman, hayatilah Firman Allah Taala:
`Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir (apabila dizalimi, dianiaya atau diperangi) tetapi berkasih-sayang sesama mereka’ – Al-Fath:48:29.

Ertinya semua orang Melayu yang masih ada iman di hati perlu berkasih sayang sesama sendiri dengan meleburkan apa-apa jua sempadan dan memecahkan apa-apa jua tembok penghalang.

Firman Allah seterusnya:
`Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongannya yang datang daripadaNya’ – Al-Mujadilah:58:22.

Inilah perpaduan Islam!
.
Firman Allah lagi:
`Hai Nabi perangilah orang-orang kafir dan munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah Neraka Jahanam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali’ – At-Tahrim:66:9.

Inilah jalan kembali kepada Islam untuk Kebangkitan Bangsa Melayu. UMNO, PAS, KEADILAN, Al Arqam, Hizbut Tahrir, Jemaah Tabligh dan semua NGO Islam perlu berkasih sayang sesama bangsa.Bina perpaduan Melayu berasaskan Islam dan hadapilah sebarang kemungkinan damai atau tidak, demi kemuliaan di sisi Allah dan RasulNya.

Bangsa Melayu hidup di atas puak assobiyah masing-masing sejak begitu lama. Bangsa Melayu dari kumpulan Mulkan Jabbariyyan bukan sahaja tidak peduli nasib sesama sendiri, sedarah dan sedaging, tetapi tidak juga peduli kepada nasib umat Islam sedarah-sedaging di Patani, kaum Moro di Mindanao dan saudara seagama di seantero dunia terutama nasib umat Palestin dibiarkan menjadi sembelihan Yahudi Zionis! Di manakah mahu disembunyikan Firman berikut:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu” (Al Hujurat:49:10)

Atau dimanakah mahu diletakkan Hadis ini:
Diumpamakan orang mukmin itu dalam berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan, seumpama tubuh, apabila menderita sakit satu anggota daripadanya, nescaya membawa sakit lainnya dengan demam dan tidak mahu tidur semalam-malaman’

Bangsa Melayu Mulkan Jabbariyyan tidak peduli kepada sensitiviti keagamaan berpaksikan Tauhid demi mengelak dari bersengketa dengan jiran yang anti Islam yang mencincang saudara seagama, demi memelihara hubungan ekonomi dan keamanan serantau.

Ini adalah masalah iman! Di manakah sisa iman?