Novel ini membawa anda mengalami sendiri hawa
kehidupan dalam keindahan dan kesyumulan
Islam, melalui pengalaman dan lawatan Dr.Lleyton Hewitt ke Malaysia/Tanah Melayu untuk memahami
konsep Cahaya Ilahi; menelusuri ke dalam liku-liku kehidupan
nyata masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada semua kesempurnaan Islam yang
selama ini terpendam oleh hagemoni Barat dan Yahudi.
Bagaimanakah Negara
Islam Moden tahun 2020 menurut persepsi dan imaginasi pengarang? Apakah sama
dengan Negara Islam Unggul Zaman Khulafa
ar-Rasyidin? Apakah pula bezanya dengan
negara sekular Barat dan Timur? Inilah persoalan-persoalan yang sangat
menarik bahkan mencabar untuk ditelusuri!
BALDATUN THOIYYIBATUN
Warabbun Ghafuur sangat sesuai dibaca
oleh semua aktivis politik, golongan
terpelajar, pendukung dan umat Islam yang
merindui kehidupan yang dijanjikan oleh al-Quran: Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur (negerimu adalah negeri yang baik dan (Tuhan
mu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun). Ianya juga sangat sesuai dibaca oleh
semua pembaca yang ingin mengenali
keindahan negara Islam yang diimaginasikan
oleh penulis yang mungkin bakal menggantikan sistem dunia kontemporari seperti
dijanjikan dalam sunnatullah bila tiba saat dan ketika yang ditakdirkan-Nya.
LAPORAN
PANEL HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2010/2011
Novel Baldatun
Thoiyyibatun membina sebuah model negara impian di Malaysia yang mengutamakan
aspek kebajikan.Novel ini sarat dengan idea dan ideologi yang menjurus ke arah
pengagungan Islam sebagai tonggak pembinaan sesebuah tamadun.Kota Cahaya dibina
menurut nilai keadilan, ketertiban, kebersihan dan kebenaran Islam.Pembangunan
prasarana, sistem pengadilan, sistem pendidikan, pendaulatan ilmu dan ilmuan,
disejajarkan dengan kehendak Islam.Dalam skala yang lebih besar, pertembungan
antara Islam dengan penentangnya yang mengalami gejala Islamofobia dihuraikan
dengan begitu informatif, argumentatif, ideologikal dan terbina dalam plot yang
dramatik.Rangkuman teknik dan nilai yang sedemikian menjadikan teks ini
bertenaga sebagai penyampai ilmu, peneguh
ideologi dan sekali gus menjinakkan kedegilan manusia secara
halus.Selain itu perwujudan watak yang
pelbagai latar belakang dan kedudukan juga mencerminkan kehalusan corak
naratifnya.Dalam perspektif naratif realisme, novel ini dianggap tidak logik
dan mungkin tidak relevan, tetapi dari sudut yang lebih strategis, teks
futuristik dan bersifat representatif sebegini berupaya memberikan mesej yang
jauh melampaui keupayaan teks realisme.Kekuatan lain yang dapat diangkat
daripada novel ini ialah nilai ilmunya yang sarat.Bersumberkan kitab al-Quran, sirah
dan hadis, banyak persoalan yang dikemukakan secara sepintas lalu telah
disokong dengan sumber dan penjelasan tambahan pada bahagian nota hujungnya.
Boleh didapati di semua kedai-kedai buku terkemuka atau boleh hubungi penerbit:
PUSTAKA KANZUN MAHFIYYAN,
Kuantan, Pahang.
013-9098135
Harga RM30.00 senaskah termasuk belanja pos
Boleh didapati di semua kedai-kedai buku terkemuka atau boleh hubungi penerbit:
PUSTAKA KANZUN MAHFIYYAN,
Kuantan, Pahang.
013-9098135
Harga RM30.00 senaskah termasuk belanja pos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan