29 Oktober 2011

AGENDA PERPADUAN ISLAM DAN PERPADUAN NASIONAL


Negara Majmuk.


Perpaduan dalam konteks negara Malaysia sangatlah penting kerana Malaysialah satu-satunya negara di dunia ini yang ditakdirkan unik oleh Allah Taala kerana menjadikan negara ini begitu majmuk. Tentulah ada rahsianya.Tetapi yang paling pasti barangkali Allah mahu menjadikan Malaysia sebagai model kepada seluruh dunia bagaimana Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk.

Walaupun sehingga kini UMNO tidak melaksanakan sistem Islam tetapi disebabkan orang-orang Islam adalah golongan majoriti, maka kebaikan Islam masih terpancar kepada masyarakat bukan Islam di negara ini, jauh lebih baik berbanding orang-orang Islam yang ditadbir di bawah pentadbiran bukan Islam seperti di selatan Thailand, Filifina, India,Bosnia dan lain-lain.Orang-orang bukan Islam di negara ini mendapat rahmat yang cukup banyak walaupun Malaysia tidak ditadbir secara Islam.Ini adalah kenyataan.

Walaupun tidak ada peperangan dan sengketa perkauman yang dahsyat kecuali Tragedi 13 Mei 1969, dan sebelumnya kebangkitan PKM tahun 1946, tidak bermakna perpaduan dan hubungan ras cukup harmoni. Pada hakikatnya rasa curiga-mencurigai tetap tinggi.Di atas kertas nampak cantik, tapi pada hakekatnya, perpaduan dalam ertikata yang sebenarnya masih jauh lagi.


Perpaduan Melayu


Perpaduan Melayu sangatlah penting kerana menjadi teras utama untuk survival Melayu di Malaysia.Tanpa perpaduan, Melayu dikhuatiri akan terus melayu dan menjadi layu di tanah air sendiri. Apabila orang-orang Melayu layu di Tanah Melayu dikhuatiri bangsa ini akan menjadi sejarah dinasour.

Perpaduan Melayu penting bagi memelihara keamanan di Tanah Melayu/Malaysia dan kesejahteraan serantau di Kepulauan Melayu. Istilah Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu tetap penting bagi imej dan hegemoni Melayu yang terdiri dari seluruh suku-suku Melayu lain yang ada di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak bahkan di seluruh Kepulauan Melayu/Nusantara/Indonesia termasuk d Filifina, Kempuchea dan Thailand. Jika merujuk kepada makna Melayu yang lebih luas perpaduan Melayu merujuk kepada perpaduan semua kelompok Melayu di Nusantara/Alam Melayu dan ini adalah agenda Melayu yang lain.

Perpaduan Melayu dalam konteks Malaysia/Tanah Melayu menjadi musnah oleh faktor penjajahan. Dasar pecah dan perintah sangat berkesan menghancurkannya apabila diperkenalkan konsep demokrasi pilihanraya apabila orang-orang Melayu dibelah bahagi oleh faktor politik. Politik telah menyebabkan orang Melayu hampir mustahil untuk bersatu di Tanah Melayu sebagaimana hampir mustahilnya perpaduan semua ummah Melayu oleh faktor geografi dan politik yang diimpakkan oleh penjajahan.

Perpaduan Islam

Hakikat yang tidak boleh ditolak, perpaduan Melayu mestilah berteraskan Islam kerana hanya Islam yang dapat menyelesaikannya tetapi inilah yang tidak diminati oleh UMNO lantas dengan itu kekallah UMNO dengan nasionalismenya.Kalau UMNO tidak jumud dan fanatik, degil dan kepala batu mempertahankan ideologinya, perpaduan Melayu sudah lama dapat dibina melalui perpaduan Islam kerana UMNO orang Islam.

Apabila Melayu bersatu berteraskan Islam, orang-orang Melayu akan menjadi kuat kerana perpaduan Islam akan merentasi sempadan bangsa. Semua orang Islam seperti Cina, India, Sikh,Kadazan. Murut, Dayak, Dusun, Semai, Jakun dan sebagainya akan bersatu dan berpadu, lantas akan menjadi ummah yang satu – ummah muslimin. Inilah kesejagatan yang perlu dirintis oleh orang Melayu yang perlu direalisasikan di Tanah Melayu/Malaysia, dan kemudiannya di Kepulauan Melayu dan seterusnya di seluruh permukaan bumi ini – perpaduan Islam.

Jika Bangsa Melayu mahu menjadi bangsa yang dominan bersama ummah muslimin sejagat, UMNO mesti bersedia membena perpaduan berteraskan Islam.Kalau Melayu tidak mahu berpadu sesama Melayu atas teras Islam – pergi jalanlah Melayu kerana identiti Melayu tidak menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.Sebab itu pergi jalanlah UMNO dengan nasionalismenya!

Apakah dengan terbentuknya perpaduan Islam bangsa Melayu akan lenyap? Tidak! Melayu tetap Melayu. Cina tetap Cina. India tetap India.Bahkan semua etnik tetap dengan imej etnik masing-masing. Ini adalah identiti dan imej bangsa bukan agama.Semuanya kekal dengan bangsa masing-masing, budaya masing-masing dan bahasa masing-masing, tetapi akedah yang sama.

Marilah Bersatu Demi Islam.

Semua yang masih ada iman dan mahukan kehidupan yang dinaungi Islam mestilah bersatu untuk menegakkan sistem Islam. Marilah semua umat Islam tanpa mengira bangsa selagi berpegang teguh dengan Kalimah Tauhid.

Marilah UMNO! Marilah Jamaah Tabligh! Marilah Hizbut Tahrir! Marilah NGO-NGO Islam! Marilah semua yang telah mengucap Dua Kalimah Syahadah `Laaillahail Lallah Muhammadar Rasulullah’. Marilah kita kembali kepada ajaran al Quran dan ajaran Nabi Muhammad saw. Marilah kita berpegang kepada kalimah Tauhid yang sama, Tuhan Yang Satu, Rasul yang sama, Kitab al Quran yang sama, kiblat yang sama. Marilah samada anda seorang Melayu, seorang Cina Islam, seorang India Islam, seorang Sikh Islam, seorang kaum peribumi Islam baik di Tanah Melayu atau di Sabah dan Sarawak.

Seruan ini adalah kepada anda di Malaysia dan nanti adalah kepada umat Islam di Nusantara dan seterusnya ke seluruh dunia! Marilah bersama Islam kerana ikrar kita: `hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan Semesta Alam’.

Kepada pasukan keselamatan negara - polis, FRU, angkatan bersenjata dan lain-lain yang beragama Islam, marilah sama-sama bangkit untuk Islam.

Kalaulah seruan ini – seruan yang didendangkan ini - datangnya dari UMNO alangkah mudahnya laluan perpaduan Islam kerana seluruh sistem di tangan UMNO kerana UMNOlah yang berkuasa. Selepas itu adakanlah musyawarah bagaimana untuk menyusun pentadbiran di bawah sistem Islam dan jemputlah sama wakil orang-orang bukan Islam dari MCA, MIC, Gerakan, DAP dan lain-lain untuk meneliti keadilan Islam dan untuk diperjelaskan mengenai hak orang-orang bukan Islam di bawah BALDATUN THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur.

Perpaduan Nasional Versi UMNO

Inilaah bentuk perpaduan yang dianggap paling serasi untuk Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya yang telah diperkenalkan oleh UMNO iaitu perpaduan nasional sejak 1957. Perpaduan Nasional bersaskan tajaan UMNO tetapi tidak berteraskan Islam terbukti tidak cukup berjaya. UMNO terpaksa mengorbankan banyak perkara bagi mencapai maksud perpaduan.Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan ternyata gagal menjadi bahasa utama yang digunakan secara meluas pada segenap peringkat. Bahasa Melayu cuma dipelajari untuk maksud peperiksaan dan kenaikan pangkat. Rata-rata kefasihan bukan Melayu agak rendah bahkan ada yang masih tidak boleh bertutur samasekali. Apatah lagi untuk digunakan secara meluas. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa komunikasi utama dan lebih popular.

Jelasnya usaha perpaduan Melayu melalui semua cara yang UMNO gunakan – bahasa, budaya, sukan, aktiviti sosial dan lain-lain, tidak cukup berjaya.Malaysia nampak harmoni di mata dunia tetapi hakikatnya masih teguh dengan prasangka perkauman dan rasa curiga-mencurigai tetap menebal. Swis bom jangka sentiasa dihidupkan.Cuma setakat ini semua bangsa nampaknya masih berjaya menyembunyikan hakikat sebenar secara bijaksana dan matang.

Perpaduan Nasional Versi Islam.

Oleh sebab Perpaduan Nasional versi UMNO tidak berjaya, sebab itulah dikatakan perpaduan nasional perlu berteraskan Islam. Di atas kertas Islam seolah-olah halangan untuk perpaduan pelbagai kaum kerana ada banyak taboonya. Akan tetapi pada hakekatnya Agama Islamlah penyelesaiannya. Orang-orang bukan Islam perlu mengetahui soal –soal yang sensitif mengenai agama dan pencerobohan terhadapnya mesti dielakkan.Ini yang perlu difahami dan perjelaskan kepada bukan Islam.

UMNO kadang-kadang cuba dengan sengaja mencerobohi aspek-aspek sensitif ini dengan pendekatan liberal dan ini sangat merugikan orang-orang Melayu sendiri dalam kehidupan beragama.

Perpaduan Nasional versi Islam boleh berlaku dengan kefahaman kaum bukan Islam kepada Islam dan seterusnya menerima Islam sebagai sistem kehidupan. Inilah yang tidak dibuat oleh UMNO. Bahkan orang bukan Islam bertambah takut dan prasangka kepada Islam kerana UMNO yang dilihat Islam tetapi berprasangka kepada Islam dengan memberikan label-label yang dahulunya dikumandangkan oleh barat.UMNO sepatutnya berusaha untuk menerangkan kebaikan dan keadilan Islam berbanding dengan sistem Yahudi yang diamalkan sejak 1957. Tapi bagaimana mahu mengharapkan UMNO kerana UMNO sendiri cukup selesa dengan sistem Yahudi!

Perpaduan Nasional hanya boleh dicapai setelah semua umat Islam dari berbagai-bagai bangsa bersatu di bawah sistem Islam. Selepas ini dicapai, menjadi tanggungjawab kepada kerajaan yang berkuasa menerangkan keadilan dan kebaikan Islam kepada orang-orang bukan Islam. Apabila halangan ini dibuka, baharulah terbentuk perpaduan Nasional iaitu perpaduan diatas penerimaan dasar-dasar Islam oleh semua warganegara pelbagai bangsa, agama dan budaya, sebagaimana selama ini semua warganegara menerima sistem politik demokrasi, sistem pendidikan sekular, sistem ekonomi kapitalisme, sistem perundangan dan kehakiman Barat yang ternyata semakin memecahbelahkan semangat perpaduan.

Perpaduan Nasional boleh menjadi kenyataan bila berasaskan persahabatan, bertolak-ansur, bekerjasama, hubungan mesra, hormat-menghormati dan lain-lain keindahan nilai yang ada di dalam Islam dan merupakan nilai kesejagatan. Akan tetapi hasrat murni UMNO ini terhalang oleh dasar dan sistemnya sendiri; ekonomi kapitalis yang menyuburkan sifat individualistik, tamak-haloba, penindasan, monopoli, penipuan dan sebagainya sebagaimana juga falsafah materialisme yang menyemarakkan sifat mementingkan diri, mengabaikan hubungan persahabatan dan kejiranan, sebagaimana juga sekularisme yang memusnahkan keindahan kerohanian sebaliknya memuja tamadun keduniaan. Semua ideologi dan cara hidup barbarian dan jakun dari Barat Yahudi selama ini telah menjadi penghalang untuk suburnya nilai-nilai perpaduan nasional selama ini.

Jadi agenda perpaduan nasional yang terbaik untuk Malaysia ialah berteraskan Islam dengan penerimaan golongan bukan Islam terhadap dasar Islam, tanpa perlu mereka memeluk agama Islam sebagaimana sekarang menerima dasar dan ideologi Yahudi tetapi masih kekal dengan agama Islam, Buddha dan Hindu masing-masing..

13 Oktober 2011

12. Apa Kata Kalau Tak Payah Pilihanraya?

Ini adalah satu lontaran idea bagi menyelesaikan kemelut Bangsa Melayu sejak lebih lima dekad yang puncanya adalah kerana amalan demokrasi.Demokrasilah yang membawa perpecahan kepada bangsa Melayu dan demi perpaduan Melayu dan Islam apa kata kalau Malaysia menjadi negara pertama menamatkan sistem demokrasi dan pilihanraya.

Jawapannya mudah sahaja. Segala-galanya di tangan UMNO kerana UMNO yang memegang tampuk pemerintahan.Kalau UMNO mahu meninggalkan sistem dan ideologi Yahudi, dan kembali kepada sistem Islam sepenuhnya, UMNO sudah tentu tidak perlu mengadakan pilihanraya kerana pilihanraya yang dilaksanakan di negara ini adalah berdasarkan kepada kaedah Yahudi. Kalau UMNO menolak sistem Yahudi dan mahu melaksanakan Sistem Islam dalam pemerintahan negara, sudah tentu akan terlantik pemimpin-pemimpin sebagaimana kaedah terlantiknya Khalifah Abu Bakar as Siddek ra, Saidina Umar al Khattab ra dan Saidina Uthman ibn Affan ra.

Calonkanlah pemimpin-pemimpin yang terbaik agamanya dan terbaik akhlaknya berasaskan ciri-ciri kepimpinan Islam samada dari UMNO, PAS, KEADILAN, HIZBUT TAHRIR, NGO dan sesiapa sahaja individu dan para intelektual Islam dari IPTA dan IPTS untuk membentuk Majlis Syuraa.

Anggota Majlis Syuraa akan bersidang untuk memilih pemimpin yang terbaik dari kalangan mereka untuk menjawat jawatan ketua pentadbiran iaitu Perdana Menteri. Selepas itu diikuti oleh perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri serta timbalannya.Ini bagi Kerajaan Persekutuan.

Untuk Kerajaan Negeri prosedur yang sama bolehlah diikuti oleh setiap negeri.Orang-orang bukan Islam juga perlu dilantik bagi mengisi di mana-mana saja jawatan yang bersesuaian termasuk jawatan menteri.

Ini adalah cadangan bagi perpaduan Melayu dan Islam dan UMNO boleh memulakannya!

Tapi bersediakah UMNO melepaskan jawatan-jawatan utama negara demi perpaduan Melayu dan kembali kepada sistem Islam?

Ini adalah cabaran keimanan dan kesyumulan Islam didalam jiwa UMNO!

Kalau UMNO masih mahu menganut dan sayangkan sistem Yahudi, haruslah sistem pilihanraya akan dipertahankan dan terus dilaksanakan oleh UMNO selagi UMNO berkuasa.Jika ini masih menjadi pilihan UMNO, biarlah bangsa Melayu berterusan menjadi air yang putus kerana dicincang, biarlah bangsa Melayu bagai bulu ayam yang terus tercarik-carik dan biarkanlah biduk berlaboh supaya kiambang bertaburan bersepahan!

BIARLAH BANGSA MELAYU TERUS BERSEPAHAN DAN ISLAM BERSERAKAN!

03 Oktober 2011

11. Bolehkah Berperang Untuk Menegakkan Sistem Islam?

Sistem Islam hanya boleh ditegakkan dalam pentadbiran negara dengan adanya kuasa politik. Dengan kuasalah Nabi Muhammad saw melaksanakan sistem Islam.Demikian juga Khulafa ar Rasyidin.

Apabila ada kuasa di tangan baharulah sistem Islam boleh dilaksanakan dalam seluruh dimensi kehidupan. Inilah faktor pentingnya politik kerana politik ertinya kuasa. Dengan menguasai politik negara, baharulah memiliki kuasa.Oleh sebab itulah umat Islam mesti berpolitik supaya mendapat kuasa untuk melaksanakan pemerintahan mengikut petunjuk al Quran dan Sunnah RasulNya saw. Wadah untuk berkuasa ialah melalui pilihanraya, justru menyertai pilahan raya adalah wajib.

Sayangnya ada dari kalangan umat Islam tidak pernah mahu mengerti bahawa PAS merancakkan arena demokrasi negara adalah dengan NIAT UNTUK MENDAPATKAN KUASA BAGI MELAKSANAKAN PEMERINTAHAN ISLAM SEPERTI YANG DILAKSANAKAN OLEH RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT RH.

Isunya sekarang ialah bagaimana kalau usaha untuk mendapatkan kuasa politik bagi melaksanakan Islam, diragui ketelusannya? Yakni ketelusan dalam proses pilihanraya? Inilah cabaran yang wajib dihadapi dan diperbetulkan denga apa cara jua!

Inilah kelemahan dalam sistem demokrasi. Di Malaysia bahkan di seluruh negara umat Islam dan negara membangun, demokrasi tidak dijalankan menurut bentuknya yang asal tetapi penuh dengan noda dan tipu daya. Pemerintah yang sedia ada – di mana-mana sahaja negara umat Islam dan negara membangun,mempertahankan sistem sekular Yahudi dan diktatorship dengan melakukan segala usaha termasuk yang tidak dihalalkan oleh Perlembagaan untuk mengekalkan kuasa.Kehilangan kuasa bagaikan satu mimpi ngeri dan selalunya akan berakhir dengan tragedi berdarah dan pembunuhan.Inilah yang terjadi di negara-negara umat Islam terutama di Timur Tengah dan di negara-negara membangun.

Kenapa ini berlaku? Dan kenapa tidak berlaku di Barat yang menaja demokrasi?

Inilah masalah di kalangan umat Islam sekarang. Inilah masalah demokrasi dalam Islam Bukan sahaja masalah demokrasi, tetapi masalah iman sebenarnya. Masalah orang-orang Islam tanpa iman! Demokrasi di negara Barat dan di negara bukan Islam, pertarungan antara parti-parti politik adalah semata-mata berasaskan ideologi, tetapi di negara umat Islam perbalahan dan persaingan merebut kuasa politik bukanlah semata-mata masalah ideologi! Perbalahan bukan antara ideologi dengan ideologi tetapi adalah antara iman dengan kufur! Perbalahan adalah antara golongan yang mahu memerintah secara Islam dengan yang mempertahankan sistem Yahudi; antara pendukung akedah Islamiah dengan yang di sebaliknya. Ini sudah teramat jelas! Tidak usah menegakkan benang basah lagi. Masalah orang-orang Melayu sekarang ialah masalah: `masih adakah iman di hati?’, kerana kalau masih ada keindahan iman di hati, golongan tersebut tidak akan sanggup menggunakan kaedah yang dilarang oleh al Quran dalam mempertahankan kuasa.

Bila tidak mahu mengikut petunjuk al Quran dan mempertahankan Yahudisme, nescaya iblislah yang memberi ilham kejahatan.Lantas iblislah yang mengilhamkan jangan mematuhi etika demokrasi demi mengekalkan kemenangan.Gunakanlah apa sahaja cara – tipu-muslihat,fitnah, provokasi, bohong, mungkir janji, bermuka-muka dan berpura-pura dan lain-lain yang sewaktu.

Kalau iman masih baik pilihanraya akan tetap berjalan dengan seadil-adilnya kerana sifat-sifat jelik tersebut bukan sifat iman. Kalau di Barat keadilah masih boleh berlaku, tapi kenapa tidak demikian kepada bangsa Melayu yang mengaku mengikut ajaran al Quran? Ini sebenarnya adalah masalah beriman kepada al Kitab.

Pihak yang berkuasa yakni Mulkan Jabbariyyan atau jelasnya UMNO sentiasa berusaha mencemarkan prinsip keadilan. Rakyat sendiri boleh menjadi hakim untuk melihat bagaimana pihak yang berkuasa – Mulkan Jabbariyyan - telah melakukan berbagai-bagai strategi yang tidak telus dalam usaha mengekalkan kekuasaan.

Bila tidak berlaku keadilan, apakah pilihan yang terbuka?

Rakyat akan bangkit untuk menuntut keadilan! Bila rakyat bangkit, polis dikerahkan untuk menghalangnya. Inilah yang terjadi di kebanyakan negara umat Islam. Pertembungan antara polis dan rakyat ramai yang di sesetengah negara begitu sengit dan memakan korban yang besar. Kuasa Barat dan Yahudi memang seronok melihat rancangan pecah-belah mereka terus menjadi anutan dan kenyataan.

Pertembungan sedemikianlah yang perlu dihindari di Malaysia iaitu pertembungan sesama Islam. Pada satu persepsi, ramai berpendapat pertembungan adalah sesama Islam; akan tetapi pada persepsi yang lebih sempurna, dan inilah yang kami fokuskan; amat dikhuatiri pertembungan adalah antara golongan beriman dengan yang tidak beriman. Pada satu persepsi, pertembungan adalah kerana sikap segolongan yang dianggap ekstrim, radikal dan ganas; tetapi pada persepsi yang lebih objektif adalah perjuangan golongan tertindas kerana tidak adanya keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya, jadi terpaksa bangkit untuk mendapatkan hak dan keadilan.Inilah fenomena di serata dunia dan di Malaysia adalah sebahagian dari rentetannya.

Sebenarnya tidak akan ada peperangan kecuali mempertahankan diri apabila diperangi. Mempertahan diri adalah wajib bila diperangi.Bila berdemonstrasi, bukan ertinya mahu berperang. Demonstrasi adalah sekadar penglahiran satu protes secara besar-besaran di atas sesuatu yang pincang yang perlu dperbetulkan menurut hukum keadilan. Kalau demonstrasi ditakrifkan sebagai mahu berperang tentulah peserta demonstrasi datang dengan pedang, keris dan parang atau senapang! Tapi kenapa di halang dan dikenakan berbagai-bagai tindasan?

Bila terjadi demikian, ertinya medan perang telah dibuka.Tetapi umat Islam di Malaysia yang berjuang untuk Islam di bumi Melayu tercinta ini TETAP TIDAK PERLU BERPERANG untuk melaksanakan Islam kerana tidak diizinkan oleh Islam.

Inilah tugas yang paling mencabar terpikul kepada umat Islam baik dari PAS dan PKR atau UMNO iaitu menegakkan Negara Islam tanpa kacau-bilau kerana tidak ada pilihan lain lagi; wajib memartabatkan Islam sebagai sebuah kuasa kerana Islam adalah agama kekuasaan bersumber dari Zat Yang Maha Kuasa.

Walau bagaimanapun UMNO perlu mengambil iktibar dari seruan jihad. Inilah ayat ancaman dari Allah yang sangat menakutkan bagi orang-orang yang sampai kepada martabat cinta Allah dan RasulNya

‘Katakanlah: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum-keluargamu, kekayaan yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatiri menanggung rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan RasulNya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintahNya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik’ (At Taubah:24)

Jihad adalah pilihan setelah semua pilihan tidak lagi berguna dan inilah ledakan di serata dunia Islam sekarang!