(Disiarkan dalam majalah FardhuAin Edisi 20)
Lidah mempunyai dua dimensi iaitu samada
pada dimensi kebajikan atau kejahatan, kebaikan atau kemaksiatan dan pahala atau dosa yang kedua-duanya tidak ada
batas sempadannya. Seperti anggota-anggota tubuh yang lain, lidah juga adalah
di antara nikmat-nikmat Allah Taala yang teramat besar yang dikurniakan kepada manusia.
Walaupun kecil sahaja bentuk fiziknya tapi
impaknya sangat jelas dan nyata melalui kesaksiannya, terkhususnya pada
saat penghabisan hayat seseorang anak Adam, samada berkesudahan dengan iman atau kufur, ketaatan atau kemaksiatan.
Lidah
sebenarnya adalah senjata dan alat perkakas
setan yang terbesar untuk menipu manusia. Seseorang yang hidupnya tidak dikawal
oleh ajaran agama atau dalam lafaz yang
lain - seseorang yang lemah imannya atau
imannya hanya di bibir, lidahnya akan menjerumuskan
yang empunya diri kepada bahaya-bahaya besar dalam kehidupan penuh dosa yang
membawanya ke neraka. Lidah yang tidak
bertulang akan berkata dengan kata-kata yang tidak terkawal kekejian dan kelucahannya. Orang-orang seumpama ini akan mengumpat, memfitnah, menghina,
mengejek dan menyindir semaunya. Lidah individu seperti ini tidak pernah merasa bersalah untuk berkata
bohong dan dusta, berkata-kata dengan ria, nifak, berjanji bohong, bersumpah
bohong, menipu, mengadu-domba dan memaki-hamun. Mereka sangat membesarkan permusuhan, suka menyakiti
orang lain dan merosakkan kehormatan orang dengan lidahnya yang berbisa.Mereka
juga suka berbantah-bantahan, suka bertengkar
sambil membersihkan diri, sambil juga
menokok-tambah dan mengurangi, dan akan mengutuk semau-maunya baik kepada binatang, benda-benda beku dan
manusia.
Selain
hal yang jelas besar di dalam dosa, lidah juga merbahaya sebagai alat setan
kerana akan menyebabkan tuannya berbicara mengenai perkara-perkara yang tidak
penting, berbual kosong terutama pada perkara-perkara yang batil,. Lidah juga akan mengeluarkan kata-kata
yang berlebihan, berkata dengan memek mulut yang dibuat-buat, memaksakan kata-kata dengan
bersajak, bersyair, berpantun dan nyanyian yang diharamkan serta memperagakan kepandaian
berkata-kata.Tidak ketinggalan pula bahaya suka memberikan pujian, mengabaikan
penggunaan kata-kata yang sesuai dalam kandungan perkataan, lebih-lebih
lagi yang bersangkutan dengan Allah dan
sifat-sifat-Nya dan yang bertalian dengan pokok-pokok agama.Tidak terkecuali
juga bersabit pertanyaan orang-orang awam dari hal sifat-sifat Allah
Azzawajalla dari hal kalam Allah dan huruf-hurufnya, apakah qadim atau baharu.
Kesemua
yang tersebut adalah keenakan pada hati yang
meluncur melalui lidah yang semestinya ada penggerak-penggeraknya samada dari sifat
dan tabiat manusia itu sendiri atau dari
setan yang bermastautin di hatinya.
Lidah yang seumpama ini akan mendatangkan
bencana kepada yang empunya diri, sehingga Rasulullah SAW bersabda: ‘Tiada suatu
pun dari tubuh yang tiada mengadu kepada Allah tentang lidah di atas ketajamannya’.
Ini menunjukkan betapa lidah sangat besar bencananya kepada yang empunya diri
berbanding anggota-anggota tubuh yang lain iaitu mata, telinga,perut, kaki,
tangan dan kemaluan.
Dari
Ibnu Mas’ud diriwayatkan, bahawa ia berada di atas bukit Shafa membaca talbiah
seraya mengatakan: ‘Hai lidah!
Katakanlah yang baik, nescaya engkau beruntung.
Diamlah dari yang jahat, nescaya engkau selamat sebelum engkau menyesal’.Lalu
orang bertanya kepada Ibnu Mas’ud tadi:
‘Hai ayah Abdul Rahman! Adakah ini engkau katakan sendiri atau engkau
dengar dari yang lain?’.Ibnu Mas’ud menjawab:
‘Tidak! Tapi aku dengar dari Rasulullah SAW yang bersabda: ‘Bahawa kebanyakan dosa anak Adam itu pada
lidahnya’.
Nabi
SAW bersabda seterusnya: ‘Barangsiapa
menjaga dari kejahatan qabqabnya, dzabdzabnya dan laqlaqnya, nescaya ia terjaga
dari kejahatan seluruhnya’. Qabqab ialah perut, dzabdzab ialah kemaluan dan
laqlaq ialah lidah.
Ditanyakah
kepada Rasulullah SAW sebab terbesar yang membawa manusia masuk ke sorga.Lalu
Rasulullah SAW menjawab: ‘Takwa kepada Allah dan bagus akhlak’.Dan ditanyakan
pula sebab terbesar yang membawa manusia ke neraka. Maka Rasulullah SAW menjawab: ‘Dua rongga badan iaitu mulut dan
kemaluan”.Maka dengan ini jelaslah betapa lidah, bila amanahnya untuk berzikir
dan bertahmid, bertilawah al-Quran, berselawat dan berkata dengan perkataan
yang baik dikhianati, maka si empunya diri semakin menghampirkan dirinya untuk bermastautin di
dalam neraka Allah.
Ubat
bagi menyelamatkan diri sebelum terlambat, terutama sewaktu lidah tidak
digunakan untuk perkara-perkara yang makruf seperti disebutkan di atas, cuma
satu sahaja.Tidak ada jawapan lain atau penawar lain, selain dari berusaha
sedaya mungkin, sekuat jiwa untuk
mengelakkan diri dari bencana besar di Yaumil Mahsyar nanti selain
dengan diam.Nabi SAW menjelaskan: ‘Barangsiapa
diam,nescaya ia terlepas (dari bahaya)’
Sabda
Nabi SAW lagi: ‘Apakah tidak aku khabarkan kepadamu, ibadah yang paling mudah
dan paling ringan kepada badan? Iaitu
diam dan bagus akhlak’.Nabi Isa a.s. dalam hal ini pernah bersabda: ‘Ibadat itu sepuluh bahagian.Sembilan
bahagian daripadanya pada diam.Dan sebahagian lagi pada lari dari mausia’.Imam
Ghazalli r.a. pula berkata: ‘Berbicaralah apabila engkau ingin diam dan diamlah
apabila engkau ingin berbicara’.
Demi
sesungguhnya dengan diam, bukan sahaja seseorang itu selamat dari bahaya-bahaya
lidah, tetapi akan mendatangkan fikir, zikir dan kejernihan hati.Inilah diam
yang berguna iaitu umpama ubi, ‘diam-diam ubi, berisi’. Bukan diam yang sia-sia
dan percuma, tanpa fikir dan zikir seumpama ‘diamnya besi’ yang semakin lama
semakin berkarat.
Nabi
SAW berpesan lagi: ‘Barangsiapa suka selamat, maka hendaklah dia membiasakan
diam’.Selain itu Nabi SAW juga mengingatkan: ‘Barangsiapa diam, nescaya ia terlepas dari
bahaya’.Orang-orang yang sempurna imannya terutama dalam soal beriman kepada para
malaikat, akan sentiasa ingat akan
firman Allah SWT: “Tiada suatu
perkataan yang diucapkan manusia melainkan didekatnya ada pengawas, siap-sedia
(mencatatkan)” – al-Qaf:18. Inilah tugas malaikat Raqib dan Atiq yang mencatatkan
kesemua amalan baik dan buruk dari semua perbuatan dan percakapan manusia
sehingga tidak tertinggal walau sehuruf pun.
Tersebut
pada hadis mengenai suatu yang teramat berat oleh bencana yang berpunca dari
lidah sebagaimana disebutkan oleh Anas r.a.:
‘Seorang anak-anak dari kami (golongan Ansar) telah syahid pada hari
perang Uhud. Lalu kami dapati di atas perutnya batu terikat lantaran lapar.Maka
ibunya menyapu tanah dari mukanya seraya berkata: ‘Selamat sorga bagimu wahai anakku!’.Lalu
Nabi SAW menjawab: ‘Di mana engkau
tahu? Mungkin ia berkata-kata yang tak
diperlukan dan ia tidak berkata-kata apa yang tidak mendatangkan melarat
baginya’.
Pada
hadis lain tersebut: ‘Bahawa Nabi SAW kehilangan
Ka’ab bin ‘Ajrah.Lalu beliau tanyakan di
mana Ka’ab sekarang.Mereka menjawab: ‘Ia
sakit’. Lalu Nabi SAW keluar bejalan sehingga sampai kepada Ka’ab.Sewaktu Nabi
SAW masuk ke tempat Ka’ab, lalu beliau bersabda: ‘Gembiralah hai Ka’ab!’. Maka sahut ibu
Ka’ab: ‘Selamat bagimu sorga hai
Ka’ab!’. Lalu Nabi SAW bertanya: ‘Siapakah
wanita yang bersumpah ini terhadap Allah?’. Ka’ab menjawab: ‘Ibuku, wahai Rasulullah!’. Lalu Nabi
SAW menyambung: ‘Apakah yang
memberitahukan kepada engkau, wahai ibu Ka’ab? Mungkin Ka’ab berkata perkataan
yang tidak diperlukan atau tidak berkata yang diperlukan’.
Ini
menunjukkan betapa lidah menjadi penghalang untuk seseorang masuk ke sorga tanpa hisab walaupun
mencapai darjat setinggi syahid apabila lidahnya berbicara pada hal-hal yang
tidak diperlukan atau pun tidak pula berbicara pada perkara-perkara yang
diperlukan! Dan bayangkan petaka bagi seseorang anak Adam yang tidak mengawal
lidahnya pada sepanjang hari dan malam!