MENDUKUNG AGENDA ISLAM AKHIR ZAMAN dan KALIMAT SAKTI 'TAK MELAYU HILANG DI DUNIA'. HIDUP ISLAM!! HIDUP MELAYU!!!
27 Ogos 2011
Ada dua jawapan iaitu YA dan TIDAK.
Jawapan TIDAK ialah seandainya proses demokrasi di Malaysia berjalan dalam bentuknya yang adil dan asal seperti di Amerika dan di negara-negara Barat.
Di negara-negara berkenaan parti pemerintah dengan parti pembangkang sama-sama berpeluang bukan sekadar menerangkan dasar-dasar dan halatuju negara seandainya diberi mandat memerintah, tetapi boleh berdebat di hadapan rakyat. Kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang sama-sama bersikap profesional dalam perdebatan intelektual yang disaksikan oleh seluruh rakyat melalui siaran langsung media elektronik untuk menjawab dan menjustifikasikan sebarang isu yang dibangkitkan.
Keadilan dan ketelusan terjamin dalam seluruh proses pilihanraya. Rakyat berpeluang untuk membuat penilaian, pertimbangan dan akhirnya memilih parti dan calon secara saksama tanpa rasa takut atau terancam. Justru, di negara-negara berkenaan, oleh ketelusan dalam proses pilihanraya memungkinkan berlakunya peralihan kuasa; bahkan adalah satu fenomena biasa kekalahaan pemerintah yang sedia ada oleh prestasi pentadbiran yang lemah. Namun kekalahan diterima dengan sikap profesional dan berlapang dada oleh para pemimpin dan penyokongnya sehingga boleh sahaja terjadi saingan utama dalam pilihanraya menjadi rakan akrab apabila diserap dengan jawatan penting dalam birokrasi untuk sama-sama berganding bahu memajukan negara.
Kalau senario ini dilakukan di Malaysia, insyaallah, demokrasi tidak menjadi penghalang terbinanya sistem Islam. Tetapi kalau peralihan kuasa adalah suatu mimpi ngeri bagi pihak pemerintah, sehingga melakukan keadaan yang tidak telus dan meragukan dalam proses demokrasi, jawapannya mungkin YA. YA iaitu demokrasi adalah penghalang bagi tebinanya sistem Islam. Ini disebabkan etika demokrasi tidak dipatuhi dan jauh sekalilah dariada mentaati etika Islam!
Sebagai satu analogi, dalam merebut kejuaraan di gelanggang tinju umpamanya, kalau cuma seorang sahaja peninju yang dibenarkan bertarung dalam keadaan kedua-dua belah matanya terbuka, sedangkan yang seorang lagi, selalunya pencabar, dibiarkan bertarung dalam keadaan kedua-dua belah matanya tertutup dan tangan bergari, sudah tentu pihak pencabar hampir tidak mungkin meraih kemenangan.
Demikianlah bentuk demokrasi di Malaysia! Malaysia yakni UMNO bukan sahaja tidak mematuhi etika demokrasi, tetapi UMNO yang mengaku Islam tidak juga mematuhi etika Islam! Bahawa sesungguhnya ini membabitkan soal keimanan dan akidah!
Lebih bertambah kalut, pihak yang seharusnya berkecuali misalnya SPR, SPRM, Polis DiRaja Malaysia dan Mahkamah, kerana tekanan dan kepatuhan kepada Prinsip Kewajipan yang menjadi anutan prinsip moral negara, akan melakukan sabotaj kepada pembangkang dan bias kepada pemerintah. Seandainya ini berterusan pada PRU ke 13 nanti, demokrasi adalah penghalang kepada terbinanya sistem Islam di negara ini!
Ini tidak usah diceritakan dengan detail lagi! Tanah Melayu dan Malaysia telah mempunyai pengalaman yang cukup luas sepanjang tempoh berkempen baik semasa PRU atau PRK terutama sejak 1980an.
Bila lebih setengah abad Mulkan Jabbariyyan masih lagi berkuasa di peringkat Persekutuan, dan masih lagi berusaha sedaya mungkin untuk berkuasa kalau boleh selama-lamanya, memperjelaskan kepada rakyat, bahawa ada sesuatu yang pincang dalam sistem demokrasi di negara ini. Ada sesuatu yang tidak kena yang dilakukan oleh semua pendukung Mulkan Jabbariyyan dalam usaha mempertahankan kekuasaan menerusi sistem demokrasi!
Mungkin oleh kerana itu, sistem demokrasi tidak lagi relevan untuk Malaysia? Dan apakah mungkin demokrasi tidak lagi perlu dipertahankan oleh orang-orang Melayu, orang Islam dan rakyat Malaysia?
23 Ogos 2011
Dibentuk Tanpa Melalui Pilihanraya?
Dalam konteks Malaysia, dalam suasana negara aman damai sejak sekian lama, memanglah hampir mustahil melaksanakan sistem pemerintahan Islam tanpa melalui plihanraya.
Untuk menegakkan sistem Islam, jalan yang disediakan oleh sistem Yahudi dalam Perlembagaan Malaysia yang diamalkan oleh UMNO ialah melalui pilihanraya. Maka kalau hukum menegakkan negara Islam bagi melaksanakan sistem Islam adalah wajib, dan satu-satunya jalan yang ada ialah dengan menyertai pilihanraya, bererti menyertai pilihan raya adalah wajib. Jika pilihanraya memerlukan umat Islam menubuhkan parti poltik, supaya pilihanraya dapat disertai sama, maka parti politik Islam wajib ditubuhkan. Apabila parti Islam telah ditubuhkan, semua umat Islam yang bercita-cita mahu menegakkan sistem Islam, wajib menjadi ahlinya dan dengan demikian haram menganggotai parti-parti lain yang tidak bermatlamatkan Islam. Inilah jalan yang lurus dalam berpolitik.
Darul Arqam sebelum ini memilih jalan yang lain yang bukan melalui demokrasi pilihanraya untuk menegakan sistem Islam. Arqam bermegah untuk merebut hati, bukan merebut kerusi, tapi akhirnya gagal merebut hati pemimpin Mulkan Jabbariyyan, dan bila Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad cuba mengacah merebut kerusi Perdana Menteri pada suatu ketika dahulu, Arqam dan Ashaari lantas dianggap mengancam keselamatan negara. Ashaari terpaksa lari bersembunyi ke Thailand dan akhirnya Arqam diharamkan dan Ustaz Ashaari Muhammad di ISAkan.
Kini Hizbut Tahrir pula bagaikan mengikut trek yang terbukti gagal. Kedua-dua golongan ini bersangkaan, UMNO atau Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa kepada mereka untuk menubuhkan Sistem Khilafah. Inilah angan-angan! Inilah khayalan! Maafkanlah saya berkata begitu.
Analoginya, kalau mahu menuju ke Putrajaya, logiknya mestilah melalui jalanraya yang telah disediakan. Ironiknya kenapa Arqam dulunya, dan kini Hizbut Tahrir tidak mahu mengikut jalan yang telah tersedia? Kenapa berusaha menempuh jalan lain atau cuba membina jalanraya lain, lalu merayau ke dalam hutan, menongkah bukit, meredah lembah dan paya sedangkan jalan ke Putrajaya telah tersedia? Tidakkah itu sia-sia dan membuang masa? Kenapa mengikut jalan lain yang tidak ketahuan sedangkan itulah satu-satunya jalan yang telah disediakan walaupun ia dibina oleh musuh! Perangilah musuh di jalan itu! Buat apa lari?
Tidakkah perdayaan namanya? Perdayaan kerana fatwa Hisbut Tahrir haram menyertai demokrasi walhal PAS bukan menganut dan berjuang mempertahankan demokrasi seperti UMNO. PAS menginjaki lebuh demokrasi dalam perjalanan ke Putrajaya untuk melaksanakan negara Islam kerana inilah lebuh kuasa bagi memberikan kuasa kepada Islam setelah penjajah Inggeris mencabulnya. Apa yang haram dalam kaedah ini kerana walaupun berada dalam medan demokrasi tetapi perjuangan adalah dengan jiwa dan akhlak yang baik dan matlamat Islamik yang mulia?
Yang jelas Hizbut Tahrir telah berjaya mensabotaj perjangan PAS dengan melarikan sebilangan umat Islam untuk tidak menyertai pilihanraya dan ini secara tidak langsung memberi kredit kepada UMNO untuk terus berkuasa melaksanakan ideologi Yahudi.Demikianlah kuasa perdayaan! Mungkin ini menjadi isu di Yaumil Mahsyar nanti.
Bahawa sesungguhnya kalau semua umat Islam bersatu dan bergerak bersama PAS, kerja PAS lebih senang kerana hanya akan menghadapi musuh yang sama dan nantinya apabila mencapai kemenangan sama-samalah bermuafakat melaksanakan Islam.Tapi PAS menjadi letih kerana menghadapi serangan dari kumpulan yang sepatutnya menjadi rakan! Demikianlah yang terjadi pada zaman kegemilangan Darul Arqam dahulu yang seolah-olah PAS musuh yang utama!
Maafkan saya, sesungguhnya iblis memang mempunyai muslihat dan tipu helah yang licik.Mereka sedaya mungkin akan mengusahakan perpecahan, sengketa dan perbalahan. Kepada golongan yang agak rendah ilmunya, ada strateginya.Kepada orang berilmu ada juga strateginya.Kepada ahli ibadah ada strateginya.Kepada ahli Tasauf lain pula strateginya.
Sunnah dakwah Rasulullah saw sebenarnya telah berada pada fasa akhir dan bukan mengikut fasa-fasa era dakwah seperti tafsiran Hizbut Tahrir.ISLAM TELAH LENGKAP SEMPURNA dan semua orang Melayu telah beragama Islam dan oleh kerana itu tidak ada fasa-fasa lagi.Tidak ada fasa dakwah sembunyi-sembunyi dan takut-takut.Ini bumi umat Islam! Fasa wajib menegakkan negara Islam BALDATUN THOIYYIBATUN di negara ini telah lama tiba iaitu, sebaik-baik sahaja negara bebas dari cengkaman imperialisme 1957.
18 Ogos 2011
Jawapannya adalah wajib. Nabi Muhammad saw telah menubuhkan negara Islam Madinah apabila telah memiliki kekuatan dan pengikut yang ramai.Malaysia telah memiliki penganut Islam yang ramai tetapi masih mengekalkan negara sekular.Ini memberi impak kepada keimanan dan akidah kepada segologan orang-orang Melayu iaitu UMNO.
Apakah masih sempurna iman dan akidah apabila kewajipan menubuhkan negara Islam masih diabaikan? Apakh merupakan satu perlanggaran sunnah Nabi saw apabila UMNO diberi kekuasan memerintah tetapi masih tidak memenuhi kewajipan mematuhi sunnah Nabi saw?
Apabila menubuhkan negara Islam adalah wajib hukumnya maka berdosalah sesiapa jua orang-orang Islam yang berkuasa tetapi tidak menubuhkannya. Berdosalah juga sesiapa jua yang merelakannya.Golongan ini bertambah dosanya apabila mempertahankan pula negara sekular yang ideologinya bercanggah dengan Islam.
Pada tahap sekarang, pilihanraya mungkin merupakan jalan yang masih selamat bagi melaksanakan sistem Islam; atau mungkin juga bukan lagi jalan yang selamat. Walau apa pun jua keadaannya, tugas umat Islam sekarang adalah untuk menamatkan semua sistem Yahudi di Tanah Melayu dan menggantikannya dengan Sistem Islam. Inilah kewajipan umat Islam. Kewajipan ini terpikul di atas bahu semua umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Bila dikatakan wajib ertinya tidak ada alasan untuk mengelak darinya kerana kalau mengelak juga ertinya enggan dan engkar kepada Allah dan RasulNya. Bila enggan dan engkar ertinya durhaka kepada Allah dan RasulNya dan dikhuatiri terbatallah kalimah syahadah.
Sistem Islam wajib ditegakkan dalam pemerentahan negara sebagaimana wajibnya menegakkan sistem Islam dalam kehidupan individu dan bekeluarga. Sebagaimana setiap diri individu dan keluarga wajib beramal dengan ajaran Islam, maka demikianlah wajibnya umat Islam menegakkan sistem Islam supaya negara ditadbir mengikut ajaran Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Sistem Islam wajib ditegakkan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia bagi menggantikan sistem Yahudi Zionis. Dunia perlu ditadbir secara Islam kerana Kerajaan Allah Taala wajib ditegakkan dalam kehidupan manusia dan dunia!
Oleh itu orang Islam wajib berusaha dengan segala hikmah untuk menegakkan sistem pemerintahan Islam. Kalau Islam boleh ditegakkan melalui sistem demokrasi dan pilihanraya, maka umat Islam wajib terlibat dalam proses demokrasi dan pilihanraya. Sebaliknya kalau sistem Islam tidak lagi dapat ditegakkan melalui demokrasi dan pilihanraya, umat Islam wajib menamatkan sistem yang menghalangnya.
Yang jelas demokrasi membuka ruang kepada umat Islam untuk menegakkan negara Islam.Justru menyertai demokrasi untuk menegakkan negara Islam adalah WAJIB
14 Ogos 2011
Sebelum zaman Mulkan Jabbariyyan yang menguatkuasakan sistem demokrasi pilihanraya, Tanah Melayu ditadbir oleh sistem kesultanaan yang dinamakan Mulkan Addudhan. Kenapa dinamakan Mulkan Addudhan? Kerana dasar-dasar negara sangat bergantung kepada akhlak dan peribadi raja yang memerintah yang berkuasa mutlak. Raja yang bagus akhlaknya, raja yang baik pekertinya dan berilmu sempurna, sudah pasti melahirkan sistem pemerintahan yang baik dan adil bagi kehidupan rakyat. Pada waktu ini akan terlaksanalah suasana kehidupan yang aman makmur, adil dan oleh kerana itu rakyat beroleh bahagia. Dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka fenomena ini dapat dilihat semasa zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah oleh faktor kealiman dan peribadi baginda yang mulia.
Sebaliknya apabila negara diperintah oleh raja yang mengikut hawa nafsu, memiliki akhlak yang buruk dan jahil agama, akan berlakulah kezaliman. Pada masa ini rakyat akan teraniaya, ditindas dan sentiasa berada di dalam ketakutan di bawah seorang pemerintah diktator. Akan tetapi walaupun raja tersebut melakukan kezaliman, namun kezaliman yang berlaku bukanlah bersumber dari satu dasar atau ideologi atau sistem yang zalim kerana apabila raja tersebut mangkat, kezalimannya akan berakhir bersama kemangkatannya; teristimewanya apabila diganti oleh raja yang adil.Dalam falsafah Mulkan Addudhan peribadi rajalah yang menentukan keadilan atau kezaliman.
Keadaan ini sangat berbeza dengan zaman Mulkan Jabbariyyan, kerana Mulkan Jabbariyyan berpegang kepada ideologi dan falsafah yang tertentu dan rgid sifatnya. Mulkan Jabbariyan menganut satu sistem yang bersumber dari Barat Yahudi Zionis dan oleh kerana itu sesiapa sahaja yang memerintah akan terus melaksanakan dasar yang sama. Inilah yang berlaku di Malaysia walaupun telah berlangsung lima orang Perdana Menteri dan sekarang Perdana Menteri yang keenam, namun kezaliman idologi Yahudi masih tetap dipertahankan!
Oleh kerana Mulkan Jabbariyyan menolak Islam dalam sistem kehidupan ertinya Mulkan Jabbariyyan menolak kebaikan dan keindahan Islam. Islam bersumber dari keindahan al Quran dan keindahan jiwa Nabi Muhammad saw. Bila menolak Islam ertinya menolak keindahan al Quran dan keindahan jiwa mulia Rasul Pilihan saw. Ini berbabit dengan masalah iman!
Bila menolak Islam bererti menolak sifat-sifat mulia dan nilai-nilai murni yang menjadi asas untuk kesejahteraan, keselamatan, kebahagiaan dan keadilan. Bila tidak ada kesejahteraan datanglah kesengsaraan. Bila tidak ada keselamatan datanglah ancaman, ketakutan dan huru-hara. Bila tidak ada kebahagiaan datanglah kecelakaan dan kedukaan. Dan bila tidak ada keadilan datanglah kezaliman.Inilah yang sedang berlaku dan akan terus belaku! Akan terus berlak selagi BN/UMNO memerintah negara!
Kedua-dua sifat ini tidak boleh wujud serentak bagaikan siang dengan malam kerana mereka adalah berlainan dan berlawanan; seperti positif dengan negatif, seperti bersih dengan kotor, mahmudah dengan mazmumah, seperti Yin dengan Yang dalam Falsafah Toisme atau dalam Teologi Doktrin Islam, Sifat Kemalaikatan dengan Sifat Kesyaitanan.
Sifat-sifat durjana yang ada dalam sistem Barat Yahudi inilah yang ditentang oleh Islam kerana bersumber dari syaitan, lalu muncullah kedurjanaan. Kedurjanaan ideologi Barat Yahudi yang menjadi sistem dunia ini dapat diihat dengan jelas di Tanah Melayu yang menguatkuasakan sistem sekularisme, kapitalisme, materialisme, liberalisme,kuminisme, sosialisme, utilitarianisme, eksistensialisme, egoisme dan sebagainya.(sila rujuk blog KANZUN MAHFIYYAN: Dalam tajuk: Kebangkitan Melayu Akhir Zaman mengenai persoalan-persoalan `Masih Adakah Sisa Iman Di Hati?’)
Sifat-sifat durjana inilah yang menyebabkan berlakunya kezaliman, penindasan, penganiayaan, perampasan, perobohan dan sebagainya di bumi Melayu ini oleh pihak yang berautoriti terhadap hak-hak asasi rakyat dalam pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sebagainya.
10 Ogos 2011
WARKAH BUAT BANGSA MELAYU
1.UMNO KERAJAAN TERAKHIR?
Sabda Rasulullah saw:
`Tegaklah pada kamu masa kenabian sampai beberapa lama yang dikehendaki Allah, maka terjadilah ia, kemudian diangkat. Kemudian tegaklah selepas itu pada kamu masa khalifah atas manhaj kenabian maka terjadilah ia padamu beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian ia diangkat. Kemudian terjadilah padamu masa kerajaan yang menggigit (Mulkan Adhudhan), maka terjadilah ia beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian diangkat. Kemudian tegaklah selepas itu kerajaan menyeleweng (Mulkan Jabbariyyan) terjadilah ia beberapa lama yang dikehendaaki Allah, kemudian diangkat. Selepas itu tegaklah padamu khalifah atas manhaj kenabian, yang mengamalkan Sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan tersebar luas di muka bumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi. Langit tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ia mencrahkannya. Dan bumi tidak akan meninggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya’
(Hadis riwayat Thabarani).
Secara rengkasnya, hadis kronogi zaman adalah seperti berikut:
• Zaman kenabian iaitu waktu terutusnya Nabi Muhammad saw mulai tahun 571M sehingga kewafatan Baginda saw pada 632M.
• Zaman Khulafa ar Rasyidin atas manhaj kenabian iaitu masa pemerintahan Saidina Abu Bakar as Siddek sehingga Saidina Ali krm (632M – 661M)
• Zaman Kerajaan yang menggigit (Mulkan Adhudhan – Zaman Kesultanan (Abad ke 11 Masihi – 1957 bagi Malaysia)
• Zaman Kerajaan menyeleweng (Mulkan Jabbariyyan – Zaman Selepas Era Penjajahan. (1957 – sekarang)
• Khalifah atas manhaj kenabian yang mengamalkan sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan tersebar luas di muka bumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi.Langit tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ia mencurahkannya. Dan bumi tidak akan meninggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya (Raja-Raja Melayu hal.255)
Selepas berakhirnya zaman Mulkan Adhudhan (Zaman Kesultanan) bermulalah zaman Mulkan Jabbariyyan (Zaman Kerajaan Menyeleweng/Mendurhaka). Secara rasminya zaman Mulkan Jabbariyyan bermula selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 apabila terbentuklah konsep Raja Berpelembagaan. Raja Berpelembagaan ialah konsep raja kehilangan kuasa kerana kuasa pentadbiran sekarang berpindah kepada Kabinet Menteri yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Mereka dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Inggeris meninggalkan Perlembagaan yang diwajibkan sebagai syarat kemerdekaan, Perlembagaan yang mewajibkan terlaksananya sistem pemerintahan berasaskan ideologi Barat Yahudi – Negera Sekular Liberal Kapitalis. Inilah jasa Barat Yahudi melalui penjajah Inggeris kepada Bangsa Melayu yang sangat dpertahankan oleh UMNO sehingga kini!
Kenapa Dinamakan Mulkan Jabbariyyan?
Mulkan Jabbariyyan bererti Kerajaan Yang Menyeleweng. Kenapa dinamakan menyeleweng? Sebab meninggalkan perintah Allah dan RasulNya. Apakah penyelewengan Mulkan Jabbariyyan? Penyelewengannya ialah kerana menjalankan sistem Barat Yahudi dalam mentadbir negara dan umat Islam. Umat Islam dipaksa mengamalkan ideologi Yahudi dalam urusan politik, pentadbiran, ekonomi, kewangan, perundangan, sistem mahkamah, pendidikan dan sebagainya dengan meninggalkan ajaran dari Kitab al Quran yang menjadi syarat iman – beriman kepada Kitab.
Rasulullah saw dan para Sahabat rh telah menunjukkan contoh teladan bagaimana mengurustadbir negara mengikut pedoman al Quran, tetapi ini telah diabaikan atau diengkari oleh Mulkan Jabbariyyan. Inilah penyelewengan dan kedurhakaan! Menyelewengkan jalan yang lurus yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat rh kepada jalan berliku. Ini adalah kedurhakaan kepada Rasulullah saw yang juga adalah syarat iman – beriman kepada Rasul.
Demikianlah UMNO keRajan terakhir dalam fasa Mulkan Jabbariyyan kerana selepas ini ialah Kerajaan BALDATUN THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur - Khalifah atas Manhaj Kenabian).
10 Februari 2011
Novel BALDATUN THOIYYIBATUN Telah Terbit!

Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir telah menjadi kenyataan?
Inilah yang diterjemahkan oleh novel BALDATUN THOIYYIBATUN, sebuah novel futuristik mengenai Negara Islam Moden yang melaksanakan sistem Islam sepenuhnya berdasarkan al Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Malaysia pada tahun 2020 menjadi model sebuah Negara Islam Ideal yang meruntuhkan sistem dunia yang penuh dengan noda, dosa dan kezaliman.
Novel ini membawa anda mengalami sendiri hawa kehidupan dalam keindahan dan kesyumulan Islam, melalui pengalaman dan lawatan Dr.Lleyton Hewitt ke Malaysia/Tanah Melayu untuk memahami Konsep Cahaya Ilahi; menelusuri ke dalam liku-liku kehidupan nyata masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada semua kesempurnaan Islam yang selama ini terpendam oleh hagemoni Barat dan Yahudi.
Bagaimanakah Negara Islam Moden tahun 2020 menurut persepsi dan imaginasi pengarang? Apakah sama dengan Negara Islam Unggul Zaman Khulafa ar Rasyidin? Apakah pula bezanya dengan Negara Sekular Barat dan Timur? Inilah persoalan-persoalan yang sangat menarik bahkan mencabar untuk ditelusuri!
Baldatun Thoiyyibatun sangat sesuai dibaca oleh semua aktivis politik, golongan terpelajar, pendukung dan umat Islam yang merindui kehidupan yang dijanjikan oleh al Quran: Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafur (negerimu adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun). Ianya juga sangat sesuai dibaca oleh semua pembaca yang ingin mengenali keindahan Negara Islam yang diimaginasikan oleh penulis yang mungkin bakal menggantikan sistem dunia kontemporari seperti dijanjikan dalam sunnatullah bila tiba saat dan ketika yang ditakdirkanNya.
BALDATUN THOIYYIBATUN bukan semata-mata novel! Ianya sarat dengan konsep dan pemikiran mengenai Negara Islam Moden, konsep Tasauf serta soal metafizika yang memerlukan aras kefahaman Islam yang tinggi.
ISBN : 978-967-10294-0-4
Muka surat : 403
Harga : RM30.00 termasuk belanja pos.
Untuk tempahan sila e-mail: pustakakanzunmahfiyyan@gmail.com atau hubungi 013-9098135.
04 Disember 2010
Setelah penat dimainkan oleh Tok Lat dan Tok Ayah Bidin, aku akhirnya membocorkan mengenai mereka berdua kepada dato-dato.
Selama ini melalui perjalanan Tasauf, aku bersangkaan telah dipertemukan dengan darjat tertinggi dalam kematian Hakekat Makriat iaitu apabila dipertemukan dengan Tok Lat dan Tok Ayah Bidin yang aku sangkakan Mahaguru dalam persilatan ku. Selama ini aku sangkakan persilatan di Raub berkesinambungan dengan Tok Lat dan Tok Ayah Bidin secara zahirnya. Tok Ayah Bidin pula mengakui silat Mahaguru Pertama yang aku terima di dalam mimpi adalah kesinambungan persilatan di Raub, lalu mereka semua – dato-dato, Tok Lat dan Tok Ayah Bidin aku sangka di bawah satu bendera iaitu bendera Kebangkitan Melayu! Lebih kurang 10 tahun aku bersangkaan demikian. Tapi ternyata tidak!
Ini amatlah mengejutkan ku!
Bila dato-dato dengan Tok Lat dan Tok Ayah Bidin tidak di bawah satu bendera, aku menjadi teramat keliru mengenai perjalanan hidup ku.
`Mereka mengambil kesempatan,cucu!’, , tok menjelaskan merujuk kepada mimpi-mimpi yang dato berikan sebagai alamat-alamat apa yang bakal berlaku kepada aku bila sampai masanya.
`Mereka mencuri berita,cucu.....’, tok menerangkan merujuk bahawa Tok Lat dan Tok Ayah Bidin telah berjaya mencuri berita mengenai ku. Mereka mencuri berita mengenai ku persis syaitan di langit dunia yang menyambar berita-berita ghaib yang turun dari Loh Mahfudz. Demikianlah sangka ku.
Aku tinggalkan Tok Lat dan Tok Ayah Bidin lantas menjadi akrab dengan Yim dan dato-dato semula. Bila aku membincangkan nama Tok Lat kepada Tok Itam satu kejutan pula terjadi:
Panglima Hitam – pemegang amanah persilatan dan orang/panglima terpenting dalam perguruan, tiba-tiba ketakutan bila aku menyebut nama Tok Lat.Wajah Panglima Hitam sangat cemas.Aku tidak pernah melihat panglima yang selama ini sangat hebat, handal dan aku sanjungi, tiba-tiba bagaikan ketakutan. Pada malam itu ada sedikit urusan perubatan dengan Tok Itam mengenai isteri ku yang membabitkan Tok Lat. Akibatnya pada malam itu Yim yang menjalankan perubatan menjadi tunggang-terbalik dan rebah-rempah melarikan diri di dalam mimpi dari hambatan Tok Lat. Emi pun mendapat mimpi aneh yang menakutkan.
Pada waktu itu aku berpendapat Yim yang hanyalah berada pada taraf seorang panglima – sama juga dengan dato-dato yang bertaraf panglima – tidak akan mampu menghadapi Tok Lat.
(Isteri ku lama sebelum ini memang telah mendapat alamat bahawa Tok Lat digambarkan sebagai satu lembaga nyalaan api yang tersangat besar yang tidak berkepala. Digambarkan makhluk itu bagai tidak dapat dikalahkan.Bila hal ini dirujuk kepada Tok Lat dia mengatakan itulah ilmunya. Dari Tok Empat Zanum, dia juga memberitahu ku Tok Lat dan Tok Ayah Sohor – berdasarkan maklumat ghaib dari rangkaiannya – itulah sahaja lagi tinggal, dua orang yang sangat tinggi tarafnya yang telah melahirkan ribuan anak murid)
Aku cuba untuk menghubungkan dato-dato dengan Tok Lat untuk melihat kesepaduan peranan mereka dalam melonjakkan aku untuk misi yang teramat penting.Aku telah meminta Tok Lat menemui dato-dato. Dua minggu kemudian, Tok Lat mengatakan dia telah bertemu dengan seseorang dari dato sebagai utusannya. Bila aku tanya:
`Siapa yang datang menemui Tok, adakah seorang panglima?’, aku memang menyangka tentulah Tok Itam yang menemui Tok Lat.Tok Lat menjawab:
`Bukan Cikgu. Itu rendah sangat’.
`Jadi Petandakah?’
`Tinggi lagi, Cikgu’
Maka fahamlah aku bahawa Guru atau Mahagurulah yang bertemu Tok Lat kerana Tok Lat pada taraf itu. Pernah Tok Lat memberitahu ku ada 10 orang sepertinya yang menjalani sayembara kerohanian, termasuk Moyang dan Tok Ayah Sohor. Cuma Moyang sahaja yang lulus dan sebab itulah Moyang adalah induk dalam rangkaian mereka.
Bila satu rawatan dari tok perlu dilakukan untuk memulIhkan isteri ku (Kesah dalam Bab (37) RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA: Ajal Dan Maut Di Tangan Tuhan), Tok Lat terpaksa dihadapi dan hanya dapat ditumpaskan setelah berpuluh-puluh panglima menentangnya secara bergilir-gilir pada setiap hari.Kira-kira satu bulan pertarungan berlaku antara para panglima dengan kekuatan kebatinan Tok Lat yang ada tujuh ketumbukan kebatinan tertinggi. Tidak lama selepas itu Tok Lat pun meninggal dunia. Inilah takdir bagi Tok Lat.
Aku kembali berurusan dengan dato-dato seperti dahulu dengan sangkaan mereka benar-benar wali Allah dan aku dididik oleh para wali untuk perjuangan akhir zaman. Tok Lat dan Tok Ayah Sohor adalah gangguan yang mengacau rancangan dato-dato untuk ku. Itulah analisis dan kesimpulan ku. Aku cuba bersabar menanti tahun 2012 yang ada ramalan mengenai satu perubahan besar yang akan melanda dunia dan pada tahun tersebut dijangka akan berlangsung PRU 13. Manalah tahu itulah saat sebenar Kebangkitan Rakyat bersama polis dan tentera yang digambarkan dalam mimpi ku pada sekitar 2002/3.
Tapi satu persoalan pula melanda jiwa ku.Telah lama sebenarnya persoalan ini.
Benarkah aku berada dalam laluan Ilahi untuk Kebangkitan Melayu atau hanyalah satu permainan? Isteri ku sejak sekian lama sangat mencurigainya.
Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana tahun 2012 masih di hadapan – belum tiba. Aku bersyukur kerana Kebangkitan Rakyat 2007/2008 tidak menjadi tragedi besar. Aku juga bersyukur kerana tidak berlaku peperangan pada tahun 1980. Aku bersyukur kepada Allah kerana dalam tempoh –tempoh terakhir ini, menjadi tempoh peralihan kerana telah mendapat satu kebenaran hakiki dan kesimpulan yang muktamad. Banyak sumbernya. Aku diberi petunjuk oleh Allah swt dan keinsafan bahawa, bukan sahaja Tok Lat serta Tok Ayah Sohor yang melencongkan aku dari jalan yang lurus – ihdinassiratal mustaqim, tapi bahkan dato-dato juga! Bahkan dato-datolah sebenarnya yang lebih merbahaya. Dato-dato bukanlah roh para wali silam sebagaimana dakwaan mereka. Yang sebenarnya mereka adalah jin-jin Islam dan bahawa sesungghnya Jin Islam lebih jahat,lebih licik dan lebih halus berbanding Jin Kafir. Kelicikan peranan dan tipu daya mereka telah berlangsung sejak ratusan tahun dalam kemusnahan akidah yang melanda umat Melayu melalui ilmu persilatan di Nusantara!
Aku cukup terkedu bila memahami bahawa kebanggaan Bangsa Melayu terhadap kehebatan kebatinan dan kebolehan luar biasa dalam pergaduhan dan peperangan pada zaman-zaman yang lalu dan kini, sebenarnya adalah satu perdayaan dan kebinasan oleh campur tangan, di antaranya oleh makhluk bernama jin Islam!
Selama 30 tahun iaitu dari 1977 – 2009 aku tertipu mengenai menyeru roh para wali kerana bersangkaan, tidak siapapun tahu bahawa wali Allah memang boleh dipanggil dan khas untuk kami sahaja - aku,Wan, Piei, Dol dan Yassin serta Yim. Aku bersangkaan roh para pahlawan silam dibangkitkan demi Kebangkitan Melayu dan Islam Akhir Zaman. Selama 30 tahun aku salah dalam mentafsir ayat 122 surah Al Anaam yang bermaksud:
`Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang yang dengan cahaya itu dia dapat bergerak di tengah-tengah masyarakat manusia......’
Aku juga tidak menafsir/memahami dengan tepat ayat yang berikut:
‘Ia menyeru selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudarat dan tidak (pula) memberi munafaat kepadanya. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.Ia menyeru sesuatu yang sebenarnya mudaratnya lebih dekat dari manfaatnya. Sesungguhnya yang diserunya itu adalah sejahat-ahat penolong dan sejahat-jahat kawan (Al Hajj: 12-13)
Aku menyangkakan ayat berkenaan ditujukan kepada orang-orang kafir sahaja tanpa menyedari bahawa aku sendirilah sebenarnya yang menyeru selain Allah dan selain Allah lah yang telah memberikan bantuan kepada ku. Tidakkah ini telah menyebabkan aku syirik, yang ertinya bukannya sekadar syirik khafi tetapi syrik jali atau syirik akhbar. Firman Allah:
‘Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan’ (Al Israa:17:39)
`Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, tuhan apa pun yang lain.Tidak ada Tuhan melainkan Dia’ (Al Qasas:28:88)
Selama ini aku diperdaya bahawa apabila bertarung, aku menggunakan kuasa Allah kerana berzikir kepada Allah dan menyeru kepadaNya, tetapi rupa-rupanya jinlah yang memberikan bantuan dengan seluruh kehebatannya di sebalik seruan ku itu.
Saudara, tanpa aku sedari bahawa di sebalik keistimewaan yang aku alami; mereka – jin-jin Islam yang aku panggil dato/tok - bersembunyi di sebalik maksud keagamaan ku – membela agama, bangsa dan tanah air dan seterusnya peperangan akhir zaman!
Tidak aku sedari selama ini syarat-syarat dalam pengijazahan persilatan dari mereka dan mematuhinya adalah tanda tunduk dan perhambaan kepada mereka - dato-dato/jin Islam - bagi membolehkan mereka berdampingan.
Tidak aku sedari selama ini aku diasuh dengan didikan keagamaan oleh mereka, supaya berpegang teguh dengan ajaran agama bahkan ditunjuk ajar cara-cara beramal yang lebih sempurna dan berbagai-bagai nasihat keagamaan, supaya berterusan menyangkakan mereka – wali-wali Allah yang menabur kebaikan Islam untuk ku.
Demikianlah liciknya Jin Islam sehingga bahkan ayat-ayat al Quran yang diamalkan untuk memperolehi apa-apa jua kehebatan, merekalah sebenarnya yang datang memberikan pertolongan atau memenuhi hajat yang diperlukan melalui mematuhi pensyaratan yang diberikan sebelum ini dan penganugerahan ijazah!
Inilah sebab rupa-rupanya seluruh ilmu dan amalan perlu melalui seorang guru hakiki/mursyid!
Baharulah aku menginsafi bahawa di akhirat nanti manusia yang diperdayakan oleh Jin Islam menerusi cara ini, mereka mungkin akan bankrap pahala amalnya kerana Jin-Jin Islam pasti akan menuntut balasan di atas segala jasa-jasa yang mereka berikan di dunia. Jadi nak bayar dengan apa nanti? Jawapannya habislah seluruh amal soleh diangkut oleh Jin Islam! Mereka adalah gunting dalam lipatan, telunjuk lurus kelingking berkait.
Demikianlah jahatnya perdayaan Jin Islam!
MEMAHAMI INI AKU MENJADI TERKEDU MEGENANGKAN BANGSA MELAYU KU – NENEK MOYANG KITA SEMUA - PADA ZAMAN YANG LALU YANG MENGAMALKAN PELBAGAI JENIS PERSILATAN DAN ILMU KEBATINAN!
BELUM LAGI BERBICARA MENGENAI PERBOMOHAN,PERBIDANAN, KEPAWANGAN, PENGANDAMAN, PEMUDIMAN DAN SEBAGAINYA YANG TIDAK DAPAT TIDAK JIN ISLAM DAN JIN KAFIR ADA PERANANNYA KERANA SEMUANYA ITU MELIBATKAN JAMPI SERAPAH DAN MENTERA DAN SUDAH TENTU AYAT-AYAT QURAN JUGA!
Jika demikian, SILAT MELAYU YANG SELAMA INI DIMEGAHKAN OLEH ORANG-ORANG MELAYU KERANA MEMILIKI KEHEBATAN MISTIK TERUTAMA DALAM PEPERANGAN ADALAH SILAT YANG MEMBAWA BENCANA KEPADA BANGSA MELAYU DAN PERLU DITINGGALKAN MISTIKNYA SUPAYA BANGSA MELAYU BANGKIT PADA AKHIR ZAMAN DENGAN TAUHID KEESAAN YANG SEMATA-MATA BERGANTUNG KEPADA ZAT ALLAH YANG MAHA GAGAH LAGI MAHA PERKASA.
SEMOGA PEMBACA KESAH TENTERA AKHIR ZAMAN AKAN MENDAPAT IKTIBAR BAHAWA SILAT MELAYU PENUH DENGAN BENCANA MISTIK DAN MISTRI.
JADI BERHATI-HATILAH.
CARILAH SILAT MELAYU YANG ASLI, MURNI DAN SEJATI DENGAN TIDAK MENYERU SESIAPA ATAU APA-APA JUA SELAIN ALLAH, TIDAK MENGAMALKAN APA-APA JUA ILMU UNTUK KEHEBATAN DAN KESAKTIAN SELAIN LANGSUNG DENGAN ALLAH; KERANA SILAT MELAYU YANG MURNI ADALAH KEPERWIRAAN SEJATI TENTERA AKHIR ZAMAN YANG SEMATA-MATA BERGANTUNG KEPADA ALLAH ZAT YANG MAHA GAGAH LAGI MAHA PERKASA.
FIRMAN ALLAH:
`ALLAH TELAH MENETAPKAN: AKU DAN RASUL-RASUL KU PASTI MENANG!’ SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUAT LAGI GAGAH PERKASA’ (Al Mujadilah:21)
Sesungguhnya memang masih banyak hal-hal yang hebat membanggakan yang telah pernah aku tempuhi sepanjang berdampingan dengan mereka yang kalau aku tulis semuanya akan menjadi kesah yang panjang pula dalam siri TENTERA AKHIR ZAMAN ini. Jadi cukuplah sampai di sini sahaja kerana ada agenda yang lebih utama sedang menanti.
Apapun aku ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog KANZUN MAHFIYYAN yang masih setia sejak 2008 sehingga sekarang ( 5 Disember 2010) mengikuti dua kesah ku` RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA’ dan `TENTERA AKHIR ZAMAN’ yang kedua-dua kesah tersebut semoga memberikan faedah yang berguna kepada kalian semua Bangsa Melayu ku.
29 November 2010
Tok memang geram dengan pihak keselamatan yang bertindak tidak di atas falsafah menegakkan kebenaran. Aku teringat kesah pada tahun 1978:
Pada tahun 1978 kegiatan bersenjata secara gurila oleh PKM masih agak kuat. Daerah Raub termasuk dalam kawasan hitam bilamana kawalan keselamatan oleh polis dan tentera agak ketat. Perkauman masih agak tebal dan rasa curiga-mencurigai agak tinggi. Parti DAP pada waktu itu dianggap sering menyalakan api perkauman sehingga ada risalah-risalah haram diedarkan untuk membangkitkan semangkit kecinaan dan anti Melayu.
Ada satu risalah yang bertulis di dalam Bahasa Melayu yang sampai kepada ku. Aku sudah terlupa bagaimana aku mendapatnya dan risalah ini tersebar di kalangan kami. Diberitakan rencana tersebut diperolehi dari sumber asalnya dalam bahasa Cina. Risalah tersebut menggambarkan semangat kecinaan dan anti Melayu dan dikatakan telah tersebar dengan meluas di kalangan orang-orang Cina secara rahsia.
Bila membaca risalah tersebut timbullh rasa geram di hati ku. Aku merasakan satu tanggungjawab pula untuk memberitahu kepada orang-orang Melayu mengenai cita-cita politik Bangsa Cina. Orang-orang Melayu perlu disedarkan bahawa kalau mereka masih leka, negara ini tidak lama lagi akan dikuasai politiknya oleh orang-orang Cina. Orang-orang Melayu perlu disedarkan bahawa dendangan Perpaduan Nasional hanyalah momok sahaja dan tidak akan menjadi kenyataan kerana orang-orang Cina mempunyai niat tersembunyi yang tidak disedari oleh orang-orang Melayu.Ini keyakinana ku pada masa itu melalui pengalaman gerak hati, bacaan politik dan penerangan dari tok.
Aku lantas menggunakan mesen cetak (mesen stensel) sekolah – waktu itu belum ada kemudahan fotostat. Aku taip pada kertas stensel dan kemudian dengan mesen cetak sekolah iaitu dengan bantuan En.Shamsuddin (budak pejabat), aku cetak dengan jumlah yang banyak.Kertas-kertas stenselan tersebut aku masukkan ke dalam sampul surat dan aku kirimkan kepada orang-orang yang penting di persekitaran kampung halaman ku terutama Ketua Kampung, Pak Imam, pemimpin politik cawangan bahkan Tok Penghulu.Selain mereka, aku bercadang untuk mengirimkan seberapa banyak yang boleh kepada orang-orang Melayu dan kenalan ku di seluruh negara.
Kira-kira kurang lebih sebulan berlalu.
Pada suatu hari Isnin aku ditimpa demam dan tidak hadir ke sekolah.Pada sebelah petangnya En, Shamsuddin datang ke rumah hijau dengan basikalnya memberitahu ku Guru Besar En. Chew Swee Boon (mendiang) berpesan kalau masih tidak sihat juga, dia meminta aku pergi juga ke sekolah pada hari besok kerana ada hal penting. Datang sekejap pun tak apa. Bila mendapat pesanan itu, hati ku terus berdebaran. Aku tanya En. Shamsuddin, apa yang berlaku di sekolah. En.Shamsuddin memberitahu ada polis datang ke sekolah berjumpa dengan Guru Besar tapi dia tidak tahu kenapa. Serta merta fikiran ku melayang kepada risalah yang telah aku edarkan.Aku mengesyaki itulah puncanya.Aku tiba-tiba diserang ketakutan. Bila Sudin balik aku tidak bertangguh lagi. Aku dengan segera membakar kesemua risalah yang masih berbaki di dalam simpanan.
Bila sampai di sekoah pada hari esoknya, Guru Besar meminta aku segera pergi ke balai polis dan berjumpa dengan Inspektor.................. dari Cawangan Khas.
Sambil menyerah kepada Allah dan memohon pertolonganNya aku terus ke balai polis. Pada waku itu aku hanya berbasikal sahaja.
Di Balai Polis aku terus memperkenalkan diri untuk berjumpa dengan Inspektor berkenaan. Dia menyoal siasat ku. Memang betul terkaan ku. Risalah yang aku edarkan menjadi puncanya. Aku pura-pura tdak pernah melihat risalah tersebut. Lalu Inspektor berkenaan menunjukkan kepada ku sehelai risalah siap dengan sampulnya sekali yang dialamatkan kepada Tok Penghulu. Aku menafikan sekeras-kerasnya penglibatan ku dalam pengedaran risalah tersebut walaupun sahihlah sudah, itulah risalah yang aku cetak sebelum ini. Di akhir soalsiasat, Insektor tersebut berkata:
`Pihak polis akan meneruskan siasatan dan kalau didapati kenyataan yang Cikgu berikan bercanggah dengan apa yang kami temui, kami akan mengambil tindakan selanjutnya’.
Aku tidak pulang ke sekolah dan kemudiannya terus balik ke rumah kerana aku memang mendapat cuti rehat selama dua hari.Pada hari itu aku berjalan dan mengayuh basikal bagaikan tidak bertulang.Aku ceritakan kepada Yim dan Yim laporkan kepada tok.
Malam Tok Itam datang. Aku lihat mukanya merah dan air matanya berlinangan. Beberapa jurus tok tidak berkata apa-apa.Tok sangat dukacita dengan peristiwa itu kerana tugas yang murni telah disalahertikan. Tok berjanji akan memastikan perkara tersebut akan dilenyapkan begitu sahaja.
Bila tok pulang Yim memberitahu, tok seakan-akan mahu mengamuk apabila mendengar kesah ku itu. Sebab itulah buat beberapa jurus sewaktu tok tiba, tok tidak dapat berbicara. Kalau pada zaman dahulu tok sudah tentu akan mengamuk kalau apa-apa berlaku kepada ku, cucu yang diasuhnya. Tapi sekarang undang-undang di tangan polis berbeza dengan zaman dahulu.
Alhamdulillah semuanya selamat. Aku tidak pernah lagi dihubungi oleh pihak polis selepas itu. Kesah ini aku berani paparkan kerana aku percaya kes itu telah pun ditutup dan inspektor berkenaan aku percaya mungkin telah lama bersara/ meninggal dunia.Orang-orang yang pernah ku edarkan surat dulu pun semuanya telah meninggal dunia.Apa pun aku meminta maaf kepada semua yang berkenaan kerana pernah mengganggu emosi mereka termasuk pihak polis.
Polis mengesyaki akulah yang menyebarkan risalah haram tersebut kerana cop pada sampul surat mengesahkan semuanya diposkan dari Raub dan bila diselidik, aku lah agaknya satu-satunya orang tempatan yang diketahui bertugas di Raub.
Jadi apakah akan ada lagi Kebangkitan Rakyat yang lebih hebat sehingga polis dan tentera akan ikut serta bersama rakyat untuk meruntuhkan sistem Yahudi bagi digantikan dengan sistem Islam?
Bila Kebangkitan Rakyat 2007/8 tidak merubah wajah bumi Melayu ini, semuanya ini kian memenatkan ku setelah perjalanan mencari Guru Mursyid sepanjang dekad 1990an dan 2000an cukup meletihkan.
22 November 2010
(Bacalah juga RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA kerana kesah ini ada perkaitan dan kesinambungannya ialah RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA)
Apakah aku menerima mimpi-mimpi karut?
Entahlah..
Banyak yang dialamatkan tapi semuanya menjadi rahsia sekeluarga.
Pada saat kedatangan berbagai-bagai mimpi itulah Tok Lat dan Tok Ayah Bidin memainkan peranan mereka dengan berbagai-bagai pemberian terutamanya KERIS KEBANGKITAN/PERTABALAN dan dibantu sama oleh PUTERI-PUTERI BUNIAN yang semuanya dikesahkan dalam RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA.
Pada ketika itu aku tidak merujuk mimpi-mimpi tersebut kepada dato-dato kerana tak mahu rahsia-rahsia besar terbocor kepada Yim kerana aku berpendapat Yim tidak berhak mengetahuinya – yakni rahsia ku, lebih-lebih lagilah hal ini ada pula kaitan dengan Tasauf yang Yim memang tidak mengetahui dan tidak memahaminya samasekali.
Ada banyak petunjuk diberikan melalui mimpi:
Antaranya ialah:
(1) Melihat Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Dalam Bingkai Gambar.
Pada suatu hari aku terlihat di sebuah jabatan kerajaan gambar berkenaan terpampang di dinding. Aku tiba-tiba teringatkan bahawa pada suatu ketika aku pernah merenung gambar seperti itu dan bila menatap wajah Raja Permaisuri Agung lalu aku berkata:
`Sepatutnya bukan engkau di situ’
Ku renungi lagi gambar itu.
`Sepatutnya isteri aku lah di situ’, aku melanjutkan.
Kemudian mata ku beralih kepada KDYMM. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Selepas aku merenungi sejenak, aku lantas berkata:
`Dan akulah di situ’
Aku bagaikan nak gila memikirkan apakah benar aku pernah berkata begitu. Jika betul, memanglah aku orang gila. Memang sangat mustahil aku berkata begitu baik secara sedar atau sengaja. Aku terfikir-fikir bilakah suasana sedemikian telah aku lalui? Apakah ianya di alam nyata dan di mana? Puas aku memikirkannya. Tapi akhirnya aku menyumpah-nyumpah kepada diri ku bahawa itu hanyalah sebuah mimpi dan bila teringatkan mimpi itu, aku menyumpah-nyumpah mengatakan:
`Ini mimpi gila! Ini mimpi gila!’
Demikianlah di antara mimpi-mimpi terawal. Rasanya pada sekitar 1998/99.
(2) Ambil Gambar Dengan Pakaian Kebesaran
Aku siap dengan pakaian lambang kebesaran seorang sultan lalu diambil gambar ku.
(3) Tandatangan
Aku menandatangani sebuah buku yang telah ditandatangani oleh hanya pemimpin-pemimpin dunia semasa dan pemimpin sebelumnya. Terlalu banyak tandatangan di situ. Di antaranya Margaret Tetcher (PM Britain), Dato Seri Dr.Mahathir Muhammad (Tun), KDYMM.Yang DiPertuan Agung dan ramai lagi pemimpin-pemimpin dunia.
(4)Berhentikan Dato Seri Mahathir Dari Berucap
Waktu itu Tun Dr. Mahathir masih lagi Perdana Menteri Malaysia. Orang-orang yang tidak senang kepada Tun Dr. Mahathir memang sentiasa ternanti-nanti saat Tun meletakkan jawatan tetapi ternyata Tun pada waktu itu seolah-olah tidak mahu berundur.
Datang suasana dalam mimpi ku, sewaktu Tun sedang berucap, aku meminta Tun berhenti, tetapi Tun terus juga berucap dan tidak mengendahkan permintaan ku.Setelah tiga kali permintaan ku tidak dipedulikan, akhirnya aku marah lalu memegang/mencekak leher Tun lalu mengangkatnya sehingga kedua-dua belah kakinya tergantung. Selepas berbuat demikian baharulah Tun berhenti.
(Aku merujuk kepada Tok Petanda mengenai mimpi ku itu dan pada waktu itu memang Tun telah meletakkan jawatan. Tok Petanda mengatakan ilmu ku telah mengatasi ilmu Tun.Pada ketika itu timbul khabar-khabar yang tidak rasmi/jelas mengatakan Tun memilki kuasa kesaktian/ilmu yang tidak dapat ditundukkan kerana dikelilingi oleh ramai bomoh handalan sebab itulah semua orang tunduk kepada Tun. Semua orang tidak berani menentangnya dan akan menunduk hati dan wajah bila bertentang dengan matanya. Banyaklah kesah-kesah mistik disebarkan.Aku tidaklah pasti mengenai hal ini apakah sebuah fitnah tapi pada era itu ramai orang mengkesahkan mengenai kehebatan Tun)
(5)Dengan Mahathir di Suatu Majlis
Aku bagaikan telah mengepalai suatu kesudahan penantian dan sedang memberikan ucapan.Tiba-tiba datang Tun bagaikan sangat kecewa dengan kedudukan aku sekarang. Dia bagaikan meminta aku menyerahkan kembali kedudukan itu kepadanya. Aku lantas berkata:
`Kalau Tun mahukan juga tempat ini, boleh! . Tapi Tun hanya boleh melakukan sesuatu setelah mendapat arahan saya!’
Kata-kata ku itu membatalkan niatnya kerana kalau Tun berada di tempat ku, Tun mesti melaksanakan dasar-dasar Islam menurut apa yang aku rencanakan.
(6) Pak Lah Bawa ke Pentas Majlis
Orang-orang sedang ramai berkumpul dan berhimpun.Aku berada dalam kesesakan itu. Tiba-tiba Pak Lah datang. Pak Lah ketika itu telah menjadi Perdana Menteri Malaysia.Pak Lah lantas mengambil tangan ku dan memimpin tangan ku ke atas pentas.
(7) Tanda tangan Untuk Masuk Pejabat
Aku berada di sebuah ruang pejabat.Aku melihat bilik timbalan bersebelahan dengan bilik yang diperuntukkan buat ku.
Aku duduk di sebuah kerusi lalu membuka sebuah buku yang mengisyaratkan ketibaan ku ke situ yang sekadar menenti masa sahaja untuk memasuki pejabat. Bila buku lawatan itu aku buka, aku dapati nama ku sudah tertulis di situ dengan tulisan italik yang cantik berwarna merah jambu.
Dan lain-lain mimpi.
Mimpi-mimpi berkenaan beriringan pula dengan menerima keris-keris melalui Tok Ayah Bidin dan Tok Lat dan disentuh juga keturunan ku oleh Tok Lat. Mengenai titisan darah keturunan ini aku dikagetkan pula oleh Pak Habib (Sila baca bab 34:PAK HABIB dalam RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA).Pak Habib meminta aku menelusuri titisan jurai di sebelah atas kerana menurutnya titisan aku adalah dari istana!
Ini menjadikan aku semakin yakin akan peranan ku untuk agama, bangsa dan negara. Isteri ku juga dari titisan demikian dan titisan di sebelah emaknya bertaut dengan titisan ku. Kami berdua dari darah Bugis dan Jawa.
Aku mulai meyakini akan diberi peranan berasaskan darah keturunan, silat martabat Mahaguru Pertama dan Ilmu Tasauf; kesemuanya ini mewajarkan kebangkitan Melayu peranannya adalah di tangan ku.
Mimpi yang terakhir digambarkan: `negara telah hilang kekuasaannya’ oleh Kebangkitan Rakyat bersama polis dan tentera. Pada waktu kekosongan kuasa tersebut aku bersama beberapa orang pegawai-pegawai tertinggi negara kononnya sedang berada di suatu tempat bagaikan ternanti-nanti atau menanti sesuatu. Sejurus kemudian tibalah satu rombongan bergajah untuk mengambil... Mengambl aku....? Atau mengambil mahkota...? Aku sudah terlupa dan kurang jelas.
Semua mimpi berkenaan tidak aku ceritakan kepada sesiapa kerana menanti saat kebenarannya. Selepas pilihan raya 2004 baharulah perkara ini aku rujuk kepada tok.
Aku merujukkan mimpi terakhir ini kepada Petanda sewaktu isteri dan anak-anak ku sedang berzikir pemantapan zahir dan batin setelah kesemuanya menerima persilatan rohani dari tok. Tok Petanda mengatakan itu adalah mimpi hakiki selain berbagai-bagai lagi mimpi hakiki sebelumnya.
Ini menggambarkan, akan terjadi demikian..... bila sampai masa Kebangkitan Rakyat, sistem akan runtuh dan negara serta orang-orang Melayu kehilangan kepimpinan;lalu saya akan diberikan tanggungjawab disebabkan tidak sesiapa mampu .... kepimpinan tertinggi negara! Inilah yang akan terjadi bila tidak tokoh perpaduan Melayu termasuk Raja-Raja Melayu sendiri!
`Inilah kerja-kerja wali...’, begitu rumusan Tok Petanda dan dia mendetailkan mengenai rasional, plot perjalanan dan suasananya bila sampai waktunya.
Pilihan raya 2008 berlalu dalam suasana yang penuh debaran. Aku cukup suspense dan berdebaran oleh beberapa siri Kebangkitan Rakyat sebelum dan selepasnya, cukup untuk menjadikan aku bagaikan ternanti-nanti berlakunya perkara yang sedemikian dinanti.Namun perkara yang dinanti tidak terjadi juga....Kebangkitan Rakyat berlaku tapi tidak ada sokongan polis dan tentera, bahkan menurut kata tok:
`Kalau tak ada pihak keselamatan (polis) cucu, dah berlaku dah.....’
14 November 2010
Dalam tempoh 1990an aku asyek mencari Guru Tasauf setelah aku putus hubungan dengan perguruan Tarekat Naqsyabandiah. Semua kesah-kesah ini – kesah mencari Guru Mursyid - telah aku kesahkan dalam RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA.
Tahun 1998 – 2004 ada begitu banyak mimpi dan alamat yang sampai kepada ku, tetapi aku tetap akur dengan pesanan tok iaitu `jangan ceritakan kepada sesiapa pun’.
Inilah misteri yang aku simpan dengan penuh kerahsiaan. Aku simpan dengan sebegitu erat sehingga kepada Yim pun tidak aku ceritakan mengenai alamat-alamat yang aku terima melalui mimpi. Tidak seorang pun yang aku ceritakan selain isteri dan anak-anak ku.
Aku ingat pesan Yim pada tahun 1980an dahulu.
`Engkau Mal, menurut yang aku dengar dari tok, bila usia engkau 45 atau 46 tahun, engkau akan dapat sesuatu’ (Ini aku ada sentuh dalam `Bertamu Ke Rumah Wali?’, dalam RANJAU-RANJAU DALAM KEMBARA dan yang begitu mengejutkan ku ialah Ayah La tiba-tiba tahu tahu rahsia itu.....Walhal itu adalah kali pertama kami bertemu! Bagaimana dia boleh tahu? Oleh kerana itu pada waktu itu aku begitu mengaguminya)
Bila sampai tempohnya aku memang bermimpi. Aku bermimpi berpencak sambil membaca ayat-ayat al Quran.Bila baca satu ayat, terbuka satu pencak dan aku baca pula ayat yang lain,maka pencak ku bertukar kepada taraf yang lebih ampuh. Begitulah sehingga beberapa tingkat dan setiap tingkat dengan kehebatan tersendiri.
Setelah beberapa bulan kemudian tergeraklah di hati ku untuk menguji apakah betul aku bermimpi seolah-olah dianugerahi seni pencak khusus untuk ku sendiri sedangkan aku telah boleh memencak sejumlah 132 pencak pendekar, puteri, panglima, Petanda, Guru dan Mahaguru. Lantas aku memohon didatangkan pencak ku. Bila selesai, bagaikan aku tidak percaya bahawa pencak yang dikurniakan kepada ku adalah pencak yang cukup istimewa dan menakjubkan - sekurang-kurangnya pada martabat Guru. Aku bagaikan tidak percaya lalu melupakannya begitu sahaja.
Agak lama kemudian baharulah aku mencubanya sekali lagi oleh desakan ingin tahu. Ternyata demikianlah tarafnya. Lantas dengan itu aku mencuba membuat perbandingan dan analisis antara Guru Ketiga,Kedua atau Pertama – di manakah taraf persilatan ku. Bila siap aku analisis, ternyata silat ku bukan pada martabat Guru tapi pada martabat Mahaguru!
Aku tambah bagaikan tidak percaya!
Lantas aku cuba pula membanding dan menganalisis pencak Mahaguru Ketiga, Kedua, Pertama dan Mahaguru Terulung. Bahawa sanya setelah aku membuat analisis pencak, sukar untuk aku mempercayainya bahawa aku telah dianugerahi pencak Martabat Mahaguru Pertama!
Pada suatu ketika, teringatlah tok pernah mengatakan kepada ku:
`Dalam cucu berlima, seorang akan dilonjakkan’
Nyatalah sudah bahawa akulah yang dilonjakkan, tapi aku tidak tahu kenapa dan untuk apa?Aku tidak pula merujuk kepada dato-dato kerana pada waktu itu aku agak akrab dengan Tok Lat dan Tok Ayah Sohor dan mempercayai merekalah yang akan melonjakkan ku sebagai kesinambungan secara zahiriah.
Maka mimpi-mimpilah yang memberikan jawapan untuk aku sendiri memahaminya.
08 November 2010
Bila tidak berlaku tragedi 1980 dan kehilangan Piei menjadikan rancangan tok seolah-olah gagal.
Ketika berlaku traged di Memali aku sedang menjalani suluk Tarekat Naqsybandiah bagi kali kedua.Tarekat ini pun aku ikuti setelah tok merestuainya kerana aku khuatir mengamalkan tarekat yang salah dan sesat.
Saudara, pada masa bersuluk; ketika aku sedang berzikir sebelum terlelap – tika itu jam hampir 12.00 malam, aku terdengar suara Mail (sudah meninggal) iaitu seorang murid tua dalam perguruan.Dia membisikkan kepada kawannya:
`Diam! Diam! Syyysss! Tok Wan sedang dilawati oleh seorang wali Allah’
Aku memasang telinga mendengar bisikan perbualan mereka berdua – murid-murid yang kanan dan senior. Aku mengesyaki toklah yang datang itu sebab sebelumnya aku telah terhidu bau keminyan.Pada waktu itu dan waktu-waktu dulu aku memang seringkali dibaui oleh bau keminyan menandakan tok ada datang ke sisi ku.
Tapi sayangnya aku tidak merujuk atau bertanya kepada Mail mengenai kesah yang dilihatnya itu.Demikian jugalah kepada Tok Wan (Guru Suluk – telah meninggal dunia juga). Oleh kerana kurang kepekaan itulah, sampai sekarang aku kesali kerana tidak mengetahui secara pasti mengenai orang yang datang berkunjung itu. Aku kesali juga kerana tidak mengetahui apakah komen Tok Wan mengenai tetamu itu.
Bila selesai bersuluk, Yim datang ke rumah ku dan aku minta panggil tok. Tok bertanya kepada ku apa yang aku perolehi sewaktu bersuluk. Aku menerangkan satu persatu. Dia kata:
`Bukan! Bukan! Bukan itu cucu’, maksud tok mengenai aku terlihat wajah Syeikh Bahauddin Naqsyabandi al Khalidi (Pengasas Tarekat Naqssyaandiah), bayangan kaabah, kalimah Allah di seluruh tubuh dan lain-lain di dalam suluk.
Pada masa itu aku belum faham apakah maksud tok memberi komen, `bukan bukan’ itu. Aku hanya memahami maksud tok, lama kemudian iaitu apabila aku menerima pula Tarekat Muhammadiah; setelah aku meninggalkan Tarekat Naqsyabandiah, lalu tok mengatakan.
`Jangan terkejut bila terbuka nanti, cucu akan berkata:`Aku adalah engkau dan engkau adalah aku!’.
Ini merujuk kepada konsep moksya dalam ajaran Hindu dan nirvana dalam Buddhisme! Dalam Islam ialah Mikraj Rohani yakni mencapai maqam fanafillah.
Merujuk kepada suasana suluk di Pulau Lalang tersebut, tok memberitahu:
`Guru Kedua ada datang menziarahi cucu waktu bersuluk itu’
Bukan aku yang bertanya tapi toklah yang memberitahu. Ertinya benarlah aku dikunjungi dan aku memang berbangga dengan kunjungan Guru Kedua itu menandakan upacara suluk dan amalan Tarekat Naqsyabandiah dibawah perguruan Tok Wan Hassan adalah direstui dan benar. Cuma aku begitu kesal tidak merujuk kepada Tok Wan untuk mengetahui apakah Tok Wan tahu bahawa wali Allah yang datang itu adalah dato ku dan kesali juga apa yang dibualkan oleh tok dengan Tok Wan.
Walau bagaimanapun aku meninggalkan terekat ini apabila berpindah ke Seremban kerana tidak dapat menumpukan aktiviti dan amalannya kerana tidak lagi berdampingan dengan para pengamalnya. Lagipun aku tidak mahu berbelah dan berpindah kasih dari dato-dato kepada Tok Wan dan ahli-ahli jamaahnya.
03 November 2010
Setelah tidak terjadi perang tahun 1980, kami memang betul-betul terpisah. Mimpi yang aku terima benar-benar menunjukkan kami telah bercempera jadinya. Dol bersama Saedah masih menetap di Raub. Yim di Pantai Dalam, KL dan selepas itu bekerja di Beruas. Namun pada akhirnya menjad peneroka FELDA di Keratung. Wan di Muazam Shah dan kemudiannya berpindah ke KL di bawah syarikat Dato Jamaluddin Jarjis. Piei dapat balik ke utara dan aku di daerah sendiri. Kami memang benar-benar terpisah dan sibuk dengan kerjaya masing-masing dan tidak lagi dapat berkumpul seperti dahulu.
Dalam tempoh tersebut aku, Wan dan Piei bertemu pasangan hidup masing-masing. Wan dua kali berada di luar negeri.Mulanya ke London mengikut isterinya yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana.Kemudian dia sendiri pula melanjutkan pelajaran ke USA. Piei menjadi begitu aktif dalam kegiatan politik PAS dan akhirnya terkorban dalam Tragedi Memali.
Piei sangat aktif dalam perjuangan atas cita-cita menegakkan Negara Islam dan menentang kemungkaran. Tiupan semangat Islam oleh para dato supaya berceramah dan aktif dalam perjuangan Islam, menyebabkan Piei ditukarkan ke tiga buah sekolah dalam tempoh dua tahun.Mula-mula di Sekolah Menengah Seri Gunung, lepas itu ke SMK. Alor Janggus dan kemudiannya ke SMK.Siong, Baling.
Di Siong beliau rapat dengan Ustaz Ibrahim Libya dan bersama aktivis-aktivis PAS yang lain seringkali keluar menguruskan program ceramah dan acapkali balik larut malam. Bila berlaku tragedi di Memali, dia berada di dalam markas PAS tersebut.
Keadaan yang semakin kurang terkawal sewaktu pihak berkuasa melancarkan operasi di Memali sehingga tersebar khabar seorang kanak-kanak perempuan terbunuh, menyebabkan jiwa perjuangan dan silat peperangan yang sudah mendarah-daging di dalam dirinya mendorong beliau merampas sebilah parang lalu meluru ke jalan raya untuk mengamuk menuntut bela terhadap polis hutan yang telah melepaskan tembakan ke arah markas PAS tempat mereka semua berlindung. Tindakan itulah yang telah meragut nyawanya apabila tubuhnya begitu lembut ditembusi peluru.
Sesiapa yang pernah melihat tayangan rengkas yang plotnya diedit dalam video Tragedi Berdarah di Memali yang ditayangkan oleh RTM beberapa ketika selepas tragedi tersebut, pemuda yang berbaju belang melintang berwarna hijau putih itulah teman akrab ku yang kami memiliki perkongsian kesah suka dan duka ...
Kami panggil tok untuk membuat analisis:
`Si Shafie tidak cukup bersabar. Kalau sedikit lagi dia bersabar, akan ada kedatangan. Tok sudah pesan, banyakkan kesabaran. Tunggu...Jangan cucu yang marah...Biar datuk yang marah...Sebab itulah cucu perlu tingkatkan kesabaran....’
Dalam hal inilah aku pernah bertanya kepada Hang Tuah:
`Seandainya cucu berada di suatu tempat dan tiba-tiba terjadi peperangan di suatu tempat yang lain, perlukah cucu pergi?’
Hang Tuah menjawab:`Tak payah!’
`Tak payah?’,aku terkejut mendengar jawapannya sedangkan kami dipersiapkan untuk berperang bagi membela agama,bangsa dan negara, tapi kenapa pula tidak dibenarkan pergi?
`Biar dato-dato yang uruskan.Bila keadaan diperlukan, cucu dengan sendiri sahaja akan berterbangan’
`Kalau jadi perang besar-besaran, cucu, tok pun tak tahu,cucu pun tak tahu , di bumi mana kita akan dicampakkan’, begitu penjelasan Panglima Hitam dalam suasana yang lain pula merujuk kepada suasana kalau terjadi perang sebenar di tanah air pada bila-bila masa atau juga perang akhir zaman.
Tok menceritakan dengan panjang lebar kepada kami semua mengenai suasana di Memali itu, bagaimana gerakan polis hutan membuat kepungan termasuk menggunakan kereta perisai dan helikopter. Bagaimana proses terperinci suasana itu termasuklah pada saat-saat akhir pemergian Piei...Cerita tok memanglah amat bercanggah berbanding dengan plot kesah yang dipaparkan di dalam video, berita RTM dan laporan akhbar. Kami seolah-olah mendapat kesah yang original sifatnya dari tok dan ini terbukti benar bila aku bersama isteri dan anak-anak berpeluang mengunjungi Memali dan menziarahi Kubur Panjang dalam kunjungan awal 1990an.
Memang aku telah tahu demikianlah sifatnya bila berlaku pertembungan antara kebenaran dan kebatilan.Inilah sejarah dan sunnatullah.
Al Fatehah untuk Piei.
Kata tok di saat Piei di atas pangkuannya:`Kalau dah cucu mahu pergi juga, pergilah....’
Tok mengatakan dia memberi beberapa pengarahan supaya diakuri Piei untuk menahan pendarahan pada saat kritikal tersebut. Tapi Piei gagal melaksanakannya.
Piei bernada sayu di saat akhir:`Tak apalah, tok. Biarlah cucu mati....Biarlah...Tapi nantilah...Di belakang cucu masih ada empat orang lagi teman-teman cucu untuk membela agama, bangsa dan tanah air...’
Demikian kata tok merujuk saat-saat akhir bersama Piei.
Entahlahl
30 Oktober 2010
Aku diheret oleh arus yang teramat deras di sebuah jeram sungai. Air yang mengalir dengan sangat laju itu menyebabkan aku tunggang terbalik dan tenggelam-timbul di dalam air. Aku bagaikan tidak berdaya untuk berbuat apa-apa dan terpaksa membiarkan sahaja diri ku dihanyuti oleh air yang deras itu. Ada ketikanya jatuh terjunam, ada ketikanya jatuh berpusing-pusing di bawa oleh air yang cukup berkuasa tu. Berjurus-jurus - dihanyutkan oleh air menuruni jeram sungai sehinggalah aku sampai di kawasan yang tidak ada lagi jeram. Di kawasan ini, walapun lebih tenang tetapi masih berarus deras. Walaupun demikian dapatlah juga aku mengawal diri. Aku hanya sekadar perlu mengimbangi diri ku untuk terus kekal timbul sambil membiarkan air yang masih deras mengalir menghanyutkan diri ku ke hilir.
Sejurus tadi kami berlima sebenarnya berada di suatu medan.Kami berlima akhirnya tiba-tiba terpaksa melarikan diri dan satu-satunya jalan yang kami tempuhi ialah menerjunkan diri ke dalam air sungai yang berjeram dan berbatu-batu itu.
Aku cukup bersyukur kerana sewaktu diseret tidak ketahuan tadi, kepala ku tidak terhantuk kepada batu-batan yang begitu banyak berada di jeram tersebut. Nasib baik juga badan ku tidak juga terdagul kepada batu-batu tersebut. Kalau terjadi demikian tentulah kepala ku atau tubuh ku cedera.
Dalam keadaan yang tetap cemas dan kelam-kabut itu, aku tidak perasaan bagaimana tiba-tiba sahaja Piei berada di sisi ku. Aku tidak sempat dan tidak ada masa untuk menyapa dirinya kerana kami sibuk dengan ikhtiar menyelamatkan diri masing-masing.
Aku tidak sempat dan tidak ada masa untuk bertanya padanya mengenai kawan-kawan yang lain. Yim, Wan dan Dol, di manakah mereka? Aku tidak tahu bagaimana nasib kawan-kawan yang lain. Ke manakah Yim? Ke manakah Wan? Ke manakah Dol? Aku tidak tahu di manakah mereka semua.
Aku bersama Piei terus sama-sama berenang sambil menghiliri sungai yang tetap berarus deras itu. Kami masih lagi tetap berenang dengan kuat walaupun nafas mencungap-cungap. Walaupun kami berdua telah jauh di hilir, tapi kami berdua tetap berenang tanpa menghiraukan penat dan letih.
Beberapa jurus kemudian kami terdampar di tepi tebing. Dan bila mencecah sahaja tebing, kami tidak bertangguh lagi. Dengan nafas yang mencungap-cungap kami terus menongkah tebing dan selepas itu lalu menongkah pula pada sebuah tebing yang semakin tinggi bagaikan sebuah bukit.
Sambil mendaki bagaikan merangkak itu aku bertasbih:
`Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah’.
Tiba-tiba aku terjaga.`Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!’, lidah ku masih bertasbih.
Nafas ku tercungap-cungap sebaik terjaga itu.Aku cuba mengingat kembali mimpi ku tadi. Kami berlima sebenarnya terpaksa lari dalam keadaan kelam-kabut dan ketakutan kerana tewas dalam peperangan! Kami tewas dalam peperangan melawan orang-orang kafir! Lalu terpaksa lari dengan ketakutan! Walaupun kami tidak diburu, tetapi kami dilanda ketakutan oleh kekalahan dalam perang! Walaupun yang sebenarnya tidak ada suasana peperangan yang dialami, kami tiba-tba melarikan diri dari peperangan setelah tewas.
Bila perkara ini dirujuk kepada tok, reaksi tok, kalau tak silap panglima ketika itu ialah Panglima Gayung Lanang ialah:
`Nampaknya cucu semua kena berzikir semula......’
24 Oktober 2010
Kami berada di rumah setinggan Kampung Pantai Dalam.Yim tinggal di sini. Dia tidak lagi bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Raub tapi telah beralih arah ke ibu kota. Rumah hijau di Raub masih di duduki oleh Dol yang pada ketika itu telah berjaya mendapatkan kerja dengan LLN/TNB.
Piei telah lama bertukar dari Jerantut ke Kedah. Sekolah pertama beliau ialah di SMK.Seri Gunung.Kemudian bertukar ke SMK.Alor Janggus dan seterusnya ke SMK.Siong, Baling, Kedah. Wan telah menamatkan pelajaran di USM dan bekerja dengan sebuah agensi Kerajaan Pahang sementara aku baru sahaja mula bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah.
Akulah yang paling banyak mendapat didikan tok secara berseorangan kerana sewaktu Yim di Raub aku selalu ke rumahnya dan melalui itulah aku lebih banyak mendalami soal-soal agama melalui tok.
Tok meminta kami pada kali ini berzikir – bertapa di luar; bukan di rumah lagi.Kami diminta merasai pula suasana bertapa di tempat yang berlainan samada di bawah pokok, di dalam hutan, di tepi anak sungai atau bahkan di dalam air.Tok memberitahu tempat yang terbaik adalah di dalam air kerana akan cepat mendapat ketibaan.
Bila kami berbincang, kami semua membuat keputusan untuk pergi ke Templer Park. Di sana ada air yang mengalir, ada hutan dan semak, ada kawasan lapang dan sebagainya sesuai dengan kehendak tok. Bila sampai, aku terus mencadangkan supaya kami semua berendam di dalam air sambil berzikir.Cadangan gila ku itu hampir sahaja dipersetujui kecuali Wan yang mengatakan habislah basah kereta Subarunya nanti....
Betullah juga. Akumemang mudah jadi gila tanpa memikirkan implikasinya!
Di tengah-tengah lalu lalang pengunjung ke taman itu kami tidak mempedulikan sesiapa dan apa komen orang-orang yang lalu lalang. Kami duduk bersila sambil memejamkan mata. Yim berada di sebelah ku, bertafakur di bawah satu pondok teduhan. Wan dengan Dol di suatu tempat yang lain sementara Piei duduk sendirian di pondok yang lain.
Kira-kira satu jam kami bermeditasi.
Kira-kira jam 10.00 malam, tok datang. Kedatangannya adalah khas bagi membuat refleksi mengenai pengalaman berzikir di Templer Park petang tadi.
`Tok nak dengar apa yang cucu dapat dalam berzikir. Yang pasti cucu semua telah dilimpahkan dengan cahaya. Betul bukan?’
Kami semua mengangguk.
`Beritahu tok, cucu dapat cahaya apa?’, tok menujukan soalan kepada Piei.
`Entahlah tok, Cucu nampak macam gelap sahaja’
`Mesti ada! Sekurang-kurangnya satu’
`Warna biru’, Piei menjawab.
`Ada lagi!’, tok berkata bagaikan dia telah tahu apakah warna cahaya yang dianugerahkan kepada Piei.
`Rasa-rasa macam warna hijau...Tapi sekejap sahaja’
Tok mengangguk.
`Cucu?’, Dol ditanyai pula
`Cucu satu sahaja tok. Warna merah’
Tok mengangguk lagi.
`Cucu?’, aku ditanyai
Aku tersenyum.
`Cucu banyak! Macam ada semuanya’
`Warna apa?’
`Biru, hijau, merah, kuning dan ...... cucu tak dapat sebutkan warnanya’
Warna-warna tersebut kebanyakannya menjelma pada saat-saat akhir meditasi.Pada permulaan zikir, tidak ada apa-apa yang kelihatan. Cuma kegelapan sahaja. Aku tidak ingat warna apakah yang mula-mula sekali tiba dan agak lama menyaksikannya. Begitu juga warna yang kedua. Selepas itu agak lama juga berada dalam kegelapan. Warna ketiga muncul sebentar sahaja. Menjelang akhir zikir iaitu bila Yim/ toklah tentunya menyuruh aku berhenti berzikir – beberapa warna muncul silih berganti, tapi sekadar yang begitu sebentar. Aku tak dapat nak istilahkan warna-warnanya.
`Cucu?’, Wan pula diminta.
`Cucu ada tiga. Merah, kuning dan putih’
Tok tidak pula menerangkan apakah maksud warna-warna itu dan kami pula tidak bertanya. Aku memang agak kesal juga kerana tidak bertanya apakah erti warna-warna itu dan nampaknya sampai bila-bilalah aku mungkin tidak akan mengetahui maknanya.
Selepas itu tok membicarakan soal Tasauf.
‘Begitulah kehidupan orang Tasauf ‘, tok berkata.`Asyek dengan berzikir.
Kalau cucu dapat mencari sebuah tempat kediaman yang jauh dari manusia ramai,kalau boleh di tepi anak sungai atau samada di pinggir bukit dan gunung atau di mana-mana sahaja asalkan jauh dari keriuhan ramai, tempat seperti itulah yang baik’
Tok yang datang adalah Guru.Justru bila Guru yang datang, kami bercakap dengan nada hormat dan tertib kerana demikianlah Guru.Kami tidak juga menyediakan makanan dan minuman kerana menyedari bahawa martabat Guru tidak lagi makan dan minum.
`Mandi, membasuh pakaian, mengambil wuduk dari air yang tidak disentuh oleh apa-apa adalah bagus untuk membersihkan jiwa. Cucu minum airnya dan berwudhuk darinya.Cucu tanam padi sendiri dan usahakan sendiri sehingga menjadi beras dan nasi. Cucu tanam sendiri sayur-sayuran dan pokok buah-buahan; bahkan semuanya atas usaha cucu, itulah yang teramat baik untuk jiwa kerana demikianlah cara hidup pengamal Tasauf sejati.’
Bicara dari Guru itu aku rasa memang ditujukan kepada ku kerana akulah satu-satu cucunya yang meminati Ilmu Tasauf.
`Adakah dato dulu begitu?’
Guru tersenyum memandang ku yang mengisyaratkan apa perlunya bertanya lagi.
19 Oktober 2010
Pada pertengahan tahun 1979 ketika aku sedang melalui minggu orientasi mahasiswa di UM, dua hari sebelum minggu orientasi berakhir, Yim tiba-tiba datang bersama Piei memberitahu bahawa Mahaguru meminta semua cucu-cucunya berkumpul. Wan memang masih dalam cuti semester dan telah pun berada di Raub.Mahaguru mengarahkan berkumpul kerana beliau akan memperturunkan sekaligus ijazah semua persilatan panglima dan puteri kerana tahun 1980 telah pun hampir sedangkan sejumlah besar panglima belum lagi sempat memperturunkan ijazah masing-masing.
Pada ketika itu kalau aku tidak silap, kami berempat cuma baru menerima tak sampai pun jumlahnya 30 orang sedangkan jumlah yang aku ketahui termasuklah persilatan puteri hampir seratus orang. Jadi terpaksalah aku pulang ke Raub setelah mendapat kebenaran dari Pengetua Kolej Zaaba. Di Raub Mahaguru Ketiga telah menganugerahkan serentak ijazah persilatan semua panglima termasuk persilatan Petanda Pertama, Kedua dan Ketiga.Cuma ijazah Guru Ketiga, Kedua dan Pertama yang mesti diterima secara berasingan. Demikian juga ijazah dari Mahaguru Ketiga,Kedua, Pertama dan Mahaguru Terulung.
Yim agak terkejut kerana masih ada lagi rupanya panglima-panglima yang sangat hebat yang selama ini tidak diketahuinya. Sepanjang pengetahuannya nama-nama besar seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Panglima Hitam, Panglima Awang, Serban Hijau, Si Pitung, Si Gondrong dana beberapa orang lagi adalah yang terhebat. Rupa-rupa ada pula nama-nama baru yang selama ini bagai dirahsiakan seperti Panglima Halalintar, Panglima Melati, Panglima Kalimah, Panglima Lintar dan Panglima Bogor dari Indonesia yang digambarkan memiliki kehebatan yang mengatasi yang lain-lain.
`Kawan ingat, sudah habis semua panglma yang kawan terima. Rupa-rupanya ada lagi yang disimpan’,komen Yim.
`Apa kelebihan mereka?’
`Pantas. Kalau Tuah dan Jebat boleh melakukan 5 pukulan dalam satu sinaran kilat, mereka boleh membuat tujuh pukulan!’
`Cepatnya!’
Kami semua bagaikan bertambah gembira dan bangga dengan kurniaan tersebut untuk kami menghadapi 1980 tentunya.
Mengenai kehebatan mereka ini kami pernah merujuk kepada panglima yang lain.Mereka mengatakan walaupun pantas sehingga tujuh pukulan, tetapi kekuatan pukulan tidak sama.Yang lima pukulan memiliki kekuatan yang lebih. Ertinya kelebihan kepantasan dan kelebihan kekuatan pukulan adalah kelebihan dan keistimewaan masing-masing.Demikian penerangan dari dato-dato panglima apabila nama-nama panglima terhandal kami kemukakan kepada mereka.
Selain senarai panglima dengan nama-nama besar, terdapat pula nama-nama panglima seperti Selendang Merah, Selendang Putih, Selendang Hitam, Selendang Kuning, Panglima Dato Panglima.Panglima Galak, Panglima Jagat, Panglima Lang Hitam, Panglima Bongsu, Tok Man Hitam, Mamak Petanda Paduka Raja, Galak Hitam, Naga Rimba, Panglima Bunga, Panglima Wira, Panglima Kuntau Jawa, Kencana Putih, Pasak Kuda, Galak Hitam, Sayung, Panglima Gagak, Panglima Mamat, Panglima Sulung, Raden Wijoyo, Sumur Hitam, Panglima Galak dan sebagainya.
Setelah diijazahkan oleh Mahaguru Ketiga jumlah semua panglima ialah seramai 94 orang sementara puteri seramai 28 orang. Setelah tamat menerima ijazah persllatan panglima yang dianugerahan melalui Mahaguru Ketiga, kami berkumpul semula beberapa minggu kemudian untuk menerima ijazah dari Guru pula. Sewaktu menerima ijazah dari Guru Pertama, aku lantas bertanyakan kepadanya mengenai apa yang membezakan antara dia dengan Mahaguru Ketiga.
`Tentang silat memang tak banyak beza walaupun silat Mahaguru lebih tinggi. Tentang kebatinan pun sama.Cuma sewaktu ghaib.Ini yang tok kesalkan!’
Kami mendengar dengan kagum penjelasan Guru Pertama. Sebelum ini kami pernah bertanya kepada Yim mengenai apakah perbezaan di antara taraf panglima dengan Petanda. Yim menerangkan kelebihan Petanda ialah boleh membuat dua pukulan batin secara beriringan sedangkan panglima cuma sekali sahaja. Bila berlaku pertarungan panglima tetap dapat ditewaskan oleh Petanda oleh serangan kebantinan kedua yang pasti tidak dapat ditangkis.
Sementara kelebihan martabat Guru dan Mahaguru ialah boleh mebuat tiga pukulan batin secara berturutan.
Mengenai persilatan, kelebihan bagi persilatan darjat yang lebih tinggi ialah tidak banyak pergerakan. Martabat Guru dan Mahaguru hampir tidak perlu bergerak bagi menangkis serangan. Pergerakannya bagaikan seseorang yang sedang berjalan di lorong sempit yang sekadar menggesel-gesel atau menyelit-nyeit sambil mengelak; tapi serangan yang dilancarkan teramat hebat dan tidak mampu ditangkis.
`Perbezaan taraf yang dicapai oleh dato-dato semua, adakah dicapai melalui pertandingan?’, aku bertanya lagi.
`Memang! Dan inilah yang dato kesalkan kerana tidak dapat ghaib daripada pandangan Mahaguru sedangkan bila Mahaguru ghaib, tok tak dapat mengesan di mana dia berada’,demikian penjelasan Guru Pertama.
Setelah menerima ijazah dari Guru, beberapa minggu kemudian kami berkumpul lagi di Raub dan pada kali ini adalah untuk menerima pula jazah dari semua Mahaguru.Bila telah menerima ijazah semua Mahaguru, Mahaguru Terulung berkata:
`Silat tok jangan buat main-main’
Setelah menerima ijazah Mahaguru,kini ada sejumlah 132 ijazah persilatan yang kami terima. Inilah kekuatan perang tahun1980 yang akan turun ke medan untuk membunuh semua musuh-musuh agama – sesiapa sahaja yang tidak ada kalimah Allah di dahi – akan menjadi korban persenjataan zahir dan batin dari para wali, termasuk bayi yang di dalam buaian.....Inilah penjelasan dari tok.
Kami berada pada tahap kesediaan tertinggi. Maklumlah kami seakan-akan sudah melengkapi semua pakej peperangan. Ada cincin pembisa, ada tali pinggang merah, ada tangkal kuning, ada senjata yang akan tiba ke tangan kami bila kami memerlukannya dan senjata itu adalah senjata yang mengatasi segala senjata, ada pengapit dan ada persllatan 132 pemencak kebatinan. Yang terlebih utama ialah bila bertempur atau berperang kami akan ghaib dari pandangan musuh.
Kami sekarang – akulah tentunya - tidak lagi menghiraukan apakah bentuk kekuatan dan persenjataan musuh. Biar pedang, parang dan senapang, biar peluru, bom dan ..... Kami –akulah tentunya - tidak lagi peduli. Bila menerima semua kekuatan perang itu, bagaikan ternanti-nanti tahun 1980, tahun untuk mengembalikan maruh dan martabat Melayu dan Islam yang telah hilang dan tergadai di bumi sendiri.
`Kita akan rampas semula Pulau Sngapura cucu’, tok berkata dalam perbualan di suatu waktu yang lain.`Itu bumi Islam dan bumi Melayu, cucu. Kita akan rampas kembali nanti’
Aku cukup bersemangat dan bersedia demi bumi Melayu dan Islam.
TAPI PEPERANGAN TIDAK TERJADI DI MALAYSIA.
`Tok sangka alamat yang tok terima berlaku di sini....’,demikian komen tok dan komen itu memang mengecewakan ku kerana dengan begitu Tanah Melayu/Malaysia nampaknya akan terus-meneruslah ditadbir di bawah sistem Yahudi sehingga....entah bila!
Menurut tok, perang sebaliknya berlaku di Iran apabila kebangkitan Imam Khomeini – Ayatullah Ruhullah Khomeini - menubuhkan Kerajaan Islam Iran setelah meruntuhkan Maharaja Shah Iran – Shah Reza Pahlavi. Demikian komen tok apabila tahun 1980 hampir berakhir.
14 Oktober 2010
Guru Pertama melanjutkan huraiannya mengenai solat hakekat.
`Bila cucu berdiri untuk solat, tak perlu lagi membaca lafaz niat. Setelah mengosongkan diri terus sahaja angkat takbir raturihram dan lafazkan di dalam hati semasa bertakbir: `Esa Zat......’
`Bacalah dengan lambat dan tenang terutamanya Fatehah. Satukan lidah, otak dan hati....dari dalam. Tekan pada lafaz Allah hu Akhbar’, Guru Pertama berkata lagi.
Aku mendengar dengan cermat
`Satu perkara lagi cucu, masa syahadah.Selepas cucu melafazkan `Asyhaduallailla ha illallah’, syuhud penuh-penuh dan lembutkan jari tangan. Cuba buat’
Aku lalu membuatnya.Tok melihat aku membuatnya.
`Nanti cucu akan dapat rasakan tangan cucu akan menegang lalu jari telunjuk cucu akan bergerak dengan sendirinya. Biarkan dia bergerak’
Aku mencuba lagi melafazkan syahadah sambil syuhud.Tapi jari telunjuk ku tetap keras.Tak ada pula rasa apa-apa pada lengan dan jari-jari ku.
`Asuhlah selalu dan dalam nafas yang sama lafazkan pula `Muhammadar Rasulullah’, dan biarkan juga jari telunjuk bergerak dengan sendirinya’.
Aku mencuba beberapa kali tetapi ternyata jari telunjuk ku tetap keras dan tidak bergerak walau sedikit pun.
`Asuhlah. Gerakan yang cucu nanti rasakan bukan cucu yang menggerakkannya, tetapi itulah kuasa – Kuasa Allah.Ini berkaitan dengan silat yang cucu terima selama ini iaitu bersilat menggunakan kuasa Allah; bukan kuasa cucu’
Aku terasa cukup gembira bila mendapat limpahan ilmu ini.
`Sewaktu mengatakan Allahhumm masolliala....lepaskan nafas perlahan-lahan. Nanti.. bila sudah terasuh, di dalam hati cucu akan ada satu detakan...bukan bisikan.Bukan suara....Cucu beritahu atuk apa yang terdetak di dalam hati cucu nanti’.
Guru Pertama memandang ku dengan senyuman manis yang terukir di bibir.
`Ada lagi satu perkara iaitu apabila cucu selesai solat dan memberi salam. Salam ke kanan nampakkan kalimah.....dan salam ke kiri nampakkan kalimah......’
(Aku telah mendapat sentuhan gerak di jari telunjuk semasa bersyahadah dan memangnya istimewa. Demikian juga detakan di hati. Ini juga sangat istimewa.Bila aku melaporkan kepada tok, betullah apa yang aku telah perolehi itu.
Mengenai hal ini aku sedang menunggu seseorang – mudah-mudahan seorang Guru Mursyid yang boleh membicarakannya samada boleh digunakan atau bercanggah dengan hakekat yang sebenarnya. Semoga Allah Taala mempertemukan aku dengan Guru Mursyid)
`Satu perkara lagi cucu, bila cucu rukuk dan sujud bacalah tasbih sehingga sepuluh atau sebelas kali’.
`Tak mengapa lebih dari tiga kali, tok?’
`Orang sekarang tok tengok waktu rukuk dan sujud kadang-kadang sekejap sangat.Kadang-kadang tak ada takmaninah. Kalau tak ada takmaninah, setan gelak saja. Cucu tak tahu, waktu solat setan bertenggek di kepala. Sujud dan rukuk biarlah lama-lama supaya setan yang bergayut jatuh tersembam. Kalau tidak, setan ketawa berdekah-dekah sahaja.Itulah solat yang sia-sia”
Aku rasa cukup tertarik dengan penerangan dari tok itu. Setelah memberikan senyuman manisnya, tok meneruskan lagi:
`Bila iktidal cucu, bila sampai pada rabbana, angkat tangan berdoa. Bila siap sebutkan amin dan sapukan tangan ke muka.Lepas itu barulah sujud’
`Kenapa buat begitu, tok’
`Sebab itu adalah doa’
Aku agak ragu-ragu juga untuk menyapu tangan ke muka selepas iktidal sebab perbuatan sebegitu tidak menjadi kelaziman ramai.Tok terus tersenyum memandang ku.
`Selepas solat Maghrib dan Subuh, jadikan wirid membaca Qulhu sebanyak empat puluh empat kali atau tiga puluh tiga. Tok buat tiga puluh tiga kali’
Bila tok berpesan begitu, tahulah aku bahawa Mahaguru tentunya membaca empat puluh empat kali. Tok adalah bertaraf Guru jadi dia membaca tiga puluh tiga kali sahaja.
`Lagi satu perkara cucu’, tok melanjutkan.`Bila berdoa pejam mata dan mintalah di dalam qalbu’
(Mengenai doa di dalam qalbu saya telah melakukannya dan memang mengejutkan kerana ada hal-hal yang tak pernah terlintas di dalam minda terucap di dalam qalbu. Saya dapati Ihya juga ada menyarankan supaya berbuat demikian)
09 Oktober 2010
Bila waktu Maghrib hampir masuk, tok yang tadinya bersembang dengan aku, Dol dan Piei meminta izin untuk balik. Aku yang memang sentiasa cukup seronok bila saat-saat bersama tok, tiba-tiba mempelawa supaya tok bersembahyang di rumah sahaja.Memang sebelum ini ada sekali-sekala tok bersembahyang bersama kami. Selain Tok Hitam, Hang Tuah juga pernah. Tok Habib Noh bila datang memang menjadi imam.
`Tak boleh! Tok pakai seluar membajak.Tak bersih!’
`Tak apa! Tok boleh bersalin kain cucu Rahim’, Emi mencelah. Emi pun seronok kalau tok solat bersama.
`Ha! Betul tu! Kain cucu pun tak apa’, aku pula membuat tawaran.
Tok nampak termenung sejurus. Sejurus kemudian dia berkata.
`Boleh! Tapi cucu jadi imam’
Aku jadi tersentak dengan permintaannya. Aku belum pernah sekalipun dalam seumur hidup menjadi imam dalam sembahyang. Kami di rumah hijau sejak dahulu sehinggalah sekarang sembahyang sendiri-sendiri sahaja.
Aku termenung sebentar. Permintaan tok tersebut teramat berat buat ku tetapi dalam masa yang sama hati ku teramat ingin supaya tok ada bersama kami dan bersimbang lagi selepas solat Maghrib nanti. Dengan tok kami memang tak pernah merasa puas dan jemu. Sejak 1977 hingga sekarang 1979, bila tok datang tok akan sentiasa membicarakan hal-hal yang menarik – mengenai masalah kami, isu semasa, kesah-kesah tok pada zaman yang lalu, hal-hal agama dan sebagainya.
Tok menunggu jawapan dari ku yang masih ragu-ragu antara mahu atau tidak.Kalau mahu ,aku mesti menjadi imam solat Maghrib. Kalau tak sanggup jadi imam, tok akan pulang. Tok tidak pula meminta Piei dan Dol. Akhirnya aku membuat keputusan.
`Baiklah. Cucu akan cuba’, aku membuat keputusan yang berani.Sebelum ini bersama Tok Syed Noh memang kami telah diajar membaca surah al Fatehah dengan makhraj dan tajwid yang betul. Tok Man Misai yang menjadi guru Quran juga pernah membetulkan kami. Aku pun telah pernah membaca al Fatehah secara kuat yang didengari oleh rakan-rakan semasa Fatehah kami diperbetulkan oleh Tok Syed Noh. Jadi apa salahnya aku mencuba sekarang?
Kami mengambil wudhuk.Piei yang telah pun siap lebih awal membentang sejadah untuk kami solat Maghrib berjumaah. Tok dilayan oleh Emi untuk bersalin pakaian sembahyang – berkain pelikat dan berbaju Melayu, milik Yim.
Aku melaksanakan tugas buat julung kalinya menjadi imam. Tok Itam, Piei dan Dol menjadi makmum. Aku Berjaya melakukannya termasuk wirid dan doa sekali yang memang telah menjadi amalan ku. Pada ketika itu wirid dan doa yang aku amalkan rengkas sahaja.
Selesai solat kami bersimbang seperti biasa. Setelah kira-kira dua puluh minit bersimbang, tok lantas memberitahu dia mahu pulang. Kami pun mengizinkannya kerana menyedari tok memang ada banyak tugas. Pada malam-malam biasanya tok berzikir.
Selalunya bila tok akan pulang, dia akan terlebih dahulu akan berlam-salaman dengan kami sebagaimana juga sewaktu ketibaannya. Kami menanti tok menghulurkan tangan, tapi ternyata tok tidak menguhulurkan tangannya. Tiba-tiba tok berkata:
`Mana seluar tok?’
Kami tercengang.
`Seluar mana?’, aku bertanya dengan hairan.
`Selaur yang tok pakai tadi’
Kami tercengang buat kedua kalinya. Seluar mana? Kami terheran-heran.
`Kalau tok balik begini sahaja apa salahnya?’
`Heh! Tak boleh! Ini bukan pakaian tok’
Kami menjadi tercengang sekali lagi. Kenapa bukan pakaian tok sedangkan tok sedang memakai pakaian sekarang? Bukankah tok sedang berpakaian sekarang?
Bila melihat kami masih terpinga-pinga, tok lantas berkata lagi.
`Tok hendak seluar tok datang tadi. Seluar tok pergi membajak’
Pada ketika itu baharulah kami faham. Tok tadi datang dengan berseluar – pada mata kami seluar Yim, tapi pada hakekatnya seluar tok. Bila mahu bersembahyang tadi, tok bersalin pakaian baju Melayu dan kain sarung milik Yim. Jadi sekarang tok mahu balik seluar yang dipakai sewaktu kedatangannya tadi yang kami lihat ialah seluar Yim. Baharulah kamai faham kedudukan sebenarnya.
Emi yang telah mulai faham keadaan yang sebenar ketawa geli hati. Terpaksalah dia masuk semula ke dalam bilik dan mencari seluar yang Yim pakai tadi. Sejurus kemudian dia keluar semula membawa seluar yang dipakai oleh Yim sewaktu memanggil tok tadi.
`Ha! Inilah seluarnya. Inilah seluar yang tok pakai pergi membajak’
Tok lalu menanggalkan baju Melayu dan kain pelikat yang dipakainya dan digantikan dengan seluar. Selepas itu baharulah dia pulang.
04 Oktober 2010
`Betulkah cucu jumpa tok pada malam tu?’, aku bertanya.
`Ha! Dah selalu minta nak jumpa, jumpalah’,tok menjawab.
Malam itu malam terang bulan. Aku tiba-tiba sampai ke sebuah kawasan seakan-akan sebuah sawah padi. Ada seseorang yang kelihatan sedang mara ke arah ku dari tengah-tengah sawah itu. Besar dan tinggi tubuhnya. Bila sampai di sisi ku ternyata, lembaga yang datang itu memang besar dan tinggi. Rasanya ketinggian ku memang sekadar paras dadanya sahaja.
Dalam hati aku berkata `inilah Panglima Hitam’.
Emi datang dari dapur membawa sedulang air. Ada juga sepiring kuih yang aku beli pada petang tadi di bandar Raub.Memang begitulah selalunya, bila berhajat akan memanggil tok, aku akan menyediakan juadah dan benda putih yang tok suka - Benson.
`Betul ke Mal ?’, Emi bertanya lagi bagi mengesahkan kebenaran mimpi ku.
Aku mengangguk kerana sebelum tok dipanggil, aku telah terlebih dahulu menceritakan kepada Yim dan Emi mengenai mimpi ku itu.Aku mahu tok dipanggil pada malam ini untuk mengesahkannya kerana memang sudah lama aku berhasrat dan beberapa kali pernah berdoa untuk berjumpa dengan Panglima Hitam.
`Tapi sekejap aje, tok !’, aku bagaikan mengesali diri.
`Ha! Dah cucu nak balik juga!’
Memang pada malam itu aku pun tidak tahu kenapa sebaik sahaja berjumpa aku tiba-tiba terus sahaja mahu balik.
`Apa yang dibualkan tok?’,aku bertanya setelah aku tidak ingat apa-apa mengenai apa yang aku dan tok bicarakan.
`Cucu tiba-tiba sampai. Cucu bagi salam, tok pun jawablah. Lepas itu cucu tanya,tok buat apa?Tok jawab, tanam padi.Bila tok pergi dekat cucu, adalah sembang satu dua patah lagi, tiba-tiba cucu kata nak balik. Tok cuba tahan, singgahlah kat pondok tok, minum-minum dulu, tapi cucu kata nak balik jugak.....Dah nak balik juga, baliklah....kata tok’
Aku memang kesal dengan saat yang teramat sejenak itu. Aku mengesali, kenapa aku tba-tiba mahu balik? Bukankah terlebih elok kalau kiranya aku dapat bersembang lama? Tapi kenapa terjadi begitu? Aku cukup kecewa.
Pada waktu awal-awal perkenalan dengan mereka dahulu, Yim yang tinggal sebilik dengan ku selalu bertanya pada pagi-pagi hari sebaik bangun dari tidur.
`Egkau ingat tak,Mal?’
`Ingat apa?’
`Cuba ingat-ingat’
`Tentang apa?’
`Malam tadi! Cuba ingat-ingat’
`Mimpi?’
`Ya! Mimpi malam tadi’
Aku berusaha megingati tapi tak ada apa-apa yang aku ingat. Sehinggalah Yim memberitahu ku.
`Malam tadi engkau pergi ke tempat tok. Puteri-puteri melayan engkau’
`Siapa?
`Puteri Gunung Ledang, Puteri Melor, Puteri Mayang Mengurai dan ramai lagi...’
`Aku buat apa?’
`Saja! Saja-saja.Bersembang-sembang’
Tapi aku memang tidak ingat apa-apa. Bukan sekali sebenarnya Yim bertanya soalan sedemikian. Beberapa kali sebenarnya, yang bermakna beberapa kali aku pernah di bawa ke tempat mereka, tetapi aku memang tak ingat apa-apa.Entahlah. Entah mengapa.
Ada dua kesempatan melihat Panglima Hitam.Padi kali kedua iaitu setelah aku memohonnya disebabkan aku tidak berpuas hati dengan mimpi yang pertama. Tok Itam sedang duduk. Aku berdiri di sisinya. Pada ketika itu aku memang dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas dari sebelah kanannya.Kulitnya bukanlah hitam dari segi warna, tetapi berwarna hitam keperangan dan warna ini adalah hitam berbanding dengan warna-warna yang tidak kehitaman.
`Asyek tengok hidung kita aje!’, tok memberikan komen kepada ku yang memang pada malam itu aku syek melihat hidungnya yang besar dan mancung itu.
`Eee! Seronoknya dapat jumpa tok’, Emi mencelah.`Emi pun dah banyak kali berdoa nak jumpa tok.Tapi tak pernah dapat.Bila agak-agaknya, tok?’
Tok Itam sekadar tersenyum.
Rumah hijau tidak lagi seperti dahulu. Sekarang telah menjadi rumah kelamin campur bujang. Ini hanyalah buat waktu sementara sahaja kerana tak lama lagi aku akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya,mengikut jejak Wan yang telah terlebih dahulu melajutkan pelajaran ke USM. Keputusan STPM melayakkan aku melanjutkan pelajaran. Aku dapat keputusan yang agak cemerlang iaitu A bagi Sejarah, B bagi Bahasa Melayu dan dua subsidiari dengan Kertas Am kekal 3.
Bilik yang aku tinggal bersama Yim dahulu kini telah menjadi bilik Yim suami isteri, dan aku buat sementara tinggal d ruang terbuka tempat tidur Piei setelah Piei bertukar ke SMK.Jerantut.
Sebenarnya rumah hijau memang pernah beberapa kali menjadi tempat tidur Emi. Begitu juga Saedah. Semasa Yim sakit dahulu, Emi memang beberapa kali terpaksa di panggil dari Sungai Way untuk membantu merasionalkan kembali pemikiran Yim.Demikian juga Saedah, juga dalam usaha pemuiihan ingatannya. Bila Emi atau Saedah datang, akulah yang terpaksa membawa diri keluar bilik untuk memberi laluan kepada mereka. Bila mereka telah berumah tangga, aku jugalah yang terpaksa mengalah kerana itulah sahaja satu-satunya bilik yang berkunci pintunya di rumah hijau itu.
Dalaam hal ini Tok telah memberi pesanan sewaktu membina ikatan sesama kami dahulu, buatlah seperti adik-beradik; seperti saudara sendiri. Lantas demikianlah di hati ku tidak terniat walau sezarah pun rasa kecurangan. Aku rasa demikianlah juga Wan dan Piei.Kami beranggapan adik-beradik lima bersaudara.
Beruntungnya kami tidak disyaki oleh sesiapa walaupun beberapa kali aku, Wan dan Piei pulang berkumpul di rumah hijau bila ada apa-apa keperluan bersama, walaupun rumah berkenaan kemudiannya telah menjadi rumah kelamin. Tapi kami pun tahu, tok memang sentiasa mengawasi kami dan dapat menjenguk ke dalam hati kami. Kami pun memang dididik untuk memiliki hati yang lurus, berpegang kepada agama demi perjuangan agama.
27 September 2010
75. Pertempuran Panglima.
`Kalau engkau dapat melihat panglima bertempur sesama sendiri, engkau tentu seronok’, Yim berkata merujuk kepada pertarungan yang pernah berlaku di rumah hijau antara sesama panglima.
`Di sini kawasannya sangat terhad. Lagipun mereka tidak menggunakan kebatinan’
Kami mendengar dengan penuh minat penerangan dari Yim itu. Walaupun tidak pernah melihat pertarungan yang hebat dan menarik secara mata zahir, terutama dengan menggunakan kebatinan, tapi aku mempercayainya kerana aku telah mengalami permainan batin bersama Wan. Selain itu aku pernah pula diserang oleh Lee Soon Ngen lantas pukulan angin tahap ketiga digunakan.
`Di tempat tok kita boleh nampak dengan mata kita bila pukulan batin dilepasan’,Yim menerangkan selanjutnya.
`Ada bermacam-macam warna yang meluncur keluar bagaikan cahaya laser’
`Adakah seperti dalam filem?’
`Lebih kurang macam itulah. Tapi hebat tok lagi’
Yim menerangkan bahawa ada ketika-ketika tertentu, para panglima akan menunjukkan permainan mereka di hadapan anak-anak murid. Biasalah pertarungan pada mulanya berjalan dengan baik dan tenang tetapi apabila mereka telah sama-sama terkena pukulan, mereka akan menjadi lebih berangsang dan marah.
Dari permainan yang tenang lama kelamaan akan bertukar menjadi ganas. Bila sudah terlalu ganas panglima yang lain yang sedang menonton akan lari berserakan untuk mengelakkan diri dari terjebak. Bila pertarungan telah sampai kepada tahap maksima, semua panglima akan melarikan diri dari terjebak dan terperangkap.
`Tak adakah dari kalangan mereka yang akan cuba meleraikan?’
`Nak lerai macam mana? Tak boleh!’, dan Yim ketawa.
`Tak boleh?’
`Kenapa?’ Piei bagaikan tak puas hati.
`Ketika panglima sedang bengis dan garang, tak akan ada sebarang panglima yang boleh meleraikan mereka’
Aku terasa agak sukar untuk mempercayainya.
`Katakanlah’, aku berkata.`Panglima setaraf Pendekar Tujuh Belas sedang bertarung dengan Panglima Sunda dan mencapai tahap keganasan tertinggi. Tak bolehkah Hang jebat atau Hang Tuah yang lebih hebat meleraikan mereka?’
`Tak boleh!’
`Kenapa?’,Piei juga tak puas hati.
`Sebab Jebat dan Tuah tidak boleh!’
Kami belum juga begitu mengerti.
`Bukankah mereka lebih hebat berbanding Sunda dan Pendekar Tujuh Belas?’
`Tak boleh’
`Kenapa?’
`Jebat dan Tuah juga pada makam panglima.Sebab itu tak boleh!’
`Jadi kalau begitu siapa yang boleh meleraikan mereka?’
`Cuma Tok Petanda sahaja’
`Kalau Petanda tak ada?’
`Gurulah! Tapi biasanya Tok Petanda akan sentiasa ada bersama iaitu samada Petanda Pertama atau Kedua atau Ketiga.Bila Petanda ada, biasanya Tok Petanda tidak akan membiarkan pertarungan mencapai tahap keganasan’
`Bagaimana agaknya kalau dibiarkan’, Wan mencelah.
``Ha! Itulah saat yang seronok’, Yim berkata.`Bila wajah panglima telah sama-sama merah, mereka akan bertempur dengan teramat ganas sehingga habis berserakan bangsal-bangsal silat.Kemudian masing-masing akan terbang dan melancarkan serangan kebatinan. Bila seseorang panglima menggunakan pukulan jarak jauh, kita akan nampak cahaya serangannya menuju kepada panglima yang diserang. Kita akan terasa ngeri.Kita akaan menyangka panglima yang diserang akan terbunuh tapi tidak! Tak jadi apa-apa!’
`Kenapa?’
`Sebab cahaya maut itu akan ditampan atau ditolak ke atas. Bila terkena daun-daun kayu nescaya akan terbakarlah daun-daun kayu di atas. Kemudian panglima tersebut akan membalas pula dengan serangan kebatinan yang sama dan akan berlaku seperti tadi jugalah, akan ditampan atau ditolakkan ke udara sehingga menjadi terbakarlah pokok tersebut. Seronok tapi ngeri!’
Kami bagaikan berkhayal di lautan khayal mendengar adegan pertarungan kebatinan tersebut.
`Kadang-kadang ada juga serangan kebatinan tidak sempat di tampan oleh seseorang panglima, tapi dia sempat mengelak, lalu serangan tersebut terbabas kepada panglima-panglima lain yang sedang menonton’,Yim menerangkan selanjutnya.`Itu lagi seronok kita tengok. Tetapi kita akan menjadi lebih ngeri kerana melihat tampan-menampan berlaku antara sesama panglima untuk mengelakkan terkena serangan api maut tersebut. Bila begitu keadaannya, kecoh dan hingar-bingarlah di gelanggang’
Kami bagaikan terlopong membayangkan adegan maut itu.
`Tetapi yang paling merbahaya ialah bila pangllma menepuk bumi’,Yim melanjutkan ceritanya yang begitu mengasyekkan kami itu.
`Bila mana-mana panglima berada pada tahap serangan kemuncak, yang paling digeruni ialah bila dia menepuk bumi. Bila bumi ditepuk, jangan ada sesiapa yang masih berada di bumi. Ketika itu semuanya mesti terbang’
`Engkau pun terbang sama?’
`Tentulah’
`Kalau tak terbang kenapa?’
`Putus jantung’, Yim berkata tegas`Bila bumi ditepuk, bumi bagaikan terbakar dan bergetaran. Cahaya merah menyembah persekitaran dan akan membunuh sesiapa jua yang berdiri di atasnya’
(Inilah rupa-rupanya ilmu kesudahan tertinggi milik aruah bapa saudara ku yang menggunakan silat Lian/Buah Pukul. Dia menerangkan kepada ku sewaktu aku belajar dengannya dahulu, kalaulah diandaikan dia tewas sewaktu bertarung, dia mengharapkan sebelum dia mati, dia sempat menepuk bumi terlebih dahulu. Kalau dia sempat menepuk bumi dia percaya, lawannya akan sama-sama mati juga. Bapa saudara ku pernah berkata dia kecewa dalam pelajarannya kerana cita-citanya untuk menjadi seorang panglima tidak kesampaian. Dia hanyalah seorang yang bertaraf pendekar. Demikian menurut ilham yang diterimanya dan aku percaya kata-katanua itu kerana aruah bapa saudara ku itu mungkin tidak boleh terbang sebab tidak pernah dia menyebut hal itu kepada ku. Sekadar melenting sewaktu tidur apabila diserang curi, dia ada memberitahu ku dan ilmunya pun telah dianugerahkan kepada ku semasa hayatnya dulu)