NOVEL
TERBAIK 2010/2011
Berminat untuk mengetahui
bagaimana model kehidupan dalam
sebuah negara Islam moden? Berminat untuk mencabar minda dan jiwa anda dengan
pemikiran aras tinggi mengenai Islam?
Berminat dengan model percintaan yang lebih Islamik dalam sistem pemerintahan
Islam tulin? Dapatkan novel BALDATUN
THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur, sebuah novel
futuristik Malaysia tahun 2020.
Novel BALDATUN THOIYIBATUN Memenangi HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2010/2011
Pengarang : Kamaludin Endol
PELITA DI DALAM KACA (Nama Pena)
Penerbit :
Pustaka Kanzun Mahfiyyan,
Kuantan, Pahang
ISBN :
978-967-1029404
Novel ini membawa anda mengalami
sendiri hawa kehidupan dalam keindahan dan kesyumulan Islam, melalui pengalaman
dan lawatan Dr.Lleyton Hewitt ke Malaysia/Tanah Melayu untuk memahami konsep
Cahaya Ilahi; menelusuri ke dalam liku-liku kehidupan nyata masyarakat majmuk
di Tanah Melayu pada semua kesempurnaan Islam yang selama ini terpendam oleh
hagemoni Barat dan Yahudi.
Bagaimanakah Negara Islam Moden tahun 2020 menurut persepsi dan imaginasi pengarang? Apakah sama dengan Negara Islam Unggul Zaman Khulafa ar-Rasyidin? Apakah pula bezanya dengan negara sekular Barat dan Timur? Inilah persoalan-persoalan yang sangat menarik bahkan mencabar untuk ditelusuri!
BALDATUN THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur sangat sesuai dibaca oleh semua aktivis politik, golongan terpelajar, pendukung dan umat Islam yang merindui kehidupan yang dijanjikan oleh al-Quran: Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur (negerimu adalah negeri yang baik dan (Tuhan mu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun). Ianya juga sangat sesuai dibaca oleh semua pembaca yang ingin mengenali keindahan negara Islam yang diimaginasikan oleh penulis yang mungkin bakal menggantikan sistem dunia kontemporari seperti dijanjikan dalam sunnatullah bila tiba saat dan ketika yang ditakdirkanNya.

LAPORAN PANEL HADIAH SASTERA PERDANA 2010/2011
"Novel Baldatun Thoiyyibatun membina sebuah
model negara impian di Malaysia yang mengutamakan aspek kebajikan.Novel ini
sarat dengan idea dan ideologi yang menjurus ke arah pengagungan Islam sebagai
tonggak pembinaan sesebuah tamadun.Kota Cahaya dibina menurut nilai keadilan,
ketertiban, kebersihan dan kebenaran Islam.Pembangunan prasarana, sistem
pengadilan, sistem pendidikan, pendaulatan ilmu dan ilmuan, disejajarkan dengan
kehendak Islam.Dalam skala yang lebih besar, pertembungan antara Islam dengan
penentangnya yang mengalami gejala Islamofobia dihuraikan dengan begitu
informatif, argumentatif, ideologikal dan terbina dalam plot yang
dramatik.Rangkuman teknik dan nilai yang sedemikian menjadikan teks ini
bertenaga sebagai penyampai ilmu, peneguh ideologi dan sekali gus menjinakkan
kedegilan manusia secara halus.Selain itu perwujudan watak yang pelbagai latar
belakang dan kedudukan juga mencerminkan kehalusan corak naratifnya.Dalam
perspektif naratif realisme, novel ini dianggap tidak logik dan mungkin tidak
relevan, tetapi dari sudut yang lebih strategis, teks futuristik dan bersifat
representatif sebegini berupaya memberikan mesej yang jauh melampaui keupayaan
teks realisme.Kekuatan lain yang dapat diangkat daripada novel ini ialah nilai
ilmunya yang sarat.Bersumberkan kitab al-Quran, sirah dan hadis, banyak
persoalan yang dikemukakan secara sepintas lalu telah disokong dengan sumber
dan penjelasan tambahan pada bahagian nota hujungnya”.
BALDATUN
THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur bukan semata-mata novel.Ianya adalah sebuah
sastera Islam yang bicaranya adalah
agama!
Menatapnya
bukan semata-mata untuk santai dan hiburan tetapi adalah untuk memahami,
menaakul, menghayati dan menjiwai sebuah kehidupan beragama!
Boleh didapati di semua kedai-kedai
buku terkemuka di seluruh Malaysia atau boleh hubungi penerbit:
PUSTAKA KANZUN MAHFIYYAN,
Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel 013-9098135
Tel 013-9098135
E-mail:
pustakakanzunmahfiyyan@gmail.com
Harga RM30.00 senaskah termasuk belanja pos
Harga RM30.00 senaskah termasuk belanja pos